Program Lawatan Sambil Belajar (Fire Camp)
Pada
hari ini, Khamis 15hb Febuari 2012 PAPN Putrajaya telah mengadakan
lawatan sambil belajar (Fire Camp) ke Balai Bomba dan Penyelamat
Putrajaya. Seawal 7.45 Pagi ibu bapa dan kanak-kanak PAPN Putrajaya
berkumpul di PAPN Putrajaya.
7.45 Pagi : Ketibaan ibu bapa dan anak-anak di Permata
8.00 Pagi : Bertolak ke Balai Bomba dan Penyelamat
8.30 Pagi : Ucapan dari pihak bomba
9.00 pagi : Aktiviti dikendalikan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Putrajaya
- Melawat jentera bomba
- Melawat bas pameran bomba
- Belajar cara menyelamatkan diri
- Teknik menyelamatkan mangsa
- Kawad operasi basah
12.15 Tgh hari : Penyampaian cenderamata
12.30 Tgh hari : Pulang ke PAPN Putrajaya
Gambar yang sempat diambil semasa aktiviti berlangsung :
Gambar Kenangan Di hadapan PAPN sebelum Bertolak ke Balai Bomba
Penerangan ringkas oleh pegawai bomba bertugas
Maskot Bomba beramah mesra bersama anak-anak permata
Sesi penyampaian cenderamata
Gambar kenangan di hadapan Balai Bomba sebelum pulang
Operasi memadamkan api