This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Semasa. Papar semua catatan

Rabu, 31 Ogos 2011

Imej Wanita Melayu akhir zaman - Lelaki Terseksa



Sabda Nabi s.a.w.:

" wanita itu aurat. apabila ia keluar sentiasa menjadi hasutan serta gangguan syaitan."
(at-tarmizi) 






Upload gambar manja dalam Facebook: suka-suka atau bala ?

   Sekarang telah menular satu fenomena 'pemujaan diri sendiri' di kalangan anak-anak gadis Melayu Islam kita. Maksud mudahnya ialah kegemaran meng-upload gambar peribadi sendiri ke dalam laman sosial dan blog agar boleh dilihat ramai orang. Kadangkala gambar itu diselitkan pula kata-kata yang memuji kecomelan dan kecantikan diri sendiri. Berbekalkan wajah yang dianugerahkan Allah ayu dan cantik serta potongan badan yang memikat, mereka sedar akan ramai pengunjung terutamanya lelaki seronok menatap gambar mereka. Kesannya, anak-anak gadis ini rasa bangga diri dengan kecantikan fizikalnya. Akibatnya, mereka akan meng-upload lebih banyak gambar dengan aksi posing yang lebih memikat.




Ambil Gambar Manja Diri Sendiri, Tengok Sendiri Sudahlah. Kalau Upload Tanggung Risikonya


   Malangnya, bagi anak-anak gadis Melayu Islam kita, trend 'pemujaan diri sendiri' adalah satu aktiviti suka-suka dan mendapatkan keseronokan semata-mata. Mereka tidak sedar akan bahaya apabila gambar-gambar cantik dan manja mereka di-upload secara bebas di ruang internet. Terdapat ramai lelaki gila seks, miang, mata keranjang dan stalker di luar sana yang setiap hari menyelongkar blog-blog kepunyaan perempuan dan akaun Facebook perempuan cantik, kemudian melihat foto-foto yang mencuci mata dan menaikkan nafsu mereka. Apabila mereka berminat dengan gambar-gambar tertentu, mereka akan 'save' ke dalam PC mereka untuk dilihat-lihat pada masa hadapan.




   Ada akibat yang lebih teruk dan jijik dari itu semua. Majoriti lelaki mata keranjang ini kebarangkalian besar akan menggunakan gambar-gambar cantik, seksi dan manja anak-anak gadis Melayu Islam yang telah dicuri itu sebagai bahan rangsangan untuk *ber 'masturbasi'. Anda pasti tahu apa itu *'masturbasi', tidak perlu diterangkan. Bayangkan betapa murah dan hinanya harga diri anak-anak gadis dalam gambar yang telah dijadikan bahan cuci mata ini. Bagi lelaki-lelaki sedemikain, pakaian seksi tidak semestinya perlu, wajah yang comel dan lawa pun sudah cukup membuatkan mereka berfantasi liar.


Ambil iktibar : Gambar-gambar dibawah penting sebagai contoh yang perlu dijauhi oleh wanita Islam yang lain. Bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa atau memalukan mana-mana pihak!

Apakah sebenarnya matlamat fesyen muslimah ?
Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke ??

Pilihlah gaya fesyen yang dihormati dan dimuliakan
Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan

Legging ketat mencemar maruah wanita bertudung
Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung

Baju kurung jarang
Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang !

Tolonglah pakai baju labuh yang menutup punggung
Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung

Baju kurung WAJIB pakai Kain Dalam..
Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!

Yang ketat itu HARAM...
DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!



Sabda Rasulullah s.a.w. :



"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)


Maka, berhati-hatilah wahai wanita. Blog ini hanya mampu menasihat..


Sekian...

Hukum Bunuh kepada 'Pembuang Bayi'...anda setuju ?



   Kebalakangan nie..sibuk dok bincang pasai hukuman lebih berat patut dikenakan terhadap mereka-mereka yang pandai melahirkan bayi kemudian membuang merata tempat. Jemaah menteri pun dok bergebang dalam Parlimen, dan bayak la lagi tokoh-tokoh kat Malaysia nie dok bagi pendapat masing2. Dah lama aku pikir hukuman yang berat yang sesuai dengan jenayah buang bayi ialah MATI. Ya mati, sebab dia juga seorang pembunuh.pembunuh juga perlu mati!!


  Bayi yang lahir kedunia nie tak tahu apa2, nak makan pun xtahu,nak bercakap tak tahu, apatah lagi nak bangun berjalan sepertimana "bayi" lembu yang dilahirkan. Bila dah dibuang bayi tersebut ia seperti kita membunuhnya, dia tinggalkan dan biarkan "berdikari" keseorangan. Kalau tinggalkan sepingan nasi ayam + air Radix Ais disebelah dia pun dia tidak akan reti untuk makan!.

  Bayi yang comel2 dibuang dalam longkang,di Pam dalam tandas, dalam semak..semua itu adalah untuk membunuhnya! kalu buang bayi "besar" xpa la..dia tahu juga nak makan bila lapar,berteduh kalau hujan atau panas. tetapi si kecil comel tu..boleh buat ke macam tu?

  Hukuman yang berat perlu diambil untuk membendung jenayah begini, mungkin masih ramai belum sedar,buang bayi tidak ada salahnya kerana ia tidak mengetahui apa2 lagi..Persoalannya, setiap bayi yang dilahirkan di dunia ini mempunyai hak dan jiwa tersebut perlu diberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup didunia yang sementara ini...So, hukuman untuk pembuang bayi adalah hukum bunuh mandatori! setuju ngn cadangan ni?..sekadar berpandangan untu renungan bersama...

Isnin, 22 Ogos 2011

Kerajaan Arab mahu memperluaskan lagi kawasan Masjidil Haram



   Arab Saudi telah mula melakukan ekspansi terbesar mereka dalam projek perluasan situs suci Islam, Masjidil Haram di Mekkah, untuk meningkatkan kapasitinya sehingga 2 juta jamaah, pejabat berita negara SPA mengatakan.


  "Raja Abdullah melakukan perasmian projek itu di Mekkah (Jumaat lalu) untuk memulai ekspansi prluasan... yang merupakan terbesar dari semua ekspansi sebelumnya," lapor SPA.

   Belum diketahui berapa banyak dana yang akan digunakan untuk menambah luas 400.000 meter persegi dari kawasan masjid atau berapa projek perluasan lainnya.

   Masjidil Haram adalah daya tarik utama bagi lebih dari 6 juta penziarah yang masuk ke Mekkah setiap tahun.

   Masjid ini dibangun di sekitar Ka'bah, yang telah ada berabad-abad sebelum Islam hadir lebih dari 1.400 tahun yang lalu. Muslim di seluruh dunia menjadikan Ka'bah sebagai arah untuk melakukan solat.

   Projek perluasan akan mencakup jambatan bagi pejalan kaki serta ruangan yang lebih teduh untuk melindungi jamaah dari pancaran sinar matahari.

   Arab Saudi telah menginvestasikan miliaran dolar dalam beberapa tahun terakhir untuk meningkatkan keamanan dan kenyamanan bagi jutaan peziarah yang datang ke Mekkah untuk memenuhi kewajiban agama mereka menunaikan ibadah haji dan Umrah.

   Sebuah kereta api baru, seharga 1,8 milian dolar telah diluncurkan tahun lalu untuk memudahkan transportasi haji ke kota suci di Mekkah.

   Projek lain, Kereta Api berkelajuan tinggi Haramain, akan menghubungkan kota-kota suci Mekkah dan Madinah ke pelabuhan Laut Merah Jeddah, titik masuk bagi jutaan penziarah, dalam usaha untuk mengurangi kesesakan jalan.(fq/reu)[eramuslim.com]

Jumaat, 12 Ogos 2011

TERKINI!! Ahli UMNO akui Najib Perdana Menteri terakhir

Orang UMNO yang pandai berfikiran sendiri pon dah mengaku...





Buku ini dengan tajuk penuh “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir...” dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam. 


“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.

“tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa,” kata Shahbudin yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju. 

Selasa, 9 Ogos 2011

Subhanallah : Sekarang ini Sekitar 100 Hingga 150 Masjid Dibangun di Prancis






Pembangunan sekitar 100 sampai 150 masjid saat ini sedang berjalan di Perancis. Hal ini diumumkan oleh Presiden Dewan Muslim Prancis Mohammed Moussaoui.
Sebagian besar projek yang didanai oleh Muslim setempat, dan hanya sedikit berasal dari sponsor asing.
Tiga bulan lalu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Gean, mengecam keras praktik solat jumaat di jalanan kota-kota Prancis, mengatakan bahawa selama dekad terakhir jumlah masjid di negara ini meningkat dari 1000 hingga 2000.
Pada saat yang sama, menurut data rasmi, di Paris hanya ada 17 masjid yang dapat menampung tidak lebih dari 13 ribu orang, yang jelas tidak cukup untuk menampung seluruh umat Islam di negara Eropah tersebut.
M. Moussaoui setuju dengan Menteri bahawa umat Islam tidak harus melakukan solat jamaah di jalanan, tetapi menjelaskan bahwa kekurangan masjid lah penyebab semua itu. Menurut Dewan muslim Prancis, sekitar 17-23% Muslim Prancis yang melakukan solat Jumaat. (fq/islamnews)

Ahad, 31 Julai 2011

Ramai layari laman web semasa bertugas...



LONDON - Satu pendedahan maklumat yang dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang kebebasan maklumat mendapati puluhan ribu laman web dilawati oleh para pegawai kerajaan Britain semasa mereka bertugas, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebanyak 1,000 laman web tertinggi yang sering dilayari oleh ribuan pegawai kerajaan di ibu pejabat kerajaan di sini sepanjang tempoh lima bulan telah didedahkan berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut.
Ini menunjukkan para pekerja menghabiskan masa mereka dengan mengemas kini pungutan mata sukan kriket, keputusan loteri, menempah percutian dan mempelajari tarian gelek yang dibayar oleh pembayar cukai.
Antara laman web yang hangat ialah sexymp.co.uk tampil di dalam senarai paling popular itu dengan kunjungan 21,477 kali. 
Laman web itu menyenaraikan ahli-ahli parlimen yang mempunyai daya penarik. 
Senarai paling pelik iaitu preseed.co.uk yang menjual krim pelembap intim berada di kedudukan ke-625 dan dilayari sebanyak 13,295 kali.
Laman web ESPNcricinfo.com turut menjadi pilihan pegawai kerajaan apabila ia dikunjungi sebanyak 346,000 kali.
Turut menjadi pilihan para pegawai kerajaan itu ialah laman web bearsfaction.org.uk yang menerima kunjungan 27,634 kali dan berada di tempat ke-385. 
Ia merupakan laman web aksi secara langsung terbesar di Britain. 
- Agensi

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More