saya nak kene lukis roses sbnyk 500 at least utk mahir betul2.. tapi saya sangat malas lukis banyak2 atas kertas lukisan..sebenarnya bukan malas, tapi bosan.. tak suka buat benda yang sama berulang2.. jadi untuk praktis lukis tanpa bosan, saya akan buat atas papan letak kek.. murah je,.sekeping baru tak sampai RM1..
PINK
Sunday, February 28, 2010
Roses
Posted by ira at 3:36 AM 0 comments
Labels: decorative painting, folkart
Thursday, February 25, 2010
Decorative Painting
semalam, rabu 24 feb 2010, saya dan abah belajar decorative painting bersama aunty nora yg sgtttt comel.. sweet sangat.. aunty nora sgt best.. tak kedekut ilmu..dan saya sangat suka cara pengajarannya..
Posted by ira at 5:52 AM 0 comments
Labels: decorative painting, folkart
Sunday, February 21, 2010
folkart atas kayu sebenar
gambar bunga ros yg sama tapi try buat atas medium kayu.. kalau sebelum ni guna drawing paper rasanya lagi susah..sbb paint serap masuk dalam kertas.. tapi atas kayu lebih senang..tapi itu tak bermakna hasil kerja lagi elok...sbb rasanya hasil kat drawing paper lagi kemas.. bole tak guna alasan nak ngantuk? memandangkan jam skrg menunjukkan pukul 2am???
Posted by ira at 10:13 AM 0 comments
Labels: folkart
folkart: roses
saya memang selalu gagal melukis kelopak bunga ros..tapi saya tetap tak putus asa..
kat bawah ni roses yg diambil dari Decorative Painting.kat bahagian worksheet..
walaupun kelopak tak sempurna..tapi saya tetap puas..nnti nak try lukis bunga rose lagi sampai comey
Posted by ira at 4:11 AM 0 comments
Labels: folkart
Saturday, February 20, 2010
Teman tapi mesra
harini alhamdulillah saya berjaya siapkan satu lagi hasil decoupage+folkart.. saya bukanlah kacang yang lupakan kulit.. walaupun dah berkawan baik dengan en folkart, saya masih ingatkan persahabatan saya dengan en. decoupage.. untuk menjadikan en decoupage dan en folkart berkawan baik, saya menggabungkan kedua-duanya dalam projek hari ini..
tadaaaa...
Posted by ira at 11:26 PM 0 comments
GiveAway My Passion
saya nak join giveaway yang dianjurkan oleh MyPassion..sebab??
saya begitu jujur ni.. saya suka sangat dengan hadiah2 tu..
bagi saya, kalau dapat hadiah tu, saya org yang amat bertuah...best2..suke2..
empunya blog sangat creative.. barang2 dlm blog dia pun menarik2 belaka.. kerdil betul rasa bila tengok blog sendiri..huhuhu
saya tak kenal empunya blog, tapi sy dh add link dan jadi follower dia..mudah2an lebey ramai kawan nanti...
Posted by ira at 5:22 PM 0 comments
folkart: daisy
bunga daisy ni diambil dari blog puan nora..yes, saya tau..memang sungguh tak sempurna..tapi ok la untuk orang yang masih terkial2 macam saya ni
Posted by ira at 3:28 AM 0 comments
Labels: folkart
Friday, February 19, 2010
folkart: Hydrangea
ntah kenapa saya mcm dh addicted to hydrangea.. mungkin sebab sukakan hasil yg diperolehi..
Posted by ira at 8:00 AM 0 comments
Labels: folkart
Thursday, February 18, 2010
folkart atas drawing paper
sejak akhir2 ni hari2 saya praktis bunga ros yang asyik tak menjadi2 ni. untuk mengelakkan rasa bosan dan give up.. saya jugak ada membuat folkart kat atas drawing paper.. sebelum paint atas medium yang sebenar, saya masih lagi nak membina kekonfidenan diri.
antara cabaran dan halangan yg dihadapi semasa melukis atas kertas lukisan berbanding medium sebenar adalah permukaan kertas lukisan tu sendiri.. dah la kasar, tak best, berkerutu, bila terlebih air kertas berkedut, klw kurang air pulak paint tak berapa lekat.. tapi saya tetap guna kertas lukisan sebagai latihan walaupun hebat saya mengutuk... maafkan saya wahai kertas lukisan.. sesungguhnya apa yang saya nyatakan di sini semua benar belaka...
tapi ini juga mungkin sekadar alasan yang saya cipta untuk tidak menyalahkan yang saya ni tidak berapa berbakat melukis..
apa2 pun, hanya orang yang experience guna kertas lukisan sahaja yang tahu..
baiklah..mari kita enjoy gambarajah di bawah
Posted by ira at 8:40 AM 0 comments
Labels: folkart
Wednesday, February 17, 2010
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat
saya nak berguru dengan aunty nora.. nak la wei... tapi .. tu la pasal....bilakah???
saya nak lukis bunga rose macam aunty nora.. aunty nora berpesan klw nak bunga ros yang cantik kene la praktis lukis sebanyak 500 roses.. waaaaa.. banyak tu.. tapi, demi bunga ros tercinta, ku rela jua....
tadi call abah.. abah kata anytime abah free.. abah nak teman saya belajar sambil dia pun nak belajar jugak. sambil menyelam minum air la kira2nya..
tapi saya ada masalah.. saya tak sampai hati tinggalkan anak kesayangan.. haritu pun masa belajar dengan en zahir, angkut sekali anak.. bila time belajar hubby bawak dia jalan2..tapi berkali2 pesan kat hubby.. masa break je mesti bawak dia datang. nak menyusukan dia..
so kali ni kalau nak angkut semua mgkin amik masa, cost lagi.... mungkin kali ni saya dan abah naik bas je ..balik hari.. .. pi time hari kerja.. tak la sesak.. tak sampai hati nak tinggalkan anak..setakat ni tak pernah tido tanpa anak di sisi.. winduuuuuu...
ok la..penat bebel ..
Posted by ira at 11:52 PM 0 comments
Sunday, February 14, 2010
Belajar folkart bersama bapa dengan gumbira sekali
13 dan 14 feb baru2 ini, saya bersama bapa menghadiri kursus folkart dengan En Zahir dari CreativeCottageOnline. memang best sangat2.. penat tak payah nak cakap sebab kitorg habiskan 5 sesi yang keseluruhannya lebih 10 jam. tapi bila lihat hasil kerja dan ilmu yang dapat, terubat semua lelah..
En Zahir baik sangat..kitorg gelak sampai nak pecah perut sbb abah buat lawak..kekekeke..
kat bawah ni hasil yang dipelajari sepanjang berada di KL selama dua hari. semua gambar2 di bawah flash off
Posted by ira at 7:25 PM 0 comments
Labels: folkart
Thursday, February 11, 2010
Giveaway kak iren
tadi pi singgah blog kak iren. ada giveaway la.. ni 1st time nak join ni.. hehe.. suka sangat dengan lukisan canvas dengan coaster tu..
yeahaaa..dah copy and paste dah logo blog kak iren ni..
apa ye nak describe pasal blog ni??
- ni merupakan antara blog yang hari2 mesti singgah..
- Kak iren merupakan sensei yang selalu tunjuk ajar saya dari hal decoupage dan segala hal dalam dunia craft ni.
- kak iren sangat sweet.. bukan ayat bodek ye..tapi once you all kenal dengan dia rasa macam dah close sangat.
- kak iren merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan saya dengan dunia WMC.. :)
ok dah.. kalau sape yg nak tau lebih2 pi la visit blog kak iren.. sure terpukau dengan creativitinya..
Posted by ira at 7:35 PM 0 comments
Folkart project
memandangkan sabtu ni nak pi kelas en zahir.. saya begitu berkobar2 belajar folkart.. dah la malam tadi buku Decorative Painting dari puan ber3 (nora, zaitun dan aniza) pun sampai..
Posted by ira at 5:46 PM 0 comments
Labels: folkart
decoupage project: 1st time buat wordings guna brush..lalalala~~~
untuk julung2 kalinya saya berjaya buat wording menggunakan berus.. walaupun masih tak proper, tapi kira ok la kan.. saya kan budak baru belajar.. nanti2 terer la.. kekeke..
Posted by ira at 5:34 PM 0 comments
Tuesday, February 9, 2010
Decoupage project : project rojak
kat bawah ni adalah beberapa decoupage project yang paling latest.. ada sebahagian yang dah lama buat tapi tak varnish2 lagi..
Posted by ira at 5:31 PM 0 comments
Sunday, February 7, 2010
decoupage : makeover sikat
sikat kat bawah ni saya touch up sikit dgn pink ballet.. sbb too dull putih melepak.. thx kak iren sebab kasi feedback.. :)
Posted by ira at 7:01 PM 0 comments
decoupage for dad's birthday
nak share sikit project decoupage terbaru sempena birthday abah 11 Feb ni.. semoga dimurahkan rezeki, sentiasa sihat dan gembira selalu :)
Posted by ira at 5:53 AM 0 comments
Saturday, February 6, 2010
crackle effect by using pva glue
salam.. sebelum ni dkt wmc saya ada bagitau mcm na rupa paras pva glue tu..
Posted by ira at 4:33 AM 0 comments
Thursday, February 4, 2010
Decoupage project lagi...
salam...
kat bawah ni nak share lagi decoupage project..
Posted by ira at 7:38 PM 0 comments
saya budak baru belajar
harini saya rasa gembira sgt2.. sebabnya dah ada WMC account.. ntah kenapa sebelum ni asyik gagal je bukak wmc website ni.. bukak bole tapi lepas seminit camtu tak pun tak sampai seminit, dia tertutup sendiri.. ingatkan server kat intel je.. bila online kat umah pun sama gak..kira2nya dah agak putus harapan la ni.. so buat dek je pasal wmc ni..
pagi tadi baca email dari kak iren. ada link untuk ke thread kak iren. tapi malangnya tak dapat view apa2 pun.. pastu tergerak ati nak register.. lepas je register bukak balik link tadi tu bole la pulak.. sampai sekarang website wmc tu masih lagi terbukak. tak tutup mcm sebelum ni..takkan sebab register yang jadi issue? conpius gak ni..hmmmm..
takpe la..apa2 pun saya gembira .. weeewooo..
tapiii.. saya ada masalah lain.. saya tak reti macam mana nak berkenalan .. pemalu ke saya ni?? hmm.. macam tak, tapi macam ada sikit2.. hehe..
seronok la tengok diorg kat wmc tu tukar2 pikiran dan pendapat.. share kerja tangan masing2.. bestnya.. :)
Posted by ira at 6:23 PM 0 comments
Tuesday, February 2, 2010
watermark trial
ni saja2 nak test watermark..jadik ke tak..hehe
Posted by ira at 11:05 PM 0 comments
Monday, February 1, 2010
Decoupage project yang lepas
sebelum saya ada blog, banyak barang2 yang telah di'decoupage'kan.. saya bukan seorang yang perasan bagus.. tapi saya suka tengok hasil kerja. kalau tak menjadi, saya akan cuba dan cuba lagi sampai jadik...
kat sini saya nak share hasil decoupage yang saya buat setakat harini ini.. malam tadi ada buat jugak tapi tak sempat nak snap gambar.
*** harap maklum. semua gambar2 ni diupload dari handphone. jadi kualiti dia agak tak berapa menyenangkan.. maaf ye..
Posted by ira at 9:47 PM 0 comments