pun ada juga cerita ceriti tentang kami..ahaha
pun ada juga cerita ceriti tentang kami..ahaha
Siapa tahu pasal 'pelepas' ni? Hah orang kelantan saja yang buat kot? Hari ni genap 41 hari so dah kena buat pelepas ni. Hari ni berurut dulu pastu baru buat pelepas tu. Nk tau macam mana pelepas tu?
Bahan2nya:-
- Sedikit beras, kunyit (hiris bulat), duit syiling 20sen & bedak (dicampur sedikit air)
- Gelungan benang putih yang tebal (diikat bulat) kebesarannya sesuai size orang dewasa.
Caranya:-
- Bacaan doa- sambil menyapu bedak cair ke muka baby ibu & tukang urut- dilakukan oleh tukang urut semdiri lah
- benang diikat simpul hujung, kemudian tindihkan syiling 20sen, kunyit dan beras. Bacaan doa & pusing2kan depan muka & atas kepala si ibu
- bacaan doa -masukkan ibu dlm gelungan sebanyak 3 kali, diikuti
- bacaan doa -masukkan baby dlm gelungan sebanyak 2 kali
Dulu semasa first time bersalinkan marissa pernah juga buat pelepas ni di KB cuma lupa caranya. Anak kedua ni si fadli buat lagi pelepas baru masuk kepala ingat semula. Moga siapa yang nasih tertanya2 apa itu pelepas dah dpt jawapannya. Pelepas ni kira macam buang benda2 yang tak baik. Ni tradisi orang zaman2 dulu. Kebanyakannya dah tak buat pelepas ni, orang tua2 saja yang tau. Dah buat pelepas leh lah kuar jalan. Tapi pantang tetap 44 hari tau.
Semalam marissa main bedak wangi habis satu bdan dia dok sapu macam tepung gomak. Meraung MIL tengok marissa main bedak. Nak buat macam mana budak tengah nakal tak leh di kawal lagi dah. Mommy dia tengah berpantang so tengok sajalah. Sempat gak ambik video, hehehe nanti leh tepek kat sini sebagai kenangan..
Muhammad Fadli
Alahai sekarang ni dah pandai nak berpangku saja. pantang letak atas tilam mula minta angkat semula merengek menangis. Bila dukung senyap senyum simpul lagi..ehehe.. kalau tukar pampers kena hati2, silap2 terpancut kencing habis basah. Ni ler baru nak ada pengalaman jaga baby boy ni. Fadli ni cepat membesar.
Kat KB ni beberapa kali marissa dihantar ke tadika, saja jer untuk kenal dan sesuai kan diri. Oklah tu nanti senang hantar tadika dah tak takut2 lagi, maklumlah marissa ni kurang bergaul ngan org. Marissa ni kedegilan dia pun dah tahap gaban, memang nakal sangat, kena tegas secara baik maka baik lah jadinya.
Rajin marissa menemankan ayah dia melakukan operasi pembersihan rumah. Start dari bilik ke bilik dan seterusnya seisi rumah. Hampir semua dah di packing barang2 rumah ni. Mmy pun sibuk menolong mengemas barang2 dapur. Mana2 barang yang rasa xdigunakan sgt pada waktu ni habis semua disimpan kemas. Almaklumlah lepas ni tak ada siapa nak bantu ayah kalau kena pindah nanti. Rasanya kami akan pindah rumah baru pada Mei last ikut perjanjian sepatutnya dpt kunci. Tapi ada sikit2 nak renovet kot. Tengok keadaanlah macam mana nanti. Yang penting mmy & marissa akan menetap di KB sampai habis pantang. So kalau bab pindah2 ni rasanya kami takder kat sini.
yup!
Alhamdulillah.. hari ni sampai di tangan ConfineMum set premium, leesa formula ni. Dapat diskaun the best!! price! lagi dr jiran yg sama2 order dengan kawan dia. Bermakna pakej yg sama tapi harga lagi murah dr ini. Syukur alhamdulillah rezeki anak. Yang penting pastikan barangannya asli dan bukan tiruan. Kalau tidak memang nak order by online saja.
After 1 Week, annual berlangsung di 'Restaurant Carousel'.
Marissa paling seronok sebab dpt belon berbentuk bunga dr badut. Tak sempat bergambar badut dah hilang. Lagi seronok bila no bertuah marissa dipanggil dpt mcm2 hadiah bracelet(merah) berjuntai, buku cerita. Time marissa ke depan ambil hadiah tu rasa cam dia menang anugerah pulak. Tapi sayang tak sempat nak rakamkan saat2 indah itu. Tak ketinggalan wakil kan ayah no bertuah dipanggil dpt bracelet dewasa (biru) and beg kecil(buatan dr kayu) khas utk perempuan so mmy lah yg dpat. Dan sekali lagi nama mmy di sebut mengambil gift di hadapan as moderator. Best sangt dpt gift from Japan sebuah cermin 24kt gold (bulat) lady's accessory yg mempunyai peta japan (sgt2 cantek, sgt suka) and magnet tokyo. Selain tu dpt 2 pen gift utk setiap para tetamu yg menghadirkan diri.
Berposing Marissa After annual, fuh! penat sangat2.
~'Sebahagian yg bergambar beramai2'~
(Foto oleh amida_korea)
Pada 5 April 2008 '1st ANNUAL WANITA NIAGA 2008' telah diadakan secara gemilangannya, bertempat di Palace Of The Golden Horses. Perjumpaan ini membuatkan semua menjadi lebih akrab. Maklumlah selama ni hanya berchating di dunia maya saja. Alhamdulillah semuanya kira berjalan dengan lancar walaupun ada sikit kepincangan dari segi Aturcara yang telah dirancang. Paling seronok bila ada sesi jejak kasih secara spontan dr kalangan kami terutamanya my husband dengan kenalannya. Nak tengok gambar boleh layari di sini dan juga di laman web wanitaniaga. Nanti ada masa boleh masukkan secebis gambar yg sempat dirakamkan. Terutamanya gambar marissa yang sibuk berposing di palace.
Pada Moderator selaku AJK/Urusetia yg dpt hadir semalam, terima kasih setinggi-tinggi terima kasih. Semoga Allah saja yg membls jasa korang semua. Pada yang tak dpt hadir, jgn sedih yer.. mungkin dilain ketika rezeki kita dpt bertemu dan sama2 ikuti aktiviti yg kita rancang kelak, termasuklah Pea yg jauh beribu batu sana tu... :)
Insyaallah, kita bolehlah fikirkan utk Hari Keluarga nanti.. berikan cadangan tarikh, tempat, acara dan sebagainya. Kali ni mungkin saya perlukan urusetia dr kalangan ahli biasa selain dari kalangan Moderator sendiri, sebab tak mau jd macam gathering semalam, saya kekurangan tenaga di saat2 akhir. Saya juga yg akhirnya kena jaga kaunter sambil susun door gift yg baru saya ambil dr Fezah (dah dijangka sebabnya semua dtg lewat tanpa dipinta atas alasan munasabah; saya tak marah sbb kemungkinan sebegini mmg kena standby dan ada backup, cuma bila cuma 5 org Moderators yg dpt hadir dan dr 5 org tu 3 org lewat, jd boleh kita bayangkan... :???: ), mujur Iena dah sampai dpt bantu saya sket2, dua2 dah memboyot dan r :-o upanya baju kitaorg serupa :lol: , mmg saya x perasan ... sampai staff hotel tegur, ni uniform korang ke hehehehe.. :-x :lol:
Actualy, ada staff hotel nak bantu susun door gift tp susah sbb dorg x fhm plan kita. Jadi, saya kata tak pe saya buat nanti pening nak cari. So, sambil susun beg, check hadiah/nama, sambut tetamu (mujur belum ramai), dan bawa dorg ke meja makan tunjuk tempat duduk. Gilir2 dgn Iena.. itupun Iena dah tak larat nak keluar masuk, sorry erk Iena.
Jadi, utk next projek saya nak kan kotmitmen ahli/urusetia yg betul2 dpt laksanakan tugas sebelum dan semasa program berlangsung. Kiranya saya kelam-kabut jugak semalam.. tak makan tengahari sampai dkt nak kul 5 selepas majlis nak habis baru la makan .. huhu.
Satu lg, saya rasa masa 2 jam memang terhad bila ada ahli yang datang lewat. Memang semalam, kebanyakkannya dtg dlm pukul 3.30 pm dan dah dkt jam 4.00 baru penuh tempat duduk. Jadi mana yg dtg awal kul 3 tu.. terpaksalah tunggu, mujurlah makanan dah sedia ada jadi tiada masalah ler.. dorg boleh makan puas2. :D :)
Banyak pengalaman yg saya perolehi dan insyaallah akan diperbaiki dimasa akan dtg. Secara keseluruhan mmg berjalan lancar.. cuma saya sendiri agak keletihan sebab pembahagian tugas tidak dpt dilakukan di saat majlis berlangsung. Namun, kerjasama dan tanggungjawab yang korang tunjukkan memang saya sanjung tinggi, dgn kerja percuma mcm ni.. tak mungkin dpt minta org lain lakukan. Terima kasih Sya yg jd MC wpun ada gangguan anak2, Dila yg dah siap sediakan door gift cantik2, Fezah siap dgn aturcara, no cabutan bertuah, nama2 tetamu siap tampal di beg, Iena dpt uruskan dgn hotel dan dpt diskaun, malah hotel pulak bg 2 hamper besar dan 2 voucher utk lunch dan hi tea... terima kasih semuaaaaaa..... :smile:[/quote]
Marissa risau betul bila tau ayah dia demam. 2 Hari lepas macam tu, malam buta org dok tidur marissa xdapat lelapkan mata. Ayahnya tidur di bilik sebelah utk mendapatkan ketenangan setelah diserang demam. Kebetulan panas banget badan tu. Terkejut ayahnya bila terasa sejuk di dahi, baju pulak basah skit. Tapi ayahnya mamai lagi waktu tu, so letak tuala tempat lain, cuma kehairanan mana dtg nya tuala basah ni? kebingungan sekali..
Terasa tilam bergegar, rupanya marissa dok lompat2 sah lah tak tidur lagi. Sempat lak dia kata "mommy seluar basah!..mommy mommy.." marissa dok teriak. Terkejut betul tengok keadaan marissa yang basah kuyup tu. "Eh! marissa kencing ke ni? kenapa basah ni?" soal mommy kebingungan. "Tak..air kosong" jawab marissa selamba. Air kosong? dok perati abis alas tilam lembab..erk! terkencing ker marissa ni? "Tunjuk mommy air kosong kat mana?" "Tu hah..." marissa tunjuk ke arah toilet. Lorrrr main air rupanya terdetik dlm hati bahaya sungguh main sorang2 waktu2 macam ni. Cepat2 suh marissa bersihkan badan tukar baju. Takut dia lak terdemam.
Pagi2 cerita kat ayah, rupanya ayah pun nak bertanya ngan mommy gak pasal malam tadi. Bila dikaji selidik baru tau, rupanya marissa telah membasahkan tuala kecil lalu ditepeknya ke atas dahi ayah. Tapi oleh kerana marissa tak perah tuala tu, maka menitik2 lah air berjuraian keluar. Bila difikirkan balik itu satu kebaikan yang telah marissa lakukan. Ada juga perasaan tanggungjawab utk menjaga ayahnya yg telah demam. Ishkk baru 3 tahun lebih dah ada perasaan macam tu sungguh ku tak percaya. Syukur dpt anak yg baik bergini..
Semalam balik dr kerja ayah ada menceritakan kisah marissa ni. Tak sangka mereka tergamam dan mengatakan benda ni " so cute..." kecil2 dah tau jaga ayah demam..