pn-iena
Aksi2 menarik memek muka marissa yg ditangkap sendiri oleh tuan badan persan nak jadi model lah tu. Dan si Fadli yang bergusti dengan teddy bear kesayangannya... Tu gambar sebelum marissa kedemaman. Sekarang ni marissa xberapa sihat tengah demam, agak panas juga badan dia, harap cepat2 kebah lah.. Fadli lak bosan main sorang2... batuk2 pulak dah..
Ni sesi bermain ditepian kolam renang rumah cousin marissa fadli..di temani sedara maranya dan bibik yang menjaga keselamatan budak2 ni... marissa fadli tak berani main tengah2 dalam sangat, so main tepi2 sudah ler...janji kaki berendam air... heee last tu gambar masa marissa pergi majlis pertunangan cik along dia di kluang johor

Ni pulak maklumat penting yang perlu di bawa ketika sesi pendaftaran budak2 tahun 1. Marissa tahun depan masuk sekolah tadika tapi rasanya kena register dulu utk tahun 1 juga kan? Tu pasal dok snap gambar banner ni masa dok ronda2 cari sek mana nak register marissa ni. Dan cari tadika yg berdekatan ngan rumah ni. Kalau ibu bapa yg pening2 lalat nak bawa dokumen apa semasa pendaftaran itu saja yang di mintanya Sila bawa: Sijil lahir, 1 salinan sijil lahir, 1 salinan bil air/elek, 1 salinan slip gaji ibubapa/penjaga (disahkan oleh majikan), 1 sampul surat 4x9 dan stem 50sen. Harap maklumat ini dapat mambantu ibubapa di sana.. heeee





Lovely ps: Apsal semua tak sihat.. camner nak raya ni... selamat menyambut hari raya Aidil Adha..Maaf zahir batin semua...
pn-iena
Marissa & Fadli main basikal.. sewa tu nak naik basikal.. dapat lah main setengah jam, sangat2 sekejap..



Kolam renang budak2 kecik..syok gak kat sini puas betul marissa fadli mandi- manda.. Hahha tu marissa fadli dok gmbr sorang jadi duck sorang jadi badut


Marissa kalau depan camera camnilah jadinya.. hehhee layan jer ler...



sekali betul2 ada badut..apa lagi marissa tak lepaskan peluang mintak bunga belon. s fadli tertido dah dalam air tadi..so tak dapt ler...





Ni lah rupanya fadli tertido sewaktu sedang berendam di dalam kolam besar.. hahahaha menyempat tul fadli ni... kesejukan tidur dengan lena disamping keletihan berenang...



Lovely ps: Okies ni jer nak letak gambr sebagai kenangan, nak pot pet panjang2 kesibukkan pula ni, kalau ada kesempatan kang sambutan coretan lagi....

pn-iena

Marissa menyambut hari jadinya awal seminggu di JB. Kebetulan kami balik beraya di kg budak2 ni, so apa salahnya sambut di sana sekali. Dapatlah nek tok mereka meraikannya sekali. Bukan main suka lah marissa. Kami buat kejutan kat marissa ni yang sibuk dok shoping hadiah birthday dengan mama lela aka makcik dia di Jusco. Bukan main banyak dia rembat hadiah2 tu. Bertuah badan balik2 tengok terhidang kek birthday, melonjak keriangan marissa. Tak sabar meniup lilin terus nak potong kek. Kesian fadli dok tepi kakak jer. Sekali terleka habis dia ketepek! tangan tu ke kek.. ahaha "tu lah siapa suh tak kasi fadli nak pegang kek" heheh agaknya tu lah dalam fikiran fadli.


Ni pula kami meraikannya di rumah. Sambutan diraikan sehari sebelum birthday. Sebabnya Tok papa tok umi dorang kebetulan ada di rumah dan perlu pulang di hari tu juga. Tak dapat tunggu untuk meraikan keesokan harinya. Tapi sambutan ni di lakukan di malam hari kira kenalah birthday marissa pada 11 oct tu kan. Bukan main lagi kek siap dua biji sekali, hahaha.. si birthday girl pula rasa happy sesangat. Yang pastinya bila marissa buka mata esok paginya kompem kek masih sediakala cantek. Boleh lah marissa makan puas2. Fadli pun sibuk mencangkung dok belek kek tu berkenan sungguh dia. Habis doremon tertonggeng ke atas kek macam2 hal budak2 ni. Yang bestnya lagi marissa siap potong2 kan kek , senang lah tinggal amik kek tu letak ke piring untuk kitaorang ni makan kan... kira konon2 dah besar panjang lah tu anak dara lah katakan.. hehehe


"HAPPY BIRTHDAY MARISSA SAYANG!!!.. HAPPY BIRTHDAY YG KE 5 TAHUN!!! MUAH!!!!! Mommy Ayah Adik sayang Kakak!!"

Lovely ps: Bertuah badan tahun ni Kek Birthday Marissa 3 biji wooOOOO.. huhuhuhu byk nya!
pn-iena
Fadli disaluti tuala mandi.. cute! lepas mandi kita bungkus dia..




Aksi nakal..dok atas tv..sabar jer ler..

Bakul dianggap topi perisai.. fadli..fadli

Duduk berdua di seat belakang..


Fadli dan Marissa di ioi mall, puchong



Fadli di pagi raya.. temankan tok papa yg kurang sihat solat di pagi raya di kelantan


Lama sungguh tak update gambar dua beradik si Fadli dan Marissa ni. Sebabanya mommy di0rangnya tak upload2 gambr ke pc, lama dah berkubang dalam N73. Tak apa lah sekali upload terus update gedebok terus. Ni lah aktiviti fadli di rumah. Dan aksi2 marissa fadli di ioi mall semasa nak shopping raya hari tu. Siap bergambar dlm kereta sekali tu.. hehehe.. oklah layan jer gamabr budak2 ni...ops last tu gambr fadli solat masa di pagi raya di kelantan..










siakap masam manis & Kailan Ikan Masin


Eh ! tak pasal2 masukan gambar lauk pauk.. Biasalah dah alang2 upload masukan terus dlm blog.. heeehe..



Lovely ps: Jangan amalkan perap gambar2 anda dlm camera or hp terlalu lama... inilah jadinya sekali tepek ke blog bergelen2 keluar.. huhuhuu

pn-iena

Pantai Irama, kelantan





Raya raya juga, bercanda canda juga. Letih beraya kenyang perut, cari tempat sesuai untuk berehat. Fuh! memang best lah pantai irama tu, angin bukan sepoi2 lagi dah, kalau main layang2 kompem memang terbang tinggi. Marissa Fadli memang tak lepaskan peluang turut bermain layang2. Masing2 nak pegang sendiri, layang2 tu kongsi saja lah, laipun atok sedara belikan terima dengan hati suci budak2 ni. Seronok bukan main lagi. Lagilah beramai2 melepak di situ memang bertambah2 seronoknya. Nasib baik ada si kembar aka pakcik marissa fadli, umur pun tua setahun saja dari marissa, memang boleh geng sangat sekepala. Hai hai macam2 aksi mereka tonjolkan. Yang best fadli asyik tergelak saja sepanjang berada di sana. memang nampak happy sangat budak2 tu. Lagi apa yang best? fuyOo air kelapa dia lah paling best sedap banget! Ni boleh dikategorikan percutian juga lah ni kan kan kan.. janji dapat tenang kan fikiran minda dan jiwa. Lain kali boleh terjah lagi, tak sempat nak meronda habis kawasan dia.. kira besar juga tu.




lovely ps: maklumlah fist time terjah pantai irama ni, biasa paling dekat PCB tu jerk ler.. hehe
pn-iena

1. Bekas kekasih saya adalah : mickey mouse disney japan.. from hubby time couple dulu..sekarang hak milik kekal anak2 ehehehe


2. Saya sedang mendengar : suara anak2 dok bermain


3. Mungkin saya patut : pi holiday lagi hehehe


4. Saya suka : blog saya..semua ada “ time will pass, but happy memories are forever”


5. Sahabat-sahabat baik saya : Nokia N73.. maxis broadbad


6. Saya tak paham : kalau org suka tiru gaya kita… rasa cam hmmm aaaaaaaa no komen


7. Saya kehilangan : Memories zaman bersama arwah nenek


8. Ramai yang berkata : anak2 ko cute arr.. ikut siapa lah ni ek..


9. Makna nama saya : sama dengan nama anak Tun Dr. Mahathir


10. Cinta itu adalah : anak2 kami


11. Di suatu tempat, seseorang sedang : memanjat sofa(fadli) dan bermain hset nokia n73 (marissa)


12. Saya akan cuba : memperbaiki kelemahan diri


13. Ayat selamanya membawa maksud : infinity


14. Telefon bimbit saya : cikai saja… tapi byk berjasa


15. Bila saya terjaga dari tidur : tengok fadli memegang erat tangan kakak dia yg sama2 masih terlena dibuai mimpi


16. Saya paling meluat bila : dia sangka dia 'lebih baik' dr org yg 'kurang baik..' sedangkan allah boleh terbalikan bila2 masa sj


17. Pesta/Parti adalah : entah tak pernah buat


18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah : kucing


19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah : zaman kanak2


20. Hari ni : masih dibulan ramadhan


21. Malam ini saya akan : tidur awal kot


22. Esok pula saya akan : bangun awal


23. Saya betul-betul inginkan : aiskrim coklat yummy!


24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini : okay jer ahahahah…


25. Pusat membeli-belah atau arked permainan : beli2 pastu blah.. eheheh


26. Makanan Barat atau Jepun : apa2 aja layan


27. Bilik yg terang atau gelap : suram2 romantik


28. Ayat terakhir anda katakan pada seseorang? sayang sikit!


29. Siapa yang anda nak Tag? To All my followers and bloglist..




Lovely ps: tiada paksaan sekadar suka2 sj......

pn-iena

Dikesempatan ini iena ingin mengucapkan Ribuan Terima kasih! yang tak terhingga kepada teman2 blogger kerana sudi memberi e-card raya yg cantik2 ini. Sesungguhnya memang berasa sangat2 seronok dan sukar digambarkan. Bahkan terasa semakin hampir bahang kehangatan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Okay Inilah diantaranya kesemua ecards2 yang diterima setakat ini..

From: Wai



From: kak nannie



From: acu yanie




From: leen







From: kak moi







From: Irma






From: Eijam Family




From: Kak Welly



From: Kak Ummi




From: Hana


From: Mama min



From: Ijan




From: Kak Ina kl






From: Fida





From: Atie







From: Kak Ayu




From: Kak Rose


From: cikwan







From: Kak Nor




From: Wai



From: Kak Salwa


From: cheq moon









from: Aymy






From: CtZura







From: Kak JC




From: Azura





From: kak ieta





from: Love
from: kak yati


From: Hasue


From: kak Mamasyaza


From: kak Noorhodza


From: Kak Maria


From: Ika



From: Lyana



From: Kak Maz






Terima kasih Daun keladi.. bila2 boleh terima ecard lagi hehehe.. Moga sambutan raya kali ini akan lebih ceria dan gembira disamping keluarga tercinta. Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir Batin...





--------------------------------------------------







Ecard Khas Untuk Teman2 Blogger Pena Mata Bulat


Add img paste URL ke 'add an image from the web'

























































































klik copy paste HTML code this eCard !
pastikan 'klik share this ecard' utk dapatkan code























































































pastikan 'klik share this ecard' utk dapatkan code






Salam Teman2 semua.. Sempena Hari dan Bulan baik ini pn-iena ingin mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Selamat Menyambut Hari Lebaran Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin.. Moga persahabatan kita kekal selamanya..


~Salam Aidilfitri dr pn-iena sekeluarga~






Lovely ps: Copy and paste the code Embed di sini & sini ke blog anda ya! =) pastikan 'klik share this ecard' utk dapatkan code tersebut nanti..



OPs!! kalau sesiapa tak nampak ecards flash versi besar tu boleh amik ecard versi kecil tu ya! ... =)