Showing posts with label Living room. Show all posts
Showing posts with label Living room. Show all posts

Sunday, December 27, 2009

Welcome back....

Welcome back...to my 3 seater sofa from Fella Design, Plentong...Baru tadi sampai...lepas kena repair, letak kayu kat bawah tempat duduk biar tak melendut bila duduk. asalnya design sofa ni memang mcm tu tp kami takut nanti patah kami antar fella minta pasang kan supporter biar nampak kukuh sikit. Ha..kat sinilah tempat asal dia...
2 kerusi makan yg ratna pinjam aritu dah pulang balik kat meja makan tamu. bunga besarpun dah balik tempat asal kat sudut tulah...




bunga besar yang dah balik tempat asal




Monday, December 21, 2009

Jom masuk ke dalam...

Atas permintaan rakan2 blog..ratna uploade gambar dalam rumah pulak..inilah teratak sri iman ratna yang tak sepertinya ini...alhamdulillah dah 2 tahun kami tinggal secara sementara di rumah ini..maksudnya rumah hujung minggu sahaja...


Pandangan ruang tamu dan ruang makan tamu di tepi sliding door. Sebelah kiri adalah gambar ruang keluarga.

Pintu masuk utama menghadap almari jati terbuka menyimpan koleksi pinggan2 pelbagai sumber (dalam dan luar negeri). Sedikit pandangan ruang keluarga. Ruang keluarga asalnya adalah dapur kering tp ratna tukar kpd ruang ini. Dibelakangnya tu bilik bibik yang dahulunya adalah ruang dapur basah. Dapur kering dan dapur basah ratna pindahkan ke sebelah kanan gambar dibelakang ruang makan tamu.

Lagi sudut ruang tamu (kerusi 2 seater dan wing chair kesayanganku...)
Dua sudut pandangan di tepi tingkap kaca di ruang tamu (wing chair dan bench jati yang telah dicat ICI barley white)
Sudut di tingkap besar di bawah porch. Kerusi 3 seater hantar fella untuk service dah sebulan tak siap2 ada masalah teknikal sikit. Tak nak nampak kosong ratna letakkan bunga besar di tengah (asalnya di sudut) dan 2 kerusi makan di kiri-kanan, buat sementara...
Ha ni pandangan kabinet dan pintu stor bawah tangga juga troli kayu (warna barley white). naik tangga ada bungan dalam kaca ssf dan beberapa lagi koleksi gamabr bunga rose ratna..tunggu next post..