Doa Ibu

“Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Amin...

Followers

Date & Time

About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan

Our New Life

Our New Life
14/10/2007

April 30, 2014

Musim Wau

Assalamualaikum w.b.t

sekarang ni semua orang tahu panas kemain kan...
kat kg saya pun sama, nak2 lagi baru lepas musim tuai padi...
sudah jadi biasa la lepas musim tuai padi budak2 (bapak budak pun sekali) buat wau / layang2 beli boleh main petang2...
mmg seronok tengok...wau macam2 jenis dibuatnya...tinggi melayang2 kat atas awan...seronok:-)

abah budak2 ni ada jugak buat....tapi siap2...yang siap pun sekali naik dah patah....yelah orang naik masa angin kuat..kita buat naik time angin sepoi2...mana nak naik wau tu...sudahnya jatuh dan patah la...kesian syahmi...teruja nak tengok wau dia...sekali patah sudah...sekarang dok buat yang lain:-)

takperlah anak2...walau kita takder wau, jom kita tengok abang2 lain punya...seronok jugak...
sambil ambil angin petang....nak amik gambo wau, tak nampak nun tinggi dipuncak awan, lagipun amik guna phone biasa jerkan...mana nak nampak jauh2...so ibu amik gambo korang sudah...
seromok kan...
kejar2...

April 25, 2014

NAK KEAMPUNAN TUHANMU

Assalamulaikum w.b.t

Artikel dipetik dari laman FB Dato' Tn Ibrahim Tn.Man

Wahai anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosamu, maaflah kesalahan orang lain padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau memohon keampunan dari manusia di akhirat. Aku sangat takut akan golongan yang muflis di akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di dunia banyak melakukan penganiayaan terhadap manusia; lalu mereka menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti pula dengan dosa.

Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoan yang memusnahkan. Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W Bersabda: "Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka di akhirat. Mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga malam kerana memperjuangkan agama Allah." Menangislah kerana dosamu, kerana tangisan itu akan mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, walaupun terlalu sukar manusia menangis kerana dosanya. Dan berjaga malamlah demi memperjuangkan agama Allah. Sabarlah wahai anakku di atas kepenatanmu sehingga tengah malam, di saat semua orang sedang tidur lena dibuai mimpi, kamu masih berada di atas jalanraya menahan kepenatan dan keletihan memperjuangkan agama Allah.

Wahai anakku,
Aku sering mengingati pesanan Tuan Guru Nik Aziz, biarlah kita penat di dunia, semoga kita tidak penat nanti di akhirat.
Salam perjuangan buat semua.

Senyum.

April 20, 2014

do you want make a snow man.....

Assalamulaikum w.b.t

hmmm sapa yang tengok citer animasi Frozen tahu la agaknya lagu tu...
ni hah kakak najibah...dok tengah syok dengan citer Frozen tu...
saya ni tak tahu pun pasal frozen ni...minta ofismate d/load citer2 terbaru untuk anak2 (maklum rumah takder TV) citer download jer lah boleh tengok:-)
antara movie yang dia kasi citer Frozen tu lah...hari2 lah buka tengok...ada yang lain jugak...tapi Frozen la yang jadi idaman hati...syahmi pun terlibat sama....haha. Ibu pun layan lah jugak...ibu kena layan sebab nanti dorang akan tanya macam2...cerita2 lain pun macam tu lah jugak....ibu kan...kena tahu macam2:-)

kadang anak2 ni lagi tahu dari saya, macam ada satu kartun tu apa ke nama ntah, "umizoomi" kalau tak silap saya...ada uncle sepupu dia bagi hadiah buku umizoomi tu...pun saya tak tahu ada kartun tu...dia siap cakap ni umizoomi...weh la budak...semuanya pun tahu kalau bab kartun...masa bila dia tengok pun tak tahu la...iyalah pagi smpi petang kat sekolah...di rumah pulak mana ada Tv...
satu yang saya perasan dengan najibah ni bila dapat buku (exercise) mesti nak habiskan cepat2...kitalah yang letih melayan....huhu...ibu jgn malas2 ya:-) Macam dulu masa mula2 dapat buku latihan kat tadika, bayangkan cuti hujung minggu tu habis dia kerja kan...huhu...rasanya dalam 5 biji buku kut...untuk budak umur 4tahun....hahaha tahun ni cikgu dia tak kasi bawa balik rumah...semua tinggal jer kat tadika...nasib awaklah kakak..sapa suruh over exited sangat:-)
nilah team UmiZoomi nak pergi carnival katanya:-)
inilah budak yang tak sabar sokmo bila ada buku baru...yang geramnya buku lama dia buat2 ignore.... cepat sangat la hai kamu membesar ank oiii....asyik kena buli dengan syahmi jer kakak...kami suami isteri pun sama...budak nak perhatian lebih katakan...tak lama lagi jadi abang kan:-) nanti saya citer pasal anak bujang saya pulak lepas ni...tu jerlah modal saya kan:-)




kakak sedang nyanyi ala frozen la tu...perasan banyak budak ni..."Elsa...wake up..wake up...do you want make a snow man"....huhu ibu pun nak jugak...




21x Bismillah sebelum tidur

Assalamualaikum w.b.t

Maaf banyak2 untuk sesiapa yang mengikuti posting setiap hari jumaat...minggu baru ni takder entry.
Silap saya lupa nak schedule kan entry...insyaAllah minggu ni ada....

Untuk tidak membiarkan saja tanpa ada perkongsian minggu ni saya share satu amalan yang saya rasa amat mudah nak diamalkan...sesiapa yang sudah amal tu alhamdulillah....

Ustaz yang ajar tu mula nya minta jemaah amalkan Surah Al-Mulk, setiap malam...untuk ringankan siksa kubur....insyaAllah...

Tapi sekiranya agak keberatan nak buat, (surah Al-Mulk tu pendek jer sebenarnya, sementara nak tunggu isya' boleh la baca) cuba amalkan 21x Bismilah sebelum tido....baca sebelum tido, insyAllah akan dijauhkan dari 3 perkara iaitu:-

1- Kebakaran rumah
2- Kecurian
3- Mati mengejut (mati itu pasti ya...bila2 masa)

Jom sama2 kita amalkan....tak susah rasanya....dan jangan lupa baca doa tido, syahada & ayat kursi sekali ya....

:-)

April 14, 2014

Kakak & Abe Mie

Assalamualaikum w.b.t

lama jugak tak der citer anak2 bertuah saya tu...
gambar pun lama dah tak amik...
huhu
.
.
kakak, sekarang ni dah boleh tolong ibu dah...boleh la nak basuh pinggan ke tolong amik apa2...
nanti nak ajar dia kenal barang dapur....bawang, kunyit, halia, lengkuas....
kat rumah buat masa ni saya tak tekan kan sangat pasal hal2 sekolah...biarkan jer dia belajar kat sekolah...kat rumah kita natural....kalau awak rajin nak buat buku2 latihan yang boleh tahan banyak tu..okay awak buat, ibu takmo paksa lagi...kalau tak kita main dulu...huhuhu
lagipun kakak dah kenal huruf/nombor dan boleh la baca 2 suku kata tu...takmo paksa2 sgt...tapi mengaji quran tetap ibu paksa walau kat Pasti dah mengaji petangnya...mengaji dengan tokmek...so mlm lepas solat maghrib kena pergi rumah tokmek....

Abe mie kita pulak...huhu hero ibu ni...
macam2 akal dia...bila kita ajar dia mengaji...alamak masa tu lah nak buat tu..nak buat ni...huhu
akal anak lelaki kut...ibu taknak la pulak banding milestone keduanya...mungkin nak kena pendekatan yang berbeza....dalam bab mengaji la terutamanya...kakak dulu agak senang nak minta dia ikut apa kita ajar...:-) yang syahmi ni kena pujuk2 dulu baru nak ikut....harap benar dia cepat belajar, walau banyak main:-) masalah yang utama sekarang wean off...tapi dah seminggu dia tak nen ibu...hehehe ibu buat2 sakit bila dia mintak...sian kat dia...tapi takkan nak bagi sampai baby keluar kut..kena la wean off jugak..dah besar lagi pun....malam2 kena tepuk2 dia..peluk/cium dulu...kalau dulu bagi nen jer kejap leh lena, sekarang ni amik masa la sikit...yerla member duk rindu nen....kena pujuk lebih la....
.
.
sekarang saya dah gantung rotan kat dinding...dah besar, kena ada rotan kat rumah:-) Sekarang ni bila kita marah (saja buat) mestia yat dorang ibu/abah tak sayang kakak/abe mie eh....huhu. pandai amik hati...bila marah merajuk pandang dinding plus tangan peluk badan erat....nak minta pujuk la tu..huhu. dalam hati ibu nak gelak jer..tapi depan dorang buat muka singa...biar dorang tahu ibu sedang marah dan tak ulangi lagi...tapi biasanya akan berulang...learning proses katanya:-)

okayla...takder idea la nak tulis apa...lain kali la pulak, insyaAllah.

April 11, 2014

Rezeki Kita :-)

Assalamualaikum w.b.t
Perkonsian dari FB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
 
Alkisah nelayan dengan penoreh getah
Satu hari si penoreh getah mengikut si nelayan ke laut untuk menangkap ikan. Si penoreh duduk di belakang kapal manakala nelayan di depan.
Laut yang agak bergelora menyebabkan si penoreh agak terumbang-ambing. Melihat si nelayan asyik berjaya mengail ikan tapi tidak dia, si penoreh meminta untuk menukar posisi memancing dengan si nelayan.
Si nelayan pun menukar posisi, namun situasinya sama, si penoreh masih tidak dapat mengail seekor ikan. Ikan-ikan semua seolah-olah lari mengikut si nelayan.
Mungkin ini adalah masalah joran. Maka si penoreh pun meminta menukar joran dengan si nelayan. Situasi tetap sama – hanya si nelayan mendapat ikan. Laut makin bergelora, si penoreh mengalami mabuk laut dan muntah-muntah.
Sesudah tiba di darat, si penoreh berkata: “Susah nak cari makan di laut. Elok buat kerja aku, lagi mudah.”
Pada satu hari, si nelayan mengikuti si penoreh ke ladangnya dan mencuba menoreh getah.
Ada 1,000 pokok yang perlu ditoreh bermula sebelum subuh. Si nelayan mengeluh susah. Masa menoreh, si nelayan cuai, tangan terkena sabit. Ketika ingin berehat, si nelayan terlanggar bekas menadah getah dan semua tertuang di atas kepalanya.
Si penoreh menoreh pokok getah dengan cukup senang tanpa sebarang gangguan.
“Susah betul kerja toreh getah. Tangkap ikan lagi mudah,” kata si nelayan.
Wahai anakku,
Rezeki kamu sudah ditentukan. Asalkan kamu berusaha, kamu akan mendapatnya. Jangan dengki dengan rezeki orang lain. Bersyukur pada rezeki yang Allah kurniakan pada kamu. Usah iri hati pada rezeki orang lain. Ada orang yang memang rezekinya di darat menoreh getah, dan ada yang di laut menangkap ikan.
Setiap bidang ada cabarannya sendiri, namun asalkan hati kamu sentiasa dekat dengan Allah, kamu akan melihat segalanya dalam bentuk kesyukuran dan medan latihan untuk mempertingkatkan diri sebelum misi seterusnya.

p/s rezeki itu telah ditetapkan....kita perlu usaha...selebihnya urusan Allah s.w.t. Ingatlah, malaikat mencabut nyawa 'datang melawat' kita 70x sehari....selagi ada rezeki selagi itu nyawa kita ada.....harap bermanfaat :-)

Senyum

April 10, 2014

Transformasi

Assalamualaikum w.b.t

saya percaya bukan senang nak berubah...apa saja bentuk perubahan:-)
fasa transformasi aurat:-) sumber FB
niatkan dalam hati nakkan yang lebih baik...lebih dekat dengan Dia, lebih sempurna...ikhlaskan jiwa & raga, insyaAllah...kena kuat semangat jugak. saya pun dalam proses jugak...cuba untuk jadi yang lebih baik & lebih sempurna:-)

Abah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Nur Najibah

Muhammad Syahmi