Bagaimana Kaedah Yang Sebetulnya Untuk Memulakan Pelaburan Emas Dan Sebagainya





Memandangkan isi kandungannya yang sangat bermanfaat, saya tertarik untuk berkongsi intipati buku ini dengan anda semua. Buku ini ada berkisar kepada topik Mengapa setiap individu perlu menguasai ilmu pelaburan? tulisan Dr. Zulnaidi Yaakob. Buku ini diterbitkan oleh Must Read Sdn. Bhd. Terdapat banyak jenis pelaburan yang dibincangkan di dalam buku ini antaranya :

1. Saham amanah
2. Emas (secara ringkas)
3. Hartanah
4. Saham koperasi
5. Koleksi barangan
6. sukuk

Kemudian ada satu topik berkenaan “Ciri-ciri Pelabur Yang Baik” – mukasurat 37. Ini screenshotnya.




Daripada topik ini, jelas sekali faktor terpenting sebelum melabur ialah anda mesti berilmu. Kemudian proaktif dan diikuti dengan ciri-ciri lain.
'
Di dalam pelaburan emas. Apakah yang dimaksudkan dengan berilmu?
'
Untuk pelaburan emas, pelabur yang berilmu saya takrifkan sebagai pelabur yang mengetahui bagaimana  memilih emas pelaburan yang betul, membeli daripada institusi yang betul, pada spread (Keterangan lanjut mengenai spread - link) yang betul dan disimpan di tempat yang betul. Kemudian anda perlu bijak membezakan diantara pelaburan emas yang betul, skim pelaburan emas dan skim cepat kaya bertopengkan emas. Ini kerana pelaburan emas yang betul sangat menguntungkan tetapi jika anda terjerumus di dalam skim pelaburan emas maka anda boleh rugi banyak.

Apa yang ditakrifkan dengan Proaktif?

Pelabur emas yang proaktif  ialah pelabur yang sentiasa memantau pergerakan harga emas dan juga berita-berita semasa yang mempengaruhi harga emas, contohnya Kitco news atau Bloomberg commodity news.Kenapa?




Ini membolehkan pelabur emas proaktif mengetahui bilakah masa terbaik untuk membeli emas atau memborong dan masa terbaik untuk menjualnya. Contohnya menggunakan Meta Trader 4 dan melukis trendline. Jadi anda boleh memaksimakan keuntungan.




Kalau nak main teknik gadaian maka anda perlu tahu bila masa terbaik untuk menggadai emas dan masa terbaik untuk menebusnya. Semua ilmu ini anda perlu belajar dan sudah semestinya semua orang akan bermula dari '0'... Sekian, terima kasih.


**Rujukan jutawanemas.com

Bagaimana Untuk Menguji Ketulenan Emas Dengan Kaedah Konvensional

'
'


Selain menguji ketulenan emas atau perak menggunakan teknik asid dan densimeter, terdapat juga teknik yang mudah dilakukan di rumah. 
 
Bahan - bahan yang diperlukan ialah :

1. Jag air yang diperbuat daripada plastik. Kaca pun boleh juga.
2. Alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang-barang kemas. Mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. Pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
3. Air paip.
4. Benang.
5. Bekas tadahan. Botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga.

Langkah - langkahnya :

1. Hidupkan alat penimbang. Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. Jika tidak, tekan butang fungsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. Ikat emas anda dengan benang. Pastikan ada banyak lebihan benang yang boleh dipegang. Ini penting untuk langkah yang ketiga nanti. Timbang emas yang telah diikatkan dengan benang tadi. Catatkan beratnya di dalam unit gram. contohnya 100gram. Kita namakan nilai ini sebagai 'm'.


2.Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jJka tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. Letakkan jag air diatas mesin penimbang. Isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. Keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yang lebih jitu. Catatkan berat jag air bersama-sama air tadi. Contohnya 300g. Kita nama nilai ini sebagai 'v1'.


3.Pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. Celupkan emas tadi perlahan - lahan ke dalam jag air. Tadah air yang keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. Pastikan tiada air yang terjatuh ke atas alat penimbang. Jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.


4.Setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan - lahan emas tadi dari jag air itu. Catatkan berat jag air bersama-sama air tadi. Contohnya 294.83g. Kita nama nilai ini sebagai 'v2'.


5. Kumpulkan nilai-nilai yang kita dapat tadi. dari contoh tadi,

  • m = 100g, v1 = 300g dan v2 = 294.83g.
  • Pengiraannya : Ketumpatan emas asli adalah 19.32 g/cm padu.
  • Oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dengan 1 cm padu air juga. Ini kerana specific gravity(SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air = 1.0 g/cm padu).
  • Jadi nilai-nilai v1 dan v2 tadi kita boleh tukar unitnya kepada cm padu.v1 = 300 cm padu, v2 = 294.83 cm padu.
  • Formula ketumpatan ialah : Ketumpatan(g/cm padu) = Jisim(gram) / Isipadu(cm padu).
  • Dari nilai-nilai di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan(g/cm padu) = m(g) / v1v2(cm padu)
  • Jadi, ketumpatan emas = 100 / 300 – 294.83= 100 / 5.17= 19.34 gram/cm padu.
  • Dari nilai ketumpatan di atas, kita boleh anggapkan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. Kebiasaannya mesti ada  sedikit ralat.
  • Untuk mengira ketumpatan emas 916 = 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm padu untuk emas 850 = 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm padu.
Info dari group PENGEDAR EMAS PERAK (group ini adalah group tertutup)
 
 
**Rujukan http://www.pelaburanemasperak.com/

Matlamat Khusus Dan Kejayaan





" Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi, anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda juga mestilah mempunyai perancangan khusus bagi mencapai matlamat tersebut. Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan khusus yang di jalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari "  - Dr Napolean Hill


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia selalu hendaknya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2012, semoga tahun ini akan membawa lembaran baru , azam baru, idea baru dan segala - galanya yang baharu selaras dengan komitmen serta kesungguhan kita untuk sentiasa berjaya dan terus berjaya. Baiklah, untuk berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi , anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda tahu? Penghalang terbesar kita untuk mencapai sesuatu pencapaian adalah kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang khusus.
'
'
 '
'
Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Napoleon Hill , (Pada awal abad ke 19) sejak 20 tahun yang lalu beliau telah habiskan masa mengkaji lebih daripada 20 ribu orang dari segenap pelusuk dunia. Hasil kajian beliau mendapati sebanyak 95% dari mereka adalah orang-orang yang gagal. Ini bermaksud mereka hanya mempunyai secukupnya sahaja , malahan sesetengahnya langsung tidak dapat menyediakan keperluan hidup yang secukupnya.

5% lagi adalah orang-orang yang "berjaya" dan "berjaya" disini bermaksud mereka mampu menyediakan segala keperluan hidup disamping dapat menyimpan dan melabur untuk mencapai kebebasan kewangan yang sebenar.

Kesimpulan penting : Dari kajian ini Dr Napoleon Hill mendapati golongan 5% yang telah mencapai kejayaan adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai MATLAMAT UTAMA YANG KHUSUS dan juga membuat perancangan khusus untuk mencapai matlamat tersebut. Minda manusia boleh diumpamakan seperti magnet yang sentiasa menarik pemikiran  yang setara dengan pemikiran yang menguasai minda manusia tersebut, ianya saling berhubung kait dengan cara dan apa yang selalu di fikirkan oleh manusia tersebut. Rumusan ringkas yang mampu admin ungkapkan di sini untuk diri sendiri dan pembaca yang budiman sekalian ialah, fikirkanlah suatu matlamat serta perancangan, sentiasalah berusaha untuk mempositif'kan minda kita (Elakkan berprasangka buruk terutamanya kepada sesama manusia,betul...tidak menjadi kesalahan sekiranya kita ingin berwaspada dan berhati - hati namun seboleh - bolehnya elakkanlah daripada membuat fitnah atau mengadu domba dan sebagai dengannya), tanamkanlah matlamat tersebut di minda kita dan semudah itu ketahuilah kita bahawa kita sudah bersedia untuk mara ke arah hidup yang lebih cemerlang. Sekian, terima kasih... :-)

Secrets of The Rich - Robert kyosaki 2012

'
'


"Wealth is never destroyed, It is merely transferred. Neither you, not me, have the power to stop what is coming. But we do have the choice to either freeze in panic and be crushed under the wheels of the economic freight train that is bearing down upon us, or catch the ride of our lives on the road to immense wealth, history always has a way of repeating itself. When a civilization debases its currency supply, all that currency will once again come chaising that same tiney little pile of metal, gold and silver will revalue themselves measured in those currencies. This will happen to the United States Dollar, just as it did to every empire in history. Those who recognize this stand to become wealthy beyond belief." - Mike Maloney Rich Dad Advisor.


Logam Perak, Pelaburan Terbaik Pada Dekad Ini




Pengurus dana terkenal Eric Sprott menjangkakan akan berlaku letupan pada harga logam perak pada dekad ini dalam temu bual baru-baru ini di 'King World News'. Pengewangan berterusan hutang terkumpul oleh bank-bank pusat dunia ini sudah semestinya akan menyebabkan berlakunya gelombang peralihan modal global kepada satu mekanisma perlindung nilai yang lebih selamat seperti emas dan perak.
'
'


Menurut Sprott lagi, ia adalah tidak mustahil untuk kita melihat harga logam emas untuk mencecah USD12,000/Auns satu hari nanti memandangkan apa yang berlaku pada ketika ini (Ekonomi dunia) saling berhubung kait antara satu sama lain (Harga emas dan perak). Pendapat Sprott turut dipersetujui
Marc Faber, pengurus dana terkenal , yang juga berpendapat harga logam perak masih lagi  "murah" pada harga hari ini. Dari segi sejarah, nisbah diantara logam emas / perak adalah pada 16:01. Nisbah logam emas / perak menunjukkan berapa auns perak yang diperlukan untuk membeli 1 auns emas. Jika seseorang membuat andaian bahawa emas diniagakan USD12,000 satu auns  pada masa hadapan, maka pasti akan berlaku overshooting nisbah harga logam emas / perak dan kadaran nisbah akan berubah menjadi 10:01 (Emas = USD12,000:USD1200 = Perak) kata Sprott lagi.


** Rujukan http://www.austinreport.com/WordPress/

Bagaimana Untuk Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Emas Fizikal





Di sini saya ingin berkongsi beberapa teknik bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas fizikal khas kepada semua pembaca .  Saya harap teknik-teknik yang ditunjukkan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda bagi memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan emas. Semua teknik - teknik  ini saya perolehi dari sifu-sifu emas di Malaysia dan telah pun saya praktikkan. 




TEKNIK PERTAMA :  Beli emas dan Jual apabila harga naik.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah Beli emas fizikal. Kemudian jual apabila harga telah melonjak naik (Faktor spread juga akan menentukan jumlah keuntungan yang bakal anda perolehi dalam teknik ini). Ini adalah teknik biasa yang dilakukan oleh pelabur dan penyimpan emas. Anda sendiri tentukan bila sepatutnya mendapat keuntungan dari emas simpanan anda. Kebanyakan orang yang baru hendak bermula akan teragak-agak untuk membeli emas pertama mereka walaupun mereka tahu pelaburan emas ini sangat menguntungkan. Ini kebiasaannya berlaku apabila harga emas meningkat tinggi. Mereka takut harga emas akan jatuh selepas mereka membeli emas. Pemikiran seperti ini haruslah dielakkan.




Ingin saya ingatkan para pembaca sekali lagi bahawa pelaburan emas adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana dan panjang. Berdasarkan analisa harga emas 10 tahun kebelakangan ini, walaupun harga emas ada turun naiknya, tetapi trend harga emas sentiasa berada dalam keadaan menaik. Jadi anda pasti akan dapat membuat keuntungan dengan emas. Bertindaklah sekarang.


TEKNIK KEDUA :  Beli emas secara berterusan dan konsisten.

Teknik ini memerlukan disiplin, iaitu dengan membeli emas secara konsisten. Dengan teknik ini anda akan mendapat keuntungan secara pemurataan kos (Cost averaging). Contohnya matlamat anda untuk membeli 20gram jongkong emas setiap 2 bulan. Berdasarkan trend harga emas yang sentiasa menaik, jika anda membeli emas secara konsisten maka purata harga emas anda akan menurun.


 (Harga emas ini berdasarkan harga emas kitco.com dan ditukar kepada Ringgit Malaysia dengan menganggap 1 USD = 3.5 MYR)

Jadi kos purata anda pada 2 tahun tersebut adalah  RM2381.13 bagi setiap 20 gram jongkong emas. Kemudian simpan hingga tahun ke 3 dan pada masa yang sama anda boleh goyang kaki atau sebagai dengannya kerana emas tadi secara automatiknya akan bekerja untuk anda.  Pada tahun ke 3 (23/11/2011) nilai belian balik pada harga ‘We Buy’ (Lihat jadual pembelian balik Public Gold Price) untuk 20 gram emas ialah RM3543 setiap satu. Maka keuntungan anda ialah :



(RM3543 – RM2381.13) x 12 jongkong = RM13944 ( Setiap satu jongkong telah memberikan pulangan bersih RM1162 bersamaan RM387.33 sebulan dalam tempoh 3 tahun tersebut).

Tips bagi menggandakan lagi keuntungan anda menggunakan teknik pemurataan kos ini adalah dengan membuat pembelian emas pertama dengan jumlah yang paling maksimum (Belian pertama lebih banyak kuantitinya berbanding belian yang seterusnya) .
 '
 '
TEKNIK KETIGA :  Buat pinjaman untuk beli Emas Fizikal.

Berdasarkan kepada trend kenaikan harga emas yang semakin tinggi sejak tahun 2000, satu kajian telah dibuat untuk melihat samada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank bagi membuat pelaburan emas. Hasil kajian tersebut mendapati dengan membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini adalah kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik. Apa yang dapat saya katakan disini adalah pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya, manakala pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.


KAJIAN KES:

Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak RM10000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13620.00. Jika RM10000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (Harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat 8 Keping Kijang Emas 1 Oz.


 


Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1 Oz ketika itu adalah RM2351. Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18808.00 (RM2351 x8).




Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% . Katakan anda tidak menjual 8 keping Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga 6/12/2010 – berapakah keuntungan anda?

Pengiraan:

Harga Kijang Emas pada 6/12/2010 ialah RM4505.00 seunit
Jadi RM4505.00 x 8 keping = RM36040.00.
'
'


Keuntungan bersih anda ialah RM22420....... dalam masa 8 tahun (Bersamaan 224%). Purata pulangan ialah 28% setahun. Lumayan?????

** Rujukan harga Kijang Emas:
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141


TEKNIK KEEMPAT :  Beli emas dan Pajak dan Beli lagi Emas.

Sekarang saya akan terangkan pula teknik yang digunakan oleh kebanyakan pelabur - pelabur emas tegar bagi menjana keuntungan mereka iaitu melalui teknik manipulasi Ar rahnu. Ar rahnu merupakan satu medium permudah cara bagi kita untuk menambah simpanan aset atau sebagai dengannya menggunakan emas sebagai pajakan.Tetapi teknik ini hanya boleh digunakan oleh pemegang emas fizikal sahaja dan risikonya agak tinggi kerana anda membiarkan diri anda berhutang dengan pihak bank dan anda perlu membayar upah simpan kepada pihak bank (Upah simpan bergantung kepada jumlah berat emas,tempoh pajakan dan terma dan syarat sesebuah institusi pajakan tersebut). Namun teknik ini masih dianggap relevan oleh kebanyakan orang dalam usaha untuk menambah simpanan aset dan koleksi emas mereka.
  1. Anda mestilah ada emas fizikal. Lebih banyak kuantitinya maka lebih bagus. Kemudian pajakkan emas anda di Ar rahnu. Kemudian hasil pajakan emas tadi, anda beli lagi emas fizikal. Saya cadangkan beli emas Public gold memandangkan spread (Keterangan lanjut mengenai spread - link) harganya yang rendah. Ini sekali gus dapat memaksima kan keuntungan anda melalui teknik ini.
  2. Kemudian anda pajak belian emas kedua tadi di Ar rahnu. Hasil pajakan tersebut, anda beli lagi emas fizikal. Proses beli dan pajak ini boleh diulangi 2 - 3 kali. Sebab itu saya katakan lebih banyak modal anda maka lebih bagus. Jika modal anda lebih dari RM100,000 maka proses beli dan pajak itu boleh diulang sehingga beberapa kali.
  3. Pastikan anda mempunyai emas fizikal di tangan anda pada penghujung proses ini. Tujuannya adalah untuk menebus kembali emas-emas anda dalam pajakan Ar rahnu apabila harganya emas naik dengan mejual stok emas ditangan anda. Proses di boleh diulangi sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
  4. Di akhir proses ini anda akan mendapat semula emas pertama anda bersama  keuntungan setelah menolak kos upah simpan di Ar rahnu berdasarkan kenaikkan harga emas semasa yang kian meningkat.



TEKNIK KELIMA :  Melabur sambil berniaga Emas.

Sekarang saya akan dedahkan satu teknik rahsia kepada semua pembaca blog. Dalam banyak-banyak teknik diatas saya kira teknik inilah yang mendatangkan pulangan yang paling lumayan. Teknik yang akan saya tunjukkan adalah teknik melabur sambil berniaga. Ya… teknik ini tidak dipengaruhi oleh pasaran emas yang turun naik. Dengan teknik ini anda akan sentiasa menjana keuntungan walaupun berhadapan dengan situasi-situasi berikut:

Senario 1 : Beli Emas dan Jual Emas tersebut dengan harga yang sama kepada pelanggan = Anda Untung.
Senario 2 : Beli Emas Masa Harga Rendah dan Jual waktu harga Tinggi = Anda Untung.
Senario 3 : Beli Emas Masa Harga Tinggi dan Jual waktu harga jatuh= Anda Masih Untung.




Bagaimana melabur sambil berniaga?

Salah satu caranya adalah melabur sambil berniaga emas dengan menjadi agen Public Gold. Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan keluaran Public Gold. Produk mereka yang sangat berkualiti, harganya berpatutan ( Jauh lebih murah berbanding harga emas di kedai emas) dan dapat membolehkan anda menjana pendapatan sampingan. Public Gold merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa.
'
'
Keuntungan menjadi agen Public Gold.

Apabila anda menjadi agen Public Gold maka anda akan menjual dan membeli emas Public Gold mengikut harga semasa. Harga semasa ini dipaparkan di laman web www.publicgold.com.my dan harga ini berubah setiap 20 minit. Apabila anda menjadi agen Public Gold anda akan mendapat faedah-faedah seperti berikut:
'
1. Komisyen jualan 1% - 2%.
Anda akan mendapat komisyen jualan sebanyak 1% - 2% daripada nilai emas Public Gold. Samada anda membeli stok untuk simpanan sendiri ataupun menggantikan stok yang dijual anda tetap mendapat komisyen.

Sebagai contoh, berdasarkan harga emas Public Gold diatas, jika anda menjual 1 keping jongkong emas 100 gram Public Gold dengan harga RM14,057 + RM30 kos pengangkutan maka komisyen anda adalah RM210.85 sen (Kos pengangkutan tidak dikira di dalam komisyen).
'
2. Keuntungan belian balik diatara 5%-6% (Spread). Jika pelanggan ingin menjual balik emas Public Gold kepada anda, maka anda akan membelinya pada harga 'We Buy' (Lihat harga diatas). Harga ini adalah 5% – 6% lebih rendah daripada harga emas semasa. Jadi anda jimat 5%-6%. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli emas yang sama beratnya maka anda boleh jualkan emas tersebut dan mendapat untung atas angin sebanyak 5%-6%.

Sebagai contoh, Jika pelanggan ingin menjual kembali 100 gram Public Gold maka anda akan membelinya pada harga RM13354. Jika ada pelanggan baru yang ingin membeli 100 gram emas Public Gold daripada anda maka anda boleh menjualnya pada harga RM14057 + RM30. Anda akan mendapat untung atas angin sebanyak RM733.00 untuk urusniaga ini. Lumayan bukan?

3. Beli stok banyak ketika harga emas jatuh dan mendapat keuntungan bila harga naik semula. Salah satu cara mendapat keuntungan yang lebih ialah dengan membuat belian stok sebanyak mungkin apabila harga emas jatuh. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan apabila menjual emas tersebut ketika harganya naik.


Sang Raja Yang Bernama Hati

'
'


Sekiranya badan kotor pasti kita akan mandi. Bagaimana pula apabila hati kita kotor? Apakah itu hati dan bagaimana? Kenapa ia perlu dijaga dan dibersihkan? Menurut bahasa Arab, hati ialah qalbu. Sedangkan menurut bahasa inggeris hati ialah heart. Broken heart ertinya patah hati dan sweet heart pula si jantung hati. Jatuh hati?




Dalam kitab Ihya Ulum al Din karya Imam Al Ghazali dalam bab mengenai hati, qalbu bermakna membalikkan. Kalau ikutkan perkataan demi perkataan segala sesuatu yang berbalik - balik. Dalam struktur diri manusia, hati itu terletak di persimpangan antara 2 alam. Sisi yang pertama menghadap ke atas, (Alam malakut) tempat adanya dengan jelas petunjuk - petunjuk dan pengetahuan mengenai Tuhan. Sedangkan sisi yang lain mengadap ke bawah, kepada jasad yang berfungsi menggerakkan pancaindera bagi pelbagai tujuan. Tetapi dek kerana hati itu sebagai cermin dan dosa seperti kotoran, apabila malas membersihkannya, secara tidak langsung mengaburkan pantulannya yang berasal dari alam malakut. Umpama kaca mata kita, malas membersihkannya, kotoran pasti akan mengaburkan pandangan. Akibatnya semasa kita berjalan menjadi kurang selamat sehingga boleh menyebabkan kita terjatuh dan sakit. Begitu juga dapat didefinasikan di sini, hati sekiranya tidak dibersihkan dengan amalan ibadah dan syariat, ia menjadi pudar. Membuatkan petunjuk tidak dapat dibaca dengan jelas.

"  Maka begitu pula penyakit hati, tidak mungkin dapat diubati kecuali dengan ubat - ubatan yang diambil dari syariat, iaitu tugas - tugas ibadah dan amalan - amalan yang di susun oleh nabi - nabi bagi pembaikan hati. Maka sesiapa tidak mengubati hatinya yang sakit dengan pengubatan ibadah syariat dan cuma melengkapkan sahaja dengan ilmu - ilmu akal, nescaya ia (Sakit) pasti melarat sebagaimana melaratnya orang yang sakit dengan makanan" . - Ihya ' Ulum Al Din

Amat jelas betapa pentingnya kita menjaga hati, menyuci dan membersihkannya. Sekiranya tidak dilakukan, kotoran dihati sudah berkerak dan hitam, yang dibaca bukan lagi petunjuk daripada Ilahi. Bukan lagi ilmu, sebaliknya adalah hawa nafsu, syahwat dan syaitan yang sentiasa mengelilingi dan berpusat di hati yang hitam. Terjadinya begini mengikut pemahamaman admin kerana hati juga menghadap kepada jasad yang mengatur tingkah laku lahiriah. Dengan sendirinya kelakuan kita hanyalah mengikut kehendak syaitan serta hawa nafsu yang bersarang di pangkal otak dan berpusat di hati.
'
 
Bukti saintifik untuk menguatkan lagi hujah Imam Al Ghazali betapa pentingnya kita perlu menjaga dan membersihkan hati untuk mengelakkan daripada SYAITAN mengatur tingkah laku lahiriah kita.

Inilah alasan kenapa Imam Al Ghazali selalu mengatakan hati sebagai raja kerana fungsinya yang menggerakkan tubuh, perasaan dan fikiran manusia. Hati itu raja, apabila raja itu baik maka baiklah tentera - tenteranya.

'
Ihya 'Ulum Al Din adalah salah satu karya terkenal Imam Al Ghazali yang bermaksud menghidupkan kembali ilmu - ilmu agama. Terdiri daripada 4 jilid besar atau 4 bahagian iaitu Ibadah, Adat Kebiasaan, Al Muhlikat ( Perbuatan yang membinasakan) dan Al Munjiyat ( Perbuatan yang menyelamatkan). Setiap bahagian pula terkandung 10 kitab, menjadikan jumlah keseluruhan kitab Ihya Ulum Al Din 40 kitab.


Tips membersihkan hati dari Ustaz Aa Gym


Gunakan Apa Sahaja Yang Sudah Terbukti Berjaya




" Kita tidak perlu memikirkan segala-galanya, Isaac Newton pernah berkata , "Saya faham lebih sedikit mengenai dunia ini kerana saya berdiri di atas bahu orang yang hebat, tiada salahnya kita berdiri di atas bahu orang lain". - Warrent Buffet


Satu daripada kesilapan besar yang sering dilakukan oleh orang ramai ialah mereka perlu mempunyai idea yang asli ataupun genius sebelum berjaya. Warren mempelajari idea terbaik dalam perniagaan dan kehidupan adalah idea yang sudah terbukti, iaitu yang tidak mungkin akan gagal. Dari mana datangnya idea ini? Kita tidak perlu berdiri di puncak Gunung Everest sebelum melihat sendiri gunung itu yang tinggi , dari jauh kita sudah boleh nampak. Begitu juga kita tidak perlu menjadi genius sebelum dapat mengenal pasti genius - genius ataupun perniagaan yang diuruskan oleh mereka dengan baik. Namun begitu, apabila sudah nampak, berikan perhatian dan belajar daripada genius - genius ini. Keadaan ini membawa kejayaan kepada Warren Buffet dan pastinya dapat membawa kejayaan kepada kita. Untuk menjana kekayaan kita perlukan mentor atau seseorang yang dikagumi. Warren Buffet adalah di antara orang yang saya kagumi, mempunyai hidup yang sederhana tetapi menjana kekayaan di luar dugaan. Beliau menjana kekayaan dengan membuat pelaburan yang menguntungkan dalam sesuatu perniagaan seperti Coca - Cola dan Wells Fargo Bank.

Dibawah ini saya senaraikan rahsia dan diantara petua kekayaan Warren Buffet :

1. Kekayaan Dan Kejayaan Terletak Pada Minda Seseorang
'
“Saya pasti akan menjadi kaya satu hari nanti. Walaupun seminit saya tak pernah meraguinya” – Warren Buffet
Perbezaan terpenting orang susah dan kaya ialah pada mindanya. Orang susah berfikir tentang kemisikinan dan kekurangan. Orang kaya pula berfikir tentang kemewahan dan kesenangan. Bagaimana minda anda berfikir akan menentukan masa depan anda, sama ada gelap atau gemilang.

2. Kejayaan Bukan Bergantung Kepada Baki Akaun Bank Anda
Apabila ditanya oleh siaran CNBC tentang kejayaan beliau, Buffet menjawab:

“Jika seseorang telah menjadi tua seperti saya dan mempunyai ramai orang yang sayangkan anda dan anda menyukainya, anda telah berjaya sebenarnya. Tiada perbezaan jika anda mempunyai ratusan ringgit atau jutaan ringgit dibank. Kejayaan ialah anda buat sesuatu yang anda suka dan buat dengan sebaiknya. Saya belum pernah berjumpa dengan orang kaya yang sedih dengan apa yang dicapainya, tetapi saya menjumpai ramai orang yang sunggul apabila tidak mencapai apa yang diidamkan”

3. Belanja Kurang Daripada Gaji Anda

“Jika anda berada dalam bot yang bocor, tenaga yang anda gunakan untuk menukar bot yang baru adalah lebih menguntungkan daripada tenaga yang digunakan untuk menutup kebocoran tersebut” – Warren Buffet

Ini adalah nasihat yang biasa kita dengar, supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Anda tidak akan berjaya dari segi kewangan jika anda belanja lebih daripada gaji bulanan anda. Buffet seorang yang terkenal dengan hidup yang ringkas dan berjimat. Beliau merupakan satu-satunya billionaire yang tinggal dirumah yang sama sejak 1958 yang dibelinya dengan harga USD 31,500. Beliau memandu kereta tahun 2001 Lincon Town Car yang dibelinya atas tangan. Aset beliau bernilai lebih USD 52 Billion tetapi hidup dengan gaji USD 100,000 setahun.

4. Elakkan Berhutang

Lebih cepat anda sedari bahawa setiap anda anda dipujuk untuk membeli produk yang tidak diperlukan samada TV, radio dan suratkhabar. Jika tiada wang tak mengapa, anda boleh berhutang untuk membeli kereta baru, sofa atau TV baru walaupun yang lama masih lagi elok. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah anda. Anda terpaksa bekerja siang dan malam untuk membayar hutang yang semakin bertambah. Warren Buffet faham konsep ini dengan mengelakkan berhutang tetapi bijak melabur untuk kesenangan masa depan. Bayangkan saham Coca Cola yang dibelinya dulu kini  mencecah berbillion ringgit.


Uruskan Diri Kita Bagi Menghadapi Inflasi




" Aset kita yang terbaik ketika inflasi adalah kuasa membeli kita. Apa sahaja yang kita lakukan bagi memperbaiki bakat kita dan menjadikan kita lebih bernilai dapat memberikan kita lebih kuasa membeli. Sekiranya kita pandai melakukan kerja, tidak kira sama ada pemain bola sepak ataupun pembantu yang baik, tidak kira apa sekalipun, diri kita sendiri adalah aset kita yang terbaik"  - Warrent Buffet

Warren menyatakan yang kita sepatutnya memikirkan diri kita sendiri seperti sebuah perniagaan. Walaupun kita tidak nampak seperti sebuah perniagaan, ataupun berkelakuan seperti seorang peniaga, namun diri kita semua adalah perniagaan dengan kebolehan memajukan diri yang tidak terbatas. Oleh itu, diri kita sendiri adalah aset yang terbaik untuk kita.

Semasa kita masih muda dan tidak berpengalaman, perniagaan itu tidak membuat banyak keuntungan untuk kita, tetapi lebih banyak pendidikan dan pengalaman yang terkumpul, lebih banyak potensi keuntungan dan pendapatan kita untuk bertambah. Pendidikan dan pengalaman adalah 2 kunci utama bagi memulakan dan menjalankan perniagaan kita.

Tidak kira apa sahaja latar belakang hidup kita, semua orang  akan bermula dari bawah. Ya , mungkin ada orang yang mendapat bantuan keluarga atau sebagai dengannya, tetapi pada hakikatnya sekiranya ingin berjaya dan terus berjaya, kita perlu memiliki tenaga dan dorongan dalam diri kita sendiri bagi mencapai kecemerlangan dalam kerjaya atau profesion pilihan kita. Warren percaya kita perlu menjaga perniagaan kita dengan baik, iaitu kita patut menjaga kesihatan diri kita dan mendapat pendidikan yang sempurna. Kita perlu sentiasa mencari jalan bagi menambahkan potensi pendapatan kita dan melindunginya daripada malapetaka. Apabila ingin menangani inflasi, tiada apa yang lebih elok berbanding menambahkan potensi pendapatan kita.

Prinsipnya amat mudah, setiap daripada kita adalah entiti ekonomi yang memiliki potensi pendapatan yang cukup tinggi. Sekiranya kita menjaga diri kita dan mendapat pendidikan yang baik, potensi ekonomi kita adalah tidak terhad. Ia bukan sahaja dapat melindungi kita daripada inflasi, malah mampu membuatkan kita menjadi seseorang yang lebih daripada apa yang kita sangkakan sebelum ini...

Macam peluru dia masuk bulan nie ( Oktober 2011 )... Alhamdulillah...Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka - mereka yang terlibat dalam urus niaga emas, perak dan gaharu pada Oktober 2011 ( En Ismail, Mr Tan Tasek Gelugor, En Abu Bagan Serai, En Khairul Bagan Serai, En Anuar Penang dan mereka - mereka yang lain tidak saya senaraikan nama di sini).. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kerana sudi berurus niaga dan menaruh kepercayaan kepada saya untuk cuba memberikan yang terbaik untuk anda semua :-)..

The Gold Price Conspiracy Uncle Sam Doesn’t Want You to Know About

'
'

Menurut pendedahan kabel diplomatik wikileaks pada tahun 2009 dari kedutaan Amerika Syarikat, China percaya bahawa Amerika Syarikat dan Eropah, menindas harga logam emas untuk tidak menggalakkan penggunaannya sebagai mata wang rizab dunia. Dan ada satu kes yang agak menarik untuk dibuat kajian mengenai konspirasi harga logam emas - Peter Krauth / Money Morning 5 Oktober 2011.




Konspirasi Harga Logam Emas

Diantara beberapa ringkasan komentar dari sumber media berita dalam bahasa Cina pada 28 April, 2009. "Amerika Syarikat dan Eropah sentiasa menindas  harga logam emas, mereka bercadang untuk melemahkan fungsi emas sebagai mata wang rizab antarabangsa. Mereka tidak mahu melihat negara-negara lain beralih kepada rizab emas dan bukan US Dolar atau Euro. Oleh itu, dengan menekan harga logam emas adalah sangat memberi manfaat kepada Amerika Syarikat dalam mengekalkan peranan US Dolar sebagai mata wang rizab antarabangsa sebelum satu sistem matawang baru diwujudkan untuk menggantikan sistem matawang yang sedia ada. " Menurut pendedahan kabel diplomatik itu lagi, China percaya bahawa dengan membina rizab emas, ia tidak akan hanya melindungi dirinya daripada penurunan nilai US Dolar, tetapi menggalakkan bank-bank pusat di seluruh dunia untuk mengembangkan pembelian emas mereka dengan segera. "Dengan meningkatkan rizab emas China maka secara tidak langsung ia akan bertindak sebagai model dan memimpin negara-negara lain untuk membentuk rizab emas antarabangsa yang lebih banyak" kata kabel. "Rizab emas yang besar juga memberi manfaat dalam menggalakkan pengantarabangsaan RMB."

Walaupun pada hakikatnya bahawa emas dalam dekad diantara tahun 1999 hingga 2009 melonjak dari US Dolar 250 satu auns kepada US Dolar 1200 setiap auns (Hampir 400% keuntungan). Gordon Brown ( Menteri Kewangan United Kingdom dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri ) , memutuskan untuk menjual hampir separuh rizab emas negara itu. Jualan besar - besaran ini telah mendorong harga emas  untuk turun sedikit dari USD 282.40 auns kepada USD 252.80 per auns. Apabila harga logam emas kembali diselaraskan mereka akan membelinya semula dan menghasilkan purata harga USD 275 untuk satu auns, meningkatkan jumlahnya menjadi USD 3.5 bilion. Dengan menggunakan formula dan kitaran  ini, hari ini .. Lebih dari 395 tan logam emas bernilai lebih daripada USD 19 bilion telah  menjadi rizab kewangan United Kingdom.

**Rujukan http://www.austinreport.com/