Wednesday, April 29, 2009

Deeper Conversation


Deeper Conversation - Yuna

am feeling like dedicating this song to someone, but don't have the nerve to do that..my oh my...

Deeper Conversation

Is your favourite colour blue

Do you always tell the truth
Do you believe in outer-space
Now I'm learning you

Is your skin as tanned as mine
Does your hair flow sideways
Did someone take a portion of your heart
And I'm learning you

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

I've let my guard down for you
And in time you will, too

And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me

Deeper conversation
Let me

Deeper conversation
Let me


Deeper conversation
Let me


Deeper conversation
Let me

Saturday, March 28, 2009

this is weird

taklah weird sangat, tapi peliklah jugak.
aku sangat jarang tak sihat. sangat jarang kene selsema. setahun sekali pon jarang. 2 tahun sekali mungking lah. tp ni, kali ke-2 dalam masa 2 bulan. kali terakhir kene selsema teruk sebelum ke Melbourne haritu.
ni kene lagi.. dah seminggu lebih..tak baik2 lagi tapi takdela teruk sgt

oh aku yg sudah semakin tua kekurangan antibodi kah?

Tuesday, February 3, 2009

daaa!!

semua dah settle

packing barang da settle, itenarary pon rasanya dah finalize semua

harap-harap, selamat semuanya.

selamat pegi, selamat balik

insyaAllah!

Saturday, January 31, 2009

dup dap dup dap

tak berapa hari lagi nak pegi tapi satu benda pon tak siap. beg baru kuarkan, dah bersihkan dah..baju2 semua dah prepare, rasanya tinggal nak kuarkan dr almari je, kasut da ada, stokin tak cukup lg..oh ya benda penting... minyak mestika (yg wajib di bawak setiap kali travel tak kira ke mana) nak kene gi beli. kang sakit kaki bejalan maunye menangis tak berlagu kat tpt orang.. itenarary.. huhu br separuh siap.. tp belum emel lg nak book tour..adus ok takpe kejap lagi terus emel. hotel semua da book..transport tak abes study lg.. adoi banyaknye.. takpe... masa ada lagi.. mlm ni sampai besok study betul2..take note betul2.. apa lagi ek...oh ye.. jadual solat nnt nak kene print. dan..paling penting..kemas umah!! sempat2.... keje opis? hahahaha lantak la... boleh? kekeke
keje kat opis balik nnt lah baru fikir... nama lagi bercuti nak tenangkan fikiran kan?

harap-harap semuanya berjalan lancar...selamat pegi, selamat kembali...Insya Allah..
mmg berdebar sgt sbb ni first time pegi tpt org yg mmg plan sendiri2... shud be ok lah rasanya..pandai2 la bawak diri nnt..

p/s : aku tak sambut Valentine's Day, tp sebab dah kat sana hampir separuh hari dlm 'bulan chenta' ni, rasa teruja pulak nak tengok cemane suasana bulan chenta kat sana :)

Wednesday, December 17, 2008

Aidil Adha 1429

ya mmg dah lama lepas raya haji ni org pegi buat haji pon dah ada yg dah balik tapi takpe lah...tak salahkan kalo aku nak tulis jugak pasal ni

apa yg seronok aidil adha atau raya haji ni? org selalu kata raya haji kat kelantan meriah. kat mana meriah tu? bagi aku apa yg meriah sbb kat kelantan, ibadah korban ni masih lagi dibuat secara tradisional, kebanyakannya dibuat kat kawasan kampung atau rumah dan semua org bergotong royong. yang lelaki melapah lembu dan perempuan pulak sibuk di dapur. semua org terlibat.. yg buat korban atau tak... yg tak buat pon datang jugak menolong.pendek kata, semua org terlibat takde lah dok umah je tunggu org dtg hantar daging ke rumah.

So tahun ni seperti sejak beberapa tahun sudah, selepas solat sunat Aidil Adha kami sekeluarga berkumpul kat umah tokwan. Seekor lembu bakal dikorbankan. Kalo tengok pada harga utk satu bahagian korban, Wae kata lembu kecik tapi bila tengok, besar jugak tapi lembu ni lembu kurus.... hehe mmg pon sbb takde lemak pon daging dia.. sup yg kami makan haritu mmg 'sihat' sbb 'fat free'..kekeke
Ni waktu beli lembu. Mama (tudung pink) dan Chik Num (baju merah) dgn tuan lembu, Pak Lah.. tu kt tangan mama tali lembu. kiranya masa ni semua yg buat korban akan membeli lembu dr tuannya.. yg dapatnya tali je lah sbb lembu akan disembelih sekejap lagi. Chik Num makcik aku yg baru dapat transfer balik ke Kelantan. 15 tahun sebelum ni dia sekeluarga beraya kat KL so tahun ni boleh kata pertama kali utk semua anak2nya so kiranya ramai lelaki lah kat umah Tokwan kali ni sbb anak2 Chik Num ni 6 org lelaki.

Tali dah diikat kat lembu ni dan masa ni kaum lelaki akan bersama-sama utk tarik lembu ni utk ditumbangkan.


Aku sebenarnya dah lama tak tengok org sembelih lembu masa raya haji ni. Seingat aku last time aku tengok masa aku umur 5 ke 6 tahun mcm tu.. lepas tu dah tak tengok sbb mmg takut... tapi tahun ni sebab semua org keluar so aku tengok lah jugak.. tu pon di sebalik tiang..sedar2 aku dah menyorok belakang kete Tok Ayah..hehehe..ngeri la..Sebelum disembelih, kedudukan lembu tu diletakkan mengadap ke arah kiblat dan sambil itu takbir dilafazkan.

Kepakaran bertahun-tahun.. Wae melapah lembu dgn dibantu bestfriendnya, Pak Ud..

Abe membersihkan kaki lembu sambil protege terbaru, Ujie dan Faisal (anak Chik Num) memerhati. tahun depan dah boleh buat ye Ujie..


Sapiq dan kaki lembunya


Sementara yg lelaki kat luar, kami yg perempuan sibuk di dapur.. tapi kat dapur tade gambar sgt sbb cameraman pon sibuk dok potong bawang.. prepare bahan2 utk buat sup, daging bakar dan sosnya, masak nasi...etc etc.. Masa ni lah yg seronoknya.. sepupu2 dok update cerita masing2..Mama pon dok update cerita dgn adik beradik dia yang budak2 pandai2 buat hal sendiri..dah ramai kan berkumpul so masing2 pon pandai carik kawan.

Meryam, Mashitah, Maisarah, Fatimah dan Mardhiah


Tok Wae bersama cicit ke 9, Marissa Aishah


Meryam, Mardhiah, Faris, Fatimah, Mashitah dan baby Aishah


Makan daging fresh mmg sedap yg amat...sekali setahun makan daging sepuasnya. Normallah tu kalau sedar2 sakit mulut dok kunyah daging.Makanan paling best dan mmg confirm laku tiap kali raya haji, 'colek daging'.. daging bakar yg dipotong nipis dan dicecah air asam. tapi air asam thn ni tak ada lain sket sbb tomato patut dihiris nipis ada org terpotong kiub.. hehehe..mmg tak sedar langsung..sampailah dah nak gaul tu baru tersedar salah teknik kekeke..patutla nampak lain macam je.. tapi rasanya sama je..kekeke

Dan utk selama kat umah makan makanan berasaskan daging. tahun ni kat umah aku buat bolognaise dan murtabak raja. senang terus habis dagingso takde lah kene simpan lama2 kat freezer tu.

Tuesday, December 2, 2008

sakit kepala

terasa kepala sangatlah tepu hari ini

dari pagi..settle error..masuk meeting..kuar meeting.. settle error lagi

adoi dah byk fikir mcm ni mulalah aku LAPAR!!

uh biskut keju ini terasa sungguh sedap di saat-saat macam ni...

Sunday, November 30, 2008

a year older

i am.



tapi tak rasa tua pon..kekekek...