Wednesday, December 17, 2008

Aidil Adha 1429

ya mmg dah lama lepas raya haji ni org pegi buat haji pon dah ada yg dah balik tapi takpe lah...tak salahkan kalo aku nak tulis jugak pasal ni

apa yg seronok aidil adha atau raya haji ni? org selalu kata raya haji kat kelantan meriah. kat mana meriah tu? bagi aku apa yg meriah sbb kat kelantan, ibadah korban ni masih lagi dibuat secara tradisional, kebanyakannya dibuat kat kawasan kampung atau rumah dan semua org bergotong royong. yang lelaki melapah lembu dan perempuan pulak sibuk di dapur. semua org terlibat.. yg buat korban atau tak... yg tak buat pon datang jugak menolong.pendek kata, semua org terlibat takde lah dok umah je tunggu org dtg hantar daging ke rumah.

So tahun ni seperti sejak beberapa tahun sudah, selepas solat sunat Aidil Adha kami sekeluarga berkumpul kat umah tokwan. Seekor lembu bakal dikorbankan. Kalo tengok pada harga utk satu bahagian korban, Wae kata lembu kecik tapi bila tengok, besar jugak tapi lembu ni lembu kurus.... hehe mmg pon sbb takde lemak pon daging dia.. sup yg kami makan haritu mmg 'sihat' sbb 'fat free'..kekeke
Ni waktu beli lembu. Mama (tudung pink) dan Chik Num (baju merah) dgn tuan lembu, Pak Lah.. tu kt tangan mama tali lembu. kiranya masa ni semua yg buat korban akan membeli lembu dr tuannya.. yg dapatnya tali je lah sbb lembu akan disembelih sekejap lagi. Chik Num makcik aku yg baru dapat transfer balik ke Kelantan. 15 tahun sebelum ni dia sekeluarga beraya kat KL so tahun ni boleh kata pertama kali utk semua anak2nya so kiranya ramai lelaki lah kat umah Tokwan kali ni sbb anak2 Chik Num ni 6 org lelaki.

Tali dah diikat kat lembu ni dan masa ni kaum lelaki akan bersama-sama utk tarik lembu ni utk ditumbangkan.


Aku sebenarnya dah lama tak tengok org sembelih lembu masa raya haji ni. Seingat aku last time aku tengok masa aku umur 5 ke 6 tahun mcm tu.. lepas tu dah tak tengok sbb mmg takut... tapi tahun ni sebab semua org keluar so aku tengok lah jugak.. tu pon di sebalik tiang..sedar2 aku dah menyorok belakang kete Tok Ayah..hehehe..ngeri la..Sebelum disembelih, kedudukan lembu tu diletakkan mengadap ke arah kiblat dan sambil itu takbir dilafazkan.

Kepakaran bertahun-tahun.. Wae melapah lembu dgn dibantu bestfriendnya, Pak Ud..

Abe membersihkan kaki lembu sambil protege terbaru, Ujie dan Faisal (anak Chik Num) memerhati. tahun depan dah boleh buat ye Ujie..


Sapiq dan kaki lembunya


Sementara yg lelaki kat luar, kami yg perempuan sibuk di dapur.. tapi kat dapur tade gambar sgt sbb cameraman pon sibuk dok potong bawang.. prepare bahan2 utk buat sup, daging bakar dan sosnya, masak nasi...etc etc.. Masa ni lah yg seronoknya.. sepupu2 dok update cerita masing2..Mama pon dok update cerita dgn adik beradik dia yang budak2 pandai2 buat hal sendiri..dah ramai kan berkumpul so masing2 pon pandai carik kawan.

Meryam, Mashitah, Maisarah, Fatimah dan Mardhiah


Tok Wae bersama cicit ke 9, Marissa Aishah


Meryam, Mardhiah, Faris, Fatimah, Mashitah dan baby Aishah


Makan daging fresh mmg sedap yg amat...sekali setahun makan daging sepuasnya. Normallah tu kalau sedar2 sakit mulut dok kunyah daging.Makanan paling best dan mmg confirm laku tiap kali raya haji, 'colek daging'.. daging bakar yg dipotong nipis dan dicecah air asam. tapi air asam thn ni tak ada lain sket sbb tomato patut dihiris nipis ada org terpotong kiub.. hehehe..mmg tak sedar langsung..sampailah dah nak gaul tu baru tersedar salah teknik kekeke..patutla nampak lain macam je.. tapi rasanya sama je..kekeke

Dan utk selama kat umah makan makanan berasaskan daging. tahun ni kat umah aku buat bolognaise dan murtabak raja. senang terus habis dagingso takde lah kene simpan lama2 kat freezer tu.

Tuesday, December 2, 2008

sakit kepala

terasa kepala sangatlah tepu hari ini

dari pagi..settle error..masuk meeting..kuar meeting.. settle error lagi

adoi dah byk fikir mcm ni mulalah aku LAPAR!!

uh biskut keju ini terasa sungguh sedap di saat-saat macam ni...