Followers

Monday, May 09, 2011

~Dari Kakak Utk Mama~

Salam...rasanya blm terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu bt Bondaku yg tersayang..terima kasih atas segalanya..dan bt ibu mertuaku jua..terima kasih atas segala tunjuk ajar yg telah diberikan...dan Selamat hari ibu juga utk semua ibu2 diseluruh negara...

Hari jumaat ari tu..aku balik keje, tetiba kakak datang bagi kad dkt aku, sambil ckp: "Mama...I Love You..ni kakak bt utk mama...kat sekolah.." aku pun cium pipi dia ckp terima kasih..mama pun I love u kakak..tersengeh2 dia..tak sangka aku, kakak dah pandai bt semua ni..rasanya cam baru semalam aku lahirkan dia..sekejap je masa berlalu...terharu + happy..

Ni lah kad yg kakak btkan utk mama dia...


Cikgu dia yg printkan..dia cuma tampal ngan tulis...


" I Love You Mama.." Love Maira..



Wednesday, May 04, 2011

~Aku masih disini...~

Assalamualaikum..


Lama betul aku tak update blog...3 mgg tu..kalau rumah la yg kita tinggalkan selama 3 mgg dah bersawang dan berhabuk agaknya...blog kengkawan pun dah lama aku tak ziarah..asalnya sibuk sbb ada audit naziran 25 april hari tu..bila dah lepas kena audit, kena siapkan report lak..bila semua keje dah selesai..internet kat opis lak problem..haiihhhh sabarjelah...call TM Net, dia datang cek2 sudahnya tak leh gak..katanya dail tone kat tiang luar ada bunyi, ni masalah wire dalam opis..dia suh aku cari kontraktor yg reti wiring...mana lah aku tahu..kenal pun tak  kontraktor area sini..kalau org Tm tu bg no fon kontraktor suh aku contact ok gak kn....sudahnya aku panggil org ICT HQ, dorang try bt pun tak ok gak..so, skg ni org Ict tgh tunggu kontraktor dari bahagian pembangunan utk datang check kabel kat situ..bila?? aku pun tak tahu..keje kat opis tu dah makin bertambah...malas tu aku nak gi keramat bt keje kat sana...huhuhu..kalau esok tak ok gak..terpaksalah aku gi gak kan...kalau tak bertimbun la lagi keje aku..huhuhu

Byk sebenarnya yg aku nak cite..tapi nantilah..tunggu internet kat opis ok..bknya 9 jam tu aku online je ye..bila keje dah siap baru aku online ok..yelaa..kalau keje tak siap bknya ada org tlg siapkan..diri sendiri yg kena btkan..so, siapkan keje baru online..bknya kat umah tak blh online...baru duduk tak sampai 10 minit, ada je yg kacau...sapa lagi kalau bkn si kakak n adik..konon2 nak tdokan dorang dulu la baru nak online..sudahnya ngan aku2 sekali tertdo...hehehehe..ni blh menulis ni sbb abg dah anta kakak n adik gi umah wan dia..so, aku amik masa sikit utk update blog aku ni..sian tul aku tgk..hhehe..keylaa..ada masa nanti aku update lagi, pagi ni sempat la blogwalking jap..nanti aku bw lagi yer blog korang...daaaa




Tuesday, April 05, 2011

~BPA ubah lelaki jadi wanita~

KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan
AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.
Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.
Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.
“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.
“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.
“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.
BPA
Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.
“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.
“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.
Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.
Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.
Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.
“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.
“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.
“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.
“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.
Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.

AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.

“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.
“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.
“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.
“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.
Klorin
Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.
Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.
Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.
Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.
“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.
Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.
Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.
Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.
Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.



*Sumber kosmo

Thursday, March 31, 2011

~Fuhhhh...lega..~

Salam..


Aisehhh..lama tul aku tak mengupdate blog ni...sempat tgk2 jerk..bw kejap...pastu sambung bt keje...sbbnya Audit Bendahari Negeri nak turun...bila? harinya ari ni laa..hehe...tu yg tajuk atas tu bunyinya cam tu..hhehe..sebabnya baru lepas kena audit...alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar...tak byk pun yg ditegur, cuma 1,2 perkara jer..yg lain semua ok...

25hb April ni pun ada Audit n Naziran SPEKS nak turun..nak cek pape yg patut..huhuhu...kena bersiap sedia la nampaknya...harap2 semuanya ok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails