Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

| Resepi Sambal Pari Bakar | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Ibu ku


Bahan-Bahan :

2 ekor ikan pari sederhana besar
5-8  sudu Cili kisar
1 biji bawang besar - di kisar
3 ulas bawang putih - di kisar 
2 batang serai - di kisar
Limau kasturi
Garam & gula
Lada besar & daun sup untuk hiasan

Cara-Cara:
1. Bersihkan ikan pari dan bakar sehingga masak dengan di lapikkan 
daun pisang.
2. Tumiskan kesemua bahan kisar di dalam periuk berasinga
sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan air dan masak sehingga mendidih
3. Masukkan garam & gula secukup rasa, gaul sebati dan matikan api.
4. Tuangkan ke atas ikan pari yang sudah di bakar. Perahkan dengan 
limau kasturi dan taburkan bahan hiasan.. perghh pasti mengancamm!


Story behind the scene:
Resepi ni Mak masak masa raya baru ni.
Ada saudara datang beraya jauh nu dari Batu Pahat so emak buat menu special ni.
Rupanya tak la susah sangat nak buat sambal pari bakar ni.. 
dan rasanya walla!!! WAJIB cuba nih!!!
harus cuba!!!

| Resepi Patin Masak Tempoyak | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Saudara di Temerloh



Bahan-bahan
Ikan patin ~ 3 ekor, di hiris
Tempoyak ~ 3 senduk
Cili padi ~ 20 biji
Serbuk kunyit ~ 3 sudu
Serai ~2 batang (optional)
Daun kesum ~ 3 pucuk
Bunga kantan ~ sekuntun
Terung (optional)

Cara-cara
Masukkan kesemua bahan masakan dan jerang di atas api.
Apabila kuah mendidih, masukkan ikan patin dan masak sehingga sebati.

Behind The Scene :
Resepi ni belajar dari saudara yang duduk Temerloh
masa balik kampung minggu lepas.
First time belajar 'live' depan mata ni & resepi
di catit 'panas-panas'!

| Resepi Selar Kuning Asam Rebus | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Story Behind the Scene
Bersawang dah blog aku ni.. isk isk iskk.
Ahaa.. hari ni last day sebelum habis pantang uhuhuhu.
Saje update menu2 akhir sebelum habis pantang.
Masak rebus2 .. eheheh. Selalunya masak singgang jek
hari ni terajin buat asam rebus plak ehehehehhe.



| Resipi Tauge Celur ada TCRS | Kategori : Masakan Sayuran |
Sumber : My Resepi



Bahan-bahan ( 2-3 org )

150 gm taugeh
* 2 sb air panas@ sup ayam
* 1/2 sk serbuk pati ayam
1/2 sk kicap pekat
1 sb kicap manis
1 1/2 sb sos tiram
1 sb  minyak bawang putih
*kalau tak ada, hiris bawang putih dan goreng garing.
Guna minyak gorengan bawang putih tersebut
sedikit lada sulah
secubit garam (sekiranya sos tiram yg digunakan tak masin)

Cara-cara
1. Celur taugeh, jgn lama kalau boleh kurang dari 1 min mengikut 
kadar kesegaran tauge. Toskan airnya dan ketepikan
2. Satukan bahan bertanda *. Sekiranya buat nasi ayam lg sedap gunakan kuah sup. 
Ambil 2sb sebagai ganti air panas.
3. Satukan bahan bertanda * dan bahan yg lain, siap sos. 
4. Tuang sos keatas taugeh celur tadi.
5. Hiris halus/hancur bawang putih yang telah di goreng garing tadi. Taburkan.
Sebelum dihidang taburlah daun bawang, lada merah dan bawang goreng.

Story Behind The Scene:
Ahaa.. baru buat dengan Nasi Ayam Madu untuk juadah berbuka semalam.
So di gandingkan dengan Kerabu Mangga & Tauge celur.
Resepi daru Cik Iza@ My Resepi dan di edit sedikit ikut versi ku uuhuhu.
Selalu buat masak sekali tauge tu.. kali ni baru buat tau versi
buat kuah dan curah..! he he





 | Resepi Kacang Tumis Sotong Goreng Tepung | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Dari mata turun ke hati


Bahan bahan A
2 ekor sotong - di hiris
1 biji telur
2 senduk tepung goreng segera

Bahan bahan B
1 ikat kacang panjang
2 batang jagung muda
2 biji bawang besar ~ di hiris bulat
2 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilisGaram dan serbuk/kuib perasa

Cara-cara
Bahan A ~ Sotong goreng tepung
1. Panaskan minyak dalam kuali. Celupkan tepung ke dalam 
telur yang sudah di kacau dan salutkan dengan tepung goreng segera.
2. Gorengkan ke dalam kuali sehingga keperangan.
3. Angkat dan toskan


Bahan B ~ Kacang panjang tumis
1. Gunakan minyak goreng sotong tadi dan tumiskan
 bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan kacang panjang, jagung muda, garam & bahan perasa secukup rasa.
3. Gaulkan serata sehingga masak.
4. Masukkan sotong goreng tepung (Bahan A) tadi dan gaul rata.. 
Siap untuk di hidang..!

behind the scene :
Resepi ni sebenarnya aku first time makan masa baru pindah kerja ke HP Towers akhir tahun lepas.
Masa tu kalau gi makan kat food court bangunan ManuLife kat sebelah tu selalu gak
amek menu ni. Memang besttt gilerrr... sebab ada sotong goreng tepung tuhhhhh.

Sebenarnya kalau nak buat sotong goreng tepung je memang dah siap & lazat pun.
Tapi kalau nak bagi fancy sket dan nak suh anak2 makan sayur sekali leh
la try menu ni. Nak buat nyer pun sempoi je. 
Tepung goreng segera yang aku pakai ni brand Kasturi Fried Chicken.
Baru2 ni aba beli HPA punya tepung segera.. nak try pulak.

TAPI nak masak menu ni ada CABARANNYA..!
Sebab mula2 sotong tu kena goreng tepung dulu..
DAN budak-budak ni memang HANTU sotong goreng tepung.
Kalau dah siap goreng tak nyorokkan..takut tak sempat campur ngan sayur tumisnya
dah LICIN dulu sotongnyer..! hehe

| Resepi Kupang Berlada II | Kategori : Lauk Pauk |
Sumber : Along (SIL)



Bahan bahan
500 gram Kupang basah
5 tangkai lada merah - dikisar
2 biji bawang besar   - dikisar
3 biji bawang putih    - dikisar 2 batang serai - tumbuk pecah
2 inc halia - tumbuk pecah
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Kisar lada merah, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga kering dan naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula, serai dan halia. Gaul sebati dan rasakan masin pedas dan sedikit manis.
3. Masukkan kupang, gaul dengan bahan tumis sehingga sebati dan kecilkan api. Tutup kuali dan biarkan sebentar.
4. Apabila kulit kupang sudah saling terbuka menunjukkan kupang sudah masak. Tidak perlu tambah air kerana air kupang akan keluar sendiri. Kacau sebati dan matikan api. Sedia untuk di hidang.


behind the scene :
Semalam gi Melaka hantar adik ipar aku yg bongsu ke ALAM (Akademi Angkatan Laut).
On the way balik singgah beli kupang segar..! baru naik dari laut. 2 bulan lepas Along beli dan masak.. aku rasa sikit memang best gilerr..! Kali ni kitaorang pun pakat beli kupang segar, sampai rumah terus masak ikut resepi Along. Memang bestt...! he he

| Resepi Udang masak lemak cili padi | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan bahan

500 gram Udang basah
6 batang kacang panjang - di potong panjang2
1 1/2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
10 biji cili padi
2 batang serai
1 inc halia - tumbuk pecah
serbuk kunyit
sedikit ikan bilis
1 mangkuk santan pekat

Cara-cara
1. Kisar bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan satu batang serai sehingga halus. Masukan ikan bilis dan cili padi yg telah di potong kecil dan kisar sebentar agak-agak kasar sedikit.
2. Didihkan santan di dalam periuk. Masukkan semua bahan kisar bersama garam , halia dan sebatang lagi serai yang  bumbuk pecah sehingga santan sedikit mendidih.
3. Masukkan udang biar sebentar. Kemudian masukkan kacang panjang dan jaga santan sehingga mendidih dan tidak pecah.
4. Bila santan sudah mendidih, matikan apa dan sedia untuk di hidang!

Story behind the scene :
Salam.. isk isk lama tak update resepi. Duk pulun update entry kat personal blog je hari hari isk isk isk. Tu lah padahnya tamak sangat nak berblog! ha ha.
Anyway hari ni nak gi umah Along. Buat makan-makan sket sempena adik ipar bongsu aku yang akan pergi daftar dan mula pengajian kat ALAM (Akademi Laut Malaysia) esok. So aku masak lauk Udang masak cili padi & buat dadih strawberi hari ni. Okeh nak siap-siap dah... dah lewat ni. Jap lagi otw nak gi umah Along ada appointment ngan agen plak.. chow! he he

Resepi :  Sosej Lada Hitam | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan

Bahan-bahan 

8 batang sosej (Ayam/Daging)
2 sudu bawang kisar
1 sudu lada kisar (cili kering)
1 sudu lada hitam
2 biji bawang putih - di ketuk
1 biji bawang besar - di belah 4
10 biji cili padi/sederhana
5 sudu sos lada hitam
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram/sos ikan
Kicap manis
Sedikit kiub perasa (jika suka)
Garam secukup rasa

Cara Masakan
1. Rebus sosej dan toskan. Ketepikan.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang & lada kisar serta lada hitam. Tumis sehingga layu dan naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram/ikan, sos lada hitam dan sos cili dan kicap. Gaulkan sebati dan rasakan garam.
4. Masukkan bawang besar yang di belah empat,  cili sederhana/padi dan sosej yang telah di rebus tadi.
5. Biarkan sebentar sehingga bawang layu dan matikan api. Siap untuk di hidang!

Story behind the scene :
Menu ni selalu makan kat kantin ofis. Rajin gak amek kalau ada. Resepi asal tak tau.. ni pakai agak-agak
ikut pengamatan je... Boleh adjust lagi ikut suka dan selera masing-masing hu hu.

Resepi Sambal Terung |  Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-bahan
2 biji terung
3 biji  bawang besar     di kisar – Bahan 1
3 ulas bawang putih     dikisar   - Bahan 1
20 tangkai lada kering di kisar  - Bahan  2
1 biji bawang               di hiris bulat
1/2 inci halia
1 cm belacan (jika suka)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Garam
Gula

Cara masakan
1. Gorengkan hirisan terung sehingga masak dan toskan minyak.
2.      Tumiskan bawang kisar (Bahan 1) sehingga naik bau
3.      Masukkan lada kering kisar dan  tumis sehingga kering dan naik minyak. Masukkan belacan (jika suka).
4.      Apabila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan sedikit air, halia, sos tiram, sos tomato dan sos cili.Gaul rata kemudian taburkan garam & gula secukup rasa.
5.      Setelah cukup rasa, masukkan terung dan bawang hiris, gaul hingga serasi. Matikan api dan sedia untuk di hidang!

Story behind the scene :

TIPS 1 :
      Kadang-kadang rajin juga hujung minggu tu bila tumis rencah sambal tumis banyak-banyak. Rumah ni sambal tumis memang nombor satu! Hari-hari masak sambal pun laku! So kekadang bila dah tumis banyak-banyak, simpan rencah yang dah siap tumis tu dalam peti. Esok-esok balik kerja tinggal keluarkan bahan apa yang nak di sambal kan, masakkan sekali dah siap satu resepi tak sampai 10 minit! he he. Contoh Sambal terung ni, tinggal goreng terung tak sampai 5 minit lepas tu panaskan rencah sambal dan masukkan terung.. siappp!!! 

TIPS 2:
      Sebenarnya lagi, rumah saya 24 jam sentiasa ada bekalan lada kisar & bawang kisar. Jadi prosess masak tu lebih cepat. Untuk tahan lama, lada kering di rebus terlebih dahulu. Kemudian baru di kisar bersama sedikit minyak dan garam bersama sedikit air masak. Begitu juga bawang kisar, di kisar bersama sedikit bawang & minyak bersama air masak. Bahan lebih tahan lama dan proses memasak lebih pantas..! peaceee..!!

Resepi Ikan Percik | Kategori : Lauk Pauk

Cara cara
4 ekor ikan kembung 
2 biji kelapa atau 1 paket santan serbuk (ambil santannya, anggaran satu mangkuk penuh)
10 biji cili kering
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
Sedikit halia
1 batang serai
Sedikit belacan
1 camca besar gula
2 camca besar air asam jawa
Sedikit serbuk kunyit 
Garam secukup rasa

Cara-cara masakan
1. Bersihkan ikan. Lumurkan dengan garam & kunyit kemudian bakar sehingga separuh masak.
2. Sediakan kuah. Bawang merah, cili kering dan halia digiling (atau kisar) hingga lumat bersama belacan. 
Serai diketuk sedikit, setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. 
3. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masaklah di atas api yang perlahan hingga pekat kuahnya. 
4. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. 
5. Kemudian bolehlah diangkat dan letakkan atas daun pisang (jika ada) dan sedia untuk di hidang!




Story Behind the scene :
Resepi ni diambil dari resepi .mesra. Moralnye mencabar gak masak tak ada gambar pakai tengok resepi je... hu hu


Resepi Kari Kepala Ikan Merah | Kategori : Lauk Pauk |


Bahan-bahan
1 ekor ikan merah
Rempah tumis (Bunga lawang, kayu manis, etc)
1 paket kecil serbuk kari ikan
2 biji bawang besar    - di kisar
2 ulas bawang putih    - di kisar
10 tangkai/2 sudu lada kering yang telah siap di kisar
1 inci biji sawi
1 inci halia – di tumbuk pecah
1 tangkai daun kari
6 tangkai bendi
2 biji tomato – di belah 4/6
3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 sudu asam jawa di bancuh dengan secawan air

Cara cara
1.      Tumiskan bawang yang telah di kisar, rempah tumis, daun kari dan biji sawi sehingga naik bau
2.      Masukkan lada kisar, kacau sehingga naik minyak. (Cik Izan suka tumiskan lada kisar untuk mendapatkan rasa yang lebih pedas dan warna yang lebih menarik!)
3.      Masukkan serbuk kari ikan yang telah di bancuh dengan air dan kacau sehingga naik bau & minyak.
4.      Masukkan air  termasuk bancuhan air asam jawa. Biarkan sehingga hampir mendidih kemudian masukkan ikan dan halia.Biarkan 5-10 minit.
5.      Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.
6.      Setelah santan masak, masukkan bendi dan tomato. Apabila bendi masak cantik matikan api dan siap untuk di hidang!

Story behind the scene ;
Last week lepas gi ambil report card Danish, singgah gi makan kat kedai. Nampak ada lauk Kari Ikan Merah!
 Ohh.. selama ni asal ada Ikan Merah asyik duk masak Sup je.. so kali ni buat Ikan Merah masak kari pulak.
Bahan-bahan macam jugak resepi Kari Ikan Tongkol, tapi terlebih rajin cari biji sawi dan daun kari.. ! Peaceee! he he

Resepi Ikan Talapia Goreng Rempah Kari |
Kategori : Lauk Pauk

Bahan-Bahan
2 ekor Ikan Talapia ( atau apa saja)
1 sudu rempah kari ikan
1 sudu rempah kari daging
1 tangkai daun Kari
Garam

Cara masakan
1. Lumurkan ikan bersama serbuk kari ikan & daging dan garam secukup rasa
2. Panaskan minyak dan gorengkan ikan.
3. Setelah agak masak, masukkan sekali daun kari untuk aroma.
4. Bila cukup garing angkat dan toskan minyak. Sedia untuk di hidang


Story behind the scene :
Haaa.. punya la sempoi resepi ni sampai rasa patut ke nak tayang kat blog? ha ha ha. Nak ikutkan aku pun selalu rasa bersalah je kalau nak hidang lauk takat 'goreng-goreng' jekk.. rasa cam pemalas no ke sampai tak sempat nak di menukan yg bergoreng tu? hu hu.  TAPI pernah tak rasa.. kalau makan kat luar (kalau saya kantin la), nampak ayam goreng kee rasa cam besttt jekkk.. padahal goreng je... bukan tak leh buat sendiri pun kat rumah! Moralnya kat sini... GORENG PUN SODAP.. walaupun simple, buat je lah kat rumah.. he he he

Haa.. satu lagi nak citer. Goreng tu satu hal la... Ikan Talapia ni sebenarnya Kakak Ipar@Abang Ipar ku yang bela sendiri kat rumah! Kira freshh tu! Masa dapat hidup lagi ikan ni! Bila goreng memang masih rasa manis daging nyer. Satu lagi TIPS dari kakak Ipar ku yang memang TAIKO la bab masak-masak ni, selalu masak 'sekelip mata' je! hu hu. katanyer :

"kalau nak goreng, goreng dalam minyak panas sampai garing luarnya baru kecilkan api supaya masak dalamnyer !" 

Garing di luar, masak di dalam gitu.. baru tau..! hu  hu

Sosej goreng ikan bilis | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan


Bahan Bahan
3-4 batang sosej ayam/daging – di hiris serong
1 biji bawang besar     - dihiris
2 ulas bawang putih    - dihiris
1 biji lada hijau           - dihiris
Secubit ikan bilis
Garam/serbuk perasa secukup rasa
   

Cara masakan 
1.      Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, lada yang telah di hiris bersama ikan bilis sehingga warna keperangan.
2.      Masukkan hirisan sosej dan taburkan garam serta bahan perasa (kiub ayam) secukupnya.
3.      Apabila rasa serata dan sosej masak, matikan api dan sedia untuk di hidang…. ! Sempoiiiiiiii…… he he

Story behind the scene :

Resepi ni dapat idea dari lauk pauk yang terhidang kat kantin ofis. Macam biasalah kalau makan rasa best mula la bila masuk mulut tu kunyah sambil mengamati rasanya.. pastu berkerut-kerutlah dok fikir bahan-bahan yang mungkin di gunakan… haha. Nak ikutkan nama masakan ni pun tak tau. Tapi yang pasti budak-budak mesti suka..! he he

Resepi Kerang Masak Padprik | Kategori : Lauk Pauk |



Hari ni pagi-pagi lagi dah pergi ber'dating' ngan Abang kat Pasar Borong Selangor. Dan hasil dari 'dating' tu... tersedialah sudah menu ni atas meja untuk lunch hu hu.


Bahan-bahan
*sebenarnya Cik Izan sentiasa ada stock bawang kisar & lada kisar 24 jam dlm peti. Nak speed up proses memasak hu hu* 
800g Kerang   - basuh dan toskan
2 biji bawang besar / 3 sudu bawang kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
10 biji lada kering di kisar / 2 sudu lada kisar
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 tangkai serai - ditumbuk pecah
1 inci halia - ditumbuk pecah
3 keping daun purut
Garam
Gula

Cara-cara
1. Rebuskan kerang dengan sedikit air dan tutup sehingga nampak sebahagian kulit kerang terbuka. Angkat dan toskan
2. Tumis bawang kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan teruskan menumis sehingga naik minyak.
3. Tuangkan sedikit air. Masukkan sos tiram, sos tomato, halia, serai, garam  & gula secukup rasa. Kacau dan masak sehingga warna bertukar merah gelap.
4. Masukkan kerang yang telah di rebus tadi. Kacau rata bersama kuah, taburkan daun limau purut dan tutup sebentar. Tutup api dan sedia untuk di hidang!




Resepi Siakap Masak Sambal Tomyam | Kategori : Lauk Pauk
Olahan : Cik Izan Original Recipes



Bahan Bahan
2 biji bawang besar – di kisar
2 sudu cili kisar (anggarang 8 tangkai)
1 sudu paste tomyam
15 biji cili padi   dihiris
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1 susu sos tomato
1/2 ikat Daun kuchai
2 batang jagung muda di hiris panjang
3 kepung daun limau purut
1 batang serai  - di hiris
Serbuk perasa (jika perlu)
Garam secukup rasa
Gula
Bawang goreng & daun ketumbar – hiasan jika suka

Cara-cara
1.      Gorengkan ikan siakap bersama tepung – letak tepi. Seeloknya ikan siakap sudah siap di hiris kepada 4/5 bahagian sebelum di goreng.
2.      Tumiskan bawang kisar sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar.
3.      Apabila cili kisar sudah kering dan naik minyak, masukkan paste tomyam,
Sos tiram, sos cili dan sos tomato.
4.      Tumis sehingga sebati. Taburkan hirisan cili, daun serai, garam & gula secukup rasa.
5.      Apabila sudah secukup rasa, masukan jagung muda, daun kucai dan daun limau purut.
6.      kacau sebati dan matikan api.
7.      Susunkan semula hirisan ikan menjadi satu. Tuangkan bahan tumis ke atas ikan. Taburkan bawang goreng & hirisan daun ketumbar sebagai hiasan & aroma.
Siap untuk di hidang!!

Resepi Ikan Siakap Masak Stim Istimewa | Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan |





Bahan-bahan
A) Bahan perap
1. Halia 1/2 inci
2. Bawang putih - 3 biji
Tumbuk dan lumurkan pada ikan. Isi didalam mangkuk dan stimkan

B) Bahan kuah
1. Ikan - (Kerisi/siakap/etc)
2. Bawang besar - 1 biji setengah
3. Halia - 1 inci
4. Bawang putih - 3 biji
5. Cili padi saiz sederhana - 10 biji
6. Limau nipis - 1 biji
7. Sos tiram - 1 sudu
8. Daun ketumbar
9. Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawah putih dan halia hingga garing.
*Separuh di asingkan untuk bahan tabur.
2. Masukkan air 3 cawan
3. Tumbuk pecah cili padi dan masukkan kedalam kuali
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih.
5. Hiris limau nipis dah perahkan patinya kedalam kuah.
6. Tuangkan kuah yg sudah siap tadi kedalam mangkuk ikan dan taburkan daun
ketumbar yg sudah dihiris. Teruskan stim ikan selama lebih kurang 5 minit.
7. Buka penutup dan rasakan aromanya.. fuhhhhhhhhh.........!
8. Akhir sekali taburkan bawang goreng yg diasingkan tadi. Siap untuk dihidang!

TIPS: Kuah stim seharusnya rasa pedas, lemak pati ikan, sedikit masam dan ada resa-resa manis. Aroma & rasa perahan limau kasturi dan daun ketumbar menambahkan lagi keharuman & keenakan masakan!

Resepi Sambal Udang |  Kategori : Lauk Pauk |
Olahan : Cik Izan |


Bahan-bahan

3 biji  bawang besar     di kisar – Bahan 1
3 ulas bawang putih     dikisar   - Bahan 1
20 tangkai lada kering di kisar  - Bahan  2
1 biji bawang               di hiris bulat
1/2 inci halia
1 cm belacan (jika suka)
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
Garam
Gula

Cara masakan
1.      Tumiskan bawang kisar (Bahan 1) sehingga naik bau
2.      Masukkan lada kering kisar dan  tumis sehingga kering dan naik minyak. Masukkan belacan.
3.      Apabila bahan tumisan sudah naik minyak, masukkan sedikit air, halia, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Gaul rata kemudian taburkan garam & gula secukup rasa.
4.      Setelah cukup rasa, masukkan udang & bawang hiris, gaul dan tutup sebentar agar air udang keluar.
5.      Apabila udang sudah masak matikan api dan sedia untuk di hidang!

TIPS : Udang lebih sedap jika sambalnya sedikit manis.

My Sweet Circle

CLICK CLICK HERE! TQ..!!

Search This Blog

Surely Best Promotion!