Tanya diri sendiri.
"Apa mahu mu?"
Tak ada jawapan.
malah tanya balik, "Apa yang aku mahu?"
Umur yang sepatutnya matang, terasa kosong.
Terasa di awan.
Terapung.
Mungkin sebab belum ada punca rezeki aku sendiri.
Tak apa. Nanti ada lah tu.
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Syukur ke atas kurniaan nikmat2 MU selama ini.
Masih bernyawa, masih segar badannya.
Masih mampu bergerak ke sana sini.
Masih kuat emosi dan fizikalnya..
Segala perancanganMU adalah yang terbaik..
Moga aku mampu utk terus melihat betapa baiknya ketentuanMU selepas ini..
P/s: tiba2 terasa nak sambung belajar. Tiba2.
...OpEn mY eYeS...
Ya ALLAH, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami..
Wednesday, December 3, 2014
Thursday, October 30, 2014
i think it is rude.
How would you feel when someone hung up the phone while you are explaining something, just because that person does not feel like talking?
I think it is rude.
Obviously.
Tak kisah lah apa pangkat sekalipun, apa jenis hubungan pun, bila ada orang yang buat macam tu, aku rasa sgt biadap.
Apa agaknya orang tu akan rasa bila aku buat macam tu kat dia?
agaknya sampai mati ingat.
Hai lah manusia.
*diri sendiri, ingat. Walaupun kita rasa menyampah atau bengang tahap mana sekali pun, tolong jangan buat macam tu. Kalau tak nak dengar, bagitau.

Thursday, October 9, 2014
kasih, rindu dan cinta.
Ehem.
Tajuk jiwang. Hahaha.
Ok.
Kasih..
Pada sapa kita kasih?
Ibu bapa? Adik beradik? Kawan-kawan? Guru?
Sapa?
Hati saja yang tahu..
Rindu?
Rindu siapa?
Rasulullah S.A.W?
ibu bapa? Adik beradik? Kawan?
Tepuk dada tanya iman..
Cinta?
Cinta siapa? Cinta apa?
Siap patut kita cinta dulu?
ALLAH S.W.T.
Rasulullah SAW.
ibu bapa.
Adik beradik.
And the list goes on..
Dengan rasa kasih, rindu dan cinta ni, bahagiakah kita?
Apa tanda aras kita utk tahu kita bahagia?
Susah kan nak tahu..
Hmmm..
Mungkin kena tanya balik kerana apa sebenarnya rasa kasih rindu dan cinta tu kita zahirkan..
*rindunya usrah.. rindu ubat hati dan jiwa.

Monday, October 6, 2014
hilang.
haip.
maaf hilang sekejap.
sibuk menjana pendapatan katanya.
padahal tak la balik modal sangat. hihi.
Alhamdulillah.
ada baiknya jugak kita ni sibuk.
otak fikir benda lain.
dia bawak hati untuk lupa sekejap.
fiufiufiu
tapi letih..
tidurnya kurang (ummi kata bukan terpaksa pun, tapi pilihan.)
makannya banyak (rasa agak mengembang sikit)
darahnya naik.
duitnya?
sama saja.. hehehe.

Saturday, September 27, 2014
Anda
Assalamualaikum.
anda.
siapa pun diri anda,
sila jaga diri.
sila jaga kesihatan.
kalau demam, sila minum air banyak-banyak dan makan ubat.
ehem. kata kat orang aku pu sama. ehemehem.
kalau rasa susah, ALLAH ada.
usaha.
kalau rasa sedih, ALLAH ada.
La tahzan.
Kalau rasa jatuh, ALLAH ada.
Bangun.
Anda,
semoga anda dalam lindungan ALLAH sentiasa.
*i wish to say this to someone. but...
hmmm..
takpe.. semoga ALLAH melindungi dia.

Friday, September 26, 2014
sekarang rasa lebih tenang.
rasa dah mampu untuk terima.
mungkin ALLAH nak tunjuk.
hidup ni tak tertumpu pada satu benda sahaja.
tak tertumpu pada kehendak dan keinginan kita.
hidup sepatutnya lebih tertumpu pada benda yang penting dan perlu.
contohnya?
berbakti pada mak ayah.
belajar.
kerja.
cari rezeki yang halal.
dan paling penting sekali: IBADAH.
bukan hanya pada yang wajib, kita sertakan sekali yang sunat.
mungkin yang macam ni lebih baik.
kita lupakan sekejap.
kita fokus pada yang perlu.
ALLAH Maha Mengetahui.
ALLAH Maha Pemurah.
ALLAH Maha Pengasih.
bukan DIA kedekut tak mahu makbulkan permintaan kita.
tapi sesungguhnya DIA tahu kita belum bersedia.
dan DIA nak kita bersedia dengan jadi lebih "dewasa".
dewasa dengan belajar apa itu erti sabar.
*terfikir. kita selalu cari ALLAH pada masa kita jatuh. lepaskita dah mampu berdiri?
jangan tipu.. kita selalu lupa..
hmmm...

Monday, September 22, 2014
aku yang rapuh.
Syaitan akan cuba utk hasut manusia.
Mainkan perasaan kita.
Antara kuat dan tiba2 jadi lemah.
Antara percaya tiba2 hilang rasa yakin.
Macam lagu Opick.
Langkah kita selalu rapuh.
Rapuh lemah longlai.
Cuba bangun balik, tp tetap akan jatuh.
Macam panjat gunung.
Itu umpamanya nak sampai pada DIA bagi aku.
Jalan ke atas nya menebtang graviti.
Dan graviti tu nafsu kita dan godaan syaitan.
Orang yang percaya dia akan terus panjat.
Dia akan panjat jugak walaupun lelah.
Dan pasti akan cari kayu ibadah utk jadi tongkat menyokong pendakian.
Tapi kalau orang yang tak percaya?
Sama ada takkan panjat langsung,
Sama ada akan berhenti separuh jalan
Atau turun balik..
Ingat, turun bukit tu boleh jadi satu benda y sangat nikmat.
Jalannya lancar dan tak letih menentang graviti.
Tapi rugi.
Rugi sangat2.
Aku mahu terus panjat.
Tak mahu berhenti dan tak mahu turun.
Masih menggapai kayu2 kecil buat sokongan.
Moga kuat.
Yang rapuh.
Aku.
*buat masa ni kena elak dari duduk sorang2. Sebab akan berfikir terlampau panjang kalau duduk sorang2. Dan otak aku letih. Tak larat dah nak telan semua.

Sunday, September 21, 2014
Yakin.
Ya aku yakin.
Tapi aku tak mampu berharap.
Aku takut kecewa lagi.
Aku serahkan semuanya pada Dia.
Kerana Dia lebih tahu.
Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Buat masa ni kita jauhkan diri.
S: bila kita jauhi perkara yg haram, Allah akan bagi perkara yang halal yg lebih best n indah kat kita..cuma kita kena sabar sikit n banyakkn doa n sujud.

Saturday, September 20, 2014
Dia ada.. kita sahaja yang perlu percaya.
Pengalaman hidup jadi pengajaran.
Bukan pengalaman kita sahaja, ambik jgk pengajaran dari jalan hidup orang lain..
Kerana dari mereka jgk kita boleh nampak betapa pemurah dan pengasih nya ALLAH pada kita.
Kita rasa kita tak cukup bahagia..
Kita rasa susah nak dapat apa kita nak..
Ditolak ditepis berkali-kali..
Sampai kadang2 rasa putus asa dgn hidup sendiri..
Katanya kita takkan ada peluang macam orang lain..
Tertempek besar2 perkataan LOSER atas dahi.
Itu kita rasa.
Rasa kita.
Rasa orang yang tak tahu erti bersyukur..
Teringat kata2 Yasmin Mohaged.
Definisi "perkara baik" dan "perkara tak baik" tu sebenarnya bergantung pada manusia..
Kalau benar2 manusia itu bertaqwa, segala masalah bukan definisi "perkara tak baik" buat mereka.
Tu sebenarnya ujian ALLAH dan ujian ALLAH itu adalah satu "perkara baik".
Dan bagi manusia yang melihat masalah dan ujian sebagai nasib malang atau "perkara tak baik", mereka sebenarnya belum cukup redha atas apa y ALLAH tentukan utk mereka.
Mereka kurang yakin padaNYA.
Betul.
Aku selalu terjerumus jadi manusia yang kedua.
Selalu tak kuat utk terima apa y ALLAH tentukan utk aku..
Baik dari segi jodoh sampai lah pekerjaan.
Ada sahaja rungutan.
Beberapa hari ni pula asyik terpukul dgn situasi sekeliling.
Macam mana hidup mereka berbeza dengan apa yang mereka rancang.
Macam mana ALLAH tunjuk Dia adalah sebaik2 perancang.
Betapa ALLAH nak tunjuk selama ini aku salah.
Betapa ALLAH nak tunjuk Dia sayang kita semua..
Dan betapa ALLAH nak tunjuk DIA lebih mengetahui akan segala perkara.
Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita..
Dia lebih tahu kenapa kita diberi jalan yang seliku itu.
Terima kasih semua..
Baik sahabat mahupun orang2 asing.
Jalan hidup kamu jadi pengajaran buat aku.
Dan segala puji bagi ALLAH.
Dia yang membuka mata dan hati.
Moga Dia pegang iman aku selamanya.
Agar aku selalu beringat.
Agar aku takkan pernah berpaling dari Dia, dalam bahagia atau duka.
*betul firmanNYA dalam surah Ar-Rahman:
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"

Subscribe to:
Posts (Atom)