Hari: Sabtu
Masa: 00:01am
Tempat: Straight Quay,Pulau Pinang.
KABOM!!!!
"HUH!!! arghhhhhhh PUAS HATIKU!!!!!!!!!!"
Sebaik sahaja kedengaran bunyi letupan pertama bunga api, perkataan itu yang terkeluar dari mulutku.
Pertunjukan bunga api betul2 di atas kepalaku. Bukan di kiri atau pun di kanan. Bukan di bawah atau di belakang...HANYA DI ATAS.
Sedikit muzik pukulan gendang dari 1 kumpulan di atas pentas mengiringi pertunjukan bunga api itu, namun sikit pun tidak mengasyikkan.
Di fikiranku hanya membayangkan satu persatu perasaan negatif yang aku pendam berkecai... Sebagaimana berderai bunga2 api yang terbentuk di dada langit yang kelam, begitulah terasa berderai, pecah, hancur seluruh masalah dan perasaan negatif yang aku pendam selama bertahun tahun sebelum ni.
Degup jantung berdegup kencang seolah2 pertama kali saat seorang insan jatuh cinta tatkala melihat insan yang disayangi berada di hadapan mata.. Ya. aku pernah jatuh cinta sesama umat manusia. Tapi itu dulu.. NOT for NOW!!! Cintaku kini hanya untuk kuasa TerAgung milik segala isi dunia.
MasyAllah.. InsyaAllah. Semoga Dia memberi kekuatan pada kekerdilan ini. Besar rahmatNya atas kurniaan perasaan seperti ini..
Setiap satu persatu bunga api induk yang meletup mengeluarkan corak2 yang pelbagai dan warna warni, seperti melambangkan kegembiraan dan semangat2 baru yang lebih banyak dan aku yakin perlu aku jaga dan kekalkan selepas ini. Hanya Allah, aku dan diri sendiri yang memahaminya.
Aku lepaskan memori silam yang membataskan perlaksanaan impian dan matlamat.
Parasit2 tercela yang telah memundurkan kehidupan.
Melalaikan,
Menyusahkan!
I really hate the way i was few years ago!!!
2011..
i am coming....
Rasulullah SAW bersabda:
"Akan datang atas umatku di mana ia menyukai 5 hal dan melupakan 5 hal.
Mereka suka kepada dunia dan melupakan Akhirat.
Mereka suka pada harta sehinggakan melupakan Hari Hisab.
Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya.
Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat dan suka rumah tetapi lupa pada kubur"
Takkan ada lagi delonik yang dulu... InsyAllah.