2015
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 2015. Bagi kegunaan lain, sila lihat 2015 (nombor).
Abad: | Abad ke-20 · Abad ke-21 · Abad ke-22 |
Dekad: | 1980-an 1990-an 2000-an 2010-an 2020-an 2030-an 2040-an |
Tahun: | 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 |
2015 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.
[sunting] Peristiwa ramalan dan peristiwa berjadual
[sunting] Februari
- Dawn, kapal angkasa lepas NASA dijangka akan tiba di planet kerdil Ceres.
[sunting] Mac
- Mac 20 – Gerhana suria total (dapat dilihat dari Atlantik Utara).
[sunting] Mei
- Mei 21 – Solar Probe Plus milikan NASA akan mengorbit Matahari.
[sunting] Julai
- Julai 1 – Bumi, Zurah, dan Jupiter akan sebaris.
- Julai 14 – Kapal angkasa lepas New Horizons milikan NASA dijangka akan melewati Pluto dan Charon pada 50,000 kilometer sejam dan menjelajahi kawasan itu selama lima bulan sehingga jaraknya terlalu besar. New Horizons kemudian akan memasuki jalur Kuiper dan akhirnya meninggalkan Sistem Suria.
[sunting] September
- September 10 – Ratu Elizabeth II akan mengatasi Ratu Victoria sebagai raja pemerintah yang paling lama dalam sejarah British jika beliau masih memerintah.
- September 13 – Gerhana suria separa.
[sunting] Oktober
- Oktober 25 – Komet 22P/Kopff dijangka akan pulang.
[sunting] Tarikh tepat tidak diketahui
- Negara-negara ASEAN dijangka melupuskan televisyen analog dan mengamalkan televisyen digital sepenuhnya pada tahun ini.[1]
- Operasi plasma pertama reaktor pelakuran nuklear dijangka akan bermula.
- Tarikh sasaran untuk negara-negara OECD meningkatkan aras bantuan sehingga 0.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), seperti ditetapkan oleh Perjanjian Paris.
- Tentera Laut Amerika Syarikat akan mentauliahkan USS Gerald R. Ford, kapal pertama dalam kelas baharu kapal induk super.
- Pemenang untuk negara pengacara Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
- Penjelajahan angkasa lepas Voyager 1 akan sampai ke heliopaus.
- Tahun ini merupakan tahun terawal Agensi Angkasa Lepas Eropah akan melancarkan Misi Darwin untuk mencari-cari eksoplanet yang mungkin mempunyai hidupan.
- Komuniti Afrika Timur mungkin akan bersekutu demi menjadi sebuah negara tunggal.
- Bandaraya Masdar dijadualkan akan siap. Matlamatnya adalah untuk menjadi bandar raya pertama yang boleh kekal, berkarbon sifar, dan bersisa sifar sepenuhnya.