25 Mei
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
<< | Mei 2012 | >> | ||||
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
MMXII |
25 Mei merupakan hari ke-145 (hari ke-146 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 220 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kebangsaan di Argentina (1810)
- Hari Kemerdekaan di Jordan (1946)
- Hari Pembebasan di Lubnan (2000) dan beberapa negara Afrika (1963).
[sunting] Peristiwa
- 1420 - Henry si Pelayar (gambar) menjadi Grandmaster Mazhab Christ, pengganti Portugal untuk Kesatria Templar.
- 1521 - Diet Worms mengisytiharkan Martin Luther sebagai penjahat dan penyeleweng kerana bidaahnya.
- 1810 - Wizurai Sepanyol digulingkan dan kerajaan merdeka yang pertama di Argentina, Primera Junta, diasaskan di Buenos Aires (gambar), menamatkan Revolusi Mei.
- 1895 - Republik Formosa diasaskan di Taiwan, mengisytiharkan kemerdekaan daripada China Qing.
- 1946 - Abdullah bin Husayn (gambar), Amir Amiriah Transjordan, diisytiharkan sebagai Raja "Kerajaan Transjordan Hashimiyah".
- 1961 - Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan sokongannya terhadap Program Apollo (gambar lencana), dengan matlamat "mendaratkan orang di Bulan dan pulang dengan selamat ke Bumi sebelum dekad berakhir".
- 1977 - Filem cereka sains Star Wars dikeluarkan, kemudian menjadi antara filem paling berjaya dalam sejarah.
- 2009 - Korea Utara mendakwa berjaya meletupkan ujian senjata nuklear di bawah tanah.
- 2011 - Rancangan temu bual The Oprah Winfrey Show, yang diacarakan Oprah Winfrey, tamat setelah 25 tahun.
[sunting] Kelahiran
- 1954 - Sudirman Hj Arshad, penyanyi Malaysia (m. 1992)
|