Teheran
Koordinat: 35°41′46″U 51°25′23″T / 35.69611°U 51.42306°T
تهران Teheran |
|
Nama samaran: Bandar 72 bangsa. | |
Koordinat: 35°41′46.28″U 51°25′22.66″T / 35.6961889°U 51.4229611°T | |
---|---|
Kerajaan | |
- Datuk Bandar | Mohammad Ghalibaf |
Ketinggian | 3,900 kaki (Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "," tidak dikenali m) |
Kepadatan (est.) | |
- City | 7,314,000 |
- Metro | 12,150,742 |
Teheran (Bahasa Parsi: تهران Tehrān, Templat:IPA-fa), adalah ibu kota Iran dan terletak di tengah tengah Wilayah Teheran. Dengan berbekalkan populasi 8,429,807;[1] ia juga adalah sebuah bandar dan kawasan perbandaran yang terbesar di Iran, salah satu bandar yang terbesar di Asia Barat, serta bandar ke-21 terbesar di dunia. Ia juga adalah pusat perindustrian Iran di mana setengah daripada industri Iran berpusat di sini. Industri-industri ini termasuklah industri otomobil, elektrikal dan elektronik, pembuatan senjata, tekstil, dan beberapa industri kimia. Terdapat juga industri penapisan minyak berdekatan dengan Tehran.
Pada abad ke 20, terdapat migrasi penduduk ke Teheran dari seluruh Iran. Maka, pada hari ini, penghuni kota ini terdiri daripada masyarakat berbilang suku dan agama. Antara kumpulan minoriti yang menduduki bandar ini ialah Azeri, Armenia, Kurdish dan Yahudi.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Teheran pada mulanya hanyalah kampung kecil dan kurang dikenali berbanding dengan bandar Rhage yang terletak berdekatan. Namun begitu kedatangan tentera Mongol membawa kepada kemusnahan Rhages menyebabkan ramai penghuni kota itu melarikan diri ke Teheran. Terdapat juga sumber menyatakan ketika zaman pemerintahan Mongol, Teheran dikenali sebagai "Tehran Rhages" (طهرانِ ری).
Orang Eropah pertama yang menjejakkan kaki di Teheran berkemungkinan adalah Don Ruy Gonzáles de Clavijo. Beliau ketika itu dalam perjalanan ke Samarkand (di Uzbekistan) yang ketika itu merupakan pusat pemerintahan empayar Mongolia.
Selepas zaman pemerintahan Mongolia, Iran diperintah oleh kerajaan Safavid. Ketika kurun ke 17 (era Safavid,) Teheran menjadi ibu kota Iran dan sebuah bazaar dan dinding kota dibina oleh Tahmasp I. Namun begitu, ibu kota Iran ditukar ke tempat lain ketika zaman Abbas I. Pertukaran berpunca daripada peristiwa dimana beliau jatuh sakit ketika melewati kota ini dalam peperangan menentang tentera Uzbek.
Pada awal abad ke 18, Karim Khan Zand memerintahkan agar dibina sebuah istana dan juga beberapa pejabat kerajaan di Teheran, berkemungkinan ingin menjadikan Teheran sebagai pusat pemerintahan Parsi. Tetapi selepas itu, beliau menukar pusat pemerintahannya ke Shiraz. Pada tahun 1795, ketika Parsi dibawah pemerintahan Qajar, raja Parsi, Agha Mohammad Khan, menjadikan Teheran sebagai ibu kota Empayar Parsi. Bermula dari detik ini, Teheran terus menjadi pusat pemerintahan Iran.
Ketika zaman pemerintahan Shah Mohammad Reza, banyak mercu tanda lama di Teheran dirobohkan atau dibiarkan kerana beliau berpendapat mercu tanda mercu tanda dan bangunan-bangunan lama tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada kota moden. Kebanyakan binaan ini diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan-bangunan baru.
Ketika tercetusnya Perang Teluk, Teheran dibedil dengan peluru berpandu Iraq menyebabkan banyak infrastrukturnya rosak teruk dan ramai penduduk awamnya terkorban.
[sunting] Ekonomi
Sekitar 30% tengara buruh daripada sektor awam dan 45% firma industri besar terletak Teheran. Hampir setengah daripada tenaga buruh di Teheran bekerja di sektor kerajaan dan selebihnya berkerja di kilang-kilang, perniagaan-pernigaan kecil, dan juga pengangkutan. Pelaburan asing terutamanya dari negara-negara barat, di kota ini adalah rendah berikutan hubungan keruh kerajaan Iran dengan negara-negara barat. tetapi, sebelum revolusi Iran, terdapat banyak syarikat-syarikat barat beroperasi di Teheran. Industri-industri moden di Teheran kebanyakannya adalah industri pembuatan seperti pembuatan barangan elektrik dan elektronik, tekstil, makanan, bahan kimia dan senjata api. Terdapat juga industri otomobil dan berdekatan Teheran, terdapat pusat penapisan minyak. Pasaran saham awam Teheran pula dikenali sebagai Bursa Saham Teheran.
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan Luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Teheran |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Teheran |
- Laman Web Daerah Teheran
- Pusat Informasi Geografi Teheran
- Majlis Bandar Teheran
- Pusat Kawalan Trafik Teheran
- Pusat Informasi Perniagaan di Teheran