cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Saturday, August 20, 2011

Law Ka Na Bainana - If The Beloved Were Among Us.



If the beloved were among us
Those from far & near will come to him
Hoping to see the sun of goodness before it sets.
Desiring to be near to Him
In His company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah,
Allah will surely answer
The light of Taha will not cease to exist
Oh You who answers prayer please fulfill our hope to meet him
I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved Muhammad honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (s.a.w)

Pernah dengar lagu di atas ni??Kali petama i mendengar di dini hari, hati benar - benar tersentuh. Tears just in my eyes. Rasa sayu sangat. Lebih - lebih lagi bila pengacaranya menceritakan akan besarnya rahmat kalau kehidupan kita ini sentiasa mengikuti segala sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Pagi tadi langsung i menitiskan air mata bila mengikuti rancangan di TV, Channel AlHijrah. Bagaimana seorang lelaki Arab yang gagah perkasa ini boleh menitiskan air mata bila menceritakan akan kemuliaan nabi dan sekiranya kita mengikuti sunnah2 nya hidup kita dilimpahi rahmat ALLAH... MASYALLAH..Jika Nabi berada di sebelah kita sanggup kah kita melakukan perkara - perkara yang menjadi kemurkaannya..Tidak mahukah kita di akhirat nanti bersama - sama Rasullah menikmati kemanisan air surga yang tiada bandingannya.SUBHANALLAH..

I bukan orang alim lagi cetek dan dangkal ilmu agama. Tapi i nak ajak frens semua, Mari lah pagi hari esok sebelum menunaikan solat Suboh, sama - sama lah kita ikuti program ini di TV. Mudah- mudahan kita mendapat syafaat Rasullah di akhirat nanti.INSYALLAH..

HAVE YOU EVER WONDER IF PROPHET CAME AND SIT WITH YOU ALONE FOR JUST ONE MINUTE WHAT WOULD YOU SAY TO HIM??

Thursday, August 18, 2011

Vaio and Samsung as the presents.

I memang jenis suka bertangguh person. heee.. ni entry patut dah dibuang ke laut. tapi i tetap nak publish kan jugak. kenang - kenangan kan. alahhh cite pasal my birthday lah... Nak habaq mai apa kebenda hadiah yang i dapat. Hubby bukan jenis suprise suprise punya orang. Tak tunggu birthday pun selalunya ada je hadiah untuk i.. So bila tiba my bufday, i dont aspect hadiah dari nya.. Just wish.. Cukup..

Tapi seminggu sebelum my birthday, i mentenang Notebook kat Sen Q. Called Hubby tanya idea dia. Terus dia kata, beli lah.. Your bufday present.. Emm.. senang cite. Kira i beli dulu, claim kemudian.. ALHAMDULLILAH...
Maka petang on 19 July, 2011 i and Chef CiJu merayap ke SACC untuk mencari barang yang dihajati..
Ni lah barang nya. Kat Sen Q i dapat dalam RM1700. TQ Hubby sebab i dapat hadiah ni..
Sebenarnya sebelum ke Sen Q kitarang singgah kejap di Teapot Deli.. Chef CiJu posa. So, kami makan dulu. Our appetizer, Serimuka Bakar..
As usual i makan Roast Chicken.
and i A Pot of Green Tea.
Tengok tu tengah giat berbelaog, depa surprised dengan cake.
And on my birthday, depa kunun - kunun surprised kan i dengan one slice of SC cake. Siap lilin lagi.. Sibuk lah Abang Irfan kata haram.. I kata bukan celebrated macam orang kaffir. Then dia senyap..
Dia terus membebel.. I pun suapkan lah sikit.. Still kau.. dia membebel.. Hee..hee..
Malam tu, terus Hubby called cakap makan luar.. Tempat yang paling mudah, Qaseh.. Maka beramai - ramai lah ke sana..Tak de nya nak candle light dinner ke..
See.... kemain semuanya bila bab makan.
I amik Oxtail Soup. Memang sedap.. Highly recommended.
Sebenarnya masa ni i lost appetite. So, just took soup. But sampai 2 glasses of hot drinks.
My Teh Tarik.
Ramai yang makan Chicken Chop.
Watermelon Lychee.
Ni favorite Abang Irfan, Qaseh Special.
Emmm.. i forgot the name..
Sebenarnya a week after my bufday, Hubby buat kejutan lagi..Kebetulan i ada masalah dengan my Sony Erikson. Berangan - angan nak amik BB. Tapi ramai kata baik amik yang lain. Tapi dalam perkiraan i, baik i baik pulih je my Sony Erikson. Still leh pakai apa.. Tapiiiiiii.... On one fine day.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaa....

my NEW SAMSUNG GALAXY SII from Hubby as a bufday gift lagi..



terima kasih YA ALLAH atas kurnia MU.. ALHAMDULLILAH...

Cekodok Jagung


Masa pegi beli grocery di Carefour, i naik geram tengok sweet corn ni.. Langsung ambik 4 tongkol. Selang sehari terus teringin nak buat Cekodok Jagung.. Jom tengok cam ne i turun padang.. Hee... terperanjat dapur...
Gebukan..
Pakai pisau, i sagat isi jagung ni. Nipis - nipis tau.. I pakai 2 tongkol je.. Banyakkk..
I potong 2 buku bawang besar. Suka banyak - banyak.. Segengam Udang Kering. Ingat nak pakai Udang Basah, tapi tak ada stock. So, boleh lah.. Tak ada daun soup, i blasah pakai Celery.. Bolehhh... Then setangkai je Cili Merah.. Racik halus - halus.
Emmm bahan penting, tepung lah kan..Ikut suka je i letak.. Tengok seisi rumah lah kan..
Campakkan ke dalam tepung...
Letakkan air, garam..Kacau dan gaul rata.Ikut suka nak lembik, banyakkan air. Nak keras kurang kan air.. Simple..
I suka tambah kan 2 sudu Olive Oil.. Sunnah lah kunun.. Olive oil kan..
Tambah kan sikit flavor. letak bendalah ini.. Tak letak pun tak pe...I letakkan sikit kira - kira dalam 1 1/2 sudu teh baking powder.. Biarkan agak - agak sejam baru digoreng.... So... tadaaaaaaa....



Pakailah cicah ikut suka. Kitarang buat sendiri.. Cili blend tumis dan campur Tomato Sauce tumis lada dan tambah sauce... Kira dah terangat tu....

Wednesday, August 17, 2011

Ambushed rumah NekCik then ke Carrefour.

Lepas je balik dari Wilayah Mosque, i, Chef CiJu and My Mommy terus ke rumah NekCik. Dengar khabar tak berapa sihat. So, without noticed kami ambushed je.. OTW tu terus decided nak buka kat rumah NekCik. Anak - anak Sidek, biar TokNgah and My Daddi yang bawak datang. So.. ALHAMDULLILAH diarang sampai on time waktu buka tu.. Jom tengok apa kitarang buka hari tu..
Berempet - rempet kami makan. Kelakar. Tapi memang menyelerakan..
Rapat - rapat tambah erat.
Tengoklah meja kami tu. Penuh segala macam.
ada Bubur Lambuk dari masjid.
ni Asam Pedas TokPuCu.
Curry puffs beli kat belakang.
ni pun beli kat bazaar.
Laksam gak beli kat bazaar
ni pun beli. Cucuq Udang.
Kenapa semua beli kecuali Asam Pedas??? Gara - gara short noticed nak buka kat rumah NekCik.. Tapi yang penting kitarang seronok makan reramai.. Yang penting perut kenyang.. Lepas kenyang, Chef CiJu ajak i buat grocery kat Carefour Wangsa Maju.. I still remembered. Masa kitarang duk kat Pandan Perdana, di sini lah kitarang buat grocery.. Suka sebab besar. Macam - macam ada..
Kitarang happy bila kat department ni.. Moghul just RM38.99. Selalunya di Giant dalam RM40.99 or RM41.99. So, rembat 2 bags. ALHAMDULLILAH.
I suka yang di sini. Jagung just RM1.00 je.. I ambik 4 tongkol. Angan - angan nak buat Cekodok Jagung. Dan ALHAMDULLILAH.. Jadi gak.. Tengok nanti sebagai prove.
Ramlee Burger punya promoters.
Chef CiJu happy bila sampai kat sini. Fresh - fresh lagi..
Tak tunggu lama, Ala - ala ni yang jadi pilihan.
Akhirnya time membayar lah. Tengok dalam troley macam sikit je.. Tapi.. eeemmmm biasalah.. Ratus - ratus gak.. Belanja dapur sekarang bukan sikit - sikit. Tapi tak perlu mengeluh, INSYALLAH. Ada je rezeki kita..

Tuesday, August 16, 2011

Shopping raya di One Utama.

Emm.. pejam celik, pejam celik dah setengah bulan kita berpuasa. Maksudnya dah nak dekat raya. Persiapan?? I jenis ala kadar je.. Curtain beli je. Bukan banyak tingkap pun.. nanti bila dah raya baru i buat. Baju.. dah almost 3 bulan siap. Kena cepat. Almaklumlah tailor sekarang. 4 bulan sebelum raya pun dah tutup tempahan. Hubby pakai baju melayu lama. Senang cite.

Cuma kami kena berbelanja baju casual anak - anak.. Kalau ikut kan i, i cuma nak tambah je. Tapi since Hubby dah decided nak outing on last Sunday untuk beli baju anak - anak, i ikut kan aje. So.. kami ke One Utama. I sebenarnya berharap dapat ke Metrojaya. Tapi almaklum lah Metrojaya ni selalunya padat.. Tapi syukur ALHAMDULILAH masa ke One Utama ni kami relax je.. Macam tak ada orang je. Parking pun mudah je..
Parking kat atas roof. Senang. Tak ramai pun orang.
First attempt was Dockers, cari baju dan keperluan Abang Luqman.. Sebenarnya dia tak berapa kisah. Tapi dah Hubby ajak ke sini, maka berbelanja lah di sini..
Yang ni sibuk melilau dalam kedai.
Abang Luqman suka collect topi. Tapi i tak bagi beli walau dapat green light dari Hubby.. Baju dia je dah berapa kena spent.. So, baik tak payah mengarut..
Sib baik duit Hubby.. heee. i tolong bayar kan je... Emmm... RM1K plus gak jalan.. Tak pe setahun sekali. Dah tu tak beli dah. Tunggu taun depan.
Lepas tu second attempt. Guess. Tapi tak banyak ambik. Untuk abang 'Imran dan Abang Irfan je.
I suka tengok baju budak perempuan. cute.. Tapi tak de anak girl nak wat cam ne..
Time bayaq, sekali lagi terbang Rm1k plus..Tapi tak dapat banyak helai lahkan.. Kat sini mahal sikit.
Tu muka happy dapat baju dan seluar baru..
Dalam pada tu sempat lak tenang kat HP.. Rupa - rupanya Abang 'Imran dapat surprised dari Hubby. Dapat hp baru u.. Sebab nak main games. Abang 'Imran dapat Sony Erikson J20i, Hazel. Tak hagak - hagak.. Emm ikut je lah rentak..
Si kecik pun tak nak kalah. Dia ambik hp lama Abang Luqman..
Nilah hasil tangkap buat Abang Luqman - 4 helai kemeja dan 3 helai seluar.
Abang 'Imran selai baju dan selai jeans.
Abang Irfan dapat 2 helai kemeja dan 2 helai jeans..
Lepas je dari One Utama, kami terus balik. Dah nak buka dah..I pun dah tak larat nak berjalan. Macam nak tercabut kepala lutut. Pocket Hubby pun dah tipis.. Emm... i punya tak de ke????.. Sedihhh.. tak pe. kita kecek lain hari. Ada seminggu lebih lagi kan.. I nak tenang handbag.. Dah tengok kat DKNY, tak kenan, kat CK pun tak kenan. I kenan yang kat Coach. Lama dah tengok.. hee.. budget je tak tak berapa nak nampak.. INSYALLAHHHHH...

cliks..cliks