Monday, March 31, 2008

Hari Isnin Yang Indah


77 hari yang lalu saya melahirkan Syafiah pada waktu Subuh lebih kurang dalam pukul 5.05 pagi. Baru tadi diberitakan oleh suami melalui panggilan telefon bahawa Syafiah boleh discharge hari ini, hari Isnin juga, selepas selesai menjalani ROP screening pada sebelah petang.

Banyak perkara penting berlaku pada hari Isnin, termasuk hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., hari kelahiran saya sendiri dan juga hari kembalinya insan yang saya sayangi ke rahmatullah - arwah ayah. Jika Syafiah lahir pada pukul 5.05 pagi, saya dilahirkan oleh mak di rumah pada pukul 4.10 pagi pada zaman yang tiada bekalan elektrik. Dengan hanya ditemani bidan kampung dan pelita minyak tanah.

Tak sabar rasanya nak ke hospital untuk membawa dia pulang.

Owh... Allah s.w.t. Maha Mendengar rintihan kami... amat HEBAT kuasa-Nya.. alhamdulillah.. Moga Dia terus menambahkan iman ini.. ameenn

Nanti nak bincang dengan suami cara paling afdal untuk kami menzahirkan kesyukuran kami kepada Allah s.w.t.



***************************************************


Update:

Kami tiba di rumah sekitar pukul 8.30 malam. Mak, Awa & anak-anak saya setia menunggu di rumah. Next appointment 020408 - weigh & COH measurement, ROP screening = 140408. Ni la wajah terbaru Syafiah.



Sunday, March 30, 2008

Provokasi


Tempohari dapat sms dari Atip (adik ipar):

Tmt sdh mmpi yg ngeri, suara rkyt hrus dhrmti, org mlyu tsgtlh rugi, krn dndm ksumt dihati. dpt kuasa lpa diri, himpn hrta & kmpul istri, saudara mara & kroni2, ingtkn bkuasa smpi mati. Yang mmbgkg pn x sdr diri, bila mrh pnuh emosi, mng sorak suka hati, kmpg tgdai x siapa pduli. Org Cina bstu hati, lalu dpt sbuah ngeri* some text missing *



Mula tu saya tahan diri dari membalasnya.. tapi saya fikir.. jika dia terus sebarkan maka akan timbulkan rasa 'benci'/'meluat' pada pihak yang lain. Jadi saya balas balik:

Org yg cipta sms ni mcm nk api2kan isu pkauman je. Hati2. Ckp psl 1 ngeri jth ke org cina, gerakan dulu pn cina gak. Koh tsu koon tu kan ke cina. Bezanya xde timb ment melayu. Skrg ni dh ada. Even adun titi serong tmpt k sue pn cina muslim. Isu yg bhya la ni PM dh derhaka pd YDPA/sultan mizan


Isk.. seb baik le * some text missing *.. saya nak je balas lagi tapi mengenangkan dia hanya seorang adik baru berusia 22 tahun (single lagi ni.. siapa berkenan? Orangnya hensem tau.. solat tak tinggal.. tu yang lagi penting.. promo.. promo!), saya malas la nak panjangkan cerita. Selama mana saya dapat membantu membetulkan mindset senget sebelah segelintir golongan maka saya akan cuba melakukannya.

Nak je saya cakap lagi.. jiran depan rumah kat kampung kami tu orang Cina, saya naik bas ke sekolah dulu pun penuh satu bas dengan pelajar Cina, saya berkubang masa kecik-kecik dulu pun dengan jiran Cina kat depan rumah tu la... dah balik naik bas sampai tertido pun anak Cina depan rumah tu la yang gerakkan.. Mak saya bila tiap kali hari raya je mesti bungkuskan kuih-muih/biskut untuk diberikan kepada beberapa keluarga Cina yang tinggal berhampiran dengan rumah. Begitu juga dengan Tahun Baru Cina.. mesti ada angpau dan bungkusan makanan dari keluarga-keluarga Cina tu diberikan kepada kami.

Dulu-dulu mak cakap kalau tak cukup duit, arwah ayah akan pinjam dengan Ah Keat si pemilik kedai runcit. Dan arwah akan membayar balik hutang tu dengan kadar segera. Dulu-dulu masa di rumah tiada talian telefon, telefon Ah Sin depan rumah tu la jadi public phone. Malah adik ipar saya juga seorang Cina Muslim.. jadi apa masalahnya kalau orang Cina itu lebih 'muslim' dalam memikul tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat dari seorang orang Melayu yang ingkar dan kuat tido? Arghhh... banyak lagi saya nak cite ni.. malah orang Cina ditempat kami tu la yang mengundi orang PAS.. arghh.. nak je sambung lagi sms tu...

Derhaka? Ah.. malas la saya nak ulas tentang isu ni... semua orang tahu apa maksudnya dan boleh relate dengan apa yang telah terjadi...

Minda orang muda sepatutnya tak diracun oleh mana-mana pihak yang cuba bermain dengan isu-isu sensitif dengan penyebaran sms yang tidak betul faktanya..

Penantian Satu Penyeksaan


Dah berapa hari tak update blog ni. Reason - saya dipanggil untuk tido di hospital. Petanda bahawa hari yang ditunggu untuk membawa balik Syafiah makin hampir. Saya tido di sana dari hari Rabu hingga ke Sabtu. Semalam suami mengajak saya balik ke rumah sebab hari ni ada saudara datang melawat sedangkan dia ada 'launching' di Subang Bestari. Jadi, macam tak best la sebab dua-dua takde di rumah. Yang ada hanya Mastura, Adam dan Mak.

Saya tertanya-tanya kenapalah Dr Ismail (ketua paed) macam berat hati betul nak pulangkan anak saya. Setiap paed yang saya jumpak bertanya bila nak balik sebab dia orang dah tahu kalau si ibu dipanggil tido di hospital tak lama lagi akan discharge. Reason yang diberikan Dr Ismail - tunggu sampai berat dia naik konsisten (ke dia sayang sangat kat Syafiah?). Untuk pengetahuan, berat dia selama 3 hari saya di sana - 2.44 kg (hari Khamis), 2.43 kg (hari Jumaat) dan 2.465 kg (hari Sabtu). Selama dia orang bela dia di sana pun berat dia akan naik dan turun sekali-sekala tapi dalam kalaan yang kecil.

Kebanyakan jururawat di sana mengenali Syafiah, selalu datang ke katil untuk bermain dan mencubit pipinya. Paling tidak berborak dengan saya. Ada yang memanggilnya 'Ketua' sebab lama beno dia di hospital. Ada juga bayi sebaya dia yang masih lagi tinggal di sana. Ada bersama ibu, dan ada juga yang tinggal sebatang kara.

ROP screening dijadualkan untuk kali ke-4 pada esok hari. Bagus juga dia tak balik dulu. Jika tidak, kenalah kami bawak dia ke hospital semula. Menurut kata Dr Sathia, ROP screening ni pakar mata akan buat selagi dia tak puas hati. Sepatutnya last check, pakar mata reserved untuk laser tapi sampai ke tarikh tu tak buat pula sebab 'clear' katanya. (If Jingga Studies (eye resident) reads this, Syafiah born on 31/52 + 1/7.. any comments?).

Menjaga Syafiah mengingatkan saya apabila menjaga Mastura ketika dia bayi. Amat mudah. Kurang menangis. Kebanyakan masa diambil untuk tido bagi membesarkan badan. Dia hanya akan menangis jika dia tahu kelibat saya tiada atau ketika haus meminta susu. Saya mengikut jadual penyusuan pihak hospital. 3 jam sekali. 55 ml = 2 oz. Diselang-selikan dengan susu badan. Akibatnya susu badan saya bertambah semula. Syafiah juga amat gemar tido dipeluk mungkin kerana keadaan hospital yang berhawa dingin.

Anyway:-
1. Hari ni Syafiah berusia 76 hari.
2. Mak, Adam dan Mastura telah dapat melihat wajahnya di pintu di antara bilik menunggu dan bilik ibu.
3. Petang nanti saya akan ke sana untuk tido di hospital semula (itu pun jika bilik ibu tak penuh).
4. Kan best kalo bleh surf net kat hospital.. hehehe..
5. ROP stands for retinopathy of prematurity. Further info click here!

Harapan saya semoga Allah s.w.t. mengizinkan Syafiah kembali ke pangkuan keluarga minggu depan, insyaAllah...

Tuesday, March 25, 2008

KISAH KAMI – KEHILANGAN & PERTEMUAN – BAHAGIAN 2


sambungan dari Bahagian 1

Masa-masa sedih tahun 2001 tu la.. mamat ni muncul berikan sokongan moral & berikan motivasi agar saya terus kuat & sabar. Lepas kejadian sedih ni berlaku sekitar bulan 7-9 tahun 2001, saya pernah tak bertegur sapa & tidak bercakap langsung dengannya selama beberapa bulan sungguhpun kami satu unit. Hinggakan ke tahap dia mengadu kepada bos kami mengatakan saya ni sukar untuk bekerjasama & tak sporting. Jaiz tetap baik je dengan saya macam biasa.

Ntah bagaimana satu hari di bulan Ramadhan di bulan November…

“Awak free tak petang ni? Kalau free, saya nak ajak awak bukak puasa bersama” tiba-tiba je dia datang ke meja saya & bertanya soalan itu.

“Ok..”

Ida (budak praktikal dari Poli) hanya senyum dari jauh. Masa saya tak bercakap langsung dengan mamat ni, Idalah tempat bersembang & mengadu. Tiba-tiba pulak kak Dalilah buat announcement:

“Adik-adik.. jom akak belanja kat Kiwi Express petang ni”
So, tak jadilah mamat ni tadi belanja. Kami pun keluar tapi ramai-ramai… Lepas tu dia tak putus asa lagi. Kami sempat keluar berdua 2 kali… satu untuk bukak puasa di Ratu Delicacies, Seksyen 9 dan kali kedua untuk cari baju raya di Kompleks PKNS.

Raya tahun tu saya balik awal seminggu. Sepanjang Ramadhan tu without failed, mamat ni akan call ke rumah pagi-pagi. Bila dia tahu saya tengah mengaji, dia tak paksa untuk saya cakap dengan dia. Malam dia akan call sekali just to wish me goodnight.

Lepas raya… bulan Disember.. kami jumpa balik. Senyap-senyap je. Tapi terserempak pulak dengan bos kami. En. Bakar sound on the spot..

“Oo.. ni yang marah sangat dulu ni?” sambil dia sengih-sengih mengusik.


Masa tu saya tak pasti apa yang berlaku di antara kami. Hinggalah pada satu hari..

“Saya tak pernah serapat ini dengan orang perempuan. Tapi saya nak awak tahu masa kat Kisdar dulu kawan sekelas pompuan yang rapat pun Tina. Saya akan jaga awak sebaiknya”

Dia tak pernah kata “I love u”, “Saya sayang awak.. mahu tak awak jadi girlfriend saya?” macam muda-mudi sekarang. Dia beritahu pasal Tina pun untuk elak masalah yang mungkin akan berlaku di masa-masa akan datang (Aiman tak kisah pun...).

Itu cerita bulan Disember 2001.. kami bertunang secara ringkas pada bulan Mei 2002. Yang datang hanya dia, maknya, ayahnya & adiknya. 5 hantaran dibalas 9.

Mak dia telefon mak:

“Saya ni mak Nen.. ada hajat sket nak ke Tg Piandang hujung minggu ni.. kalo bbleh nak merisik”

“Buat apa nak merisik.. bukankah mereka saling mengenal?”

Jadi, pada hari itu.. saya dapat 2 cincin. Satu cincin belah rotan, satu lagi cincin berbatu satu. Cincin belah rotan tu kami pilih bersama. Saya pun ingat pertemuan pertama kali dengan mak, ayah & adiknya tu hanya pertemuan keluarga.. jadi tak de la ingat nak bertunang terus.

Itulah juga pertemuan kali PERTAMA mak vs mak, pak & adiknya, mak vs dia & mak dia vs saya. Sungguh tawakkal sekali semua orang mengikut kehendak Allah s.w.t.

Kami ambil keputusan untuk bertukar ‘bumbung’ tempat kerja. Dia ke WHB, saya ke SB. Saya dapat kerja di syarikat gergasi tu pada tahun 2004 dan berhenti pada bulan September 2007. Hingga sekarang dia masih di WHB.

Kami bernikah tahun 2003. Tanggal 2 Rejab. 30 Ogos. Pernikahan hanya dibuat di rumah Tok Kadi. Berwalikan bapa saudara saya – Angah. Sedih rasanya bila terkenang arwah ayah ketika itu. Sah la akhirnya.. mamat (yang banyak bantu saya masa saya bersedih) tu la ni jadi suami saya. Sebelah keluarga suami yang datang memang ramai terutamanya anak-anak Tok Lang. Rumah kak Chik yang sediakan untuk kegunaan mereka bermalam. Suami pula anak lelaki pertama. Dia sebenarnya melangkah bendul. Akak belum berkahwin lagi ketika itu. Usia suami masih muda pada ketika itu – 23 tahun.

Janji suami pada saya ketika sebelum berkahwin tu benar-benar terbukti. Dia benar-benar menjaga saya dengan baik sekarang ni. Ketika mengandungkan anak pertama selepas bernikah, dialah yang bangun masak untuk bersahur. Segala sikap negatifnya sebelum berkawen sengaja ditonjolkan. Dia pura-pura jadi tak baik sedangkan dia sangat baik orangnya. Sentiasa mengaji, bangun solat di waktu malam, masak, membasuh, gosok baju, menjaga anak, bertimbang rasa, memberikan kata-kata perangsang & semangat, mengimbang antara emosi & rasional saya… dan masa kawen ni la baru dia cakap, “I love you” and so on.



**********************************************************************

Suami ketika menjalani latihan team building di Outward Bound School, Lumut.

Pada abang… tahniah sebab upgraded. Rezeki anak-anak, rezeki kita bersama. Berita gembira ini abang bawa pulang bulan Februari. InsyaAllah rezeki akan terus ada. Tahniah & terima kasih jugak sebab abang jadi suami dan ayah yang baik pada anak-anak. Jadi contoh pemuda Muslim yang penyabar, tidak memungkiri janji, sentiasa memberi nasihat & sentiasa berusaha mempertingkatkan diri & keluarga, insyaAllah.. dan saya benar-benar bersyukur kepada-Nya atas kurniaan ini.

Pada akhirnya.. di setiap kehilangan, sudah pasti ada ganti yang lebih baik sungguhpun tidak sama gelarannya… tidak sama tanggungjawabnya.. namun kedatangannya memberikan impak yang besar dalam kehidupan.

Pada roh-roh yang telah pergi… diiringi dengan doa moga dirahmati Allah s.w.t. di alam sana. Saya amat-amat merindui kalian. Al-Fatihah…



**********************************************************************

Saya nak jawab komen teman-teman blogger kat sini bleh?

silversarina said...
sebak akak baca entry ni... yelah mana nak sangka yang tak disukai menjadi insan paling hampir dengan kita..Alhamdulillah you dapat hubby yang baik macam tu dan tahniah atas rezeki lebih yang Allah berikan.
March 27, 2008 12:59 PM

>>> kak rina:-
dulu masa saya mula kawan dengan dia pun dah ada suara-suara sumbang kata, "dia tu muda pada kamu. kamu percaya ke kat dia? orang muda ni kurang bertanggungjawab". kita ni asyik bikin akak sebak je kan... Allah berikan rahmat tu dalam banyak bentuk. salah 'dua'nya - suami yang baik & rezeki yang dilimpahkan...




kc said...
zaman skrg ni susah nak dapat kriteria somi mithali cam sue ni so jagalah dia baik2 yek (isy...cam bagus je kak kicap ni...hehehe). tu laa orang tua2 slalu berpesan, jgn dok benci orang tu sangat2 nanti hang dok suka balik kat dia baru hang tau...ni kes sama cam kak kicap ngan asben skrg lah (panjang citer weh)
March 27, 2008 1:13 PM

>>> kak kc:-
ala.. bab jaga ni kan kak.. kekadang tu terbabas gak.. bukannya pandai sangat jaga dia. dia tu senyap-senyap je ke dapur cari/buat makanan.. bukannya dia nak suruh kita buat. kat mana-mana tempat pun dia macam tu. dulu-dulu tu bila jadi diam membisu tu pun dah start rindu dah.. hahaha.. share the story le kak kc...




iza said...
check blog saya ..u have been tag...
March 27, 2008 2:35 PM

>>> kak iza:
ala kak iza ni... kena tag lagi eikk.. panjang lak tu stori-morinya.. ada masa dalam minggu depan saya balas ye.. hujung minggu ni tak sempat lerrr.. dun worry.. hutang mesti bayar punya...




Jingga Studies said...
good story telling..menarik sungguh!!!! Tg Piandang?? eh tu my sis in law's (kak awa @ zawaliah) kampung...mmm tah tah sedara!
eh btw how is your prem baby tu ?? i hope everything is alrite! No ROP rite?
March 30, 2008 2:52 AM

>>> Jingga Studies (JS):-
kak Awa tu saya memang le kenal sebab dia dok setaman kat sini. kat tg piandang tak kenal dengan dia tapi saya kenal dengan sepupu-sepupunya. terasa nak gak pi lawat dia if dia kat kampung sana.. kot-kotnya sedara.. tapi kalo dah banjar ni.. memang tak banyak sikit pun mesti kena punya...

JS, if you have time bleh tak cite kat teman ni pasal ROP, cite la kat blog awak tu, saya selalu ke sana tapi tak tinggalkan jejak.. Syafiah alhamdulillah sihat. so far belum le lagi kena laser.. kena tunggu sampai pakar mata puas hati... tapi bila kita bercakap dengan dia, dia perati muka kita ni.. so camne tu...

Saturday, March 22, 2008

Merempit


Tiba-tiba terimbas kembali zaman saya di U dulu ketika saya add widget di sebelah ni. Gadget macam pemain mp3 & CD tak berapa terkenal zaman tu. Yang saya beli – lelaki berjalan. Masa tu saya suka betul beli kaset. Antara kaset yang saya beli – ‘N sync (3 album kot), U2 (2 album), Savage Garden (2 album). Jangan hairan juga saya amat meminati muzik klasikal, orkestra atau instrumental antaranya Kitaro, Vanessa Mae, Richard Clayderman, Kenny G, Chopin, Brahms, Tchaikovsky, Bach, Beethoven, Strauss & lain-lain (saya minat muzik klasikal sejak dari bangku sekolah). Kaset nasyid di rumah tu banyak jugak tapi yang saya suka sangat dengar nyanyian Asri (Rabbani) & Munif (Hijjaz) (mungkin sebab saya dah dengar dulu kot.. Nada Murni & The Zikr).

Antara yang paling saya ingati adalah apabila di semester ke 4 saya perlu menjalani latihan praktikal sepanjang semester. Saya memilih untuk praktikal di Klang. Sebelum semester ke 3 tu berakhir, abang Johan seperti biasa datang ambil barang-barang saya sebelum cuti. Memang begitulah rutinnya… awal semester pindah masuk, hujung semester pindah keluar.

Abang Johan ni sekali pandang nampak macam dah berusia sangat sebab dia beruban sehinggakan pak guard pernah tersalah sangka yang dia ke asrama tu untuk ambil anak dia!

Saya hanya sempat tinggal di asrama selama 3 semester. Maklumlah dulu-dulu tak de la aktif dengan aktiviti asrama, tu sebab kena hambat cepat. Setiap kali angkut barang pindah je mesti pergi rumah abang Johan yang terletak di Kampung Jawa.

Untuk tidak membebankan dia, saya ambil keputusan untuk ke tempat kerja sendiri. Mula tu saya naik bas. Tukar bas 2 kali, berasak-asak dengan lelaki berkulit gelap je memanjang. Maklumlah… dah nama pun Klang.


Gambar sekadar hiasan

Saya ambil keputusan untuk membeli sebuah BASIKAL selepas seminggu bekerja untuk merempit ke tempat kerja!

Dengan basikal itu saya berulang-alik tiap hari dari Kg Jawa-Pekan Lama Klang (Little India)-Pekan Klang-kemudian melalui Bulatan 100 (sesak memanjang) lalu ke Taman Eng Ann. Kalau hujan, saya akan stayed back di pejabat sementara menunggu hujan reda. Dengan basikal itu jugalah saya merempit ke Klang Parade. Saya masih mengamalkan berbasikal hingga ke hari ini.. (tapi tak la sampai ke One Utama pun naik basikal!).

Dan saya mendengar lagu-lagu kat atas tu sepanjang saya kayuh basikal. ‘Lelaki berjalan’ saya letak kat dalam bakul depan. Mood saya asyik nak dengar lagu klasikal je memanjang… kadang-kadang rasa macam nak menari.. tapi yang biasanya kepala saya je yang selalu meliuk-liuk terutamanya kalau dengar muzik dari Strauss. Selalu bayang taman-taman di oversea je atau suasana di ballroom atau terkadang jadi ‘konduktor’ muzik dengan sendirinya… Kadang-kadang terbayang gak kartun Mickey Mouse.. huhu.

Hilang akal apa nak menari atas basikal!


*lelaki berjalan = walkman..

Friday, March 21, 2008

Surprise!


We're so surprise yesterday! Tiub di kepala Syafiah dah dicabut. Sepatutnya tiub itu ditukar Rabu minggu lepas tapi tak jadi sebab dia kena infection & under medication. Hubby dah signed borang kebenaran depan neurologist tapi masa tu tak de pulak dia cakap apa-apa... tup tup.. masa pergi semalam tiub di kepala dah tiada. Nak tanya doktor pun tiada.. biasanya kalo doktor nak update (specially when thing getting worse), nurse akan beritahu parents untuk ke hospital atau jika di hospital, dia akan suruh tunggu sampai jumpa doktor.

Neway... Syafiah dah pun start minum susu dari botol within these three days. Sucking well, the report said (sebenonye takleh access the files tapi saya curi-curi baca...ngehe..). Ada tulisan kat situ langsung tak paham dibaca.. ntah apa terms & ntah apa jenis tulisan pun tatau le...

Seminggu dua ni masih di NICU untuk monitoring. Moga dia cepat sembut, cepat balik. Hopefully sesi bedah membedah ni akan berakhir. Tak perlu letak VP shunt lagi. Ermmm... should pray harder... especially today.. moga mana-mana doa terangkat pada hari ini.. ammeeen...

Wednesday, March 19, 2008

KISAH KAMI – KEHILANGAN & PERTEMUAN – BAHAGIAN 1


Mak selalu cakap, “Kalaulah aku boleh tepon ayah hang..”

Saya mengenali seorang mamat ni ketika kami sama-sama bekerja di bawah satu syarikat pada tahun 2001. Ketika itu dia dan kawannya – Jaiz, merupakan rakan sekelas dan sedang menjalani latihan praktikal. Jika kursus saya memerlukan latihan praktikal pada semester 4, dia orang perlu ‘bekerja’ di semester akhir. Oleh kerana syarikat DNDSB amat memerlukan pekerja, maka, mereka terus diterima bekerja di situ. Mamat ni belajar di KUIS (dulu dikenali sebagai KISDAR). Antara batch yang terawal. Ketika KISDAR masih seperti padang jarak & tempat jin bertendang lagi.

Saya masih ingat.. saya mula bekerja di situ pada 16 April 2001. Sesuatu yang tenggelamkan saya dalam keadaan emosi ialah ketika saya merantau ke Shah Alam tu, arwah ayah sedang sakit. Kenapa Shah Alam? Sebab saya dah biasa. Dia redha melepaskan saya cari kerja jauh sebab kakak saya yang ketiga kuat membebel... Masa tu kak Chik tinggal serumah dengan kami. Sikap dia – pantang tengok adik-adik tidak bekerja. Arwah larang saya bekerja sebab boleh jugak la saya dengan mak bergilir jaga dia kalau-kalau dia masuk hospital. True.. memang saya dengan mak je yang bergilir jaga dia..

Arwah seorang yang berbadan besar, triple my size. Mak pun kecik je orangnya. Berkali-kali jugakla bila kami angkat arwah ke bilik air, dengan kami-kami sekali jatuh. Dan ada juga ketikanya kami tergelak.

“Orang tengah sakit.. hangpa ni gelak plak no.. tak patut sungguh”

Mak dengan saya gelak bukan sebab apa… naik mengah pun ada, apasal la 2 orang pun tak mampu angkat arwah. Rasa lucu sebab masing-masing tergolek. Kesian arwah pun ada… Dalam banyak-banyak anak, saya dengan arwah boleh kira rapat jugak. Ketika di U, jika saya demam, mesti saya call kampung. Memang arwah pun demam macam saya. Bila balik kampung, saya sentiasa tak lepas peluang tido satu kelambu dengan mak ayah sungguh pun masa tu umur saya dah nak masuk 20 tahun. Lagi pun arwah yang mintak, “Mai la tidoq dengan ayah.”

Arwah dulu masa muda-muda baran jugak. Biasalah orang dulu… tapi sampai ke saya dengan Awa, baran dia pun dah makin kurang. Kalau tengah baran tu, mak pun tak berani dok dekat dia, tapi saya sanggup dengar dia membebel itu ini. Saya layan apa dia cakap. Saya agak… dia tak rapat dengan kak Chik sebab dia dengan kakak ketiga kami tu ada persamaan karakter.

3 bulan probation period tu memang penuh dugaan. Saya kerap balik. Tapi seingat saya masa saya belajar pun memang tiap minggu saya balik. Mak kata, “Hang ni balik macam dari sini pi Tepeng ja”, “Buang duit ja balik selalu”. Arwah ayah selalu backed up, “Biaq la kat dia…”

Ujian emosi pertama saya lalui – pemergian arwah ayah Sam (Samsuri nama dia). Arwah ayah Sam ni pun rapat jugak dengan saya dan anggap saya macam anaknya. Ceritanya masa saya lepas lahir tu, mak lekat uri. Uri saya tak nak keluar. Lahir di rumah pukul 4 pagi plak tu. Lepas bidan kampung sambut saya je, terus je mak saya dibawa ke hospital. Mak kata dia sempat pandang tangan saya je sebelum collapsed. Darah dah makin banyak keluar tapi alhamdulillah mak selamat.

Kami terpaksa berpisah. Mak di hospital, saya dijaga orang di rumah. Tiap hari ada je orang kampung yang datang tolong jaga. Antaranya arwah ayah Sam & isterinya arwah Mak Siah. Dia orang ni kawan baik mak ayah. Bagi menyusu… tu sebab ada mak ayah susuan ni… Lama gak mak dok hospital. Kakak-kakak saya masa tu masih belasan tahun. Yong baru 15 tahun. Mana la nak reti jaga baby sangat… Rumah arwah pun tak jauh.. selang berapa rumah je dari rumah kami. Arwah ayah Sam & arwah ayah bersahabat baik.. jadi imam surau pun sama-sama..

Arwah ayah Sam ni meninggal pada 6 Julai 2001, tengahari hari Jumaat. Saya sempat lawat dia masa dia terlantar sakit. Saya tak ingat saya sempat minta maaf ke idak dengan dia. Masa berita tu sampai kat saya, saya tengah kerja, mak yang tepon :

“Ela.. ayah hang dah tak dak!” kata mak, sayu je bunyinya.

Saya dengan mak sama-sama nangis. Saya tak balik. Tak sempat pun. Arwah dikebumikan petang tu jugak. Ada anak & cucu dia tak sempat pun jumpa dia di saat akhir.

Tengah saya mengeteh & makan mi wantan satu hari tu dengan kawan-kawan saya sepejabat, tetiba je bos kami yang stayed back, keluar opis cakap ada 1 call cakap arwah ayah kandung saya sakit tenat. Restoran tu sebelah pejabat je.

“Sesiapa kat sini bleh tolong hantar dia pergi Pudu? Tolong hantar ye,” cakap bos ni.

“Tak pe la.. saya tolong hantarkan,” mamat ni volunteer.

Jadi, malam tu dia tolong hantar saya ke Pudu. Naik motor lak tu. Nasiblah bas ke Pt Buntar masih ada. Bas pukul 12 tengah malam. Pastu dia bagi saya pinjam jaket dia.

“Nanti awak mesti sejuk kan,”

Dia pun balik lepas saya naik bas. Meredah dalam kesejukan & kepekatan malam tanpa jaket/baju sejuk. Pasti dia pun sejuk.

“Ayah Sam pi takkan ayah pun nak pi?” tanya saya sebak je pada arwah ayah.

“Jangan sedih. Dah nak ajal. Sabar la…” jawab arwah tenang.

Seminggu dua sebelum meninggal tu, arwah dah mula cerita bab mati ni. Antara kata-kata dia yang saya tak dapat lupa:

1. Katanya dia pergi satu taman, ada kawan-kawan ‘lama’ dia, taman tu kecik tapi indah, rasa seronok sangat.

2. Bila sorang kawan dia ni datang ziarah – Pak Ngah Jobet (arwah jugak. Nama sebenarnya Zubair), dia siap pesan dalam nada berseloroh, “Hang buat rumah aku nanti kat tangga masjid tau.” Arwah Pak Ngah Jobet ni bekerja sebagai penggali kubur di tempat kami. Dan betul.. lepas arwah ayah meninggal, rumah baru dia betul2 bertentang dengan tangga masjid di sebelah tempat solat Muslimat. Kat situ selalu diadakan kelas2 mengaji, ceramah, dsb.

3. Dia masih sempat tegur arwah Tok Ngah mengaji di tepi dia. Dia cakap arwah tu mengaji pun tak betul. Tak payahlah bacakan untuk dia.

4. Tengah kak Chik & kak Bib baca al-Quran kat tepi dia, sampai di satu ayat yang menceritakan tentang langit, tiba-tiba je dia cakap, “Bukalah.. bukalah langit itu besaq-besaq.” Saya yang ada di situ rasa gerun pun ada.

5. “Bunyi motorboat mana lak kat tepi telinga aku ni? Bising sungguh!” kata dia merujuk kepada kak Bib yang tido berdengkur kat tepi dia lepas balik kerja shift siang.

6. “Hang ni hantu la.. pi jauh-jauh” setiap kali ada orang sebelah kiri dia, dia akan cakap macam tu. I guess he wasn’t referring to that person in particular but to another ‘lembaga’ which we couldn’t see directly.

Arwah mengembara dalam tempoh itu. Arwah juga tahu ajalnya makin hampir. Saya yakin ketika dia mengembara tu macam-macam perkara telah ditunjukkan padanya – taman, rumah abadinya, langit yang terbuka. Arwah buta ke akhir hayatnya disebabkan penyakit kencing manisnya dah serang hingga ke mata pada tahun 2000.

Hari Ahad tu kencang sungguh angin bertiup. Ribut tapi tidak hujan. Hari mendung. Saya dah bersiap untuk balik ke Shah Alam. Dia kelihatan bertenaga sekali seolah-olah tiada apa yang bakal berlaku esoknya. Bila melihat keadaannya yang makin beransur baik tu, saya pun ambil keputusan untuk pulang bekerja. Saya senyap je berada di sisinya. Dia tahu saya di situ. Tiada apa lagi yang dapat menghalang hijabnya walau pun saya hanya membatu.

“Kuatnya ribut ni,” kata arwah (dia tahu ribut berlaku…).

Arwah pegang tangan saya. Saya terus kuatkan hati agar air mata tidak menitis. Saya sempat mohon ampun & maaf atas segala kesilapan yang pernah saya buat pada dia.

“Ayah ampun ja..”

“Ela dah nak balik ni. Sayang ayah,”

Pagi tu saya tengok mamat ni macam tak senang duduk. Asyik ikut saya. Masa tu masih pukul 8 pagi. Lama dia cuba berbicara.

“Awak dah call family awak?”

Lain macam beno bunyinya… saya pun call kampung. Terus diberitakan arwah dah tiada lagi. Arwah kembali ke rahmatullah pukul 5.30 pagi Isnin itu bersamaan 21 Rabiulakhir, 16 Julai 2001 pada usia 63 tahun. 10 hari je bezanya dengan arwah ayah Sam. Dan bertepatan pula dengan tamat tempoh percubaan saya.

“Kenapa awak tak bagitahu saya awal-awal?,” tanya saya pada mamat ni. Keluarga saya telah pun menelefon dia subuh itu kerana saya tidak mempunyai handphone. Dengan gaji sebanyak RM700 tu mana mungkin saya memiliki handphone. Nak beli simcard tahun itu masih mahal lagi bukannya macam zaman sekarang.

“Saya tak sampai hati.. kelu dibuatnya pandang muka awak,” lembut je dia jawab balik.

Siapa saya nak call ni untuk saya balik kampung? Nak naik bas mesti tak sempat punya. Ended up saya called Abang Johan (anak angkat keluarga. Dia kawen dengan anak arwah ayah Sam yang nombor 2 yang saya panggil Kak Chik jugak. Abang Johan ni asal orang Rembau. Anak angkat keluarga ramai jugak especially lelaki sebab dalam adik-beradik kami tiada lelaki).

Dia dan keluarga dah sampai ke Rawang. Patah balik untuk ambik saya. Dia pecut di highway macam orang gila. Perjalanan yang biasanya 4 jam, jadi 2 jam je. Sampai di Changkat Jering kena tahan dek polis. Polis tu ajak Abang Johan keluar. Kak Chik pun disoal sama. Puas hati dengan jawapan yang sama, polis tu pun lepaskan kami.

Kami tiba di rumah dalam pukul 11 pagi. Masa tu arwah sedang dimandikan. Cadangnya nak ‘disimpan’ selepas Zohor. Rumah saya penuh sesak. Orang perempuan berada di dalam memenuhi segenap ruang rumah. Sementara lelaki di luar. Kaum adam yang di dalam hanya bertugas untuk menguruskan jenazah. Keadaan senyap je.

Ketika arwah ayah sedang dikafankan, ketika itulah keadaan menjadi sunggu pilu dengan rintihan anak sedara saya yang meruntun jiwa. Husna yang berusia 7 tahun ketika itu tiba-tiba je teresak-esak.

“Una nak tok wan balik! Una tak mao tok wan mati” kuat dia bersuara memecah keheningan.

Masing-masing di situ terus menangis mendengar anak sekecil itu meminta kepada suatu perkara yang amat mustahil. Saya pandang wajah Waida sepupu kami. Dia pun tidak dapat menahan sedih. Semua orang terus menangis. Air mata yang ditahan pada mulanya, tidak dapat lagi dibendung & keluar dengan sungguh laju sekali.

Saya kucup dahi arwah ayah buat kali terakhir. Saya menahan air mata saya agar tidak tumpah ke atas jasadnya. Arwah dibawa ke masjid sebelum masuk waktu Zohor. Ramai yang datang buat solat jenazah. Masjid hampir penuh. Keadaan seramai itu berlaku mungkin disebabkan semasa hayatnya arwah ada ramai kawan & mungkin juga disebabkan amal baik yang pernah dilakukannya, wallahu’alam.

3 bulan selepas saya terima berita sedih kehilangan arwah ayah, saya terima berita sedih ke3 – pemergian arwah Mak Siah. Saya tak ingat tarikh sebenarnya. Yang saya ingat, arwah Mak Siah mati dalam ‘iddah. Pertemuan terakhir dengan arwah diiringi dengan pesanan - sabarlah...

“Mak hang pulak takdak..” telefon mak pada satu hari. Lemah bicaranya.

Mak kata dia meninggal tiba-tiba je. Mak jadi terpana sebab sebelum arwah pergi, mereka sempat berbicara di telefon.

“Tak sangka Jobet yang muda tu dah tak dak no.." kata arwah Mak Siah. Arwah Pak Ngah Jobet ni meninggal di sebelah paginya.

“Siapalah pulak yang nak pergi lepas ni?” soal mak pada dia yang dianggap seperti kakak sendiri.

Masa perbualan telefon tu mak kata lebih kurang pukul 11 malam. Dalam pukul 1 pagi malam yang sama dia dapat panggilan telefon mengatakan Mak Siah dah tiada lagi. Mak betul-betul susah nak percaya sebab mereka sempat berbual di telefon sebelum tu. Menurut kata ‘abang’ saya… dia balik rumah dalam pukul 12.30 pagi. Bukak pintu je ternampak arwah mak dia tersungkur di depan kerusi. Bila diperiksa memang arwah dah tiada lagi. Arwah Mak Siah ni tak sakit apa-apa langsung. Sudden death….

Saya asyik sedih je tahun tu… Saya doa banyak-banyak moga mak tak ikut mereka sekali. Sekurang-kurangnya berilah saya lebih masa untuk berbakti kepada mak kami yang sorang je lagi tinggal tu. Alhamdulillah Allah panjangkan usia mak hingga sekarang ni. Ya Allah… sihatkanlah dia…

Isk… kalaulah dapat saya call arwah ayah… rindunya saya pada suara dia, pada nasihat-nasihatnya... rindu.. serindu-rindunya..

Saturday, March 15, 2008

Insomnia?


Arghhh sudah... Sejak PRU12 tu (saya tido pukul 4.30 pg kot) ntah kenapa susah sangat saya nak tido awal... ended up saya mesti ke sini. Satu-satu blog saya selak.. dari rakan-rakan net sampai le ke blog berisi maklumat tentang apa yang berlaku dalam negara. Blog kawan-kawan yang saya mesti bukak dulu bermula seperti berikut:-

1. safe & sound silversarina.
2. Sleepless on the Side.
3. Ada Ada Saje.
4. Surviving Another Night.
4. What I Saw Lately.

Always interesting and amusing! Blog lain tu saya masuk jugak tapi blog-blog di atas akan mendapat keutamaan sebab almost updated every week... (wahhh.. dah kembang la kak KC tu! Hahaha..).

Pastu saya mesti beralih ke blog-blog (berbaur politik?) seperti berikut:-

1. Cakap Tak Serupa Bikin.
2. Kata Tak Nak (selalu buat dialog di antara pemimpin.. dalam kesinisan & gelak ketawaku, terkandung banyak fakta).
3. Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin.
4. rocky's bru.

Kebanyakan owner blog kat atas tu memang berpengalaman luas. Ada yang cikgu, ada bekas editor, ada journalist.

Ada jugak lain-lain blog seperti di atas yang saya suka baca. Setiap maklumat yang saya terima tak kira melalui media arus perdana @ net, akan saya baca dan nilai. Di situ akan saya buat analisa siapa cakap benar, siapa pula yang menipu.

Malam ni saya banyak surf Youtube dan secara tak sengaja pula menonton press conference Yang Berkhidmat Datuk Paduka Hj Husam Musa. Dari satu PC ke satu PC saya tonton. Orangnya cool je.. berkarisma sebagai pemimpin (hensem plak tu.. hehehe!). Malah mungkin boleh menjadi PM suatu hari nanti. Kalau tidak pun sebagai pengganti Tuan Guru Nik Aziz, insyaAllah (karang marah pulak rakyat negeri dengan tulisan saya ni). Antara video yang saya tonton - mengenai isu di Lojing & masjid!

**********************************************************


BIODATA YB. DATUK PADUKA HAJI HUSAM MUSA

Tarikh Lahir :
-14 Oktober 1959

Tempat Lahir :
-Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan

Pendidikan :
-Sek. Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971)
-Sek. Men. Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975)
-Maktab Sultan Ismail (1976-1979)
-Universiti Malaya (1980-1983)
-Kursus Bahasa Arab, Jordan (1987)

Profesyen Dahulu :
-Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993)
-Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999)

Pengalaman Di Dalam Parti :
-Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987)
-Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999)
-Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999)

Jawatan Di Dalam Parti :
-Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
-YDP PAS Kawasan Kubang Kerian
-Sekarang -Naib Presiden PAS (2005-09)

Jawatan Di Luar Parti :
-Ahli Parlimen Kubang Kerian. (1999-04)
-Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim.
-ADUN Kijang, Kelantan Darul Naim
-Panel Penasihat PENGASIH

**********************************************************

Portal komuniti tempat tinggal saya juga tidak ketinggalan dalam senarai - Saujana Utama (now you know where I live!). Portal ni agak aktif dengan segala macam thread dan komentar dari penduduk-penduduknya.

To be honest, cuma dua orang je yang pernah bersemuka dengan saya alive! Itu pun kena ambush masa malam merdeka tahun lepas... tiba-tiba je deme tercongok di depan rumah yang pintu pagarnya terbuka. Adusss.. pecah rahsia..

Wednesday, March 12, 2008

Bernafas Dalam Lumpur


Bernafas Dalam Lumpur nanyian Wings.

BERNAFAS DALAM LUMPUR

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan...

(korus)
Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga...oh..oh...

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan



Lagu ni mengingatkan aku pada PRU12 & jugak tempat keje aku yang lepas. Saja nak share beberapa pengalaman semasa bekerja di dalam syarikat pemaju sehingga aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Q3 tahun lepas - 2007. Aku amat sayangkan keje aku tu akan tetapi ada beberapa perkara yang amat tidak menyenangkan hati aku ni. Kegundahan itu aku terjemahkan kepada perletakan jawatan aku walau pun jawapan yang diberikan tidak bersangkutan langsung dengan alasan aku berhenti keje.

1. Syarikat A Sdn Bhd

Satu ketika bersama IO, MD syarikat A Sdn Bhd.

"Apalah MB ni.. tanah 11 ekar pun nak mintak RM1.5mil. 3 exco lagi masing-masing mintak RM1mil. Pening saya dibuatnya"

Masa tu aku tak faham apa-apa lagi. Maklum saja.. baru je dapat keje. Keje pertama. So aku tak take port langsung dengan apa yang dikatakan oleh IO tu.

Projek ni terletak di lubuk emas juga. Di PJ. Bersebelahan dengan SPRINT, dekat dengan Tol NKVE Exit Damansara. Aku pun dapat beli satu rumah low cost kat situ sebab ditawarkan oleh bos. Scheme dia amat menarik. Ambik loan dengan Ambank, bayar cuma RM1!

Projek ni jadi sensasi juga sebab melibatkan setinggan namun akhirnya ada LAD. Aku AKAN dapat dalam RM7k sebab lewat deliver setahun lebih kot. Sampai la ni masih belum ada permanent CF (mungkin sebab x-bos aku tak lobi MBPJ kot. Ongkos pun selalu short dalam syarikat yang nyawa-nyawa ikan ni. Silap menguruskan kewangan!).

Aku pernah ikut serta dalam mesyuarat teknikal di MBSA. Meeting tu sat je, pastu bergegas ke tapak projek dengan wakil pegawai perancangnya. Lepas tu sesi ampu - makan tengahari. Yang bayar dah sah la consultant. Dalam dok sembang kat restoran tu bleh plak pegawai perempuan ni tadi tanya:-

"Dengar cite syarikat U ada buat projek low cost kat PJ, betul ke?"

"Betul la tu," jawab saya.

"Cakap kat boss saya nak beberapa bijik (sebelum saya bawak plan korang & luluskannya), boleh ke?"

"Tu kena runding dengan bos ler, puan. I'm not in power to decide," jawab aku.

Lepas tu aku dah tak tahu apa jadi. Ntah bos entertain ke idak dia orang ni. Sehingga ke hari ni aku tak tahu sama ada projek tu dah lulus ke belum peringkat planningnya. Projek tu pulak bakal dibuat di Seksyen U10 yang penuh dengan kontroversi menggondol tanah (sama macam kat Lojing. Jeng jeng jeng.. pandang negeri sendiri dulu la wei).



2. Syarikat Gergasi B Berhad

Kat sini banyak sangat aku nampak benda yang kelabu malah haru-biru. Kebanyakannya melibatkan PBT yang mana isunya pernah disentuh oleh Bekas Yang Berkhidmat PPP - Dato' Kayveas. PBTnya tidak bertaraf Majlis Bandaraya tapi yang ragu dan samar tu banyak kali terpaksa dihadapi terutamanya ketika menjelang hari raya, menjelang mendapatkan CF rumah, menjelang dapatkan clearances. Tak kira local authorities yang mana hatta yang mengeluarkan pekeliling jangan ambil rasuah sekali pun:-

- Ada yang dapat green packet (termasuklah juga kerani-kerani).
- Ada yang dapat hampers.
- Ada yang dapat kurma.
- Ada yang dapat makan besar (terutamanya majlis berbuka puasa).
- Ada yang dapat 'on' the table directly (semata-mata nak endorse Borang E/dapat CF).

Bila CNY pulak, kontraktor plak suap kita. Buah limau, angpow, makan-makan. You scratch my back, I scratch yours! Itu motto dia orang la. Apa yang depa nak bayaran untuk stage payment disiapkan segera untuk bayar gaji/bonus pekerja mereka sebelum CNY.

Ada jugak a few managers yang ambil kesempatan atas kejahilan highest management. Buat contract tipu. Kerja tak wujud di site tapi siap ada BQ dari kontraktor & tiada verifications pun dari RE. Satu-satu contract yang hitam legam ni bukannya murah-murah. Dalam RM500k ada kot. Bila cheque dah clear di akaun kontraktor tu, these guys akan kaotim untuk kontraktor tu release duit tu kepada beberapa bahagian yang telah dipersetujui & bahagikan sesama mereka.

Bukan takat tu, these guys manipulated the provisional items/PC/contingency sum section in the BQ. Konon mintak komputer untuk set up kat pejabat kontraktor (padahal pejabat kontraktor utama hanya 1. Berapa kali mau beli komputer maaa?) tapi duit tu depa bleh redeem kat kontraktor buat beli benda lain. Manipulasi lain turut terdapat dalam chapter lain dalam BQ. Aku bagi contoh jika satu-satu projek ada buat sub-structure i.e. piling, claim 10 batang yang dibuat hanya 5 batang. Maka tak heran sangat kalo setiap kali kontraktor dapat claim, kami pasti dibelanjanya. Ada this one time aku dapat cash RM250 for no reason from a contractor!

Aku memang sayang benar dengan keje aku tu... tapi apa nak buat... lagi pun rezeki tu Allah s.w.t. beri. Benda-benda lain telah mewujudkan gundah gulana dalam hati aku ni. Dari tak ikhlas baik aku berhenti. Dari dok asyik bernafas dalam lumpur yang kelabu hitam legam, baik aku nikmati 'kebebasan' ini sepuasnya... dari aku bergelumang dalam lumpur baik aku mandi kat kolam renang/air terjun.. lagi best...

Itu baru di peringkat pemaju..... isk! Lepas ni sah ada pihak yang tak senang duduk, tak lena tido dah..

(One thing I learnt, though 'bernafas dalam lumpur', I learnt to make my choice wisely!)

Tuesday, March 11, 2008

PRU12 - Harapan Aku


Entah kenapa malam ni tak dapat nak lelap awal... sama je macam malam aku menanti keputusan PRU12 dengan suami tempohari. Aku berjaga malam tu sampai ke pagi, sampai ke akhir ulasan tentang PRU12 di TV1 selepas abih tonton kat TV3(aku ni kampung sket, kat rumah pun takde Astro.. apatah lagi kat Sg Besar sebab masa tu kat Sg Besar. Bagi aku.. langgan Astro ni sama macam tambah duit kat kroni). Aku tertunggu-tunggu keputusan Selangor & Perak yang sampai ke sudah jadi misteri bagi orang yang tengok tv macam aku ni... laksana macam tengok bola atau tenis. Tenis pun paling lama pernah aku tunggu 3 jam.

Aku syak BN tumbang dengan hebat macam Domino sebab ikutkan sejarah pilihanraya yang lepas.. pukul 11-12 malam dah siap keluar kek kaler biru. Dah bising2 satu dewan... ni tidak.. senyap je... Keputusan paling aku tunggu ialah kat Parlimen Pt Buntar (PB) yang keluar resultnya cukup lewat. Alhamdulillah... Mana Selangor ni? Aduhai...

Sorot balik tahun 1998-99... masa tu sentimen kes DSAI cukup hebat di kalangan warga IPT macam aku ni. Aku bawak flyers dalam case.. sebar kat kawan2, sebar kat sesiapa saja. Aku bukannya grassroot DSAI tapi jika seorang Muslim ditumbangkan sebegitu rupa oleh yang dikatakan Muslim yang lainnya, aku start tak sedap hati. Bagi aku zalim sangat.. belum tentu DSAI salah lagi.. dan pada akhirnya dia dibebaskan tanpa apa-apa tuduhan... Dia dimalukan to the ground.. dan lebih pelik lagi awat yang bini dia dok support dia sedangkan ikut logik.. dia kan orang tohmah 'gay' (la ni.. fitnah kata ejen Yahudi plak... pi cari makan jadi lecturer kat luar negara pun susah.. hish tak paham). Ada jugak yang kata BLR masa dia jadik Finance Minister naik sampai 14%.. salahkan dia lagik! Padahal 9 tahun dia jadik FM.. korang yang bercakap-cakap tu belum tentu layak nak pegang jawatan tu sebegitu lama & berkesan. Bila kat luar parti semua orang kata negatif aje.. masa kat dalam ampu macam nak rak... Inilah yang dikatakan menghentam peribadi seseorang... at least dia dapat bahagian dia di dunia.. yang kita ni plak macamana?

Mak siap pesan, "Jangan sampai kena tangkap udah la". Aku terbabit sama dalam sejarah negara pada tahun tu bila julung2 kalinya Parlimen PB dapat ditakluki oleh PAS. Dan buat julung2 kali jugak Tuan Guru Hj Nik Aziz ke sana, berceramah bersama Saudara Zaharuddin yang semasa itu masih menjadi presiden Gamis. Aku berulang-alik ke markas PAS PB hampir setiap hari dan aku menyaksikan sendiri bagaimana PDRM begitu sporting di setiap ceramah yang diadakan di Dataran Purnama.

Aku juga menyertai hari penamaan calon dan berada di kelompok pelajar UIA yang terlibat secara 'illegal' sebab tuang kelas... Pada hari itulah satu incident telah berlaku yang telah menyebabkan SPR akhirnya menjadikan pertandingan 3 penjuru di antara BN-PKR-PAS padahal PAS tidak masuk bertanding di DUN Kuala Kurau. Aku pun pelik macamana kesilapan itu boleh dibuat oleh SPR. Kertas undi meletakkan 3 calon tu sekaligus sedangkan PKR & PAS telah berpakat bertanding 1 lawan 1. Oleh kerana kekeliruan di kertas undi itulah memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di DUN berkenaan. Jika ditambah kedua-dua undi, nescaya kemenangan berpihak kepada BA. Aku bukannya tak redha tapi kat sini nyata benar ketidakberkesanannya SPR ni. Mula dari tu aku dah start ragu dengannya. Tak pulak jadi huru-hara bila BA menang di sana...

Tahun 2004 aku dah tak join aktif kat sana sebab aku dah pun hijrah ke USJ. Baru kawen. Aku tak pasti sangat apa yang berlaku tapi aku masih mengikuti perkembangan politik di tempat lahir. Pengundi di Parit Buntar bagi aku sangat unik dan kompleks, bukan setakat di peringkat muda-mudinya tapi juga warga seniornya.. Keupayaan mereka berfikir dan menganalisis sendiri isu-isu semasa tu begitu ketara. Tahun 2004 tu Parlimen PB ni dapat balik ke BN. Diceritakan sendiri oleh abang iparku yang jadi kontraktor telekom ketika dia sedang memasang wayar untuk kegunaan Puteri/Wanita UMNO di satu rumah sewaan mereka, dia mendengar dan melihat bahawa beberapa orang wanita sedang berbicara:-

"Korang pangkah je banyak-banyak"

Kalau yang bagitahu aku ni orang lain dah tentu aku tak percaya tapi ini abang ipar sendiri.. atas pengalaman dia sendiri.. takkan pulak dia nak tipu... kalo tipu pun apa dia dapat?

Pemerhatian aku... pengundi Melayu di sanalah penyumbang terbesar undi ke parti alternatif (dah muak dengar perkataan pembangkang... bagi aku semo orang sama je) sejak dari tahun 1999 tu.. malah kata mak aku yang dulunya ahli UMNO.. dia sebenarnya dah berubah arah sejak 20 tahun yang lalu.. betapa celiknya mata/hati mak aku... dan aku hanya gelak je bila mak cite lagi yang arwah ayah suka pangkah dua-dua.. bukan sebab dia tak tahu memilih.. tapi sebab tak nak pilih.. saja seronok-seronok join proses mengundi tu sebab dapat berkumpul dan pergi dengan kawan-kawan dia agaknya...

Keadaan tu sebenarnya berlarutan sehingga sekarang... PENGUNDI MELAYU dah lama hilang sabar dengan BN! Pengundi bangsa lain di sana juga sangat supportive dan responsive dalam menilai isu-isu semasa. Di sana boleh lihat ketiga-tiga bangsa utama di Malaysia ini bersatu sebagaimana bersatunya pakatan BA pada pilihanraya kali ini. Kain-kain rentang kaler hijau turut dinaikkan merentasi bumbung kedai orang Cina. Siap dengan kata-kata dalam bahasa mereka sendiri.

***********************************************


Aku just nak nyatakan apa harapan aku pada pemerintah ni:-

1. Aku tak nak segala projek mega ni...

2. Aku nak media arus perdana lebih neutral. Tak 'bias'. Lagi pun time aku taip benda ni.. Zainuddin Maidin pun dah kalah... jadi korang nak takut pada siapa? Pak Lah? Kalo nampak ciri bongkak & 'bias' lagi aku rasa abih la BN 4-5 tahun akan datang. Tadi masa Buletin 1.30 pun aku tengok masih ada klip-klip pendek yang bikin aku menyampah i.e. ucapan Pak Lah kat depan penyokong yang tak sampai 100 orang kat kediaman dia tu.. (pssstt... cuba tengok angka pengundi di tempat parti alternatif. Tambah secara keseluruhannya dan bayangkan mereka berada di Putrajaya!).

3. Aku tak nak tengok kempen BN di TV lagi.. doesn't work well for me.. pastu ngabihkan duit je.. especially yang iklan tu. Duit ni gi salur kat rakyat pun bagus.. Salur kat JAIS/Baitulmal lagi bagus...

4. Aku nak BN lebih menghormati pihak lain.. lebih humble, lebih mesra rakyat (bukan hanya 'mesra' di Parlimen/'mesra' di majlis-majlis grand yang tidak disertai rakyat). Kalo boleh bekerjasama dengan 'pihak lain' untuk membentuk sebuah negara yang 'dacing'nya setara. Perkataan-perkataan beracun seperti 'pembangkang' perlu dihindarkan. Gantikan dengan perkataan lain yang lebih friendly seperti parti penegur/parti alternatif. Sebab yang menggerakkan parti-parti ini semuanya manusia juga.. dan di antaranya ada juga yang Muslim seperti Pak Lah...

5. Janganlah asyik bagi fakta yang salah lagi. Tolong jangan menipu. Transparency is important. Tak sampai berapa hari BA menang di Perak tu dah start nak lagakan PAS-DAP. Aduhh.. wat le homework dulu... apa yang wakil DAP tu cakap, apa yang PAS cakap.. jangan la asyik nak sensasikan berita. Wat le rujukan at least rujuk undang-undang dulu...

6. Moga Pak Lah dan pemimpin-pemimpin respons soalan media/rakyat dengan lebih berhemah dan professional. Jangan cuba buat tak paham/lari dari topik. Ia menunjukkan betapa anda sebenarnya tidak berkarisma sebagai pemimpin.

7. Berucap/berceramah jangan menjerit-jerit bleh tak? Cuba tenang je walau pun teruja/diuji. Be gentleman... just like Dr Koh Tsu Koon.. Kan handed over kerajaan negeri dengan baik kepada DAP..

8. Moga SPR terus telus di pilihanraya-pilihanraya akan datang and be professional.


Selamat menjalankan tugas kepada semua Yang Berkhidmat. Jangan leka. Dengarlah suara rakyat marhaen. Kedudukan dan pangkat itu amanat yang berat tanggungannya terutamanya di Akhirat negeri abadi. Itulah sebabnya ramai sahabat menolak dari menjadi ketua. Memang seronok di sini tapi amat menderita di sana... Tiada lagi rumah besar, gaji besar, kereta besar... yang terpukul di dunia ni pun terasa sedih di hati sampai tak mampu keluar 'istana', inikan lagi di sana...


Aku harap dan berdoa lagi moga-moga semua pihak terus diberikan hidayah oleh Yang Maha Esa hendaknya. Belajarlah dari kesilapan.. moga terus diampunkan-Nya.. moga BA juga dibimbing Allah... (siaplah korang kalo seleweng & tidak berada di atas landasan yang betul).

Learn from mistakes, pleassseeeee....
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez