Tuesday, November 25, 2008

Pejabat baru...


Saya sepatutnya menjalankan tugas pada 1 Disember 2008. Akan tetapi saya dipanggil bekerja lebih awal.

Hari pertama kemasukan saya dapati ada juga kakitangan baru. At least I'm not alone. Everytime I work in a new office I treat myself as a junior eventhough I've been working since 2000. Everything is new. New friends, new boss, new working flow, new working environment. Most significantly is new job scope!

Mula² ni rasa nak benti je rasanya. Mungkin keja tu belum sebati dengan jiwa saya. Macam la kat tempat keja sebelum ni pun. Took times and I held on. Semalam je saya dok rileks tak buat apa. Menjelang petang je mengantuk gegila. Later on mungkin akan baik² aje. Alah.. biasalah dengan perasaan ni... ngada² je la...

In fact, I'm squatting. Menumpang di contract department. Sedikit misunderstanding. Contract manager menyangkakan saya akan mengisi salah satu jawatan QS.

Saya amat berharap agar suasana bekerja seperti tempat kerja sebelum ni berlaku juga di sini. Di mana saya sentiasa agresif dan produktif. Tidak kira dalam bentuk fizikal, malah dalam bentuk memberikan cadangan. Walau pun gaji saya ketika itu tidak seberapa, akan tetapi memiliki seorang bos yang mampu menerima cadangan seorang staff kutu macam saya, membuatkan saya rasa dihargai. Monetary reward adalah satu bonus, lebih dari itu yang saya cari adalah kepuasan bekerja dan sedikit ruang untuk membuat keputusan sendiri.

Jika ini berjaya saya temui di satu² tempat kerja, InsyaAllah lamalah saya akan 'menetap' di syarikat tersebut. Harap saya mampu bersabar.... :-)

Saturday, November 22, 2008

Sedikit cerita mengenai pembahagian harta pusaka...


Entry ini agak panjang tapi berbaloi menimba sedikit ilmu daripadanya.

Tiba² idea tercetus untuk menulis mengenai perkara ini setelah saya membaca blog Kak Rina. Apatah lagi dalam saya bercuti seminggu ke Perak tu, kami telah berjaya melangsaikan projek yang sekian kalinya tertangguh. Bertahun. 7 tahun lamanya.

Projek pembahagian harta pusaka! Ayah tidaklah meninggalkan kami dengan harta yang banyak. Sen tiada. Cuma geran tanah ada tiga. Itu pun nasib² JPS nak buat parit di atas sebahagian tanah Tg Piandang tu, kalo tak, gamaknya lagi delaylah projek kami ni. Saya kira wang pampasan untuk bahagian bapa & mak saudara kami telah pun dihabiskan, tapi hak waris si mati masih berada di Amanah Raya!



Ada sekeping tanah lagi di Sungai Labu. Tapi saya menganggap tanah ini tidak wujud walau pun saya dengar mengenainya. Biarlah ia dilakukan oleh orang² yang berkenaan. Jika ada hak saya di situ yang hanya Allah mengetahui, saya redhakan.

Sejarahnya tanah di Tg Piandang tu dimiliki oleh 3 dari 4 adik beradik - ayah, Acek dan Chu. Diwarisi dari tokwan Hamid. Yang di Jebong, milik ayah sendiri. Di Tg Piandang adalah tanah bendang, di Jebong ditanam dengan kelapa sawit yang kini sama usianya dengan saya. Mak kata orang dulu² banyak tanah tapi tak bergeran. Tanah diteroka dengan pesat, malah ada yang dibeli dengan harga yang teramat murah. Untuk tanah di Jebong, ayah membelinya dengan harga RM400! Itu cerita dululah.. cerita sekarang tanah tu dah bernilai puluhan ribu ringgit.

Sedikit salahfaham telah berlaku pada hari kami menghantar borang permohonan bilamana ada yang mahu dibahagikan secara muafakat dan ada yang mahu secara faraid. Yang berkeras mahukan pembahagian secara faraid adalah saya sendiri!

Alasan saya:-
1- saya mahu hak² itu diberikan oleh orang yang ahli.
2- saya tidak mahu dipertanggungjawabkan di mahkamah akhirat kelak atas apa yang telah ditulis atau diputuskan.
3- saya mahu, jika tidak hak saya, hak ibu saya terpelihara.

Selain itu, yang paling utama - IA ADALAH KETETAPAN ALLAH SWT:

An-Nisa [4:11] : Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: Satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

An-Nisa [4:12] : Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutang kamu dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.

An-Nisa [4:13] : Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

An-Nisa [4:14] : Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina.


Bunyi macam 'gila harta' kan... tapi kita tidak akan dapat meneka apa yang akan berlaku di masa akan datang. Cuba fikir sejenak apa yang akan berlaku pada ibu saya jika namanya tiada di dalam geran. Sungguh pun ada nama salah seorang saudara kami, merujuk kembali kepada ayat dari surah An-Nisa [4:11], hanya Allah swt saja yang tahu yang terbaik dan siapa yang lebih bermanfaat. Kita yang berjiwa lemah ini tidak akan tahu!

Sabda Rasulullah saw:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. (Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. (Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud)


Terasa benar sabda Rasulullah saw tersebut, terutamanya bahagian di mana "ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku", wallahu'alam.

Untuk mempelajari tentang ilmu faraid ini, anda boleh melayari web ini. Carta² berkaitan ada diletakkan sekali bagi memudahkan pemahaman. Sedikit petikannya:

Walaupun hukumnya adalah jelas WAJIB, namun realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Begitu juga mengikut laporan KWSP, lebih daripada RM70 juta wang KWSP tidak dituntut oleh waris. Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan mereka yang berhak dan layak tidak mendapat bahagian mereka. Ini juga bermakna sistem faraid tidak berjalan dengan baik pada ketika ini. Timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Di samping itu begitu banyak kes berlakunya pertelingkahan dan perselisihan di kalangan umat Islam kerana merebut harta pusaka sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah di atas. Lebih malang dan amat menyedihkan ada yang menyebut bahawa ALLAH tidak adil dalam menentukan bahagian faraid.



Alhamdulillah, belumlah sampai tahap "dua orang bertelingkah kerana harta pusaka". Adik-beradik saya tidak gilakan harta yang seciput. Terima kasih atas didikan ibu ayah. Jika tidak, tak le delay sampai 7 tahun. Namun atas dasar ia WAJIB ditunaikan, maka kami perlu juga meluangkan masa untuk menjejakkan kaki ke PTD dan mahkamah. Tahun depan setelah mendapat 'court order', kami perlu menjejakkan kaki pula ke Amanah Raya di Ipoh. Sama ada boleh/tidak menghantar wakil, itu saya tidak pasti.

Saya percaya pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu. Ada hikmahnya.

Tentang bahagian saya dan wang pampasan yang bakal diterima, insyaAllah saya akan memberikannya pada seseorang sekitar ahli keluarga saya sendiri di suatu masa akan datang. Siapa orangnya biarlah saya tentukan. Yang pasti "dia" bukanlah suami atau anak² saya sendiri. Tunggu sehingga geran baru dikeluarkan. Saya lebih suka mendiamkan diri dan tidak suka menghebahkan dalam hal memberi dan menerima ini. Biarlah si penerima saja yang tahu dan kelihatan seolah-olah seperti saya tidak memberi apa² pada pandangan mata orang lain.



Thursday, November 20, 2008

Dilema..


Ini memo blues (gua ciplak dari lu, brader! You know who you're) seorang wanita seperti aku...


Sebagai isteri

Tanggungjawab masih belum sempurna lagi walau pun sesudah 5 tahun menjalani usia perkahwinan. Aku masih tak banyak berubah. Sahabat juga begitu dan aku tidak begitu mengharapkan perubahan itu. Aku menerima seadanya.

Tapi di dalam hati aku sendiri terkesan untuk aku berubah ke arah yang lebih baik. Aku kurenggg bab layan-melayan ni, seriously.

Sahabat pula tak banyak cerita. Banyak benda dia buat sendiri malah ada di antaranya secara diam². Dia tidak pernah meminta dan tidak pernah pula mengomen.

Antara perkara yang dia suka buat sendiri tanpa perlu diminta - cari makanan di dapur, masak (sukanya dengan masakan dia - sedappp!), melayan anak, gosok baju, kemas rumah, dll.

Aku selalu jugaklah rasa tersentuh on little things he done. Even as simple as making me a cup of coffee/milo. All of sudden, mug tu datang je menjengah ke depan muka aku. Specially bila aku dok sebok ngadap mende alah ni.

On my side, aku rasa macam bersalah jugaklah tapi kes buat dek.. cett!. Entah bila la aku nak jadi isteri sempurna?


Sebagai ibu

Bila kerja kena la pulak tinggal anak². Aku tak de la terkesan sangat nak tinggalkan Mastura & Adam sebab masing² kami nak hantar ke tadika tahun depan. Lagi pun kalau tak hantar mungkin anak aku ketinggalan pula nak kejar ilmu.

Hati seorang ibu ini lebih dekat dengan Syafiah. Anak kecil yang tak mengerti apa². Tak mungkin kami boleh meninggalkannya di nursery. Walau pun dia healthy tapi aku masih rasa risau. Bagi aku, dia 'fragile' macam kaca... macam pyrex yang kalau jatuh abih ranap tak nampak bentuk.

Macamana kalau shunt dia malfunction lagi? Siapa pula nak jaga dia di HSB sedangkan aku baru je mula kerja?

Ni ada satu hal merunsingkan aku. Masuk bulan ni dah nak masuk 3 bulan mensus aku tak muncul². Bulan bila tu aku check takde. Tapi pelik la kannn... aku sakit ke? What if... aku mengandung lagi & test kit tu tak dapat kesan masa awal²? 99% accurate.. mungkin tak aku masuk yang dalam 1% tu? Aku kena check lagi...

Kelainan.. ada jugak la sikit² specially bila aku meniarap & bercakap. Ada la lainnya yang aku tak reti nak describe macamana. Tapi mungkin hanya perasaan aku je kot.

Syafiah kan kecik lagi. Tak mao la citer bab protection. Memang kita orang dah berjaga-jaga. But again, Allah swt is The Most Powerful...

Kalau preggy, tahun depan dah sah la bersalin lagi. Masih baru kerja jugak... arghhh!!!


Sebagai anak

Aku rasa bersalah je setiap kali balik kampung tak banyak yang mampu aku hulurkan buat mak. Dan kadang² tak hulur langsung. Mungkin mak tak harap tapi sendiri mao ingatlah kan...

Bila kita berharta, kita mampu memberikan lebih manfaat pada orang lain. Membantu mak dari segi fizikal tu boleh la aku lakukan sedaya yang aku mampu. Silap haribulan aku yang nyusahkan dia adalah. Tapi dari segi monetary? Mak aku takkan tak mao berbelanja untuk dirinya sendiri rather than anak² yang belikan... Aku percaya dia pun nak beli apa barang yang dia suka, tak gitu?



Inilah antara sebab aku nak sangat kerja balik. Poket kosong, kegawatan ekonomi makin menghimpit, sara diri makin meninggi. Komitmen masing² pulak tu tinggi menggunung. Pegang duit sendiri dengan pegang duit orang walau pun orang tu suami kita sendiri memang terasa lainnya. Macam serba-salah je nak guna... Dalam masa yang sama kesian kat dia tanggung keluarga seorang diri.

Memang la masih awal nak fikir semua ni. Nampak macam tak bergantung kepadaNya. Tapi aku tetap perlu berfikir. Dan aku perlu berusaha untuk mencuba dan melakukan yang terbaik dalam kehidupan aku supaya tidak menjejaskan orang lain. Orang² yang aku sayang. Aku cuma mampu berdoa dengan sabar moga Allah swt membantu meleraikan kekusutan hati ini...

Aku tak sabar nak beraksi balik di alam pekerjaan tapi dalam masa yang sama aku cukup berat hati nak tinggalkan anak² aku. Makin menghampiri hari Isnin, dada semakin sakit, sesak napas dibuatnya...

Wednesday, November 19, 2008

Cerita semalam...


Untuk mengetahui citer Syafiah selanjutnya, sila ke blognya. Entry terbaru adalah entry semalam.

Saya sendiri juga mempunyai cerita tentang semalam. Semalam adalah hari untuk saya menghadiri temuduga kedua. Dan yang manisnya, saya berjaya. Manis sebab sebelum ni saya bersabar.

Sebenarnya bukanlah MD dia temuduga saya, more towards saya temuduga dia kali ini. Saya adalah seorang yang kuat bertanya. Pertanyaan demi pertanyaan membuatkan saya mudah untuk menilai dan memahami sesuatu perkara. Dan ini tidak hanya terlibat dalam kes ini tapi dalam aspek² kehidupan yang lain juga.

Jika diselusuri perjalanan memohon kerja ini, saya mula menghantar resume pada 1 November 2008. Ditemuduga buat kali pertama pada 7 November 2008. Menerima pelawaan temuduga kedua pada 13 November 2008. Temuduga kedua diadakan semalam. Dan saya akan mula berkerja pada hari Isnin. Resume saya tak hantar banyak. Tak sampai 10 syarikat! Dan dari pengalaman, sekali ditemuduga insyaAllah saya akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Sebelumnya saya amat risau sekiranya resume lulusan UiTM seperti saya bakal dibakulsampahkan oleh mana² majikan akibat tindakan bodoh beberapa pihak berdemo dulu. Tapi alhamdulillah sudah tertera rezeki saya dan keluarga. Di bulan Jun, H**** pernah memanggil saya. Nadanya terdesak. Namun apakan daya.. ketika itu saya berada di hospital selama 9 hari. Bukan rezeki saya.

Tawarannya menarik juga tapi tunggu dan lihatlah. Sekiranya saya telah memasukkan kaki ke suatu tempat, saya akan melakukan kerjanya bersungguh-sungguh seperti sebelum ini di mana oleh kerana sikap itu saya telah dinaikkan pangkat 2 tahun berturut-turut.

Menariknya majikan saya sebelum ini kesemuanya baik² belaka. Tidak kiralah dia berbangsa apa. Malah superior saya juga baik dan menerima pandangan kakitangan. Saya mengharapkan majikan akan datang juga akan baik, bertimbangrasa serta bakal mewujudkan suasana kerja di mana hati saya akan seronok dan ikhlas. Moga Allah swt permudahkan segalanya.

Sebelum saya melangkah menjalani temuduga pertama tempohari sempat lagi saya ber-sms dengan boss lama, Mr. M. Seolah nak mintak 'restu' je kan. Kami masih berhubung & akrab juga ketika berkerja sungguh pun dia berbangsa lain. Antara boss favorite saya (ye la.. dah dia yang naikkan saya). Akrab tu takde la meaning apa². Sekadar memudahkan saya dan juga dia sendiri berkerja. Understanding each other is important in workplace.

Dia kini bekerja dengan co. Singapura yang nature of biznya assets management. Sempatlah MMS gambo Syafiah dan sempatlah juga dia membaca blog Syafiah. Probation period dia di tempat kerja baru pun akan tamat hujung bulan ni. Katanya dia akan intai peluang untuk saya kembali berkerja bersamanya. InsyaAllah, jika ada rezeki takkan ke mana.

Bila saya menyelongkar web co. dia, saya dapati tak seorang Muslim pun bekerja di situ. Mungkinkah saya yang pertama? Saya tak kisah bekerja dengan bangsa asing sebab kebanyakan syarikat pemaju perumahan dan bahagian teknikal di Malaysia ini memang dimiliki oleh bukan Melayu Muslim. Lagi satu, saya jenis yang suka bersaing. Walau pun saya sentiasa tampil yakin, saya mempunyai halangan dari segi kelulusan hinggakan senior saya sendiri pernah skeptikal dan bertanya mengenai tahap technical knowledge saya.

Jika sesuatu syarikat itu dimiliki oleh orang Muslim, halangan terbesar saya adalah saya tidak memiliki ijazah. Berbeza dengan syarikat Cina. Memang ada di antaranya yang amat menitikberatkan kelulusan tapi tak kurang juga yang lebih menitikberatkan soal kerja yang bermutu. Jika sekali mereka percayakan anda, anda mungkin akan meniti tangga kejayaan itu lebih cepat dari orang lain!

Bekerja dengan Mr. M sebelum ni membuatkan saya didedahkan dengan pengetahuan teknikal yang luas terutamanya kejuruteraan awam. Saiz team kami untuk sesuatu projek perumahan yang besar kecil saja. Hanya 6 orang!

Masalah yang saya lihat dalam diri seorang Melayu Muslim atau lulusan IPT pada hari ini adalah masalah kurang yakin diri, kurang ketrampilan, tidak 'heavy duty', kurang determination dan kurang ilmu serta berasa selesa dengan ilmu yang ada (anda juga perlu ada ilmu lain & soft skills). Perkara ini bukan hanya 'jangkit' pada anak² Melayu tapi juga generasi bangsa asing yang baru. Saya bukan bercakap kosong tapi itulah kenyataannya. Sedangkan di alam pekerjaan, kesemua ciri yang saya tulis ini, amat penting dan perlu untuk meyakinkan majikan untuk menerima kita sebaiknya.

Complacent is the best word to describe the attitude of youngsters nowadays. Bila di'bebel' sedikit oleh boss atau dibebankan kerja telinga cepat nipis, hati cepat panas. Padahal kerja itu mampu dibuat oleh pekerja yang berkenaan. Malas mungkin satu lagi penyakit. Kita dilapisi oleh generasi yang cepat mengalah! Dan sekiranya di'bebel' dengan perkara yang tidak benar, tidak berani pula mempertahankan diri sehingga membuatkan diri tu rasa tertekan. Anda juga harus bangkit sekali-sekala untuk membuatkan boss anda respect anda sebagai seorang individu yang tidak boleh dipijak dengan sewenang-wenangnya.

Selain tawaran kerja, saya juga akan buat kelas untuk adik yang perlu belajar AutoCAD. Katanya, bosnya (kontraktor yang bersahabat dengan saya) akan bayar untuk kelas berkenaan. Saya sendiri perlu belajar lagi dalam masa yang sama. Ilmu AutoCAD saya berkarat! InsyaAllah.. we'll learn together along the way.

Monday, November 17, 2008

Macam-macam hal dalam seminggu...


1. Saya masih kepenatan... Pagi tadi baru tiba dari Sg Besar. Perjalanan dimulakan dari Perak pada pukul 7 malam. Tiba di SB pada pukul 11 ikut jalan pantai. Under construction penyebab kami lewat tiba. Tambah pula mata terlalu berat dan masing² terlalu mengantuk.

2. Rumah kami kini diziarahi oleh anak² buah yang ikut balik - Alif, Asyraf, Anis. Menjadikan kereta semalam sendat dengan penumpang. Mereka adalah adik-beradik dan anak kakak saya yang ketiga. Adik-beradik mereka kesemuanya berjumlah 6 orang. Yang tinggal di kampung hanya 3 orang yang masih kecil - Aina, Ana, Anisah. Aina merengek-rengek untuk turut serta.

3. Perihalan tanah telah selesai pada hari Isnin. Urusan dipermudahkan setelah lebih 7 tahun 'projek' ini terbengkalai. Sehinggakan yang menerima wang pampasan untuk projek perparitan telah pun menerima dan menghabiskan wang mereka, hak² kami masih berada di Amanah Raya. Bagi yang tidak tahu, urusan perturunkan kuasa tanah bagi si mati amat mudah sekiranya kita tahu prosedur yang betul. Dan sekiranya si mati mempunyai tanah di daerah yang berlainan di dalam satu negeri, kita boleh mengisi satu borang saja tanpa perlu ke daerah yang lain itu.

4. Kami tinggal di rumah kak Bib dari hari Isnin hingga ke hari Rabu. Awa pula mendapat perkhabaran bahawa rumah sewanya kini bakal dihuni semula oleh seseorang yang related pada tuan rumah. Langsung dia memendekkan cuti dari seminggu ke hari Rabu saja untuk mengemas barang. Dia kini akan tinggal bersama-sama kami. Di rumah kak Bib, saya ralit bermain SIM-CT. Blog dijenguk juga namun tiada hati nak menaip.

5. Syafiah demam. Seusai demam, dia kini bergigi dua yang keluar secara serentak di bahagian bawah. Pengalaman yang sukar dilupakan bila dia asyik muntah walau pun yang keluar hanya cecair putih berbuih-buih. Mak begitu risau sebab di kampung kami kini tiada lagi perkhidmatan bas. Alhamdulillah dia tidak lagi muntah dan suhu badannya menurun pada hari Sabtu.

Oh.. penat²!! Penat muntah! I need some space...


Di hari pernikahan. Well, frankly I dun like her make up. She felt the same! I prefer the touch up on her reception day. Photos? Laterlah.. when she mails me!


6. Kawan baik saya yang saya panggil sebagai K'own kini telah berumahtangga. Kawan yang saya kenali dari sekolah menengah di Ipoh. Dia kemudiannya berpindah sekolah tidak sampai setahun dari tarikh kemasukan pada tahun 2001 ke SMSP, Pt Buntar. Saya menurutnya setahun selepas itu. Memohon dimasukkan ke kelasnya semata-mata untuk memberikan kejutan. Dia seorang guru tingkatan 5 di sebuah sekolah di Lenggong. Sehingga saat ini kami masih berhubung dan keluar sekali-sekala. Akad nikahnya dibuat pada 08 November. Kenduri diadakan pada 16 November. Oh, kami juga menyebok bergambar outdoor bersamanya! Hekhekhek!


Oh.. saya juga sempat membuat baju kurung sendiri dan Mastura selepas 8 tahun meninggalkan 'minat' tersebut! Tu saya tengah sambung kikit dengan badan baju. Tau kikit tu apa?!





Sempat pi Ban Pecah dengan Alif, Anis, sahabat dan anak². Makan kat bawah pokok. Ramainya orang di malam minggu. Ada kumpulan anak muda 'menyumbangkan' lagu nasyid siap berpakaian baju melayu..heh!


7. Temuduga berjalan dengan lancar. Dalam keadaan tertekan, saya mampu berbahasa Inggeris dengan baik walau pun saya tidak begitu yakin pada mulanya. Maklumlah sudah bertahun saya meninggalkan alam temuduga. Selalu begitu. Saya lebih produktif dalam keadaan yang mendesak. Esok saya akan menjalani temuduga kedua di tempat yang sama. InsyaAllah jika ada, rezeki tidak akan ke mana. Rindu ler aku kat anak² terutamanya Syafiah karang... huhu!

8. Untuk kak Bib dan kak Chik, moga berjaya dalam usaha kalian untuk menjadi usahawan. Moga rezeki terus melimpah-ruah, insyaAllah. InsyaAllah saya juga mungkin akan menurut pada suatu masa nanti.

9. Aduhhhh! Work program untuk rakan kontraktor yang saya kenali dari tempat kerja yang lama belum saya selesaikan. Kontraktor yang memberi dalam apa jua keadaan walau pun saya telah berhenti. Kadang² datang menziarahi. Adik saya berkerja dengan mereka. Dalam keadaan tertentu, kontraktor berkenaan akan mencari saya untuk meminta pertolongan.


Dah la.... hingga ke entry seterusnya....

Friday, November 7, 2008

Selamat Hari Lahir, Sahabat


3 perkara berlaku hari ini:-

1. 28 tahun lalu lahir seorang insan ke dunia ini pada hari Jumaat, 7 November, pada pukul lebih kurang 2.30 petang selepas solat Jumaat. Kata seseorang, ia bertepatan pula pada Hari Tasyrik 13 Zulhijjah 1400, namun bila saya mencari maklumat secara online, ia jatuh pada 28 Zulhijjah 1400. Saya mendoakan dirinya beroleh rezeki yang melimpah ruah, diberikan keberkatan pada umur dan tahun yang mendatang, insyaAllah.

Bagi yang nak check tarikh lahir anda dari Masihi ke Hijrah atau sebaliknya, anda boleh melakukannya di sini.

Saya dedicate lagu di bawah ni untuk dirinya yang istimewa:

Selamat Hari Lahir - Saujana
Awan berarak ceria
Tiada titisan hujan
Pohon melambai tanda sokongan
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman dihari lahirmu sahabatku

Dedaun berguguran
Membuktikan kedewasaan
Walau tanpa mata dan hadiah
Namun cukup untukmu
Sekadar ucapan

Selamat hari lahir
Iringan doa ku hulur
Bersyukur kepadaNYA
Atas nikmat usia

Sahabat
Usia yang Tuhan kurniakan ini
Kau hiasilah ia dengan amalan yg murni semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana

Usiamu ibarat mutiara
Tiada berganti lagi
Hiaskan iman bersulam takwa
Agar sempat mengucup haruman syurgawi



Sahabat yang telah menempuh suka duka dalam kehidupan bersamaku, sahabat yang telah banyak berkorban tersebut adalah:



Ucapan selamat hari lahir juga untuk Yin, Salina dan Amalina yang kesemuanya adalah sepupu² saya yang lahir dari 5-7 November.


2. Saya ada temuduga petang ini. Terasa seakan seekor kupu² sedang berterbangan di dalam perutku ini. It has been so long, my spoken English is a bit rusty. Rasa macam amnesia je sket ni. Dah ingat² lupa apa buat masa kerja dulu. Pernah rasa macam tu tak?

Moga ini rezeki saya. Komitmen yang banyak telah tak tertanggung. Kesian pada suami, kesian pada anak². Kesian suami tanggung seorang, kesian anak² bakal kena tinggal. Tapi saya perlu bekerja. Mereka perlu ke sekolah tahun depan. Aduhai nasib badan... beginilah dilema seorang isteri dan ibu.. Tersepit di antara keinginan sendiri dan orang lain.

Setiap saat dan detik makin menghampiri. Doakan moga saya tidak gugup. Saya makin berdebar!


3. Dan yang akan berlaku pada malam karang. Kami akan bertolak pulang ke Perak, singgah bermalam sebentar di Sungai Besar sebelum meneruskan perjalanan pada esok pagi. Saya akan berada di sana selama seminggu.... Mungkin blog ini akan berhabuk sedikit. Until I see you next week!

Thursday, November 6, 2008

Dialog Rasulullah s.a.w. dengan Seorang Arab Desa


Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya:

"Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."

Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendaki"

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim.

Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.

Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.

Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.

Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.

Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).

Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsini.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.

Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.

Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.

Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.

Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.

Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.

Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.

Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?

Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?

Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?

Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.

Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?

Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Telah berkata Imam Mustaghfirin: "Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanfaat selain hadis ini.... Wassalam.

"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.

Tuesday, November 4, 2008

Saya sibuk...


.. hari ini saya sibuk menyiapkan blog khas untuk Syafiah - A Journey of An Amazing Syafiah...

Ianya sebagai satu permulaan dalam menghulurkan bantuan! Salah satu cara berkongsi maklumat mengenai penyakitnya, berkongsi perasaan dengan ibu bapa yang mengalami keadaan yang serupa dengan kami di luar sana.

Dalam dok betulkan itu ini.. saya melakukan sedikit kesilapan. Sedikit? Banyaklah juga. Sepatutnya saya hanya buka satu window untuk blog tersebut. Saya lupa yang blog ini juga terbuka. Akhirnya saya telah mengganggu 'Layout' TYMB. Habis! Semua perlu dimulakan semula termasuklah juga dengan 'Read More'. Kebetulan fail back up xml yang saya telah download tak dapat digunakan kembali. Apekah? Tensionlah jugak! Dah back up pun takleh guna...

Tak usaha banyak. Cuma salin tempek semua entry mengenainya sebelum ini. Saya rasa cara itu lebih mudah bagi pelayar sekalian mengenali anak saya yang seorang ni. Saya juga dalam usaha menjejak other inspiring stories. Adalah agak rugi, pada pandangan sayalah, sekiranya 'Syafiah' hanya menjadi penyeri di navigation tab di blog ini.

Sebagaimana saya kalut mencari maklumat di laman web semasa kejadian itu, saya percaya mesti ramai di luar sana yang mengalami keadaan yang serupa. Malangnya tidak banyak cerita mengenai masyarakat Malaysia yang didedahkan sendiri oleh ibu bapa yang terlibat. Saya sendiri tergapai-gapai ketika itu. Lebih menyedihkan cerita negatif lebih banyak dituturkan dari yang positif. Sampailah satu ketikanya saya membaca sendiri kisah Gina Marie, Noah, Brittany, Little Charlie Rock, Rebecca, dll. Lihat... semuanya bangsa asing! Masing² mencatat dan merakamkan peristiwa yang berlaku kepada anak mereka. Ketika itu, saya melihat ada sinar harapan.

Saya akui membesarkan Syafiah adalah lebih thrill dari yang lain. Melaluinya juga kami belajar banyak benda baru. Anak² lain juga istimewa, tidak dinafikan, akan tetapi kehadiran Syafiah membawa seribu hikmah yang tidak terjangkau dek fikiran semata-mata. Kami sentiasa teruja!

Di celah² kesulitan, dengan sinar harapan yang kecil, mampu mengubah perasaan dan persepsi seseorang. Percaya atau tidak... adakalanya saya tersenyum sendirian bila merasakan di celah² yang perit dan sulit itu ada kemanisannya. Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh....

Monday, November 3, 2008

Pre-Op - Hari Pertama di Klinik


Pada hari Selasa iaitu hari Syafiah dimasukkan ke hospital, kami perlu membawanya ke tiga klinik. Pagi lagi perlu ke klinik neuro, kedua ke klinik ENT dan ketiga ke bahagian rehabilitasi.

Waktu menunggu memang lama sebab ramai pakar yang bercuti sempena perayaan cahaya. Jadi, tergesa-gesalah kami ke sana ke mari sebab kaunter pendaftaran berbeza-beza. Neuro di tingkat 2, ENT di tingkat 1, sementara Rehab di bangunan bertentangan dengan klinik ENT.

Saya mencadangkan agar kami mendaftar dulu kemudian ke kafe untuk sarapan pagi. Tidak lama selepas habis makan dan ke klinik, nama kami pun dipanggil. Secara kebetulannya pakar sudah mula masuk ke klinik. Satu keadaan bila pakar kurang di klinik neuro, berkemungkinan mereka berada di wad berjumpa pesakit atau berada di bilik OT untuk pembedahan. Jika ada kes kecemasan seperti kemalangan, lagi kuranglah bilangan mereka.

Klinik neuro dibuka hanya pada hari Isnin dan Selasa saja. Hari selebihnya mereka akan berada di wad atau dewan pembedahan. Apabila seseorang dimasukkan ke hospital kerana kemalangan, mereka akan berada di bawah pengawasan pakar neuro. Tambah lagi sekiranya ia melibatkan kemalangan yang dahsyat dan melibatkan bahagian kepala.

Berdasarkan perbincangan dengan Dr. Andrean minggu sebelum ini, kemungkinan shunt anak kami akan disemak semula. Jadi saya telah pun bersedia dengan membawa pakaian dan kelengkapan lain. Semacam nak pergi berperang.

Cuma di temujanji ini kami tidak bertemu dengan Dr. Andrean, yang kami temui adalah Dr. Saiful Azli. Dia bercadang untuk membalut saja kepala Syafiah tapi bila dibincang semula dengan ketua pakar, kami pun setuju untuk revise semula shunt Syafiah itu. Sememangnya kami telah bersedia!

General physical examination - active, AF soft, swelling around reservoir, shunt compressible but slow refilling. Pre-op diagnosis - suboptimal shunt function.

Tak faham? Tak pe... slowly. Saya selalu mention AF kan... tapi saya tak pernah bagitahu apa maknanya. AF = anterior fontanelle @ ubun² in Malay.

Saya sempat memberitahunya bahawa kami perlu menghadiri temujanji dengan klinik lain terlebih dahulu. Jadi klinik neuro pun booked katil di wad kanak². Kami hanya perlu present kad biru di kaunter pendaftaran untuk kemasukan ke wad. Nahhh... nak masuk wad pun kena booked macam hotel... huhu!

Keadaan di kaunter pendaftaran tingkat 1 ketika kami sedang menunggu giliran untuk dipanggil untuk membuat bayaran. Ramai sehingga perlu berdiri! Giliran kami yang ke 3023 untuk temujanji pukul 10.

Selepas itu kami ke klinik ENT (otolaringologi.. punya payah nak sebut!) untuk pemeriksaan am juga. Kali ini dengan doktor wanita. Saya tak perasan namanya tapi saya suka berada bersama-sama di dalam bilik itu. Terdapat juga di situ doktor² pelatih. Temujanji dijadualkan di waktu yang lain pula kerana penggunaan alat audio itu perlu ditempah. Jadi, Syafiah akan diperiksa mengguna satu alat pada hari Rabu ini untuk mengesan sekiranya dia tidak boleh mendengar atau pun tidak.

Satu bidang baru lagi yang saya akan belajar. Dan di ENT ini jugalah Syafiah bakal melakukan speech therapy di suatu masa akan datang.

Selepas itu dalam pukul 12 tengahari kami ke rehab untuk sesi terapi. Dulu saya cukup skeptikal dengan perkataan "rehab" itu. Bunyinya macam pusat pemulihan! Rupanya ianya gerun khabar dari rupa. Tak ramai orang di sana. Seorang kanak² telah selesai menjalani terapi.





Syafiah pada sesi terapi pertama. Punyalah takut tampai tarik rambut sendiri. "Takut" is a good sign actually.

Terapi ini dilakukan di bawah bahagian occupational therapy. Sebelah kanan badan Syafiah bergerak lebih aktif berbanding sebelah kiri. Walau pun baru pertama kali pergi, kesan positifnya telah mula kelihatan. Dia telah mula bergerak dengan lebih aktif di sebelah kiri. Bahagian kepala juga dapat mendongak dalam keadaan dia 'tertekan'. Cuma rasa sedikit lucu kerana waktu dia dijadualkan untuk terapi itu, dia sedang asyik mahu melayan matanya yang mengantuk.

Saya suka keadaan di sini sebab suasananya lebih santai. Masuk pun perlu membuka kasut dan duduk di atas lantai. Ada macam² alat bantuan - bola, penghadang, mainan, dll. Punyalah dia marah sebab mengganggu dia tidur. Kami akan ke sini lagi selepas 2 minggu.

Dalam pukul 1.15 tengahari barulah kami mendaftar masuk ke wad. Petang itu tiada apa yang dapat kami lakukan kecuali menunggu. Dalam pukul 5 petang, pakar datang membawa borang untuk memberikan keizinan bagi anak menjalani pembedahan.

Saya bertanya sama ada boleh atau tidak pembedahan dipercepatkan. Contohnya dalam pukul 8 pagi. Pakar tersebut menerangkan bahawa adalah menjadi prosedur pihak hospital untuk memberi keistimewaan pada kanak² dengan menanda kes berkenaan sebagai "emergency". Tapi ia bergantung kepada keadaan. Sekiranya ada kes yang lebih "emergency" seperti kemalangan, maka waktu pembedahan itu akan dianjak lebih sedikit dari waktu sebenar. Sebelum beredar... pakar sempat berpesan supaya Syafiah berpuasa bermula pukul 4 pagi.

Bersambung....

Memohon redha pembayar cukai....


Saya dengan ini memohon keredhaan daripada ke semua pembayar cukai yang membayar cukai di Malaysia. Saya alu²kan keredhaan bertulis dari semua. Sesungguhnya amat payah untuk mencari kalian di akhirat kelak.

Alhamdulillah, kini kami telah pun berada di rumah. This is one of the miracles happened to us. I expected few days longer just like 9 days before. Fortunately, we're in HSB only for 5 days. Bayaran cuma RM7.50 berserta dengan satu sesi pembedahan oleh para pakar dan 2 hari sesi memasukkan antibiotik melalui IV. 2 di sebelah pagi dan satu di sebelah petang. Itu belum kira bab makan lagi yang kesemuanya berjumlah 6 kali/hari dengan rasa yang boleh tahan! Berhawa dingin + berkatil untuk peneman (accompanied child) pula tu. Itu juga belum kira bab pakar dan barisan jururawat yang melayani kami dengan baik sepanjang kami berada di sana.

Inilah sebabnya saya memohon keredhaan kalian. Kerana saya merasakan jumlah bayaran yang kami bayar itu tidak setimpal dengan nikmat yang kami dapat. Tidak terjangkau di fikiran saya sekiranya kami berada di hospital swasta. I owed you guys! Hutang yang tidak dapat dibayar walau dengan cara apa sekali pun. Mungkin boleh dikatakan berhutang nyawa!

Ketika di HSB saya temui sesuatu. Saya temui betapa nikmatnya IMAN & bersyukur dalam melalui ujian! Nikmat yang tiada galang gantinya. Hati saya tenang, maka saya menghadapi hari² saya juga dengan tenang.

Bersyukur bukan hanya dalam konteks mengatakan "Alhamdulillah", malah ia lebih jauh dari itu. Malah lebih baik. Saya temui nikmat syukur yang sebenarnya. Sesuatu yang saya tidak dapat gambarkan dengan kata².

Saya tidak mengecam orang yang mengatakan "Alhamdulillah" di bibir sahaja tapi sekiranya kalian dapat menyelami dan melalui apa yang saya katakan ini, kalian tentu akan berasa amat bahagia. Terasa begitu manis melalui ujian ini. Malah saya rasa bersyukur sekali berpeluang melaluinya dengan izin Yang Maha Hebat.

Pengalaman kali kedua ini benar² mengubah perasaan dan persepsi saya. Dulu saya pernah mengatakan melalui ujian ini, antara hikmah yang saya dapat & rasa adalah saya berpeluang memiliki ilmu perubatan walau pun tidak sebanyak mana. Tapi hikmah yang saya rasakan kali ini amat tidak terjangkau dengan perasaan dan fikiran. Hanya hati saya yang merasakannya.

Hikmah ketiga, kami didatangi oleh bakal² doktor yang menjadikan satu² kes untuk dipersembahkan kepada tenaga pengajar yang pakar (luar negara). Kesemuanya pelajar jurusan perubatan UiTM. Salah seorangnya mengambil kes anak saya, bernama Hajar. Saya tidak tahu sama ada ia adalah bersesuaian atau tidak kerana anak saya ditempatkan di situ bukan atas kapasiti pesakit medical yakni di bawah pengawasan pakar kanak² tapi hanya menumpang. Ini adalah kerana anak saya adalah di bawah pengawasan pakar neuro. Wad neuro di tingkat 7 betul² di bawah wad kanak².

Dengan ilmu yang tidak seberapa ini, saya terangkan keadaan dan kejadian sebenar yang berlaku pada Syafiah dari A-Z. Malah ada istilah yang saya beritahu pada dia yang dia masih belum belajar lagi mengenainya termasuklah IVH, ROP dan beberapa istilah perubatan yang lain. Mungkin kerana dia junior saya, saya terasa mudah untuk mesra dan selesa berbicara dengannya.

Selepas itu, oleh kerana terlalu gembira agaknya, Hajar telah menghadiahkan satu teddy bear kecil berwarna krim kepada Syafiah.

Sejak pertemuan pada hari pertama kami di wad itu, saya berasa gembira kerana dapat membantu. Membantu pelajar perubatan itu untuk present case. Mungkin pada suatu hari saya dapat membantu lagi dalam bentuk yang lainnya. Mungkin dapat membantu meningkatkan semangat para ibu bapa terutamanya si ibu dalam menangani dan melalui pengalaman yang serupa. Rasa positif amat berbekas sekali dalam fikiran saya selepas perjumpaan itu. Ya.. saya rasa saya mampu membantu orang lain sekiranya diberikan peluang dan diizinkan Allah swt...

Sepanjang saya berada di HSB, saya langsung tidak menangis dan berasa gusar kecuali ketika Syafiah masuk ke dewan bedah. Ketika saya bersendirian mengaji di Tingkat 3. Tingkat di mana high dependency ward + dewan bedah berada. Suasana sunyi kerana ketika itu bukan waktu solat. Kala bacaan al-Quran dialunkan ketika itulah air mata menitis. Itu pun tidak lama kerana tiba² saja hati menjadi sayu...

Nanti saya ceritakan pengalaman ini dengan lebih lanjut di dalam entry akan datang berserta dengan gambarnya sekali. Pengalaman terapi kali pertama, perjumpaan dengan ENT, para pesakit lain, sindrom neprotik, dll. Sebenarnya hp buat hal sket. Kalau tidak... dah tentu saya ceritakan kronologinya seperti dulu.

Jadi... sila tunggguuuuuu!!


 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez