Thursday, April 30, 2009

Peringatan Tuhan pada penduduk Manjung....


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

(Hadith riwayat At-Tirmidzi)





30 April, 2009 00:29 AM
Gempa Bumi Lemah Landa Manjung, Perak

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu.





Bukankah Lumut terletak di dalam Daerah Manjung tempat diadakan Jom Heboh bebaru ni? Na'uzubillah.... Peringatan kecil telah diturunkan. Tidak mustahil Perak atau keseluruhan negara ini akan ditimpa bala berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w tersebut jika kita melihat gejala yang terjadi pada hari ini... wallahu'alam.

Monday, April 27, 2009

Rindu hujan..




Oh hujan... betapa aku merinduimu...
(gambar kredit kepada Sweet Revenge).


Bukan hujan kat bawah ni daaa...

Friday, April 24, 2009

Kanak² hilang lagi...






Hilang lagi….

Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009.


Jika ada maklumat sila hubungi :
Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003 

Atau Sjn. Dalila IPK Kuala Lumpur.
Juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan terutamanya di sekitar KL

Sumber dari blog YB Zulkifli Noordin.

Thursday, April 23, 2009

Aku tak redha dengan Jom Heboh


Bila aku dok pandang tv.. terutamanya TV3, hati aku jadi begitu berasap! La ni dah lega sebab telenovela Marina tu dah abih. End up si Veronica yang seksi tu mati ditanam hidup². Setiap satu hal kejahatan sudah pasti ada hukumannya. Yang hak pasti mengatasi yang bathil. Apa barang layan Marina? Hahaha... Lepas ni aku boikot terus TV3 ni. Satu sebab aku berasap - iklan² Garnier la, aiskrim potong la, kuiz Johnson's & Johnson's la, dok potong stim. Tambah bagi kecik skrin. Tambah lagi sebab tak paham bahasa Sepanyol.

Aku tambah berasap dan sakit hati sebab Jom Heboh bakal jejak balik negeri aku. Ya... hadiah untuk rakyat Perak le tu. Bagus². Teruskan le benda negatif cam ni. Yang pasti Allah swt pun tak suka. Tak lama dah la tu....

"Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pada 30 Julai 2004 telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda." (nekadislam)



DS Nizar mengharamkan jom heboh kerana ia sebahagian yang di fatwakan oleh mufti. Sua Rase diizinkan malah DS Nizar dan isteri turut sama meraikannya. (anaksengat)



Aku dan suami tak pernah jejak Jom Heboh beb... walau pun boleh je pi yang di Stadium Shah Alam yang sekangkang kera tu. Tak terbuka hati ni... alhamdulillah. Moga kami, anak beranak kami dan keturunan kami akan terus terpelihara dalam hidayahNya, insyaAllah.

Sunday, April 19, 2009

Jangan kata ulat tiket, ulat makan pun ada...


Di antara tempat yang saya rasa MENYAMPAH dan mengelak untuk menjejakkan kaki:


1. Hentian Puduraya





Ulat tiket terlalu ramai. Orang yang biasa dengan lokasi kaunter tiket seperti saya tidak memerlukan mereka untuk guide ke kaunter² berkenaan. Bagi orang pertama kali menjejakkan kaki ke sana, akan merasakan kecut perut dengan cara layanan/pertanyaan pemuda² ulat ini.

Bila kita mendiamkan diri, diekorinya kita dan dikatanya, "Alah.. akak ni kita tanya je!" seolah-olah membentak. Ada masalah ke kalau aku diam? Ko tanya aku ke ko paksa aku? Akhirnya pantas saja saya menipu, "Nak pergi kencinglah!" (mungkin ayat tersiratnya - ko nak sebok wat per!). Padahal saya melencong ke tempat lain.

Jadi bagi yang ke Hentian Puduraya tu, silalah jangan dilayan soalan pemuda² ulat ini. Jadilah anda seperti orang yang pekak dan bisu. Itu lebih baik! Jika tidak, tiket harga bawah RM30 pun boleh lonjak ke lebih RM30. Saya layan! Tapi layan dengan nada yang marah!


2. Padang Kota Lama/Esplanade, Pulau Pinang

Foto bersumber dari sini


Kat area tempat makan. Tempat kami suka makan pasemboq. Peniaga dan pelayannya bersikap mendesak. Nak duduk di mana pun dia nak aturkan, tak nak makan pun dipaksa kita pesan makanan. Satu ketika kami ke sana, saya marah pelayan yang mengganggu dan mengerumuni meja kami. Bukan seorang, malah ramai dari gerai yang berlainan. Itu pun saya marah selepas kami memesan makanan dan pelayan²nya datang lagi menghampiri kami bertanyakan, "Mau makan apa? Takkan mau minum saja..". Berapa kali mau tanya la... karang ada yang makan kasut! Kuantiti kami ketika itu memang ramai. Dalam 4 keluarga rasanya.


3. Medan Selera di Subang Jaya

SS berapa tak ingat. Tapi yang satu seksyen dengan A&W 24 jam tu. Sama je macam medan selera dekat Esplanade, Penang.


Yang terkini, yang bakal masuk senarai ni di Hentian Duta. Tak mustahil suatu hari nanti medan selera Hentian Duta akan menjadi seperti medan selera Esplanade jugak.

Tolonglah... tolong jangan tanya aku ke mana aku mahu pergi. Tolong jangan diarah tempat duduk aku ketika aku ingin makan. Beginikah caranya peniaga menangani persaingan 'red ocean'? Cara dan sikap korang, membantutkan keinginan untuk makan dan bakal mengundang kemarahan. Jika kalian membiarkan saja pengguna memilih dengan bebas, bukankah itu lebih mudah?

Tidak bolehkah pihak berwajib memantau ke semua anasir negatif seperti ini daripada terus berleluasa?



p/s : Pilihlah dengan bebas juga di PRK Penanti nanti! Jangan diracun dakyah dari pelbagai pihak terutama dari pihak yang zalim!

Friday, April 10, 2009

Genaplah 2 tahun..


Berikan aku seorang wanita yang sekadar menghayun buaian, insya-Allah aku tak akan meletakkan mereka di ceruk-ceruk dapur, kerana tangan kananya yang menghayun buaian, tangan kirinya mampu menggoncangkan dunia
- Presiden Sukarno (Indonesia).



Hari ni genaplah 2 tahun saya menjadi blogger (di blogspot), dari tak berapa nak tegar kepada lebih tegar... lama² jadi ketegaq! Kuang³... Sekadar blogger picisan.. Dari sekadar suka² kepada yang lebih serius seperti hal politik dan isu semasa. Mungkin itulah diri saya dari dulu cuma di awalnya rentak tidak bertujuan.

Blog boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan ilmu dan idea, itulah pandangan saya. Walau pun saya sekadar seorang surirumah, namun saya KURANG bercerita tentang masa lapang saya, tentang perasaan, tentang orang² kesayangan saya malah tentang diri saya sendiri (hanya bila di'tag'). Yelah... bohonglah jika tidak bercerita hal peribadi. Sesekali saya ada juga bercerita tentang ini, tentang anak, tentang keluarga.

It's just not me. Mungkin sebab tu jugak blog saya ni boring... aaaah *yawn*!.

Blog juga bukan berblog kosong, coret dan siar, tanpa cuba mendalami perkara² di dalam blog itu sendiri. Contohnya dari segi cuba memahami kod HTMLnya dan lain². Berblog di samping menimba ilmu yang lain amat menyeronokkan.

Saya bercerita tentang Syafiah di blognya kerana dia istimewa. Dia adalah anugerah kepada kami. Anugerah ilmu. Anugerah sabar. Anugerah ketabahan. Segala macam hikmah boleh dikorek sejak dari kelahirannya ke dunia ini. Dia adalah satu contoh seorang insan yang memberi manfaat kepada kami dan juga orang lain. Dari kecil lagi dia telah menjadi gudang, gudang untuk menimba ilmu dan juga amal.

Saya cuma suka melihat sesuatu itu dari sudut ilmu yang boleh saya kutip. Melihat sesuatu isu dari pandangan yang lebih besar. Mungkin juga boleh dianggap saya ketagih berita dan maklumat. Ada sahabat blogger pernah berkata saya seorang yang egocentric. Mungkinkah?


p/s : Sejak akhir² ni makin menjadi-jadi seriusnye.. hehehe

Wednesday, April 8, 2009

Dua lagi media bertaraf dunia...


Kala menanti Buletin 1.30 tengahari tadi, saya asyik mahsyuk sekali menonton dan mendengar, malah menanti tentang berita apakah yang akan dibawa oleh TV3 tentang pilihanraya kecil. Hampa.

Namun ada satu berita yang menarik perhatian saya iaitu mengenai ucapan Dato' Seri Najib Razak mengenai media dan kewartawanan. Maka keluarlah si pengampu mengatakan bahawa, "Dato' Seri baru saja menjadi PM tapi kita dah mula nampak perubahan yang cukup ketara".

Wohoho! Dey... baru berapa hari daaa... Sejarah membuktikan perubahan bukan boleh dicapai dalam masa seminggu, sebulan... malah bertahun. Buat malu aku jadi bekas pelajar U*TM tau! Cubalah si polan tu jadi pemikir yang kritikal sikit, daripada menjadi pengampu. Tolonglah tolak budaya MENGAMPU ini sebagai salah satu permulaan kepada perubahan.

Kalau nak bertaraf dunia, diri anda kena bebas. Bebas mempunyai pandangan anda sendiri tanpa perlu mengampu sesiapa. Begitu juga dengan TV3. Jika kalian masih mencari profesor kangkung untuk mengulas maka anda sebenarnya tidak akan berubah. Cubalah contohi skuad berita NTV7. Tak perlu nak minta ulasan panjang², puji²an melangit sana-sini, tak perlu nak cut-n-edit apa yang orang ulas, tak perlu offkan apa yang orang cakap bila orang tengah bercakap.

Ketagihan saya mencari berita tersebut berakhir pula dengan berita bertaraf dunia di bawah:

08 April, 2009 11:52 AM

Mahkamah Persekutuan Ada Kuasa Tentukan Isu Kerusi DUN Perak

PUTRAJAYA, 8 April (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di Putrajaya Rabu menetapkan bahawa ia mempunyai bidang kuasa menentukan isu perlembagaan negeri Perak mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff menolak bantahan awal oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar.

-- BERNAMA



Aikkk... awat yang semua berita hari ni pendek² belaka? Mosykel teman...



p/s : Adehhhh... macam mana nak buat dengan ketagihan ini? Aku KETAGIH BERITA wehhh!!

Media bertaraf dunia?


Bertaraf dunia apa bendanya kalau hanya tulis seperti di bawah:


BN 1, Pas 1, PKR 1 - Utusan Malaysia Online

Barisan Nasional (BN) kekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak.

Pakatan pembangkang pertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

Keputusan status quo sama seperti kedudukan dalam pilihan raya umum lalu.

Semua calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Ramai pengundi bukan Melayu Bukit Gantang dan Bukit Selambau sokong pembangkang.



Jangan lupa no.. ramai kat oversea nun tahu berbahasa Malaysia/Melayu. Tak yah ambil contoh jauh. Buktinya pidato baru² ini yang disiarkan melalui TV1 tu pun cukuplah.

Oh! Mungkin sebab nak ikut stail Korea Times kot. Korea Times langsunglah tak tulis apa².. Hish! Malu pula jadi rakyat Malaysia jika ini pandangan media antarabangsa terhadap pemimpin tertinggi negara. Macam mana nak tarik pelabur weihhh...


Sumber dari Korea Times


Lihat juga:-
1- Scandals Cloud Succession in Newly Unsure Malaysia.
2- Un cadavre très dérangeant (akhbar Liberation, Perancis. Saya tak pandai berbahasa Perancis tapi telah membaca terjemahannya).


p/s : Bukan Batang Ai ke? Urmmm...

Badan bebas kaji punca kekalahan : Muhyiddin


Badan bebas kaji punca kekalahan - Utusan Malaysia Online

TAIPING 7 April – Satu badan bebas akan ditubuhkan bagi mengkaji dengan lebih tepat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Penubuhan badan bebas ini supaya kita dapat mengetahui secara lebih tepat sebab-sebab kekalahan sama ada dari sudut jentera atau apakah isu yang sebenarnya telah mempengaruhi pengundi,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.

Muhyiddin yang merupakan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) berkata, badan bebas tersebut akan diwujudkan secepat mungkin sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada pucuk pimpinan.

Katanya, hasil kajian bukan sahaja akan digunakan sebagai panduan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tetapi di seluruh negara sebagai persediaan menghadapi sebarang pilihan raya kecil akan datang.

Ditanya adakah kekalahan di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil ini merupakan isyarat rakyat terhadap perubahan dalam pentadbiran kerajaan, kata Muhyiddin:

“Mungkin ada perkara-perkara tertentu yang lebih terfokus di sini atau berkaitan dengan isu-isu nasional, ini akan kita teliti. Bagi saya, ini bukan satu yang disebutkan referendum tentang soal kepimpinan.

“Mungkin faktor kepimpinan Datuk Seri Najib ini baru sangat, ia belum menyerap masuk dalam jiwa pengundi. Tetapi saya yakin bila pimpinan baru ini mula menjalankan tugas dan telah dapat melihat pembaharuan dan perubahan di bawah, kita harap keraguan rakyat dapat diyakinkan,” katanya.

Mengenai sama ada tarikh pilihan raya yang hampir dengan Perhimpunan Agung UMNO antara penyebab kekalahan, tegas Muhyiddin, semua pihak harus menerima keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Apa pun katanya, selepas Perhimpunan Agung UMNO, rakyat dapat melihat wujud perubahan tetapi kesannya mungkin terlalu awal untuk diterjemahkan.

Tentang pengundi Cina, jelas Muhyiddin, BN akan mengkaji segala kemungkinan tersebut menerusi badan bebas yang akan dilantik itu.

Dalam masa sama, beliau menolak pendapat yang mengatakan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyumbang kepada kekalahan sebaliknya berpendapat ia memberi kesan positif kepada perpaduan UMNO.

Kata Muhyiddin, kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan satu cabaran baginya dan beliau bersedia memikul tanggungjawab tersebut.

Terdahulu, Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada calon Batang Air, Malcom Mussen Lamoh dan jentera BN yang telah bekerja keras memenangi kerusi ditandingi.

“Nampak di Sarawak, sokongan kepada BN masih kukuh walaupun kawasan ini kawasan pedalaman mereka masih kuat menyokong BN,” ujar beliau.

Menurut Muhyiddin, BN menerima keputusan yang telah dibuat oleh pengundi di kedua-dua kawasan yang tewas tersebut.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

“Walaupun kita telah bekerja keras, Menteri Besar (Zambry) sekali turun ke bawah menjelaskan semua perkara tetapi tidak cukup menyakinkan.

“Apa pun saya ucapkan terima kasih kepada jentera kita dari Perak, luar Perak, turun membantu, bekerja keras.

“Demikian juga di Bukit Selambau, kita terima kekalahan ini walaupun majoriti meningkat, tetapi apa pun ini keputusan yang kita telah terima,” katanya.



--------------------------


1- Halloooooo.... lagi nak bawak MBH Zambry ni, lagi nak kata dia turun padang nak jelaskan keadaaan tetapi tidak cukup meyakinkan... perkara kecik macam ni la yang menyakitkan hati aku sebagai seorang rakyat Perak. Kenapa yang kat atas sana nun tak paham? Tak payah nak usung orang tu sekali sebab dia bukan MB pilihan kami. Jangan sebut dia MB, cukuplah setakat panggilan saudara atau pun Dr.

2- Tak payah nak tubuh badan bebas. Cuba buat questionairres bagi kat setiap rakyat Perak dan buat conclusion daripada situ antara MB mana di hati rakyat, MB mana yang tidak berada di hati rakyat. Paling tidak... bukak internet. Tengok sendiri bagaimana budaya politik baru di maya. Baca sendiri komen² tentang kerajaan sekarang. Silakan! Bukannnya susah pun.

3- Kenyataan² Muhyiddin sama sekali menggambarkan bahawa BN masih dalam 'state of denial' tahap tertinggi. Bukan refenderum ka? Ni rakyat bawahan dah 'bersuara'. Kenapa masih belum mengerti?

Takziah dalam kesyukuran...


Alhamdulillah... tiada kata² yang mampu dituturkan ketika ini selepas resah menunggu. Tidak tergambar pula dengan kata² syukur tak terhingga ke hadrat Yang Memiliki alam ini. Dialah yang Maha Berkuasa. Jika saya di sini merasainya, apatah lagi yang turun dan terlibat secara langsung dengan 3PRK kali ini. Mesti terasa amat manis.

Masih terbayang saat dan detik seperti di dalam Youtube di bawah. Sangat menyentuh dan menggamit memori.





Untuk rekod sejarah (diambil dari Malaysiakini):-




Calon PKR S Manikumar meraih 12,632 undi, meninggalkan calon BN Datuk S Ganesan dengan 10,229 undi.

Ahli perniagaan muda itu, yang bakal dilantik exco kerajaan Kedah, mendapat majoriti 2,403 undi, lebih 40 undi daripada majoriti V Arumugam yang melepaskan jawatan dan kerusi tersebut dengan alasan nyawanya diancam.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang deposit - mencipta satu lagi rekod selepas kertas undi terbesar dalam sejarah Malaysia.

Senarai lengkap dan jumlah calon bebas:

R Loganathan - 31
Tan Hock Huat - 78
Mohd Radhi Mat Lazim - 25
Mohd Fadzil Wahab - 83
Abdul Rahim Abu - 60
L Sarala - 49
A Jayagopal - 35
S Moganakumar - 46
Khamis Awang - 29
Husaini Yaacob - 257
Venason Michael - 32
Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - 528
T Chandrarajan - 73



Terima kasih tak terhingga kepada semua petugas dan sukarelawan yang terlibat. Kepada bloggers, you rawks! Saya menjadi penunggu setia blog Albanjari (sampai blog dia capai hit 1mil petang tadi. Bukan sebab sayalah... sebab orang lain pun sama. Syabas!), Cyberboron dan Perisik Rakyat sepanjang hari ini. Gambar di sana sudah cukup bercerita. Saya rasa teruja. Hanya Allah swt saja yang dapat membalas jasa² kalian membawa berita yang segar dan benar hasil dari pengalaman sendiri.

Dato' Seri Ir Mohammad Nizar... takziah mengiringi alhamdulillah.. betapa berat amanah ini. Dan untuk semua, ingatlah pesan TGNA lebih kurang kata²nya, kita sedang berdakwah, jangan ditambah luka mereka. Jika tidak, mereka akan lari. Kita seharusnya lebih merendah diri dengan kemenangan ini.

Entah mengapa hati tiba² merindui mantan Mufti Selangor, Allahyarham Hj Ishak Baharom. Al-Fatihah...


p/s : Seronok tonton analisa Awani pusingan kedua... yang ada Saudara Nobisha tu...

Saturday, April 4, 2009

Lagi tentang title IR...


Saya nak copy-paste satu artikel soghat habo... soghat habo deme la.. soghat habo sape lagi. Lepeh ni idak tau le kalo masih idak paham dan sesaje nak cari salah orang je. Moga hati yang busuk tu cepat terbuka la ye.... udahnye soghat habo deme ngaku sendiri yang Nizar, an engineer by profession.. ape lagi nak dikate ye dak... ke deme sendiri tak bace paper? Udah terang lagi bersuluh weih...


Monday December 29, 2008
MB: We’ll protect mangrove forests
By CHRISTINA KOH


Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (centre) receiving his Honourary Fellowship Award from Institution of Engineers Malaysia president Datuk Paduka Keizrul Abdullah. With them is IEM Perak branch chairman Angus Ang (left).



THE Perak Government will not legalise any prawn farm found to be endangering fragile coastlines and mangrove areas, said Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

He said the state was currently only asking some 5,000 prawn breeders in the state to provide feedback on the status of their farms before evaluating whether it would legalise the industry.

“We are not legalising it (the industry) now,” he told reporters after receiving an Honorary Fellowship Award from the Institution of Engineers Malaysia (IEM) in Ipoh recently.

“If it is proven that the farms are endangering the shoreline and species, we will not give approval. We will suggest another place for them.” he said after Sahabat Alam Malaysia president S.M. Mohamed Idris expressed shock that the Pakatan Rakyat government wanted to legalise the estimated 3,000 illegal prawn ponds in Manjung’s mangrove forests.

The environment group had described it as “akin to rewarding the law breakers” and encouraging other states to follow suit.

Last month, state executive councillor Nga Kor Ming had said the government was considering a new policy to legalise the industry to protect the farmers’ interests and check excessive encroachment into mangrove swamps.

Nizar said the state would give consideration to those prawn farmers whose farms were located on state land but not slated for future projects, while alternative land would be offered to the rest.

On another matter, he said the state was preparing a working paper to include all district engineers as members of their district action committees.

He said having the input of engineers earlier in the planning stage would help prevent future disasters like the Highland Towers and Bukit Antarabangsa tragedies.

Nizar, an engineer by profession, said engineers were often sidelined and tended to only be called when there was a problem.


Sumber : The Star Online.

Ada Apa Dengan Title Ingénieur Nizar...


Ada² saja kepelikan pada perkara² remeh di dunia blog ini. Terbaru yang membuatkan saya teruja untuk mencari kebenaran adalah penggunaan title IR, kependekan daripada Ingénieur (abbreviation for the title of Engineer, a person practicing the profession of engineering).

Walau pun isu nampak remeh, persoalan di sini adalah kredibiliti. Jika benar ada salah guna title IR, maka yang pasti ada pihak yang menipu. Jika tidak, maka tahi² akan terpalit semula kepada orang yang memulakan isu haprak sebegini. Lagi ada isu remeh, lagi kami teringin mengetahui kebenarannya. Lagi banyak ilmu boleh dapat (terima kasihlah pada yang memulakan isu. Kerana anda, saya tahu sikit benda yang saya tak tahu langsung- syukran!).


Sumber dari IEM (format pdf)


Bagi terang sikit:

MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)
B.SC.(ASTON IN BIRMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993

Sila fokus kepada perkataan P.ENG. Dalam ruangan FAQ The Institution of Engineers Malaysia (IEM), tertera soalan di bawah dan IEM telah menjawab bagi persoalan tersebut:

5. What is P.Eng.?

P.Eng. stands for Professional Engineer. It is a term referred to qualified engineers practicing with license from the Board of Engineers Malaysia. Professional Engineers in Malaysia commonly use the title "Ir." instead of "Mr."



6. How to become a P.Eng.?

An engineer who has just graduated with a recognised qualification must register with the Board of Engineers Malaysia. He/she can then start to obtain the necessary training and experience, normally four years, before he/she can attempt to sit for the Professional Interview, an exam to qualify Graduate Members of IEM to be transferred to Corporate Members. Corporate Members of IEM can then apply to upgrade their status to P.Eng. with the Board of Engineers Malaysia.



Dari Wiki:

Professional Engineer (various abbreviations--see below) is the term for registered or licensed engineers in some countries who are permitted to offer their professional services directly to the public.

The term Professional Engineer and the actual practice of professional engineering is legally defined and protected by a government body. In some jurisdictions only registered or licensed Professional Engineers are permitted to use the title, or to practice Professional Engineering.

The earmark that distinguishes a licensed/registered Professional Engineer is the authority to sign and seal or "stamp" engineering documents (reports, drawings, and calculations) for a study, estimate, design or analysis, thus taking legal responsibility for it.



Badan pendaftaran jurutera bukan hanya ada satu. Tapi ada juga untuk luar negara seperti APEC Engineer Register dan Asean Engineer Register, malah mungkin lebih lagi untuk negara seperti di Eropah. Terma P.Eng ini digunakan di Bangladesh dan Kanada contohnya.

Dari sumber wiki yang sama jugak:

In Canada, regulation and registration are accomplished through a self governing body, that is given the power to register and discipline engineers as well as regulate the field of engineering in their province, such as Professional Engineers Ontario. Many of these associations are also responsible for regulating other related professions. The process for registration is generally as follows:

1. Graduate with a degree from an accredited program in engineering or applied science,
2. Complete an Engineering Intern Training program under the direction of a P.Eng. (This is a minimum four-year program) - sama program macam BEM
3. Review of work experience by the Association,
4. Pass a professional practice exam (essentially an engineering ethics and law exam).



Ada pihak kerjanya dok cari salah orang dan selindungkan kebenaran. Buat isu tanpa penyelidikan teliti. Mungkin jugak baca tak berapa nak habis.

Satu persoalan, takkan IEM salah taip kot perkataan P.ENG di belakang nama Nizar? Jika ada unsur penipuan, apa kata buat je bantahan atau laporan polis memandangkan IR itu adalah "legally defined and protected by a government body". Amacam? Kang kalau kata bengap, marah pulak kang...


p/s : Pernah tolong isi borang CPD bos... seorang jurutera professional yang tak guna title IR pun...

Thursday, April 2, 2009

PNSB Biaya Lawatan Khir Toyo RM1 Juta Ke Disneyland


Saya selalu menonton berita NTV7 bagi mengimbangi berita TV3 suku yang cukup memualkan. Boleh muntah hijau! Cerita pasal pembangkang ni jangan harap nak keluar.... Keep it up NTV7... kalian boleh improve lagi. Rakyat memang dahagakan kebenaran... Teruskan melapor berita bukan ulasan seperti yang dibuat oleh pihak yang lain.



Kalau tak salah, saman je la balik... sama jugak dengan perkataan A******** dan Institusi DiRaja yang tidak boleh disebut sepanjang tempoh berkempen di Bukit Gantang. Kalau anda berada di pihak yang benar, kemukakan saja saman kepada pemfitnah² itu. Kita tengok... siapa yang berani dan benar di mahkamah kelak!
 

Tangan Yang Menghayun Buaian Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez