Sunday, March 7, 2010

Semakin Hampir..

7 Hari Lagi..

Kawin kemudian pindah. Itu biasa.
Pindah kemudian kawin. Itu luar biasa sikitlah.

Aku baru selesai berhempas pulas mengemas. Memandangkan aku akan terus tinggal bersama suami selepas bernikah, maka aku harus pack all my belongings, cleaning out my closet also my vehicle untuk dihantar melalui kapal laut menuju Pulau Pinang.

Sangat meletihkan.. Bayangkan seminggu nak kawin aku boleh gagah lagi packing2 semua ini. Rasa macam superwoman lah pulak..

aku tak tahu apa respon encek pojie bila nampak koleksi kasut ni..
kotak-kotak yang dipenuhi harta karun aku
lepas tuh, susun-susun dalam kereta nak hantar shipping company inilah company tersebut
Lebih kurang 2 minggu lebih baru barang-barang dan kenderaan aku akan tiba di Penang.. So just nice la lepas majlis di kedah kan..hopefully semua akan sampai dengan selamat.

Back to my Upcoming Big Day stories..
Everything going well. Semuanya cun saja. Makcik-makcik terbaik ada yang telah pulang ke kampung nak bantu persiapan. Macam tu jugak jiran-jiran berdekatan. Glad to hear and so thankful.

Aku akan fly ke johor pada 10hb ini.


dan.. aku TAK mampu mengulas lebih lanjut..

Friday, March 5, 2010

Berdoa Untuk Kebaikan...

9 days to go..
Bukan saya saja. Jaminan untuk semua bakal pengantin, anda pasti diajukan soalan-soalan seperti ini..

- apa perasaan ko skrg, semua dah siap ke..
- takut tak nak kawen..
- camne feeling nak kawen, mesti cuak kan..
- eh, tak nebes ke nak kawen nih..

Memang saya tak terjawab.

Ok, tipu saja, mestilah saya jawab. Takkan nak buat dek je kan. Tapi lepas bagi jawapan, saya selalu menghela nafas panjang. Macam nak release kan otak yang berfikir beberapa saat selepas memberi jawapan.

Yang terbaik bagi saya masa ini, hanya la berdoa. Berdoa untuk kebaikan. Lepas tu bertawakal setelah habisan berusaha dan berkerja keras untuk hari bersejarah itu.

Lepas itu confirm kerat jari punya la.. sure ada suara-suara sinis sebelum, semasa dan selepas majlis itu kan. Biarkan la.. Jangan ambil hati.

Sebab kalau diikutkan sekarang ini pun, dari pelbagai sudut pandang saya terdengar kata-kata itu. Tak la banyak mana, yang penting ada.

Jadi, balik pada main point. Berdoa saja la. Semoga semua yang dirancang, direstui dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Wednesday, March 3, 2010

Jemputan untuk Northern Region..



Ini majlis sebelah encik tunang. A week after mine. Saya tak rasa saya sempat mengirimkan kad undangan bagi majlis sebelah kedah ni.



So saya sertakan juga peta rumah bakal suami saya itu. Bloggers from northern region dijemput hadir ke majlis bertandang saya ya. (dah mintak izin pojie dah) Tema di sebelah sana biru turqoise.



Yang mengujakan pelamin, hiasan bilik, dan semuanya adalah semata-mata DIY from Pojie little sister; Liza. Memang berbakat besar Liza nih. Boleh la tuntut ilmu lepas ni. Saya cuma sewa baju, make-up sahaja. Sudi lah datang ya.. ;)

notakaki: Entry sekarang pendek-pendek je ni. Masa dah nak time.. Heheh

Tuesday, March 2, 2010

In rush..

Aku macam nak gile urus forwading kereta and barang aku ke semenajung. Payah and sangat banyak dokumen perlu di selesaikan. Terlalu banyak ok. Sampai aku skip lunch hari ni sebab nak kejar time ke sana sini.

Siriyes. Letih gila.
Tolong!!!! Tolong binakan jambatan dari sabah ke semenajung boleh tak???

Struggle beb..

I'm back. Okay, semalam kali terakhir aku berjumpa dengan encik tunang. Why..? Because after this i will meet him as MY HUSBAND. WHoooaaA..
Menyeramkan laa..(bebetul buat aku nervous bila terfikir)

Misi utama aku sewaktu di penang sukses.
1- Report duty at new school
2- Fitting outfit for bertandang
3- Cari rumah sewa

Misi 1.
Aku sangat gabra nak jumpa GURU BESAR (GB) sekolah baru aku tu. Sekolah terletak di area bayan lepas. Aku so gabra sebab nak mintak tangguh mula bertugas atas alasan nak setel kan urusan pindah barang dari sabah. Padahal aku nak KAHWEN.. But, syukurnya GB tu agak sporting. Takde hal pun and bagi aku release approximately 2-3 weeks. Best tak..

Misi 2
Ok, ini agak sentap. Baju bertandang aku agak tak selesa la. Macam bukan ambik ukuran badan aku je. Lepas tu a bit seksi. Dah lari sikit dari design asal aku nak. Alternatif; terpaksa cari inner turtle neck ye. Itu pun kalau sempat cari. Bengang betul la.

Misi 3
Aku dah encik tunang dah sepakat nak menetap di seberang jaya. Kira in between from our work place. So takda la drama hantar-jemput ke tempat kerja sebab arah bertentangan. Tsk.. However, rumah sewa agak banyak kat sana. Banyak juga yang kami jumpa dalam bajet. Aku serahkan encik tunang nak confirm mana satu, and i noticed he very the excited okay time hunting rumah sewa. Heheh.. Dah ada ciri family man nih.. *wink

Sunday, February 28, 2010

Nak alamat..

Orang kata kad kahwin itu memberi gambaran majlis kahwin tersebut. Mungkin iya mungkin tidak. Contohnya, aku dah kerap pegi receptions chinese couple. Kad dorang macam satu pesyen je. Sama je. Tapi majlis grand abis. Lebih lagi2 yang kat hotel.

Jadi aku tak tahu apa persepsi orang tentang kad aku ni.
Majlis aku memang simple saje. Buat pun kat kampung 100% pure. Di sebabkan kureng confident level, aku tak mahu letak muka sendiri kat kad kahwin. Dengan bajet ciput,maka terhasilkan kad ciptaan aku yang tak seberapa ini.



So, dengan rasa malu-malu meow, aku nak jemput and collect address bloggers yang sudi hadir. Kehadiran anda semua bersama present yang besh2 dialu-alukan.. Hehe.. Emelkan alamat ke upcomingbigday@gmail.com Thanks..

::to Puan Nad, i nak adress u tau::

Monday, February 22, 2010

Yang bakal kutinggalkan

Alamak,title entry boleh buat tajuk lagu sey ..

Okaylah, aku nak cerita sesuatu yang bakal aku tinggalkan. Sejak aku mula mengenal dunia pekerjaan pada 2005, banyak pengalaman suka ,happy, happening yang aku lalui.

Perasaan tak, takde word yang negative. Yaa.. memang takde. Sekolah tempat aku mengajar kat sabah ini sangat cool. Bukan cool pasal cuaca sejuk tapi kewl lah..

Aku suka suasana kerja aku. Memang besh sekeliling nya. From pihak pentadbiran,guru-guru and also the pupils.. Semua seronok. Susah aku nak jelaskan. Pendek kata, aku sangat selesa dengan tempat aku cari rezeki sekarang.

Mungkin agak kejam statement aku, tapi jika tidak kerana aku nih nak jadi bini orang, kena ikut laki... Aku rela mengajar di sekolah yang masih berdindingkan papan ini.

Nak bagi tau, sekolah nih lantai papan, kalau pakai heels sure terselit celah papan. Aku dah banyak kali terkena, terpaksa suruh budak korek tumit yang tanggal terselit celah papan. Wakakaka..

Esok aku akan melapor diri ke sekolah baru di Penang. Hm.. aku tak tahu bagaimana pulak suasana kat sana. However, I didnt mean to judge the new school before I reached there. Cuma kadang ngeri bila bayangkan macam-macam isu kebejatan masalah sosial di sekolah-sekolah. (macam besh sebut kebejatan kan..)

Sebab sekolah aku mengajar sekarang, agak terpencil. Kurang masalah displin. Mengajar pon heppi je. Sekolah kampung kan. Jadi kalau masa hari guru, mendapat hadiah biskut tiger, susu kotak atau bunga artificial dari pasu mak dorang, dah cukup buat aku rasa dihargai..

Budak-budak nih pantang suruh posing

Aku: Dua dari kiri.
Muka bosan dengar orang bagi ucapan
Macam budak form three je aku kan.. Hahaha

Ha.. ambik ko guru besar kat sebelah.
Tengah nyanyi lagu "KAMI GURU MALAYSIA"

Sila siram air dalam baldi ini pada kawan kamu

Murid-murid, buat kerja sendiri, cikgu nak kira bajet kawen..

Malas la nak feeling sangat, takut nanti budak wat tak kisah,, aku je sedih meraung nak berpisah dengan dorang.. (tiba-tiba ingat lagu "berpisah dan bertemu adat manusia biasa"...)

Tapi aku konpiden dorang sedih.(uwekkk...) Lagipun entry hari guru berkaitan surat yang masih aku simpan itu menguatkan ke-konpiden-an aku..

I'm gonna mish them so much..

Sunday, February 21, 2010

Misi lagi 3 Minggu..

Setiap kali View Blog sendiri. Aku seboleh-boleh tak mahu terpandang wedding tiker aku aku. Kadang pura-pura tak tengok tapi jeling-jeling pakai hujung mata. Itu cara mengelakkan cuak agaknya.

Tapi takde sapa boleh ubah kenyataan. Dan kenyataan itu majlis aku lagi 3 Minggu. Nak tahu apa cikgu gedik nih buat dalam tempoh hanya tinggal tiga minggu ini..? Lets check it out..

kelihatan seperti gigih menjahit sesuatu..
jahit apa tu?
jahit manik??
jahit sulam?
jahit silang pangkah?
jahit jelujur?
jahit tekan tubi??
ehh..merapu pulak
biar betul cikgu nih menjahit..?
mari kita shiashat

-

-

-

ok. memang betul cikgu menjahit.
macam jahit renda kan..
fokus lagi boleh?? renda apa itu..
mungkinkah samarindaa..??

-

-

-

ohh.. renda di tepi kain..
apa kah tujuan kain ini..?
nak tahu..?

-

-

-

tadaaaa....
dah siap..
cikgu jahit alas dulang yer murid-murid..

Jangan tak percaya. Aku gigih menjahit renda kat untuk alas dulang hantaran. Ini semua idea last minute yer. Actually dah ada alas dulang terpakai berwarna maroon di offer oleh makcik aku untuk majlis nanti. Aku teringin nak kaler putih+silver. Tapi sebab dah kesuntukkan masa aku redha je la..

But after attend engagement Ella ari tu. Aku try usha alas dulang dia (tak maluu kan aku nih..). Ella DIY sendiri beb. Salute kat dia. Thanks God Ella nih on je bila aku nak pinjam but aku kena tambah sikit bagi lengkapkan bilangan hantaran aku. Maka, jangan la anggap semua alas itu, aku jahit aka DIY 2 je. Hehe.. Sebab tu aku sanggup weii.. Kalau nak jahit semua, pengsang mak noq..

Alas ini 2pcs, so yang atas (pun DIY dari Ella) akan kelihatan seperti ini,


Watdemenet, nak google pic hantaran beralas putih+silver..ohhh..sucinya...


In the meanwhile, operasi pengeposan kad jemputan akan bermula isnin depan.


Terus terang aku kata, map umah aku memang tak jelas sangat. Rumah aku susah nak cari, tapi senang nak jumpa. Eh, cakap apa ini..
Okay.. sebagai pemudahcara.. sila alert pada signage simple dan marbelos ini..


oh.. dan sekiranya anda terjumpa ini.. di suatu persimpangan dilema.. anda semakin hampir ke destinasi yang di tuju...

Maka itu misi lagi 3 minggu aku yang sukses. Sila ulang balik apa dia murid-murid..??
-alas dulang
-singnage
-taip alamat & pos
- bannner & bunting

Next week aku akan ke penang sekejap (tengok tu, word sekejap itu tak boleh blah.. KK-Penang 3 Jam weii dlm flight.. Menci i) . Lapor diri dulu kat sekolah baru , stay sana 4 hari, melawat MIL (ini wajib) dan kembali ke KK semula. Ya.. aku dah dapat pindah sekolah dah akan terus tinggal bersama selesai mendirikan rumah tangga nanti..(gile skema punya ayat..). Dan kami akan survey rumah sewa aka istana cinta (sila muntah..) yang di dalam bajet kami di area seberang jaya.

Saturday, February 20, 2010

Masa untuk ber-SPA??


Time is running.Seharusnya timing nak dekat ni b2b patut memfokuskan pada diri sendiri.Mungkin ke spa..scrub..massage..mandi bunga, sauna, and so on.. Bertujuan untuk resfeshing and nampak lebih berseri.

Itu la nasihat atau saranan yang aku terima.I'm not sure do i really need all this treatment.

Sebab aku rasa banyak lagi things yang pending. Belum lagi campur perkara-perkara yang last minute baru perasan takde.

Contoh aku belum sempat hunting contact lenses dan inai. Lepas tu,tiba-tiba pulak nak masuk kan dalam shedule "rawatan spa"; macam lagi haru aku rasa..

And i noticed a few of b2b bloggers who will share their big day in same date/week with me. Qis, Hazharun, AtiqahAdnan, Lynadabesh , AzUraAa, ramai jugak..Mesti dah banyak preps u ols kan..

AKu pulak....?? aduyaiii..!!

Oh ya, selamat pengantin baru buat Sabsabby. Tak sabar nak tengok pic-pic u.

Wednesday, February 17, 2010

Berbaloi tak..

Honeymoon package at xxx Island
3 day 2 night
Just for one couple
*Feri Pergi Balik
*Welcome Drink
*Chalet (Seaview Sunset)
*Dinner (For 2 Nite)
*Snorkelling (3 tempat)

Worth= RM600

Berbaloi tak u all rasa..? ini package yang di-offer pada aku by bridal boutique sebab amik pakej dari dorang.

Pulau ni dalam malaysia jek. Sememangnya dalam checklist aku tak masukkan honeymoon. Sebab kadang aku rasa honeymoon ni bila-bila pun boleh pergi.

So aku tengah berfikir-fikir lagi ini nak terima atau tak offer ini. Sebab our planning nak honeymoon kat tempat lain.. Hmmm..