And so it is...

Showing posts with label Bakalhaji.com. Show all posts
Showing posts with label Bakalhaji.com. Show all posts

Monday, January 31, 2011

Sapa Pernah Jumpa Dajjal?


Kengkadang aku perasan satu benda. Dalam penglibatan aku di blog ni dan di facebook, ramai orang Melayu yang nampaknya kuat agama, atau dia sengaja menjadikan agama sebagai topeng diri, atau orangnya perasan dia ada ilmu agama tapi sebenarnya tidak, atau mereka yang menggunakan agama untuk kasi rasa ada "feelgood factor" dalam hujah atau komen yang dia utarakan, atau orang yang keluar ayat berbaur agama supaya nampak diri dia lebih mulia daripada Aidid Mu'addib (mamat Aidid Mu'addib tu kan akhlaq buruk maaa!)... aku perasan banyak dia orang ni yang tak pass matematik masa SPM. Adakah dalam mempelajari ilmu agama, subjek matematik itu perlu FAIL? Adakah subjek matematik itu sendiri bukan cabang ilmu agama Islam? Think about it. Tapi, kalau nak dikira, semua mala'un yang bergelumang dengan MLM dan skim piramid tu semua fail maths tu. Kalau dah tak faham maths, camane nak faham isu statistik, isu ekonomi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya? Subjek sains pun kengkadang fail jugak. Itu yang aku tengok tu ramai yang bunyinya alim tapi sebok jual detox foot patch untuk manusia yang ada paip toksin kat tapak kaki, jual makanan kesihatan yang ada colostrum lembu yang disgusting tu, jual susu kambing mahu kasi paras kolesterol pembeli mencadak naik, jual pad wanita yang boleh cure kanser serviks, jual penapis air RM200 dengan harga RM3000, dan jual ntah apakejadahnya lagik... sebab dia mahu cari rezeki halal, mahu berniaga ikut sunnah Nabi, katanya. Tapi sains dan maths fail. Bloody 'ell man!

  

Anyway, topik aku kat entry yang ini bukannya sangat pasal sains dan matematik. Berapa kali nak ulang dan hurai berkenaan topiknya pun kat blog neh? Kiraan matematik bagaimana MLM dan skim piramid itu adalah penganiayaan, dan adalah haram mengikut kata ulama' (bukan ikut kata aku pun), itu aku dah diskus banyak kali, panjang-lebar. Penerangan terperinci tentang penipuan produk yang berasaskan kesihatan dengan kelentong hebat masing-masing tu pun aku dah diskus jugak sedikit-sebanyak. Entry yang ini aku nak diskus pasal dajjal... you know, the real thing, or metaphorically, whichever you'd prefer. Frankly, I can't make up my mind just yet. Let's see...

 
I wonder who's the mastermind behind this. Or, who really owns this business? Itu isu aku tadi tu, adakah orangnya beragama tapi dia tak pass maths, atau dia memang cekap maths dan economics, tapi dia tak beragama atau menggunakan agama itu untuk buat duit haram laknat sebegini. U follow? You know, orangnya perangai macam dajjal... dan dia menggunakan agama untuk scam orang Melayu lain buat skim piramid, demi untuk mengumpul wang-ringgit untuk bawak masuk liang-lahad satu hari nanti. Takut tak cukup duit buat bayar toll kat alam barzakh kut. Tak boleh masuk heaven pulak nanti... rugi dey.

 
OK, kalau sekor dajjal nak buat skim piramid dengan kaedah menggunakan sentimen agama untuk mengabui mata orang Islam yang terasa nak buat ibadah, tapi dalam hati nak buat biz jugak - apa benda yang nak dijual tu? Jual benda berkait dengan ibadah la kan? Tak kan jual minuman berkolostrum Transfer Factor satu-sen-tarak-guna tu? Dan berapa rege nya? RM100 je, murah beb... jadi sure ramai yang mampu sedekah duit free kat dajjal tu. Ada 3 pakej tuan/puan, terpulanglah nak pilih yang mana satu. Ada CD/DVD kursus haji dan bacaan AlQuran, ada komik super-hero Islam dengan CD bacaan Al-Quran dan ada pakej 7 CD pelbagai tajuk. Excellent stuff. Modal satu pakej dalam 4-5 hengget aje tu! Yeehaaa!

Bak kata promosi di website bakalhaji.com... daftarkan diri anda disini dengan bermodalkan RM100.00 mari kita memulakan langkah memasang niat menjadi tetamu Allah dan kita akan dibekalkan dengan sebuah DVD mengenai kursus Haji, Umrah Dan Ziarah, ajak keluarga kawan dan teman untuk mengiringi kita bersama-sama memijak bumi ambia’ yang sangat berkat. Hasil usaha yang anda perolehi daripada program istimewa ini anda boleh memilih untuk pakej bla bla bla... Niat baik dan ikhlas itu yang sangat penting. Kan? Kan? Kan? (Hanya dengan) 3 LANGKAH MUDAH UNTUK MULA MENJANA PENDAPATAN.
1. Mendaftar (Klik Daftar Online).
2. Membuat pembayaran RM100 (Bayaran Pakej Dvd dan Pendaftaran Free). Selepas mendaftar ada cara-cara membuat pembayaran melalui bank.
3. Mencari ahli baru (ahli berbayar). Gunakan referral url web anda untuk promosi atau mendaftarkan ahli baru http://BakalHaji.com/?ref=( id anda ).
Jadi tunggu apa lagi? Anda tidak akan rugi kerana DVD tersebut berharga pasaran RM88 (HAHAHAHA!) dan kami memberi 1 keping CD bacaan quran berharga RM15.90. Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan BakalHaji.Com.  Meh la bang, mari join kak. Meh kita buat skim piramid ni sama-sama. Eleeehh... semua orang buat skim piramid sekarang, hobi orang Melayu dimana sahaja. Nak pegi haji pun boleh jugak buat dengan cara skim piramid kejadah laknat ni. Sempoi!


Aku tak nafikan, orang Melayu ni bila pasal matematik, statistik dan ekonomi, memang bebal first class tahap "elok humban masuk gaung aje". Ntah apa la gunanya disekolahkan masa kecik-kecik dulu... beats me man, I can't figure it out (sure I can figure it out, but where's the fun in that?). Kalau dah plan pemasaran macam kat kotak yang secantik kat atas ada diletakkan kat website bakalhaji.com - tak kan tak faham yang ianya adalah skim piramid? Dah siap dalam 900 orang join bakalhaji.com tu ha! Apa 900 orang Melayu yang join tu semua dungu nak mampos ke apa? Semua 900 orang tu belajar pengajian Islam sahaja kut, tapi matematik tak belajar langsung. Matematik tu bukan ilmu orang Islam pun... gitu dol?
  
Meh aku kupas skim piramid 1 cari 3 kat atas tu. Aku nak cite benda yang akan dan sedang berlaku kepada mana-mana mala'un yang dah join atau yang akan join kemudian hari:

1. Sapa join dulu longkah tu samdol. Jadi sapa-sapa nak join tu, join la cepat-cepat. Sapa join lambat, dia akan kurang dapat komisen daripada downline kat bawah-bawah tu, dan kemungkinan besarnya akan hanya jadi "feeder" sahaja untuk si dajjal dan mereka yang join terawal kalau ianya crash awal. "Feeder" maksudnya, kalau join dah kat level 9 dan kasi 100 hengget, jadi orang yang bersedekah duit aje la. Sedekah dengan ikhlas supaya orang lain yang terdahulu dapat pegi haji dengan duit skim piramid yang wangi bak taik ayam. Janji manis komisen daripada promoter skim ni, jangan harap nak dapat la dey woi. Kalau ko join dah level 9, dan ko berharap untuk dapat kadar keuntungan yang sama dengan level 1, maksudnya kena ada 18 level kesemuanya dengan ahli seramai 387 juta orang. Weeee! Hebat bak kamen rider.

2. No matter when it crash, plan pemasaran di atas akan tetap menjanjikan 66.67% ahli yang join rugi tak dapat apa-apa. Kalau crash level 5 ke, 66.67% akan kena kencing. Kalau crash level 25 sekali pun, still 66.67% akan kerugian jugak. Itu berlaku disebabkan oleh plan pemasaran skim piramid 1 cari 3 tu akan menyebabkan 66.67% ahli rugi.

3. Skim piramid 1 cari 3 ni adalah bersiri sebegini: 1 (si dajjal), 3, 9, 27, 81, 243, 729, 2187, 6561, 19683, 59049, 177147, 531441, 1594323, 4782969, 14348907, 43046721.... 10 billion orang! Itu kata plan pemasaran kat atas tu. Tapi untuk setiap orang dapat apa yang dijanjikan, jumlah 10 billion manusia pun masih tak cukup tu. Kalau 10 trillion manusia pun, masih tak cukup jugak. Bila nak cukupnya? Memang tak kan cukup punya, tapi dajjal tu bukan kesah? Who cares man? Money money money!

4. Kalau aku la yang join skim piramid kejadah ni, dan aku tunggu sampai jumlah ahli dah sampai level 9, aku akan dapat 88K, tapi si dajjal mastermind yang buat skim piramid hebat ni akan dapat berapa? Dalam 2 juta lebih sket.... 2 juta hengget! Longkah maaa! Sapa mau join? Weeee!

5. Macamana kalau seseorang join, dia bayar RM100, ada logik ke dia dapat RM88,575, apabila jumlah ahli kat bawah dia ada seramai 29,522 orang? Dan kalau la ada orang Melayu, orang Islam yang dungu seramai itu... ater yeop, ada logik ke duit 88K tu kadar keuntungan yang boleh didapati daripada modal RM100? Dan pulak, orang Islam yang dapat duit tu, akan terima aje ke habuan tu? Terima macam ianya adalah duit rezeki yang halal? What the f**k punya bangang orang Islamnya neh? Dulu sekolah kat dalam hutan di Papua New Guinea dengan sakai cannibal yang suka makan orang tu ke apa? Makan daging dan organ dan otak manusia sampai dapat Crutzfeldt-Jacob disease, dah psycho ya amat sebab ada penyakit "kuru", dan dah tak boleh diubat lagi dah?

I wonder who's that freaking human that is the dajjal here... just a curiosity, you know?


p/s: Dari Imran bin Hushain r.a ia berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa mendengar berita tentang dajjal, maka menjauhlah darinya!." (beliau mengulanginya hingga tiga kali), kerana orang yang mendatanginya, nescaya ia akan mengikutinya kerana menyangkanya sebagai orang yang benar dengan syubhat (kesamaran) yang dajjal bawa." [Sahih, Riwayat Ahmad]
  
p/s 2: Cannibalism has also been implicated as a transmission mechanism for abnormal prions, causing the disease known as "kuru", found primarily among women and children of the Fore tribe in Papua New Guinea. While the men of the tribe ate the body of the deceased and rarely contracted the disease, the women and children, who ate the less desirable body parts, were 8 times more likely to contract the disease from infected tissue.
 
p/s 3: satu lagi kumpulan orang Melayu yang tak sekolah yang guna sentimen agama buat skim piramid:
 


 
>>>>>>>>>>>>     <<<<<<<<<<<<

UPDATE: 
 
Ada lagik rupanya dajjal bahalol nak buat bzns jual ibadat pakai sistem penganiayaan perniagaan skim piramid. Dari mana dia orang ni semua datang ni? Menakjubkan tahap IQ masing-masing. Nak jadi kaya buat bzns, tapi matematik dan ekonomi tak faham langsung ke apa? Gilbab punya barua orang Melayu yang sesat dah tak jumpa jalan pulang dah neh. Excellent sungguh!




Apekehenye dah jadik pade oghang Ipoh ni weh? Saso ke ape? Ateeer... nak buat bzns bawak oghang pegi umrah, tapi plan pemasaran nye buat style skim piramid... kejadohnye yeop? Dan apekejadohnya blazer warne hijo pastel ceghah weh? Bute mate silo nanti yeop! Haisshh!


OK... sapa-sapa yang ada hasrat nak pergi umrah dengan duit haram laknat, silakan mendaftar dengan bahalol berkopiah ada janggut encem kat atas tu. RM300 aje beb, tak kan tak mampu bang, kak? Dengan RM300 sahaja, tetapi pastikan dapat 5 downline, dan kalau ada rezeki yang 5 orang tu pulak dapat cari 25 orang dan pastu dia orang pulak cari 125 orang bahalol lagi dan jumlah downline tu membesar lagi sampai ada 625 orang kat level 4.... poof! dengan RM300 tadi dah cukup belanja untuk pegi umrah! Lantak la kalau yang 625 orang tu memerlukan 390,625 orang downline lain untuk dapat jugak pergi umrah. Agihan dan pembahagian secara adil dan berkesan kepala hatok lu! Kiranya sapa yang lambat join bzns menatang ni, support orang yang join lebih awal la kiranya. Perniagaan cara Islam alaf baru neh! Plan pemasaran zaman jahiliyyah terkini. Pastu kalau takde aral apa-apa, dah boleh berangkat ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah dengan penuh tawadduk dan khusyuk... kalau tak kena sambar petir atau plane-crash la.

What the fuck? 


p/s lagik: Itu yang aku ni asyik nak mencarut aje tu. Itu yang bahalol pengamal MLM dan skim piramid di kalangan meleis suka jadikan modal untuk attack personaliti Aidid Mu'addib tu pulak. Sebab dia orang takde idea lain selepas perangai lintah-darat tak beragama dia orang dah tergelabak terkangkang didedahkan kat blog aku neh. Dan itu jugak disebabkan oleh sifat masing-masing yang sememangnya bangang-bahalol-bingai-sengap nak mampos, tarak sekolah punya olang! Well, FUCK ALL OF YOU MLM-SP PEOPLE! Kalau aku ngamuk sekali pun keluar kata kesat, at least aku takde hasrat atau terhingin nak ambik satu sen pun duit daripada orang Melayu lain dengan cara bzns korang tu woi samdol wei... you useless no good greedy dajjal Malays! Freaking fucking shites you are!