Showing posts with label Perihal diri. Show all posts
Showing posts with label Perihal diri. Show all posts

Monday, March 12, 2012

Sibuk atau Menyibuk?

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah diri ini masih lagi diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman & Islam. Subahanallah Maha Suci Allah. Allahu Akbar Allah Maha Besar. Lailahaillah tiada tuhan selain Allah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah tuhan semesta alam.

MasyaAllah lama saya tak update blog ni. Maaf atas kelewatan. Terlalu banyak perkara yang memerlukan untuk diselesaikan dalam masa yang terlalu singkat ini. Seminggu lebih di perantauan, perit dan jerih telah dilalui dengan bantuan sahabat-sahabat terhebat. Masa kan tidak, perjalanan ke Kemaman, Terengganu yang secara tiba-tiba tanpa ada perancangan teliti terlebih dahulu. Mujur sahabat berjiwa mulia membantu dari sudut pengangkutan, tempat tinggal dan lain-lain. Syukran sahabat, terasa ukhuwah fillah yang sebenar. Paling tidak dapat dilupakan adalah pengalaman sewaktu ke Jengka, Pahang. Sungguh mencabar dan menguji kesabaran. Situasi yang jarang saya hadapi sendiri iaitu menaiki bas tambang. Namun matlamat yang jelas memudahkan segalanya. 

Di pantai Teluk Kalung, membiarkan diri ditampar angin pantai
pada waktu hampir senja setelah lelah di makmal. Fuhh!

Malam di Jengka, terbang bersama sahabat setelah puas menjamu selera
masakan Kak Raja Ina (Ikan steam & sawi masak kicap ^^, sedap!)

Namun, dalam kesibukan yang melanda, ada perkara penting yang tak dilupakan iaitu pengajian di Shah Alam. Terlalu saya merindui suasana harmoni belajar walaupun dalam suasana hiruk pikuk kota. Juga tersangat merindui sahabat-sahabat seperjuangan di sana. Hampir 2 bulan berpraktikal bersama mereka yang tidak sefikrah membuatkan diri ini merindui pengajian ilmu lebih-lebih lagi pengajian agama dan berkitab. Sungguh, jiwa manusia ini mahukan pencerahan dan pengisian jiwa dan rohani yang berkala dan berterusan.

"Jiwa-jiwa perlukan makanan rohani, santapan tarbiyah dan minuman nasihat sentiasa. Jangan biarkan ia hanyut dengan arus masa yang tidak akan pernah kembali." Khadeeja Bisyir

Kini, tinggal seminggu je lagi untuk saya mengharungi latihan di tempat praktikal. Banyak lagi laporan makmal yang perlu disiapkan dengan segera untuk dihantar. Di fikiran terbayang sudah suasana Shah Alam. Perancangan blajar dan perniagaan yang lebih cerah di sana menanti penuh teruja. Mohon doa kalian untuk dipermudahkan segalanya. Buat sahabat di Jengka, selamat menempuhi peperiksaan akhir semester. Semoga kejayaan yang cemerlang milik kalian, InsyaAllah.

Friday, February 17, 2012

Cinta VS Rindu

Assalamualaikum wbt. dan salam sayang. Wee~

Ehem2, dilamun cintakah saya? huhu YES! I did it =) Opss Dengan siapa? Tunggu dia akhir post ye. hihihi Ok nak bagitau tadi tengok Semanis Kurma tajuknya 'Bercinta Lepas Kahwin'. Diorang ada bagi tips untuk tau kita ni sedang bercinta atau tak. Nak tau? huhu berbunga2 korang ni ye bila cakap tentang cinta. Ok lets check it out!!! =)

1. Selalu ingat mengingati.. camni ke? ^_^
2. Slalu sebut tentang dia..
3. Saling membela

Huhu pape pun nak bagitahu kat semua pembaca, EXCLUSIVE tau. Dah lama sebenarnya nak bagitahu, tapi tula tak update2 blog ni. *Alhamdulillah, sekarang da tiba masanya korang tahu* Korang je yang tahu dan diberitahu tau. Ehem. Untungla kan~ Selalu orang nasihatkan, 'Jangan bagitahu sape2 tau! Bagitahu awak sorang je ni.' Tapi kali ni saya tak nak cakap macam tu. Malah saya nak korang war2kan kat semua orang, seantero dunia. *Fuh penat keje macam ni. Gasakla. Nak tau sangat!* Here you go..

Saya dah bertunang. Wee~
Lama da sebenarnya.
Tunang saya adalah....
...
...
...
Kematian.

Dan baru pagi tadi saya terdengar tentang 'dia' di radio IKIM.fm. DJ Razak telah menemui dengan kematian awal pagi semalam (16 Februari 2012) *Takziah, Al-Fatihah* Rasa rindu pula pada 'tunang'. Pastu terbuka blog kawan, baca post tentang keadaan di Syria. Siri2 pembunuhan rakyat Syria yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) oleh pemerintahan zalim yang berfahaman Sunni. Maka ramailah yang mati syahid dan tak kurang juga yang cedera. Bertambah2lah tahap kerinduan saya. Benar setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Tapi ada kita fikirkan, cara bagaimana kematian itu akan melamar kita? Sudah bersediakah kita dengan hantaran kahwin berupa 'taubat nasuha'? Cukupkah 'amalan baik' untuk dijadikan 'mas kahwin' yang Allah SWT telah tetapkan? Fikir2kanlah. Semoga kita mengambil ibrah daripada perumpamaan ini...


Sedang tunggu untuk dilamar oleh 'kematian'
Dengan berbekalkan hantaran 'taubat nasuha'
Semoga kita mendapat husnul khatimah! Amin ya rabb..

Monday, February 13, 2012

Oh Lelaki!


Assalamualaikum wbt..

Hurm lelaki mana satu berdasarkan gambar di atas ni menjadi lelaki idaman anda? huhu Soalan kontroversi untuk pembukaan kali ini. Pilihla satu untuk dijadikan salah satu kayu ukur bagi pemilihan lelaki idaman anda. Opss bukan untuk perhubungan yang tiada matlamat dan hala tuju ye. Pemilihan harus dilakukan sekiranya kita da bersedia untuk menukar status kita ke 'alam baru'. =P Jika belum bersedia dari segi fizikal, mental dan MATERIAL, jangan gatal2 nak pilih ye. Takut jadi lain plak nanti.. huhu

Selama saya hidup di bumi Allah yg luas dan indah ini, tak ramai lelaki yang dapat saya kenali. Maklumlah saya ni dulunya sekolah perempuan sahaja. Jika ada pun, di sekolah agama dan asrama. Namun jarang sekali saya bergaul dengan mereka. Salah satu faktor utama, saya memang agak tidak selesa bergaul dengan lelaki. Jauh skali untuk mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana-mana lelaki yang saya tak kenal. Bukan tak percaya, tapi pergaulan bebas boleh melalaikan, bagi pendapat saya (Mungkin! Siapa tahu?)

*Gambar hanya sebagai hiasan. Chantek lukisan ni. =P

Baru-baru ni saya ditugaskan untuk memberikan sedikit ucapan atau dalam kata lain, saya perlu berdebat dalam satu program yang dihadiri oleh lelaki dan perempuan. Malah yang hadir itu, lebih banyak ilmunya dari saya, ALLAH.. Berdebar saya untuk berkata-kata hinggakan satu badan saya menggigil dan hilang idea untuk berucap. huhu

Sahabat senior ada gak bertanya, "Kenapa Ain nampak lain ye kali ni? Macam takut-takut untuk berucap dihadapan."

Saya dengan buntu menjawab, "Sebab ada lelaki kot.."

Hurm ntahla, tak tahu apa yang ditakutkan. Mungkin kerana ilmu yang sedikit atau memang saya rasa kurang selesa berasa dihadapan lelaki untuk berucap dengan lantang kali ini. *Dulu slalu je.* Setiap orang pasti akan berubah setiap 5 tahun. Ekonomi negara dan pertumbuhan negara juga berubah setiap lima tahun. Malah rentak dunia juga pasti berubah dalam suatu jangka masa. Jadi saya tak terkejut dengan perubahan ini.

Cintailah Allah dan Rasul terlebih dulu untuk mendapatkan cinta sejati si dia.. =P

Sekadar untuk renungan bersama, perempuan fitrahnya adalah untuk lelaki. Juga sebaliknya, lelaki fitrahnya adalah untuk perempuan. *Jangan sejenis lak. Nanti tak berkembang malah dilaknat Allah!* Bagaimana pembawakan kita sebagai seorang perempuan, lelaki yang setaraf dengannya jualah yang akan menjadi pasangan kita kelak. Jadi persiapkanlah diri dengan ilmu, material dan amalan yang secukupnya. Kalau kita nak yang baik, kita pun kenalah baik. Jika kita nak yang berilmu, kita pun kenalah berilmu. Begitulah aturannya.

Harap lelaki di luar sana tak terasa hati dengan post kali ini. Ngee~

Thursday, January 26, 2012

Buku & Aku


ASSALAMUALAIKUM WBT..

>Buku<

Alhamdulillah dan syukur atas rezeki yang diterima daripada Allah SWT yang berupa Baucher Buku sejumlah RM200. Malam tadi baru selesai menggunakan sebanyak RM100 untuk membeli buku pilihan. Buku ini telah lama diimpikan untuk memilikinya. Alhamdulillah impian itu tercapai.


"Tak salah berangan-angan dan berimpikan sesuatu, asalkan ada usaha untuk mendapatkannya. Jangan pula menjadi seperti Mat Jenin yang hanya berangan-angan, namun tiada sekelumit usaha yang dilakukan. Tanpa usaha, hasil tak akan diperolehi."

Antara buku yang telah berjaya dimiliki... ♥


~Salah satu buku yang akan dijadikan panduan untuk berjaya dalam perniagaan~

~Hasil pembacaan buku 'Aku Terima Nikahnya' telah menjadikan buku ini sebagai koleksi peribadi untuk persiapan buat diriku~

Selain buku-buku ini, beberapa buah buku latihan, novel dan alat tulis saya belikan dan diberikan kepada adik-adik untuk mereka bersama-sama dapat merasai nikmat rezeki Allah ini. Semoga ianya dapat digunakan dengan sebaiknya agar tidak mengufuri nikmat berterusan Allah yang Maha Pemurah.

*****

>AKU<

Untuk pengetahuan, saya sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat swasta yang berkaitan dengan kimia proses. Ditugaskan sebagai pembantu jurutera dalam menghasilkan tender dan sekali sekala akan melawat 'Offshore' untuk melihat dan melakukan sendiri proses pembersihatan tangki tekanan 'Pressure Vessel'.

Setelah dua hari menjalani praktikal yang masih kurang tugasannya, buku 'Aku Terima Nikahnya' inilah yang menemaniku. Malu jua membacanya di hadapan staf pejabat yang kebanyakkannya telah berumahtangga dan kesemuanya lelaki. Moga-moga segalanya baik-baik saja Ya Allah.

Buku yang dipinjamkan oleh seorang sahabat. Syukran ya sodiqoti! =)

Setakat itu dulu buat masa ni. Doakan perjalanan saya selamat daripada Kajang ke Terengganu untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak tersayang.

Thursday, November 18, 2010

Hakikat Dunia



"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan. Kebatilan akan mendekatkan kamu dengan syaitan."

Lama aku berfikir. Merenung maksud kata-kata itu.

Benarlah kata orang: "Jika kita dapat sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu."

Kita dapat baju, kita hilang duit. Kita dapat kenyang, kita hilang makanan. Pendek kata itulah sunnatullah kehidupan. Ironinya, masih ramai yang ingin menentang arus. Tidak pelik.

"Only dead fish swims with the stream."

Hmm...tapi kata-kata itu boleh ditafsirkan dengan makna yang berbeza...itulah manusia, kita sentiasa percaya yang kita ini yang paling hebat. Maka setiap orang ingin mengeluarkan pendapat. Itu tidak mengapa. Yang malangnya setiap orang tidak ingin dikritik. Semacam dia yang maha hebat. Tidak ada cacat dan cela!

Tafsiran akal itu datangnya dari paradigma kita. Paradigma itu mudahnya kita ertikan sebagai cara pandang. Cara pandang kita menentukan apa yang kita dapat. Jadi paradigma yang betul akan melahirkan cara pandang yang tepat.Persoalannya mana satukah paradigma yang tepat?

Seorang pengguna iPhone tatkala mengalami masalah dengan iPhone canggihnya pasti akan mencari mereka yang serba tahu tentang iPhone. Tidak akan dicarinya seorang doktor perubatan kerana ubatnya bukan disitu.

Manusia pun sebegitu. Membina paradigma yang betul memerlukan kepada rujukan yang betul. Rujukan yang salah memang masalah! Maka rujukan kita penduduk dunia pastinya Al-Quran yang didalamnya terkandung manual untuk ke syurga dan jalan ke neraka. Pilih dan nikmati hasilnya =)

"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudahkan," masih terngiang-ngiang pesanan yang acapkali disebutkan kepadaku.

"Antara fatwa dan takwa, awak pilih yang mana?" Soalan yang menutup bicara ku petang itu. Sungguh dunia ini tempat melakukan amalan sedang akhirat tempat kita menikmati ganjaran.

Thursday, October 28, 2010

Im Not An Angel.


Aku hanyalah sahabat...

Yang tak dapat memberi kegembiraan kepada dirimu..

Yang tak dapat memberi banyak ketawa kepada dirimu..

Yang tak dapat menghiburkanmu selalu, seperti orang lain buat padamu..

Yang tak dapat meluahkan kasih sayang yang banyak kepadamu..

Perlu dikau tahu...

Aku hanyalah seorang sahabat biasa dan lemah..

Walaupun dikau ungkap semua di atas tak penting bagimu daripadaku..

Tetapi kau perlu tahu, aku punyai hati dan mata yang melihat..

Akan dirimu yang kadang2 bosan dengan diriku..

Bukan aku tak pandai menghiburkanmu, tetapi aku khuatir hiburanku membuatkanmu lalai..

Bukan aku tak sayang padamu, tetapi sayangku hanya pada illahi..

Tegurku tanda sayang, nasihatku tanda cinta..

Tetapi aku melihat kadang2 dikau tidak mampu menerimanya..

Maka aku sedar...

Aku hanyalah temanmu, bukan sahabatmu..

Dikau banyak membiarkan aku sendirian..

Dikau banyak tidak mengingatkanku..

Dikau banyak tidak menasihatiku..

Dikau anggap aku telah tahu semuanya..

Sedangkan seorang sahabat adalah seorang yang mengasihi kita, menegur kita & menasihati kita...


Maaf. Menciplak. Ngee~

Tuesday, October 12, 2010

Musibah Membawa Mahabbah


Salam Sayang, mahabbah dan ukhuwwah fillah. Alhamdulillah diri masih diberi kesempatan waktu untuk meng'update' blog ni. Atas nikmat iman & Islam, saya masih lagi bernafas dan bernyawa untuk meneruskan penulisan di blog ni. ALHAMDULILLAH!

Sahabat2, kita tidak mengetahui bila tarikh, detik, saat dan waktu kematian kita. Jadi selalulah kita mengingati kematian agar kita sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Kerana bila2 sahaja Allah boleh tarik kembali nyawa kita untuk bertemuNYA. Untuk pengetahuan sahabat2, malaikat maut (Izrail) sering menjenguk kita setiap hari. Malah tidak pernah lepas dari pandangan kita sebanyak 70kali dalam sehari. Bertapa kematian itu terlalu hampir dengan kita, cuma kita sahaja yang tidak sedar dan lihat kehadirannya. Sedikit perkongsian dari diriku.

Sahabat2, Rasulullah saw pernah melihat sendiri malaikat pembawa wahyu (Jibrail) sewaktu di Sidratul Muntaha semasa Israk Mikraj. [Surah AnNajm, ayat 13-18] Kerana besarnya Jibrail, Jibrail hanya boleh menyerupai manusia sahaja di bumi. Ketika Jibrail menunjukkan rupanya yang sebenar, Rasulullah saw terpegun dengan kebesaran rupa Jibrail. Sahabat2, apabila Jibrail melebarkan sayapnya, dengan satu sayap sahaja sudah cukup untuk menutupi langit. Malah Jibrail, mempunyai 600 sayap. Lalu Rasulullah berkata, sesungguhnya kamu lah makhluk yang paling besar. Namun, Jibril berkata tidak. Izrail lebih besar. Izrail mempunyai 1000 sayap, 1 sayapnya seluas 600 sayap Jibrail. Sahabat2, bertapa besarnya kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Sekiranya kita boleh melihat rupa sebenar Izrail, pasti kita akan berasa gerun setiap kali berjumpa dengannya. Bayangkan 70 kali dalam sehari! Subahanallah..

Sahabat2, ketahuilah musibah adalah cara yang Allah tunjukkan pada kita supaya kita mengingatiNYA kembali. Mungkin kita telah kufur nikmat dengan pemberianNYA. Mungkin kita telah terleka dengan kesenangan yang diberikanNYA. Namun, DIA masih sayang dan kasih pada kita. Buktinya, DIA memberikan kita musibah untuk kita kembali mengingatiNYA. Maha Suci Allah, bertapa mulianya tuhan. Jika kita dengki dengan orang lain, pasti kita tidak akan menghiraukannya. Malah menjauhinya. Namun, Allah sedikit pun tidak pernah menjauh dan tidak menghiraukan kita sewaktu kita tidak dapat menerima takdir Allah. Malah, DIA berusaha untuk mengembalikan ingatan kita padaNYA. Maka, seringlah bersangka baik denganNYA dan setiap perkara yang berlaku atas diri kita. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. DIA Maha Mengetahui segalanya. Yakinlah dengan janjiNYA, pasti!

Sahabat2, apabila mendengar sahabat kita ditimpa musibah, pasti ucapan takziah dan khabar berita ditanya. Pelbagai nasihat dan pengajaran yang diselitkan. Jika sebelumnya kita berasa keseorangan, tiada yang 'care'. Dengan tiba2, ramai yang akan bertanya khabar berita, meluahkan perasaan duka, berkongsi cerita, menjaga keperluan kita dan mendoakan kesejahteraan bersama. Terhibur seketika apabila diri menjadi tumpuan ramai orang. Bertapa indahnya musibah, timbulnya mahabbah sesama sahabat, maka ukhuwwah kembali terjalin. Yang jauh terasa dekat, yang dekat terasa mesra. Hm mungkin kisah dan jalan cerita musibah ini diadaptasikan dari diri sendiri, namun jangan tersalah faham. Ianya hanyalah sebagai pengajaran buat kita semua. InsyaAllah (^_^)V

ALLAH IS THE BEST!

Sunday, December 20, 2009

Happy Birthday to:


Teacher Airil (my dad) 11th December

Miss Afiqah (my sis) 16th December
sebelah dia adalah my cousin ye.

Dr. Anyssa (my cousin) 19th December
And also to all people that has born on December. I'm sorry if I forgot to wish on your birthday.. hehehe perhaps I don’t noticed. So claim it!




Present :)

Tuesday, December 15, 2009

Luahan rasa secebis kata


“… dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” [Al-Baqarah:216]

*****************

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar, Ia beri kaktus berduri. Aku minta kupu-kupu, Ia beri ulat bulu. Aku sedih dan kecewa. Namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali, ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik. Itulah cara Tuhan, indah pada masaNya. Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi Ia memberi apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita kecewa dan terluka, tapi jauh di atas segalaNya, Ia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

*****************

Kita umumnya senang dengan pelangi tapi tak mau menerima sedikit hujan. Berikut ini, cara menerima hujan untuk mendapatkan pelangi.

Izinkan diri untuk bersedih.
Saat mengalami peristiwa yang menyedihkan, izinkan diri sendiri untuk merasakan berbagai jenis emosi yang berbeza. Perasaan ini akan hilang dengan berlalunya waktu.
Kuatkan Iman.
Biarkan hati tetap terbuka dan jangan pernah melepas harapan.
Terima perasaan seperti apa adanya.
Bicara dengan teman positif yang pernah mengalami kejadian serupa atau bergabung dengan kelompok pendukung.
Tetapkan tujuan realistis.
Beri sedikit penghargaan kepada diri sendiri atas setiap prestasi kecil yang sudah diraih. Ini akan membuat anda melangkah maju dan makin dekat dengan kebahagiaan.

*****************

Monolog dalaman..

Sering kali orang melihat diriku ceria,
tingkah lakuku menghiburkan mereka,
celotehku membingitkan suasana..

Namun di sebalik itu semua,
aku tetap insan biasa,
hamba Allah yang Esa,
punya perasaan jua,
masalah menggunung tiba,
hajat hati orang muda..

Senyum tidak bererti suka,
nangis tidak semestinya duka,
cemerlang tidak bererti berjaya,
gagal tidak semestinya selamanya..

Mungkin aku leka dengan dunia,
Mungkin aku biasa ceria,
Biar aku disisih mereka,
Biar aku menangis hiba,
asal aku dekat denganNYA..

Ya Allah Ya Rabbi,
aku cuba dekati kembali,
sejarah nabi lantasku singkapi,
pengajarannya ku teladani,
moga diri mula menyinari..

Buat sahabat yang disayangi,
mohon tunjuk ajar diri,
yang salah boleh diperbaiki,
semoga ukhuwwah kita diberkati..



AienAiril

00:06

15 Dec 09

room of me

deep bottom from kalbu


harapan tinggal harapan
selagi realiti belum realiti..

Wednesday, December 9, 2009

Wajah Baru Semangat Baru!

Alhamdulillah akhirnya selesai juga pemulihan dan penambahbaikan pada blog saya ini. InsyaAllah dari semasa ke semasa, saya akan pastikan hanya yang terbaik untuk pembaca blog saya kerana disinilah tempat saya boleh berkarya dan meluahkan segalanya dengan mudah. Saya juga berharap wajah baru blog ini dapat memudahkan sahabat2 serta memudahkan kerja dakwah kita.

Dengan wajah baru blog saya ini, saya lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan apa yang telah saya mulakan dahulu. Harapan yang tinggi juga agar penulisan dan karya saya sedikit sebanyak dapat memberi impak dan kesan dalam pemikiran pembaca blog saya. Saya tidak mendoktrin atau memaksa pembaca blog saya untuk menerima pendapat dan pandangan saya, tetapi untuk membuatkan pembaca blog saya berfikir dan membuka luas pemikiran agar kita menjadi umat yang peka dan bijak.

Akhir kata, terimalah sebuah lagu pemangkin semangat jihad kita terhadap agama suci kita agama Islam. Segala perbuatan kita pasti akan dihitung kelak. Dan sewaktu perbicaraan nanti, kita akan sedar, hanya Islam dapat menyelamatkan kita dari api neraka. Biar kita susah dan merana di dunia yang sementara ini daripada kita susah dan merana di akhirat yang kekal kelak.

Wallahualam.. :)


Mujahid Setia

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Ayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia


Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hinggal ajal kan menjelang


Henyahkan rasa takut dan gentar

Walau raga kan meregang nyawa

Kerna Allah tlah janjikan syurga

Untukmu mujahid setia


ALLAHU AKHBAR!

Saturday, October 31, 2009

Jangan tiru 'keberanian' saya!


Tahu tak apa itu:

KESETIAAN?
maksudnya bersama sentiasa dengan buku walaupun masa rehat dan makan

KEBAHAGIAAN?
maksudnya bergolek-golek atas katil dengan buku

KESUNGGUHAN?
maksudnya berjaga semalaman terutamanya pada malam terakhir

PENGORBANAN?
maksudnya melepaskan buku pada waktu-waktu paling genting

KEBERANIAN?
maksudnya masuk dewan peperiksaan walaupun tak habis baca buku!!


Saya berani mencuba untuk mendapatkan 4 flat sem ni!

Paling kurang pun dekan.

Sunday, October 4, 2009

Latest update.

Alhamdulillah, hari ini ain masih hidup dan bernafas dalam cinta dan kasih sayang Allah. Di samping, masih kekal merasa nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan pada sesetengah manusia. Namun, sesekali nafas ini menjadi sesak dalam cinta dan rindu terhadap sahabat seperjuangan. Hati ini rindu untuk bersama sahabat dalam melaksanakan perjuangan suci dan murni ini. Namun, jarak dan waktu sering menjadi penghalang terbesar buat kita. Tetapi percayalah bahawa doaku sentiasa mengiringi kalian. Mungkin ini tarbiyyah dari Allah untuk menyedarkan ain sendiri. Yela, apabila berada jauh dari sahabat, diri seolah-olah jauh juga dari Illahi. InsyaAllah, ain akan perbaiki hubungan keduanya.

"Seseorang yang gagal menagih kasih dari insan lain, tidak perlu kecewa kerana Allah sentiasa memberi kasih kepada mereka yang mengingatiNya.. Seseorang itu akan berasa sunyi jika tidak bersama insan yang dicintainya, tetapi jika kita kasihkan Allah sebenar-benarnya,maka kesunyian itulah yang dicari untuk mengingatiNya, kerana cintaNya hanya dimiliki oleh insan yang dipilihNya..."

Lama rasanya tak update blog. Maaf, kesibukan yang melanda ditambah pula dengan masalah-masalah lain membuatkan ain xsempat nak post entry baru. Hm nak cite sikit tentang raya kali ni. Agak sederhana, tak semeriah raya2 lepas. Mungkin sebab saudara semua balik kampung masing-masing, no baju raya (kain ada tapi xsempat anta jahit..) & adik tak cukup.. My dad pun macam malas nk raya sangat kali ni.. Actually mmg raya kat KL xseseronok raya kat kampung. Tapi nak wat macam mne, kampung kat KL.. Cumenya raya kali ini ktorg salam maya ngan adik. New experience and fun! =)

Many things happened lately. Start pose, adik da fly. In the middle of Ramadhan, our friendship 'goyah'. Akhir raya, granny saket, masuk wad. Ramadhan berlalu tanpa sedar sehingga Lailatul Qadr pun xtau jumpa ke x. Raya, not so good. Naik cuti raya, assignment and project banyak. Health in low condition. Car broke. Tapi nasib baik dapat banyak wit raya.. =) Sekurang-kurangnya, boleh simpan for my future.

Owh lupe. Raya hari tu ktorang jadi jugak buat konvoi raya sahabat selangor but area Cheras-Bangi only. 4 members joined. It was fun, visiting them and their family. Sampai kantoi ngan mak Bil. hehehe New culture to be continue. Even though, ktorang sangat rapat kat UiTM, ni la kali pertama jumpa family dorg walaupun da 2 tahun kitorang saling mengenali. Hope next eid, more sahabat will join us. Tapi masa tu kami da jadi alumni la.. =)

Raya jugakla telah menemukan semula me and my best friend, Fatihah. Walaupun kitorang jumpa kejap tapi that moment was so meaningful and will be remembered. Dia seronok blaja kat Mesir. Banyak jugak pic dia tunjuk dgn culture sana yang memang lainla dengan Malaysia. Pape pun ain doakan agar Fatihah dapat jadi Dr. Fatihah =) BTW, thanks fwen 4 the jubah. love it! nak pesan jilbab and purdah plak boleh? huhu XD

Now, I am having my new hp, myiman. Many things can be done with this cell phone. No more double hp, no longer carrying tafsir Al-quran, no more worries on not having a camera, easily listen to Mathurat and so on. But I have to cover up my cash for having this hp. erm Thanks to the inventor of this cell phone because makes me always remember HIM.

sape ada baby, nak pinjam blh?

Friday, September 18, 2009

Happy Eid Mubarak~


miss my sahabats..
jom konvoi selangor lak!!

Monday, September 7, 2009

Wasting Time


In this weekend, I think me wasting lots of my time with things that are not so important. I don't know why. But I just regret it now when its time to weekdays.. Owh God please helps me! If I could rewind the time, I will recover back my wasting time. Hm could I?

My proposal

Tests

Quizzes

Project CSC

Lab reports

and many more..

I can always ask people to pray for me. Will you? But if I myself don’t have any effort to change it, it never happens. Me, wake up! Final is around the corner.. Hm I have to share this with you all, as reminder to you and me as well..

Dari Abu Hurairah r.a. memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : “Antara keindahan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya.” [H.R. Ibnu Majah & At-Tarmizi: Hasan]

Pengajaran Hadis:

Allah tidaklah menjadikan manusia suatu makhluk yang sia-sia hidup di dunia ini tanpa tujuan. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w. mengajarkan umat Islam agar memohon ilmu yang berguna, iaitu ilmu yang dapat diamalkan bagi kepentingan hidup di dunia dan seterusnya kepentingan di akhirat.

Seseorang umat Islam disarankan memilih sesuatu berdasarkan kedudukannya yang lebih utama, utama, terbaik, baik, sederhana dan sedikit baiknya. Mana-mana yang tidak berguna hendaklah terus dibuang atau ditinggalkan.

Umat Islam tidaklah wajar hidup tanpa tujuan dan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Dalam perancangan itu hendaklah ditinggalkan sesuatu yang tidak berguna kepada agama, diri dan keluarga. Jika ada orang yang mengamalkan bid’ahnya dalam suatu masyarakat, maka tinggalkan dia dengan bid’ahnya, janganlah terikut dengan kesesatan, sebab dia mensia-siakan hidup anda!

That’s make me think, am I doing the ‘sia-sia’ things? Am I in sin?? Owh God please forgives me! I will change to better person that think and do only the important things for my Religion, myself and my beloved family.. I’m sorry mummy, daddy..