followers

busuk.org

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

Sabtu, 1 September 2012

Fakta yang harus kita tahu


Fakta yang harus kita tahu

~ Bila kita jahat
-pasti ada orang benci

~ Bila kita baik
-pasti ada orang pulak yang meluat

~ Bila kita ikut suruhan agama
-pasti ada orang cakap kita berlagak alim

~ Bila kita ingkar suruhan agama
-pasti kita dikeji

~ Bila kita ikut peraturan
-pasti ada yang kata kita skema

~ Bila kita langgar peraturan
-pasti dikata tak makan saman

~ Bila kita pakai sopan
-pasti ada yang kata 'kampungan'

~ Bila kita pakai seksi
-pasti ada yang kata sungguh kurang sopan dan baju tak cukup kain.

~ Bila kita bagi nasihat
-pasti ada yang kata kita suka jaga tepi kain orang

~ Bila kita tak bagi nasihat
-pasti kita dikata tidak prihatin

fitrah manusia.....ish ish ish..

Isnin, 27 Ogos 2012

Legenda Neil Armstrong meninggal dunia bersama 'misteri'




LEGENDA Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di bulan, meninggal dunia hari ini.

Bagi kebanyakan orang, Armstrong seorang hero Amerika Syarikat (AS) yang melakukan misi mustahil. Beliau memenuhi visi mendiang Presiden John F. Kennedy yang meletakkan seorang lelaki di bulan di sebelum akhir dekad.

Armstrong berjalan di bulan melaui paparan di televisyen dan disaksikan oleh 500 juta manusia empat dekad lalu. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mencetuskan harapan untuk manusia menjelajah ke ruang angkasa lepas selepas itu.

Apa yang Armstrong alami hari itu menjadi kontroversi apabila siaran radio senyap selama dua minit serta mengejutkan penonton dan menimbulkan banyak teori apa sebenarnya berlaku.

Menurut maklumat gambar dokumen-dokumen kerajaan yang bocor, Armstrong bukan hanya melihat ketandusan permukaan di bulan ketika itu, tetapi sesuatu yang lebih penting.

Merujuk dakwaan pihak dalaman agensi angkasa lepas, Nasa dan radio HAM dikatakan memintas penghantaran, apa yang Armstrong saksikan itu mengubah hidupnya, dan membawa kepada pengabaian misi lunar yang dikendalikannya.

Menurut dokumen yang bocor, dua kapal angkasa besar menonton pendaratan Apollo 11 dan melihat Armstrong dan Buzz Aldrin berjalan di bulan. semasa Apollo 11 melakukan pendaratan, selama dua minit radio menjadi senyap. menurut Nasa, masalah ini timbul dari salah satu daripada dua kamera televisyen yang terlalu panas, sekali gus mengganggu penerimaan isyarat.

Sebenarnya apa yang berlaku, menurut pelbagai sumber, Armstrong dan Aldrin dilihat oleh satu objek lain semasa proses mendarat di bulan.

Menurut Timothy Baik, pengarang Above Top Secret (1998) operator radio HAM menerima isyarat VHF yang dihantar dari Apollo 11 ke ibu pejabat Houston Nasa, memintas mesej yang disaring oleh Nasa daripada orang ramai berikutan tempoh dua minit radio hilang siarannya.

Kemudian pada 1979, Maurice Chatelain, bekas jurutera komunikasi Nasa berkata, detik Armstrong melihat dua UFO di kawah lunar telah disembunyikan daripada pengetahuan media dan umum oleh Nasa.

"Pertemuan ini adalah pengetahuan umum dalam Nasa, tetapi tiada siapa yang telah bercakap mengenainya sehingga kini," kata Chatelain. Katanya: "... semua penerbangan Apollo dan Gemini telah diikuti, kedua-duanya pada jarak dan kadang-kadang agak rapat, oleh kenderaan angkasa yang berasal dari ruang angkasa - piring terbang atau UFO.

Setiap kali ia berlaku Misi Kawalan diarah untuk menjadi senyap secara mutlak."

Kehilangan dua minit disebabkan radio menjadi senyap semasa Apollo 11 mendarat, satu cubaan oleh Nasa dibuat untuk menutup keadaan sebenar yang dilihat oleh Armstrong di bulan? Adakah UFO yang dilihat?

Menurut Aldrin dalam beberapa wawancara akhbar, Appollo 11 sememangnya merakam UFO semasa dalam perjalanan ke bulan. Aldrin menerangkan bagaimana angkasawan Apollo 11 mengelak menyebut perkataan UFO dan sebaliknya meminta Houston tentang lokasi pelancaran roket Saturn V.

Kebenaran Aldrin masuk menyebabkan gangguan dua minit siaran radio bukan disebabkan UFO dan Armstrong membuat laporan tentang ini. Pandangan Aldrin juga menyokong Chatelain bahawa terdapat lebih daripada satu kenderaan ruang angkasa menonton pendaratan Apollo 11 di bulan.

Adakah terdapat mana-mana sumber lain yang menyokong tuntutan kontorversi bahawa Armstong telah menyaksikan dua kenderaan di ruang angkasa ke atas lunar yang menonton pendaratan Appolo 11.

Sumber: SH

Selasa, 21 Ogos 2012

Spesies burung hantu baharu ditemui di Filipina


As'salam


Dua spesis baharu burung hantu yang dikenali sebagai burung hantu Cebu dan burung hantu Camiguin.
spesis ini antara yang telah ditemui baru-baru ini oleh sekumpulan saintis dan pemerhati burung yang telah menemui 10 spesies baharu burung hantu di Filipina dengan menggunakan peralatan canggih.

Burung hantu ini juga dikatakan mengeluarkan bunyi yang berbeza.

Isnin, 20 Ogos 2012

Eid Mubarak dari Samir Nasri


As'salam




Inilah cara menyampaikan ucapan raya paling unik yang pernah gua lihat.
'Eid Mubarak' (selamat hari raya) dari Samir Nasri

Meizu MX versi baru berspesifikasi tinggi


As'salam



Syarikat elektronik China, Meizu, dijangka akan melancarkan telefon pintar berspesifikasi tinggi bulan depan.
Meizu MX versi terbaru ini dikatakan disokong prosesor ‘quad core’ buatan Samsung, RAM 2GB, memori
dalaman 64GB serta sistem Android Ice Cream Sandwich. manakala keluasan skrinnya adalah kira-kira empat inci.

INFO: Meizu MX

− Saiz: 121.3 x 63.3 x 10.3 mm
− Berat: 139 gram

− Memori: 16 GB memori dalaman dan 1GB RAM

− Kamera: 8 Megapiksel, autofocus, LED flash

− OS: Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)

− Data: GPRS, EDGE, WLAN, Bluetooth, USB


Ahad, 19 Ogos 2012

salam aidilfitri


ASSALAMUALAIKUM


"Cahaya ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati"

Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat,
rakan-rakan blogger,facebook dan twitter.

di mana juga anda berada..

ikhlas dari: 

AKUSIJEBAT

Sabtu, 18 Ogos 2012

Program realiti tawar tiket ke Marikh


As'salam



THE HAGUE, Belanda - Sebuah program realiti televisyen akan menghantar empat angkasawan ke planet Marikh pada April 2023.

Penghantaran itu tujuh tahun lebih awal daripada rancangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).

Projek itu dikenali sebagai Mars One dan pencarian angkasawan tersebut akan bermula pada tahun depan.

Menurut jurutera mekanikal, Bas Lansdrop, 35, kos untuk melaksanakan misi itu ialah AS$6 bilion (RM18.79 bilion) dua kali lebih tinggi daripada kos kenderaan robotik Curiosity milik NASA.

Kehidupan angkasawan itu akan dirakamkan dan mereka tinggal dalam kapsul yang berasingan.

Kapsul, makanan dan kenderaan robotik akan dihantar antara 2016 dan 2022.

Berdasarkan rancangan Lansdrop, kumpulan pertama melibatkan empat angkasawan itu akan disertai oleh beberapa orang lagi sehingga terdapat satu koloni manusia seramai 20 orang sedekad kemudian di Marikh.

Kredit: Kosmo

Jumaat, 17 Ogos 2012

10 Surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara


10 Surah dalam Al-Quran dapat mencegah 10 perkara

Jom kongsi..

1. Surah Al-Fatihah
mencegah kemarahan Allah SWT.

2. Surah Yasin
mencegah kehausan di hari kiamat

3. Surah Ad Dukhan
mencegah kesusahan di hari kiamat.

4. Surah Waqi'ah
mencegah kefakiran.

5. Surah Al Mulk
mencegah seksa kubur.

6. Surah Al Kautsar
mencegah permusuhan.

7. Surah Al Kafirun
mencegah kekufuran ketika dicabut roh.

8. Surah Al Ikhlas
mencegah kemunafikan.

9. Surah Al Falak
mencegah iri hati seseorang.

10. Surah An Nas
mencegah was-was.

p/s nak tahu lebih lanjut sila baca dan fahami maksud surah2 demikian.

Selasa, 14 Ogos 2012

30 petua kukuh ikatan cinta


As'salam


MENCINTAI dan dicintai adalah naluri yang dimiliki semua makhluk di
muka bumi ini. Selain manusia, makhluk yang menghuni isi alam ini
termasuk haiwan juga dianugerahi perasaan sedemikian.

Rasa cinta, kasih sayang dan membina impian untuk hidup bahagia
bersama pasangan yang dicintai menjadi harapan kepada pasangan
bercinta.

Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta
sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu
bersatu dan membina kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.

Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap
perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih
pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada
pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan
akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini. insyallah..

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia
berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang
berada jauh darinya.


- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang
betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah
akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah
semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti
magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif
terhadap semua orang di dunia ini.


- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta
maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang
terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan
akan membenci anda.


- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-
bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling
menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan,
wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang
sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan
hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih
sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang
dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini
secara berterusan hingga berjaya.

- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan
hasrat kepada bakal pasangan.

- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki
akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun
sebenarnya wanita yang memulakannya.

- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah,
mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau
kurang sopan terhadap bakal pasangan.

- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan
kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada
diri sendiri.

- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal
pasangan rasa selesa.

- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada
bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada
kita.

- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain
serta seronok untuk didampingi orang lain.

- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan
benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci
atau tidak tertarik kepada kita.

- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk
berkenalan dengan lelaki lain.

- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas,
tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap
pemberian lelaki terbabit.

- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian,
penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki
janganlah terlalu berjimat atau kedekut.

- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran,
kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.

-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang
ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan
bakal pasangan.


- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan
perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan
membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan
sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.


- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang
anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.


- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki
membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

Kredit: semanis kurma

Dari blogger ke DJ?


As'salam


Alhamdulillah semenjak gua menjadi seorang blogger ni, rezeki tak putus2..
walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tapi gua memang happy giler..
mungkin jugak berkat Ramadan Al-Mubarak ni sebab dalam bulan ni jer banyak dah gua dapat
hasil dari berblog (sekali lagi bukan RM) hehehe...

Nak gak gua citer? oklah..gua kongsi2 la ek..
menjak dua menjak ni hehe mcm hikayat hang kebun la plak..
gua dah dapat banyak manfaat dari blogging ni, antaranya...
gua pernah menang kontes dari denaihati. dapat 10,000 trafik+T Shirt (T Shirt blm sampai)
pastu dapat jemputan ke majlis berbuka puasa (limited blogger)
pastu dapat kad raya, menang kontes skali lagi (kad raya gak)
dan baru-baru ni dapat berkumpul beramai-ramai dengan rakan blogger yang lain (sabah)
dalam satu majlis yang kami buat untuk blogger di sabah.

Dan yang paling terkini, gua dapat tawaran untuk menjadi DJ di salah sebuah stesen radio online
(radio internet) iaitu Fuiyo fm. hehe.. tak sangka plak dari blogger ke bidang DJ..nak dijadikan cerita, gua memang tersangatlah teruja sebab keje ni la jadi idaman gua sejak dulu lagi hehe..tapi dalam masa yang sama kepala lutut gua memang gementar..apa tidaknya ini la kali pertama dalam hidup gua bersiaran, dah la suara macam katak haha... tapi insyallah gua ambil ini sebagai cabaran.
dan insyallah kalau takde aral melintang, maka korang berpeluanglah mendengar gua di udara pada rabu ni.
dan kat radio,korang boleh kenali gua sebagai DJ Billy hehehe...

harapan gua, semoga korang terus memberikan sokongan pada gua tak kira dalam bidang apapun dan doa kan semoga semuanya berjalan lancar hehe...

Oklah..imsak dah nak masuk pun,so gua sahur dulu la ye..
wasalam.

Isnin, 13 Ogos 2012

Kapal persiaran Celebrity Reflection sedia untuk berlayar (gambar)

As'salam





Inilah rupa bentuk kapal persiaran Celebrity Reflection, antara kapal persiaran yang dianggap terbesar pernah di direka. Kapal sepanjang 319 meter ini mempunyai bilik untuk 3000 penumpang dan menelan kos sebanyak AS$750 juta (RM2.3 billion) untuk membinanya.

Celebrity Reflection dijangka akan memulakan pelayarannya pada Oktober ini dari Amsterdam ke Barcelona.

p/s teruja yang amat..

Sabtu, 11 Ogos 2012

Bermain piano di udara


As'salam



VILNIUS, Lithuania - Seorang pelagak ngeri berpura-pura bermain piano yang diangkut sebuah belon udara panas di sini semalam. Pertunjukan itu diadakan sempena Festival Piano. - AFP

Sumber: Kosmo

p/s macam2 cara nak tonjolkan diri

Berjalan di atas kabel tanpa jaring keselamatan


As'salam


BANDAR ATLANTIC, New Jersey - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 396 meter dan setinggi 30 meter di sebuah pantai di sini kelmarin.

Bagaimanapun, Wallenda yang berusia 33 tahun melakukan aksi tersebut tanpa menggunakan peralatan abah-abah keselamatan. seorang guru, Norren Saggese yang tinggal di Resort Tropicana dan Kasino di sini berkata: "Tidak ada jaring dan abah-abah keselamatan (semasa Wallenda melakukan aksi tersebut).

Seramai 150,000 orang menyaksikan pertunjukan pelagak ngeri itu.


Info:  Pada 15 Jun lalu, Wallenda berjalan di atas kabel di Air Terjun Niagra yang terletak di sempadan AS dengan Kanada.

Sumber: Kosmo

Jumaat, 10 Ogos 2012

Weirschke pertahan gelaran penaip mesej terpantas di AS


As'salam



NEW YORK - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Austin Weirschke dari Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kejuaraan dengan memenangi pertandingan menaip khidmat pesanan ringkas paling pantas di negara ini.

Weirschke menang selepas dia bertarung dalam lapan pusingan di New York Times Square di sini kelmarin.

Dia memenangi hadiah wang tunai berjumlah AS$50,00 (RM154,966) dalam pertandingan anjuran syarikat pembuat telefon, LG Electronics. seramai 11 orang peserta dari AS bersaing dalam pertandingan tersebut.
kesemua peserta pertandingan menggunakan jenis telefon bimbit yang sama iaitu LG Optimus Zip dengan papan kekunci QWERTY.

Pertandingan itu menguji tiga tahap kecekapan peserta itu; kelajuan, ketepatan dan ketangkasan. para peserta juga dikehendaki menaip ayat dengan mata ditutup.

Sumber: Kosmo

Olimpik 2012: Pandalela Rinong sumbang gangsa untuk negara


As'salam


Syabas dan tahniah buat penerjun negara, Pandalela Rinong Pamg yang berjaya membutirkan pingat kedua untuk negara sebentar tadi (3:10 am waktu malaysia) Pandalela berjaya mengutip pingat gangsa dalam acara kegemarannya 10 meter platform dengan mengutip sebanyak 359.20 mata.

Pandalela juga telah mencipta sejarah untuk dirinya dan juga untuk negara kerana beliau adalah satu2nya atlet wanita negara yang pertama berjaya mengutip pingat di peringkat Olimpik. Syabas dan tahniah sekali lagi!!
Malaysia Boleh!!!

Keputusan

Emas- Chen Ruolin  CHINA 422.30mata
Perak- Broben Brittany AUSTRALIA 366.50mata
Gangsa- Pandalela Rinong MALAYSIA 359.20mata

Persoalan manusia telah dijawab oleh Allah SWT 1400 tahun yang lalu


As'salam


Persoalan manusia telah dijawab oleh Allah SWT 1400 tahun yang lalu.
Apakah yang disoal dan apakah yang dijawab?? mari kita kongsikan..

1. kenapa aku di uji?
Jawapan didalam Surah
AL-ANKABUT ayat 2-3

2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan?
Jawapan didalam Surah
AL-BAQARAH ayat 216

3. Kenapa ujian seberat ini?
Jawapan didalam Surah
AL-BAQARAH ayat 286

4. Kenapa kita rasa kecewa?
Jawapan didalam Surah
ALI IMRAN ayat 139

5. Bagaimana aku harus hadapi kesusahan ini?
Jawapan didalam Surah
AL-BAQARAH ayat 45

6. Kepada siapa aku berharap?
Jawapan didalam Surah
AT TAUBAH ayat 129

7.Apa yang aku dapat dari ujian ini?
Jawapan didalam Surah
AT TAUBAH ayat 111

8.Aku tidak tahan dengan ujian ini 
Jawapan didalam Surah
YUSUF ayat 12

9. Sampai bila aku harus merana?
Jawapan didalam Surah
AL-INSYIRAH ayat 5-6

Sesungguhnya telah ada jawapan bagi persoalan-persoalan ini, cuma kadangkala manusia tidak punya keinginan untuk mencarinya... renung-renungkan.

Sumber: Facebook

Selasa, 7 Ogos 2012

Olimpik 2012: Misi kayuhan emas


As'salam


Selepas kegagalan Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas pertama untuk negara, segalanya mungkin sudah berakhir, harapan jutaan rakyat Malaysia untuk menyaksikan emas pertama kini tampak sukar untuk direalisasikan. Namun harapan itu sebenarnya belum berkubur kerana kita masih memiliki peluang dan ini adalah satu-satunya peluang terakhir buat kontinjen negara kita yang sedang meneruskan perjuangan di bumi London. 

Tanggungjawab membawa pulang emas sulung negara dalam temasya Olimpik kini digalas oleh jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang. mungkin ramai yang tidak meletakkan harapan kepada anak muda  dari Terengganu ini sebagaimana harapan yang diberikan kepada Chong Wei. namun ia bukanlah sesuatu yang mustahil, berbekalkan pengalaman yang luas serta peningkatan beliau sejak akhir-akhir ini, gua percaya akan kemampuan beliau dalam apa yang disifatkan sebagai 'misi mustahil' ini.

Azizulhasni bakal turun membawa cabaran Malaysia menerusi acara keirin yang juga acara kegemarannya di Velodrom Olimpik hari ini. dan sesuatu yang anda harus tahu bahawa pelumba yang terkenal dengan jolokan The Pocketrocketman ini sememangnya mempunyai 'senjata' tersendiri. kelebihannya membuat pecutan sebelum garisan penamat memang sudah diakui dan dihormati lawan. 

Apa yang kita harapkan semoga Azizulhasni berjaya menebus kekecewaan yang pada gua masih lagi dirasai selepas kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan tempoh hari. dan percayalah, tiada yang mustahil untuk dilaksanakan. Ayuh rakyat Malaysia!, bangun dan semarakkan semangat anda, berdoalah semoga misi emas kita berjaya!! Malaysia Boleh ! Azizulhasni Awang Boleh!!

p/s semangat bkobar2

Curiosity mendarat di Marikh


As'salam



PASADENA, California - Kenderaan robotik, Curiosity mendarat di kawah gergasi Gale di planet Marikh semalam dalam misi meneroka permukaan planet berkenaan. kenderaan ini diijana kuasa nuklear, dan bersaiz sebesar sebuah kereta dilengkapi pelbagai peralatan saintifik, kamera dan stesen cuaca.

Kenderaan ini turut memiliki gerudi, sebuah tangan robotik, pancaran laser, alat pengukur radiasi dan makmal kimia mini.ia dihantar ke Marikh dengan menggunakan sebuah roket yang mengambil masa perjalanan lebih lapan bulan sejauh 566 juta kilometer (km)

Sumber: Kosmo

10 jenis Kawan


As'salam


10 Jenis Kawan

Jenis kawan macam mana yang korang ada kat list dibawah ni? hehehe... jom kongsi-kongsi

1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. ade perlu dia muncul, takde perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.

3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada den
gan kita, time susah dia hilang.

4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!

5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan sja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?

6. kawan kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang-kadang langsung no respon.

7. kawan span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata-kata yg keluar dri mulutnya.

8. kawan duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita.. so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. kawan kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.

10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak..
Kredit: Peribadi Kita Maruah Kita

Isnin, 6 Ogos 2012

Olimpik 2012: Bolt pecah rekod olimpik


As'salam



Seperti yang diramalkan, Pelari pecut sensasi dari Jamaica, Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m Sukan Olimpik 2012 dengan menghasilkan rekod baru 9.63 saat, di Stadium Olimpik London (awal pagi tadi waktu Malaysia).

Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake, juga dari Jamaica, dan Justin Gatin masing-masing dari Jamaica dan Amerika Syarikat, menduduki tempat kedua dan ketiga.

Bolt, 25, muncul sebagai atlet kedua memenangi emas dalam acara 100m dalam dua temasya berturut-turut. Atlet terdahulu mencatatkan rekod sedemikian ialah Carl Lewis dari Amerika Syarikat.

Keputusan akhir 100m di Olimpik 2012 London:

1. BOLT Usain (Jamaica) 9.63 saat
2. BLAKE Yohan (Jamaica) 9.75 saat
3. GATLIN Justin (AS) 9.79 saat
4. GAY Tyson (AS) 9.80 saat
5. BAILEY Ryan (AS) 9.88 saat
6. MARTINA Churandy (AS) 9.94 saat
7. TRI THOMPSON Richard (Belanda) 9.98 saat
8. JAM POWELL Asafa (Jamaica) 11.99 sat

Evolusi rekod 100m

9.63 Bolt, Beijing 2008
9.69 Bolt, Beijing 2008
9.72 Bolt, New York 2008
9.74 Powell, Rieti 2007
9.77 Powell, Athens 2005
9.79 Greene, Athens 1999
9.84 Bailey, Atlanta 1996
9.85 Burrell, Lausanne 1994
9.86 Lewis, Tokyo 1991
9.90 Burrell, New York 1991
9.92 Lewis, Seoul 1988
9.93 Smith, Colorado 1983
9.95 Hines, Mexico 1968

Sumber: Sinar Harian