Adakah aku sudah besar? Adakah kau sudah besar? Besar yang
macamana? Bukannya besar badan, tp yg dimaksudkan ialah besar usia. Semakn bertambah
usia, dikatakan semakin membesar diri kita. Lazimnya.
Apa ukuran org yg sudah besar itu? Adakah dapat menggapai
impian yg bersifat material yg boleh disukat nilai dan takatnya? Ada org dapat
merealisasikan pendapatan 10 ribu
sebulan, adakah dia cukup besar? Bg aku itu belum cukup, sebab sesiapa sahaja
boleh mencapainya, asalkan ada usaha dan keinginan.
Ye, aku sudah jadi orang besar!
Persoalannya, setinggi manakah hendak diletak impian? Meletakkan
nilai sebagai aras adalah kebanyakan yg dilakukan orang. Contohnya, mensasar
pendapatan RM 200 juta setahun. Namun apabila tercapai, takkan berhenti di situ
sahaja? Perangai manusia, apabila sudah mencapai, ingin menambah lagi. Penatnya
hidup begini.
Kita mungkin penat mengejar impian atau terkorban dek
pengorbanan mengejar impian!
Oleh sebab itu, ada satu ungkapan yang amat berharga,
al-mawt fi sabilillah asma amanina (mati di jalan Allah ialah cita-cita
tertinggi kami).
Impian untuk mati, pastinya sesuatu yg aneh. Pelik sekali! Amat
janggal, seorang yg hidup, impiannya adalah mati. Tetapi impian mati di jalan
Allah amat mulia dan agung sekali. Mati syahid dalam mempertahankan syahadah
ialah kemuncak impian orang mukmin. Orang yg mati syahid hakikatnya akan terus
hidup dalam reda Allah swt.
“Ya Allah, matikan kami dengan husn al-khatimah (pengakhiran
yang baik) dan jangan Engkau matikan kami dengan su’ al-khatimah (pengakhiran
yang buruk)."