Showing posts with label Kek Fondant. Show all posts
Showing posts with label Kek Fondant. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Putih itu SUCI :)

Ni kek yg belum diletak munge-munge ... heee...


Assalamualaikum ....
Kek kawen yang putih polos ini dibuat untuk majlis perkahwinan sepupu aku yang berlangsung pada September lalu di Rumah Alumni UTM. Dalamnya kek red velvet dan choc moist. Nak tau tak .... punye la susah aku nk balut kek kecik kat atas tu dengan fondant. Rupanya bila kek tu tinggi & kecik fondant bole berkedut-kedut pulak. Pikir punye pikir camana aku nk buat ea ... tetiba dapat idea pakai styrofoam aje la so aku guna kaedah balut styrofoam tu dan atasnya aku letak fondat ala2 alas meja ... hahaha ... alhamdulillah ada styrofoam kt dalam stor hehehe ....
Jadi sudahnya yang kat atas sekali tu ialah kek dummy huhuhu ... apa2 pon aku harap sepupu aku suker la kek kawen tu wlp aku tak ikut sepenuhnya design yg dia nak.
Selamat pengantin baru AIN & ADIB ... moga kekal hingga ke akhir hayat :)

Tuesday, July 24, 2012

Kek hantaran



Choc moist cake 1.5kg (7" Love shape)

Rasanya ni tempahan ke 3 daripada Nisha. Maaf baru sempat update hari ni. Apa2 pon thanks to Nisha & harap adik nisha berpuas hati dengan kek hantaran ni yg bertemakan warna kuning :)

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Pengantin Baru Adindaku


Adindaku Shiekin,

terasa seperti baru semalam aku lihat engkau adalah seorang anak kecil yg sering ku gendong ke sana sini. Seakan bermimpi tika ini engkau telah menjadi seorang isteri. Aku amat gembira melihatmu di hari bahagiamu. Aku doakan semoga engkau tabah dan sabar melayari bahtera rumahtangga. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke syurga. Amin..



- Kekanda Anna -

Tuesday, January 17, 2012

Angry bird cake again!



Haiiii...kek angry bird lagi :). Kek ni favorite budak2 sekarang. Ni repeat order dr Suriati. Dr Denmark dia order khas utk anak sedara dia. Wlp last minit order alhamdulillah dapat juga disiapkan tempahan ni. Thx ye Suriati. Hope Ieman suka kek ni :D

Tuesday, October 25, 2011

Angry bird birthday cake






TQ Kak Lin my x-boss from Digi for the order. Misha suka sgt kek ni. Dia kata sayang nak potong. Misha cuma potong bhgn belakang kepala je... bhgn muka Misha simpan sampai esoknya.. haha..

Tuesday, September 20, 2011

Polka Dot Cake for hantaran



1st time buat kek mcm ni. hasilnya kurang memuaskan hati tapi bole la kan? ngeh..ngeh.. Order dr Azza utk anak saudaranya yg bertunang pada Syawal lalu. Azza kata pihak perempuan kata cantik kek ni. sebenarnya gum paste utk riben tu tak cukup kering betul. kalau kering betul lebih cantik bentuknya. apa2 pun thanks to Azza yg sama2 tolong buat kek ni.

Monday, May 16, 2011

Wedding cake theme pink

Fondant & royal icing belum kering betul masa aku snap gambar ni...

Tempahan dari Farhana ni dah lama dibuat. Sebulan sebelum majlis lagi dia dh booking. Lepas bayar deposit terus senyap. Lagi 2-3 hari nk majlis aku cek balik email ..alamak! tak de pulak Farhana bagi no telefon. Camana aku nk contact dia ye. Aku pun buat aje la spt yg dah dijanjikan. Sebelum tu mati2 aku ingat majlisnya hari Sabtu. Bila tgk calendar 15/5 hari Ahad rupanya. Aku buat kek ni sampai pukul 4 pagi. Maklum la tak ada bibik jadi buat sikit tinggal jap.. anak aku nk itu la nak ini la.. Hari yg sama juga aku ada buat birthday kek & muffin sebab ada celebrate birthday ahli keluarga yg lahir pada bulan April & May. Pukul 11pg aku hantar kek kawen ni ke Dewan di BBU. Rupa-rupanya mak pengantin kata Farhana dah risau kalau2 kek kawen tak ada. Dia kata dia kol aku banyak kali tak dapat. Apa2 pun semuanya dah selamat. Harap Farhana berpuas hati. Selamat pengantin baru & semoga kekal ke akhir hayat...

Wednesday, December 8, 2010

My last touch..

Salam semua... :)
Lama betul tak update blog ni. Ni my last touch before pergi haji. Wedding cake tema pink & putih khas untuk my brother masa wedding dia pada 9/10/2010 yg lalu di Pontian. Congrats to my bro sbb akhirnya dapat juga myengahwini gadis pujaan hatinya hehehe... Semoga kekal ke akhir hayat. Amin...

Tuesday, June 22, 2010

Stacked Wedding Cake

Wedding Cake Purple Theme

Frosting : Fondant

Fruit Cake & Chocolate Pound Cake

Weight : 5kg

Repeat order lagi dari Ira Taman Kota Masai. Kali ni Ira order kek kahwen untuk sponsor majlis perkahwinan sepupu dia. Ira request design macam ni. Wow! aku amat berbesar hati nk mencuba buat kek ni sbb belum pernah lagi buat stacked wedding cake. Lepas subuh aku start baking. Tunggu kek sejuk. Lepas Zuhur baru start cover cake dgn fondant dan deco. Kerja2 mendeco selesai lebih kurang jam 6 ptg. Banyak benda baru yg dapat aku belajar tatkala mendeco kek ni. Ira kata pengantin senyum sampai ke telinga dapat kek ni. Alhamdulillah kek selamat sampai ke Tenggaroh, Mersing.

Thanks Ira memberi kepercayaan pada akak.
Thanks Nor sbb tolong Mak Na deco kek ni :)

Tuesday, June 8, 2010

Monday, June 7, 2010

Simple but elegant

Cake : Chocolate Moist Cake + fondant
Weight : 2.2kg
Theme Color : Fushia Pink

Tempahan dari Noly , Tmn Impian Emas untuk majlis pertunangan beliau. Senang berurusan dengan Noly. Dia cuma email sample gambar kek yg dia nak. Aku tak ikut sebiji mcm gmbar yg dia bagi. Aku ada ubah sikit2. Feedback dari Noly katanya kek ni cantik sangat walaupun simple. Warna yg aku adun pada fondant tu juga sesuai sgt dengan warna tema majlis pertunangan dia. Apa2 pun thanks Noly ye atas feedback tu.

Friday, April 9, 2010

My First Fondant Cake


Hari ni aku nk tunjuk kek fondant yg pertama kali aku buat. Kek ni ialah dummy cake. Aku just gunakan styrofoam. Fondantnya aku uli sendiri menggunakan resepi Kak Min. Kali pertama membuatnya aku dah jatuh cinta pada dekorasi kek menggunakan fondant. Bila dah siap lepa fondant ni aku cari2 bunga tak de. Apa lagi...pakai je la bunga hiasan kat umah aku yg ada tu. Eh! kena pulak warna oren tu dgn fondant putih. Nampak sweet aje pada mata aku la...Pada aku lebih mudah mendeco kek menggunakan fondant berbanding buttercream. Cuma alatan untuk deco fondant ni agak mahal. Sekali aku rembat barang2 utk deco kek fondant kopak jugak la poket aku ni. Tapi minat punye pasal pejam mata aje la masa nk bayar tu. Hehehe. Tapi berbaloi la sebab barang2 tu suma bukan untuk sekali guna. Asalkan cermat memakainya dan di simpan elok2 insyaAllah boleh tahan lama :)

Thursday, March 18, 2010

Nizam & Nani Part 1


Cake : Chocolate moist cake
Frosting : Fondant with marble effect
Weight : 1.5kg
Oder dari En Haris, Taman Sierra Perdana untuk majlis pertunangan sepupu isteri beliau. Selamat bertunang Nani & Nizam :) To En Haris...Thanks you..

Monday, March 15, 2010

3 Tiers Fondant Wedding Cake - Purple & White



3 tiers fondant wedding cake with purple theme colour ordered by Fazean from Tmn Air Biru.
16 pcs cupcakes (M size) with purple gumpaste flower
10" choc pound cake (2.5kg)
8" choc butter cake (1.8kg)
SMS dr Fazean "Salam, suma org puji kek tu. Sya & keluarga ucapkan tima kasih"

Thursday, February 18, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Suhaini






Setelah sekian lama menunggu akhirnya dapat juga gambar ni dari FB Ani. Gembira rasanya bila tengok si pengantin ceria & bahagia memotong kek hasil dekorasi tanganku.
Thanks Ani :)

Monday, January 11, 2010

Fondant + Fresh Flower Wedding Cake

The cupcakes (25 pcs)....



Theme : English Style , White & pink
Size : 10", 8" & 25 pcs cupcakes
Cakes : Fruit cake, chocolate pound cake, chocolate moist cake (cupcakes)
Topper : Pink fresh flower + silver dragees, Gumpaste flower (cupcakes)

Wedding cake ini order dari Suhaini, Taman Skudai Baru. Ani request 3 tiers white fondant wedding cake with pink fresh flower. Patutnya kek ni 3 tingkat & bawah sekali ialah cupcakes. Tapi disebabkan aku dah masukkan cupcakes dlm box rasa malas pulak nk keluarkan semata-mata untuk sesi fotografi.
Testimonials : "Thanks for the cake. Cantik & sedap. "

Monday, December 28, 2009

Kek Kahwin 3 Tingkat - Noorahayu





Theme : Red & White
Size : 12", 10" & 8"
Cakes : Fruit cake, butter cake & butter chocolate cake
Topper : Gumpaste flower + silver dragees
Ini projek mega aku last weekend. Siapkan order dari Ayu untuk majlis perkahwinannya yg berlangsung di Taman Kemas, Tampoi, JB. Mulanya Ayu request kek kahwin 2 tingkat. Tapi 3 hari sebelum majlis berlangsung Ayu mintak buatkan 3 tingkat pulak. Aku yang excited sangat ni sanggup buatkan untuk Ayu walaupun kira last minute sebab ini first time terima order untuk kek fondant 3 tingkat & harganya aku kira murah2 aje sebab under promosi. hehehe. Aku ingin mengucapkan terima kasih banyak2 pada Ayu & family kerana memberi kepercayaan pada aku untuk menjadi sebahagian drpd mereka2 yg membantu menjayakan majlis perkahwinan Ayu. Lebih kurang akak mintak halal la ek ;). Tahniah pada Ayu & Mukhlis. Moga perkahwinan kalian kekal ke akhir hayat.
Testimonial : "dear kak ahliah..
thanks for the cake..baru smpt reply ..
cantik..tp akak luper nak bagi resit dan pemotong kek yer hari tu..mmg sangat cantik..terutamnya bunga bunga tu..nampak sangat mahal..
hiasan nyer sangat kemas..anyway..jangan lupa letakkan gambar tu dalam blog..sbb mmg cantik dan sure laku business akak..
nampaknye kita hanya jumpa di alam maya ajalah..thanks! "
Alahai...sori la ayu. akk mmg betul2 lupa nk bawak pisau hari tu. Maaf ye dik :)
p/s; Nantikan my next wedding cake project. Tunggu...

Monday, November 30, 2009

Kek Hantaran Chocolate Fondant


Kek chocolate fondant ni pulak order dari kawan my biras, Lyn masa Hari Raya Haji yg lalu. Kek ni untuk hantaran bertunang dari pihak perempuan kepada pihak lelaki nun jauh ke Trengganu. Since kawan Lyn ni chocoholic, aku buatkan kek coklat lembab di dalamnya. Lyn kata, kawan dia terkejut tengok kek ni. Aku lagi la terkejut sebab takut jugak kalau kek tu tak selamat sampai ke tangan yg empunya badan. Rupanya kawan Lyn terkejut sebab bila tengok kek ni dia kata cannntikkk sangat..hehehe. Thanks for your complimentary. Aku rasa gembira bila customer pun gembira & puas hati. My cake decoration tak la sehebat mana compare to other bakers tapi aku akan cuba buatkan yg terbaik walaupun terpaksa berpeluh-peluh menguli fondant ;). To Lyn, thanks for promoting my business to your friends..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails