Friday, August 6, 2010

Garden Theme Cake

Choc Moist Cake + Ganache
Weight : 1.4kg
Happy birthday to my dearest niece ~ Syahirah. Lyn order special cake untuk Ira. Katanya nk kek yg lebih cantik dari kek Atiqah. Setelah puas memikirkannya datang la idea nk buat kek ala2 garden gitu. Ada rumput..ladybird..bee..flower. Semuanya aku siapkan dalam 1 malam aje..Lepas maghrib start baking & siap kul 2 pagi. Semua binatang2 tu aku buat malam tu juga. Kalau time my hubby tak de ni bole la melayan hobby aku ni sampai larut ke pagi hehe..

Thursday, July 29, 2010

Fresh fruit cake

Yati dari KLIA order kek ni untuk adik angkat dia Diana yg duk Pasir Gudang. Diana ni sebenarnya jiran lama aku. Dia pernah order kek utk bday boy & bday girl dia sebelum ni. Yati request siap delivery sbb nk bg suprise kt Diana. Puas aku panggil Diana kt depan rumah dia tapi tak keluar2..kol pun x angkat ..rupanya Diana x ada. Dia g Melaka. So jadi x suprise la sebab Yati terpaksa inform Diana soh amik kek kat aku esoknya hehe..
Moral of the story ~ kalau nk deliver kek pastikan dulu tuan punye besday ada kat rumah.. :0

Friday, July 23, 2010

Doll cake again !

Sponge blueberry cake
Frosting buttercream
Weight : 1.5 kg
Doll cake ni order dari Lyn utk Atiqah, anak sedara aku yg comel..hehe..Masa Lyn tgk cake Aisyah, Lyn pun nk aku buatkan untuk Atiqah yg birthday dia jatuh pada July ni. To Atiqah, Happy Birthday to you..jgn nakal2 & moga jadi anak yg baik ye :)
p/s : byk gmbar kek yg tak dpat Anna update sbb camera Anna rosak. Bagi pelanggan yg telah membuat tempahan tapi gambar kek u all tak de dlm blog ni sila emailkan gmabr kek tersebut kepada Anna. Thanks!

Monday, July 19, 2010

Kelas variasi cupcake bersama Kolej Komuniti, PG

Assalammualaikum..

Pada 18/7/2010 yg lalu aku telah pun dijemput oleh Kolej Komuniti Pasir Gudang untuk mengadakan kelas variasi cupcake. Mulanya agak terkejut kerana diberi peluang untuk mengajar di KKPG sebab aku rasa dengan ilmu yg sedikit ini rasanya macam tak mampu nk mengendalikan kelas yg mempunyai ramai peserta. Namun setelah di pujuk2 oleh Pn Zariyani KKPG, dan setelah berbincang dgn hubby aku telah bersetuju dgn tawaran tersebut dengan niat ingin berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman yg ada dlm bakeri ini. Alhamdulillah kelas berjalan dgn lancar wlp ada sedikit kesilapan teknik..hehehe.. Jumlah peserta pada hari tersebut seramai 26 org. Kelas bermula jam 10pg dan berakhir pada jam 2 ptg.
Jom layan gambar2 ni...
Lihat hasil cupcakes mengikut kretiviti peserta
Yg ini cikgu2 punye..cantik roses tu...




Bergambar kenangan bersama peserta iaitu guru2 & pelajar2 dari Sek Men Keb Tmn Rinting 2

Semoga ilmu yg dikongsi bersama dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Terima kasih pada Pn Zariyani kerana memberi kepercayaan pd saya mengendalikan kelas ini :)

Friday, July 16, 2010

Oreo Chocolate + Edible Image

My friend Asmah, minta aku buatkan oreo chocolate untuk doorgift buat kanak2 yg datang ke majlis tahlil yg diadakan dirumahnya. Ini adalah kali pertama aku membuat oreo chocolate sebyk 150 biji + edible image. Alhamdulillah aku dapat siapkannya dengan mudah. To Asmah, thanks ye..

Wednesday, July 14, 2010

Doll Cake for Aisyah Humaira

Strawberry Sponge Cake
Frosting Buttercream
Weight : 1.5kg Dah lama Aisyah request cake hari jadi untuk dia celebrate dgn kawan2 di Tadika Addin . Tapi sebab asyik tertunda aje maka minggu ni baru berkesempatan buat cake untuk Aisyah. Kesian anak mama..selalu buat kek org lain tp kek Aisyah mama buat lambat2. Tak pe la sayang...kan mama dah belikan Aisyah basikal baru untuk birthday Aisyah. Kira tu ganti kek birthday la ye..hehe.. Aisyah dh 6 tahun. Dh besar anak mama ni..Jadi anak yg baik, solehah itu la doa mama. Jgn nakal2 ye sayang..Aisyah dari kecik mudah diatur. Harapnya sampai bila2 Aisyah mcm tu. InsyaAllah..Amin..

Tuesday, July 13, 2010

Cupcakes for Kids


Kapkek ni tempahan dari Fadzlia Bandar Seri Alam sebanyak 100 biji. Fadzlia order untuk diberikan pada kanak2 kat nursery anak dia. Temanya sama mcm yg pernah aku buat sebelum ni seperti mana yg Fadzlia request. Harap Fadzlia puas hati dengan kapkeknya. Thanks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails