Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 11, 2011

Kenali Islam-Jom ke Kuliah Tafaqquh Fid-din PUMPP-API

*Sila 'Klik' pada gambar untuk besarkan.
Bismillahirrahmanirrahim...
“Dan barangsiapa yang diberi rahmat oleh Allah, maka diberikan kepadanya kefahaman dalam agama.”
(H.R Ahmad)
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

(H.R Muslim)

Jom tambah ilmu, tingkatkan amal..('',)
Semua dijemput hadir ke Kuliah Tafaqquh Fid-din
anjuran Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUM PP)
&
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

*Sila 'Klik' pada gambar untuk besarkan.
Tarikh: Ahad minggu ketiga setiap bulan (*Rujuk jadual)
Masa: 9.00-11.00 pagi
Tempat: Serambi Dakwah, Lorong Bagan Lalang 22, Taman Bagan Lalang, Butterworth.



TAK PERLU BAYAR APA-APA...:)
HANYA DATANG DAN DENGAR... :) :)
ADA PERSOALAN, BOLEH TANYA.. :) :) :)
INSYAALLAH AKAN DIJAWAB OLEH PENCERAMAH... :) :) :) :)
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK BERKONGSI ILMU..INSYAALLAH..(^_^)
BOLEH BAWA ISTERI DAN ANAK-ANAK SEKALI...ISI HATI DENGAN KEBERKATAN MAJLIS ILMU...(^_^)

Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi urusetia di talian 019-5236057.
api_penang@yahoo.com.my

Selasa, Februari 09, 2010

Sidang media kempen ‘Anti -Ventine Day for Muslims’ dan membantah kempen ‘ Bare Your love, No Panties During Valentine’

7 feb 2008 - Satu sidang media telah dianjurkan oleh Urusetia Menangani Gejala Sosial Pulau Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP), Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API) dan Suara Komuniti Kehidupan (KoSuKe) bertampat di pejabat UNGGAS di Taman Bagan Lalang, Butterwoth.

Sidang media ini diadakan adalah bagi melancarkan kempen 'Anti -Ventine Day For Muslims' dan membantah serta mengecam keras kempen ‘ Bare You Love, No Panties During Valentine’.

Kempen ‘Anti-Valentine Day for Muslim’ ini dijalankan adalah sebagai satu usaha untuk membanteras kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh remaja-remaja Islam semasa menyambut Hari Kekasih. Kebiasaanya semasa sambutan sebegini remaja-remaja terdedah kepada kegiatan tidak bermoral seperti zina dan rogol.

Selain itu sidang media ini juga diadakan adalah bagi mengecam keras tindakan sesetengah pihak yang telah menganjurkan kempen ‘ no panties’ ( lihat sini) dan (sini) serta memberi pendedahan kepada masyrakat islam agar tidak terpengaruh dengan kempen tersebut. Kempen ‘no panteis’ ini dipercayai telah disebarkan melalui mulut ke mulut dalam kalangan remaja termasuklah pelajar-pelajar IPT.

Menurut Nurfitri Amir, Koordinator UNGGAS, perkara ini agak membimbangkan umat Islam kerana semasa sambutan sebegini kes-kes zina dan rogol meningkat dan ini akan mengakibatkan kes-kes kelahiran anak luat nikah juga akan meningkat akibat daripada perlakuan tidak bermoral dalam kalangan remaja yang terlibat dengan sambutan ini.

Walaupun majlis fatwa kebangsaan telah menfatwakan bahwa meyambut Valentine Day adalah salah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam, (rujuk sini) namun kita percaya ada segelintir umat Islam yang turut menyambut dan meraikannya.

Semasa kempen anti-valentine yang dinamakan sebagai ‘ Jerat Valentine Day’ , edaran poster dan VCD akan dijalankan disekitar tempat-tempat awam bagi memberikan maklumat tentang perkara ini. Aktiviti ceramah kepada orang awan juga akan dianjurkan di tempat awam Semasa malam sambutan Hari Valentine, Ops Sayangi Remaja akan dijalankan bagi memberikan kaunseling lapangan kepada pasangan-pasangan yang berdua-dua agar tidak terjebat dengan aktiviti tidak bermoral terutamanya zina di tempat tumpuan remaja di sekitar Pulau Pinang.

Sempena dengan kempen ini juga, ibu bapa dinasihati agar mengawasi anak-anak mereka agar tidak terbabit dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral pada hari tersebut.

Pertikan akhbar klik sini

Rabu, Februari 03, 2010

REHLAH Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

Utk berkenalan dan mengukuhkan ukhwah kita. Sukarelawan API dijemput ke
program :R
EHLAH API
tempat:Tmn Negara P.Pinang di Teluk Bahang
tarikh: 7 Feb 2010 .
masa: 7.30 pa
gi (berkumpul)
Aktiviti: jungle tracking; B
BQ; Mandi Sg/laut; Tazkirah
Bayaran: Rm5 utk makanan
'gambar sekadar hiasan'


perhatian:Brkumpul di Hdpn Pondok Jabatan Hutan Taman Negara di pintu masuk jam 7.30-8pg. Kita akan 'tracking' bersama hingga ke pantai.

panduan prjalanan: Dr jeti pulau pinan
g, blh naik Bus Rapid Penang no 101 ke teluk bahang. Bus ni akan berhenti di taman negara sebagai hentian terakhir sebelum pusing balik ke Jeti. perjalanan dari jeti ke tlk bahang ambil masa 1 jam. klu naik kenderaan sendiri, ikut singbord batu feringgi, teluk bahang terus je, lg 10km.

sebarang persoalan berkenaan perjalanan ke REHLAH API boleh hubungi saudara Izzat Anwari (013-402 5770)

sebarang persoalan berkenaan REHLAH API boleh hubungi saudara
amir (013-706 9509)


sekian.....selamat datang ke REHLAH API


Khamis, November 06, 2008

Info: Tembakau


Tembakau
Razak Hj. Lajis & Adenan Jaafar

Tembakau atau Nicotia fabacum merupakan sejenis tumbuhan yang berbatang lembut dan tidak berkayu. Ia mudah tumbuh di kawasan yang beriklim tropika. Terdapat beberapa spesies dalam genus ini, antaranya ialah N. attenuata, N. glauca, N. longiflora, N. rustica dan N. trigophylla. Walau bagaimanapun N. tabacum merupakan spesies yang lebih dikenali kerana daunnya menjadi bahan utama produk tembakau terutamanya rokok dan cerut.

Nicotiana tabacum dan Nicotiana rustica berasal dari kawasan Amerika Utara dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini ditanam oleh kaum asli di sana yang menggunakan daunnya dalam berbagai acara keugamaan mereka sama ada dengan cara menghisap ataupun mengunyahnya.

Pada kurun keenambelas, N. rustica dibawa dari Amerika Utara ke Eropah untuk diperkenalkan sebagai sejenis ubat baru dengan cara kegunaan yang tersendiri iaitu dengan menghisap. Namun setelah didapati N. tabacum lebih sesuai untuk tujuan ini, tumbuhan tersebut dipilih sebagai spesies utama untuk ditanam secara besar-besaran bagi tujuan pemasaran. Ekstrak kedua-dua tumbuhan ini pernah digunakan untuk membunuh parasit. Nikotin iaitu bahan utama dalam tumbuhan ini pernah juga digunakan sebagai bahan pembunuh serengga.

Bahan toksik

Nikotin dan bahan yang menyerupai nikotin adalah sebatian utama dalam spesies Nikotiana. Daun tembakau mengandungi antara 3 hingga 4 peratus nikotin. Nicotana glauca pula dilaporkan mengandungi lebih kurang 0.2 peratus anabasin, iaitu sejenis alkaloid yang menyerupai nikotin. Beberapa kes keracunan N. glauca telah dilaporkan, akibat daripada pengambilan daunnya yang berlebihan. Ada diantaranya yang membawa maut.

Nikotin larut dalam air dan lemak. Ia boleh diserap secara terus dan cepat melalui kulit sama ada dalam bentuknya yang tulen atau daripada daun tembakau. Seperti yang diketahui umum, terdapat beberapa keluaran tembakau dirawat dengan bahan-bahan tertentu untuk meningkatkan daya penyerapannya. Tembakau yang digunakan dalam rokok telah dirawat bagi memudahkan nikotin yang berada dalam asap rokok itu merentasi lapisan-lapisan sel di dalam paru-paru.

Nikotin dalam tembakau bertindak sebagai perangsang dan bertanggungjawap menyebabkan ketagihan.

Gejala keracunan nikotin

Tanda dan gejala pendedahan terhadap nikotin boleh berlaku dengan cepat iaitu antara 15 minit hingga satu jam. Selain daripada mereka yang mengambil nikotin secara terus sama ada secara merokok ataupun mengunyah, mereka yang terlibat dalam pengambilan atau penuaian daun tembakau mungkin terdedah kepada bahaya nikotin ini. Mereka mungkin mengalami gejala-gejala seperti muntah-muntah, lemah-badan dan rasa mengantuk. Ini disebabkan oleh penyerapan nikotin melalui kulit. Turut dilaporkan ialah kerengsaan kulit yang berlaku apabila terdedah kepada daun tembakau.

Keadaan yang dikenali sebagai "Green tobacco sickness ini telah dilaporkan berlaku di kalangan pemunggut daun tembakau yang berusia muda dan tidak merokok. Nikotin dianggap menjadi punca kepada keadaan ini apabila didapati kabus yang menyeliputi para pekerja semasa proses pengumpulan dibuat mempunyai kandungan nikotin yang tinggi iaitu sebanyak 9 mg per 100ml. Para pekerja ini juga mempunyai kandungan kotinin (metabolit utama nikotin) yang tinggi.

Selain daripada kulit, nikotin boleh diserap melalui paru-paru dan usus malah ia lebih cepat diserap melalui rongga-rongga hidung. Selapas dihidu atau dihisap, nikotin dalam asap tembakau akan terus memasuki saluran darah. Nikotin yang dikunyah diserap dengan kadar yang agak perlahan berbanding yang dihidu. Apabila berada di dalam saluran darah, bahan tersebut akan bertindak terhadap sistem saraf sehingga ia diuraikan oleh hati dan dikeluarkan melalui air kencing.

Kesan nikotin terhadap seseorang bergantung kepada individu, dos dan sejarah penggunaannya di masa lampau. Pada individu yang tidak merokok, dos yang kecil boleh menyebabkan degupan jantung menjadi perlahan, rasa loya dan muntah-muntah. Berbanding dengan perokok, mereka akan mengalami pengecilan saluran darah dan merangsang sistem saraf pusat.

Diperingkat awal keracunan nikotin, ia boleh menyebabkan rangsangan sementara yang diikuti oleh tremor dan sawan. Selain daripada itu otot-otot akan menjadi lemah dan koma boleh terjadi sekiranya seseorang terdedah kepada kepekatan nikotin yang tinggi. Kegagalan sistem pernafasan adalah punca utama kematian haiwan yang mengalami keracunan disebabkan oleh anabasin sejenis alkaloid yang menyerupai nikotin.

Nikotin dan ketagihan

Pada awal tahun enam puluhan, para penyelidik telah mula menemui kaitan beberapa peningkatan jenis penyakit akibat tabiat merokok. Walaupun kandungan tar, karbon monoksida dan bebarapa bahan lain yang terdapat dalam rokok sering dikaitkan dengan penyakit barah dan sakit jantung di kalangan perokok, nikotin adalah bahan utama yang telah dikenalpasti yang menyebabkan ketagihan.


Mengenali Kloramfenikol

Penemuan ubat-ubatan jenis kloramfenikol dalam daging ayam yagn dilaporkan baru-baru ini telah menimbulkan banyak reaksi daripada berbagai pihak. Dalam hal ini, ada baiknya jika maklumat-maklumat yang lebih terperinci tentang ubat-ubatan tersebut diketahui umum supaya satu penilaian yang lebih objektif dapat dilakukan oleh para pengguna.

Kesan sampingan

Namun demikian, sepertimana semua ubat, kloramfenikol mempunyai kesan-kesan sampingannya tersendiri seperti rasa gatal-gatal ataupun ruam pada kulit, merasa kebas di bahagian kaki dan tangan, penglihatan mungkin terjejas dan rasa sakit pada bahagian mulut, lidah dan juga kerongkong. Pengguna ubat ini juga boleh merasa amat letih dan ini mungkin ada kaitannya dengan kesan ubat tesebut kepada sel-sel darah, yakni salah satu daripada kesan sampingan yang amat ketara bagi penggunaan ubat tersebut.

Memandangkan ini, kloramfenikol, khususnya secara suntikan dan juga sebagai ubat makan jarang diberi melainkan dalam jangkitan yang mengancam nyawa seperti meningitis ataupun apabila tiada ubat lain berkesan untuk mengatasi jangkitan berkenaan. Penggunaannya juga menghendaki beberapa bentuk pemantauan rapi kepada sel-sel darah dan juga ujian penglihatan sekirannya ubat ini digunakan dalam jangkamasa yang berlarutan. Dalam hal pesakit mengalami gangguan buah pinggang ataupun hati mahupun penyakit berkaitan dengan sel-sel darah, penggunaan ubat koramfenikol mesti mendapat perhatian khas sebelum ianya digunakan. Kloramfenikol juga boleh menjejaskan tindakan ubat-ubatan lain seperti ubat kencing manis, ubat sawan ataupun ubat TB apabila digunakan serentak. Ia juga boleh merencatkan kesan-kesan antibiotik lain seperti penisilin dan juga eritromisin.

Kesan kloramfenikol sebagai ubat sapu ataupun ubat titis kepada ibu yang mengandung mahupun kepada ibu yang menyusukan anak tidak menunjukkan apa-apa kesan yang memudaratkan. Namun kloramfenikol dikatakan boleh meningkatkan risiko bayi sekiranya ubat diberikan secara suntikan ataupun melalui mulut kepada ibu yang mengandung atau pun yang menyusukan. Oleh yang demikian, penggunaannya dalam keadaan seumpama ini sebaik-baiknya dielakkan.

Salahguna

Selain daripada kegunaan perubatan, kloramfenikol tidak seharusnya digunakan untuk tujuan lain. Ini adalah kerana penggunaan kloramfenikol sewenang-wenangnya bukan sahaja akan menyebabkan risiko yang tinggi, tetapi lebih penting juga ia boleh mengakibatkan rintangan ubat ini kepada kuman yang berkenaan. Maksudnya, kloramfenikol apabila diperlukan tidak akan lagi menjadi ubat yang berkesan untuk tujuan rawatan jangkitan tersebut. Jadual 2 dalam Peratusan-Peratusan Makan Tahun 1985 tidak membenarkan kloramfenikol digunakan dalam sebarang makanan.


Dioksin juga dibebaskan semasa merokok

Terdapat bukti yang jelas bahawa dioksin boleh dibebaskan apabila seseorang itu merokok. Ini memandangkan bahawa dalam rokok terdapat bahan-bahan kimia yang apabila dibakar dengan suhu yang begitu tinggi melalui tabiat merokok boleh menghasilkan dioksin. Walaupun jumlah dioksin yang dihasilkan mungkin kecil, tetapi oleh kerana bahan ini sudah terkumpul di dalam badan apabila dihidu ataupun dimakan akan lambat laun menghasilkan keracunan dan menjejaskan kesihatan mereka yang menghidunya. Namun begitu, jika satu perbandingan di buat di antara ciri dioksin dan ciri tembakau, cukup banyak persamaan yang dapat diperhatikan daripada segi aspek kesihatan dan keracunan terutamanya. Jadual berikut di bawah menekankan sebahagian daripada persamaan ini.

Sebagai kesimpulan, rokok sepatutnya tidak lagi mendapat tempat di dalam masyarakat kita sepertimana juga racun-racun dioksin dan bahan-bahan lain yang berkaitan. Sekiranya rakyat dapat disedarkan tentang hakikat ini, maka usaha untuk membasmi tabiat merokok di kalangan masyarakat kita akan menjadi lebih mudah.


Ringkasan Bahaya Tembakau

Mengandungi anggaran 4000 jenis racun, sebahagiannya amat toksik seperti sianid, arsenik, racun-racun makhluk perosak. Dioksin juga boleh dihasilkan melalui penggunaan tembakau.

Mengandungi lebih daripada 10 bahan yang boleh menghasilkan kanser terutama sekali daripada jenis benzopiren yang terdapat di dalam tar rokok.

Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat mengkelaskan asap tembakau sebagai karsinogen Kelas A bersama-sama dengan bahan bahaya seperti asbestos, benzen dan gas radon.

Satu hasil pertanian yang sengaja ditanam untuk tujuan membuat rokok. Berbagai bahan kimia juga sengaja ditambah kepada bahan ini untuk tujuan citarasa, pengawetan mahupun menghasilkan ketagihan.

Apabila dihisap, asap yang terhasil di penghujung rokok mengandungi berbagai gas beracun seperti karbon monoksid dan hidrogen sianid

Bahan-bahan toksik dan partikel-partikel halus dibebabkan semasa merokok untuk menyebabkan fenomena merokok secara pasif. Tiada sebarang piawaian keselamatan dikenakan dalam hal ini.

Mengandungi bahan nikotin sebagai satu dadah yang boleh menyebabkan ketagihan sepertimana dadah kokain, amfetamin dan heroin.

Kajian menunjukkan bahawa tembakau adalah salah satu daripada faktor utama yang menyebabkan kelemahan tenaga batin ataupun mati pucuk bagi orang lelaki


Sumber Maklumat : Pusat Racun USM