Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Wednesday 3 April 2013

BREAKING NEWS 11.30 Pagi ! PM Umum Bubar Parlimen


Perdana Menteri pagi ini jam 11.30 pagi telah mengumumkan telah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen berkuasa hari ini. Beliau berharap proses Pilihanraya akan dapat berjalan lancar dan harmoni.

Beliau menyeru semua pihak akan bersama-sama memelihara keharmonian proses pilihanraya dan sebarang pertukaran kuasa samada di peringkat negeri ataupun negara akan berlangsung secara aman dan tertib.

Fikirlah dengan setiap undi yang dibuat oleh rakyat untuk memastikan ke arah pembangunan negara yang manpam.
-

UPDATED PRU13 10.00 PAGI: PM Berucap Di TV 11.30 Pagi


Desas-desus mengenai Parlimen akan dibubarkan hari ini (Rabu) semakin kuat apabila Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke udara di televisyen secara langsung pada pukul 11.30 pagi.

Berdasarkan laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas, dijangka mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," demikian menurut akaun Twitter berkenaan.
-

UPDATED PRU13 : Wartawan, Jurugambar Berkumpul Di Luar Istana Pagi Ini


Sekumpulan jurugambar dan wartawan menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Istana Negara seawal 7 pagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen pada Rabu.

Selain kehadiran sekumpulan wartawan, beberapa pelancong turut tiba dengan menaiki bas sebagai sebahagian daripada rutin program dalam lawatan mereka.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi polis pengiring dilihat memasuki Istana Negara kira-kira pukul 8.30 pagi.

Najib mengadakan pertemuan pada Rabu setiap minggu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet.

Fokus kini tertumpu kepada mesyuarat Kabinet selepas beberapa khabar angin mengenai sama ada Najib akan mempengerusi mesyuarat tersebut buat kali terakhir sebelum membubarkan parlimen.

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta ahli Jemaah Menteri untuk berpakaian sut serba gelap yang dipadankan dengan tali leher merah untuk sesi bergambar kenang-kenangan yang terakhir.

mStar
-

Tuesday 2 April 2013

BREAKING NEWS! Parlimen Dibubarkan Esok?


Parlimen dijangka akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya, bagi membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Spekulasi tersebut difahamkan berikutan pengedaran surat oleh Pejabat Perdana Menteri, meminta semua menteri kabinet untuk menghadiri mesyuarat dalam Suit lounge gelap dan tali leher merah untuk sesi fotografi.

Jika Parlimen dibubarkan esok, penamaan calon berkemungkinan akan diadakan kemudian minggu depan, manakala hari pengundian akan jatuh pada 27 April selewat-lewatnya.

Mengikut amalan, menteri-menteri kabinet akan mempunyai satu sesi foto dengan perdana menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir kabinet, diikuti oleh pengumuman mengenai pembubaran parlimen selepas itu.

Difahamkan bahawa sesi foto akan dilakukan sebelum mesyuarat kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak kemudiannya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan pembubaran parlimen.

Mengikut amalan menetapkan bahawa Perdana Menteri akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat kabinet untuk mendapatkan perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Beberapa menteri diberitakan mengesahkan bahawa mereka telah menerima surat, dan tidak menolak kemungkinan bahawa Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat itu.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia akan menandakan empat tahun penuh kepada tarikh Najib menerajui negara selepas beliau dilantik sebagai penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009.

Penggal lengkap kerajaan lima tahun akan berakhir pada 30 April dan selepas itu Parlimen akan terbubar secara automatik. Suruhanjaya Pilihan Raya akan mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri Sembilan adalah negeri yang pertama yang terbubar secara automatik.
-

Monday 1 April 2013

TU DIA : Dong Zong Jumpa PM Di Putrajaya


Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di pejabatnya di sini.

Presidennya, Dr Yap Sin Tian, berkata pertemuan kira-kira sejam bermula jam 12 tengah hari itu membincangkan isu mengenai pendidikan Cina di negara ini termasuk Sijil Pelajaran Bersepadu (UEC).

Katanya, Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengkaji cadangan yang dikemukakan Dong Zong.


Mynewshub
-

Saturday 30 March 2013

Jom Bertindak!!!!


Menjelang pilihan raya umum ke-13, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan Kit Jom Bertindak bagi membantu rakyat Malaysia menunaikan hak mengundi mereka dengan betul.

Kit yang diperkenalkan melalui laman sosial Facebook Najib pada 18 Mac itu antara lain mengandungi buku panduan mengundi dengan maklumat ringkas dan mudah berkaitan proses itu.

Buku setebal 12 halaman itu memberi panduan langkah demi langkah bagaimana seseorang pengundi perlu menyiapkan diri untuk menunaikan hak mereka dengan cara yang teratur.

Ia mengandungi 10 tajuk berkaitan pengundian termasuk syarat kelayakan mengundi serta cara menyemak status daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Turut dimuatkan beberapa tips berguna pada hari mengundi termasuk membawa kad pengenalan, hadir di tempat mengundi mengikut masa yang ditetapkan dan memeriksa saluran khas untuk warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil.

Kit Jom Bertindak sedang diedarkan secara percuma dan mana-mana individu berminat boleh memohon melalui laman web www.1Malaysia.com.my.

Selain buku panduan, kit itu turut mengandungi pelekat, pelekat kereta, pen dan pin kolar Jom Bertindak. - BERNAMA
-

Friday 29 March 2013

HOT! Pahang Tidak Akan Bubar DUN ?


Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tidak akan dibubarkan bersendirian sebaliknya akan bersama-sama dengan pembubaran Dewan Rakyat jika perkara itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 7 April ini.

Justeru kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, soal sama ada DUN Pahang akan dibubarkan lebih awal tidak timbul sama sekali.

"Dewan Undangan Negeri Pahang akan tamat tempoh pada 7 April ini dan terbubar secara automatik pada 8 April, terserah atas kebijaksanaan dan budi bicara Perdana Menteri (untuk mengumumkan pembubaran Dewan rakyat)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Biru Parlimen Bentong di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Bentong, di sini Khamis.

Adnan turut menyangkal dakwaan pembangkang bahawa Perdana Menteri takut untuk membubarkan Dewan Rakyat.

"Kalau pembangkang memerintah pun, mungkin tidak akan membubarkan kerajaan malah terus melanjutkan pemerintahan walaupun tamat tempoh, malah mungkin mereka akan mengetepikan undang-undang negara," katanya.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) Pahang sudah bersiap siaga sepenuhnya dan mula menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Katanya semua sayap BN perlu turun padang dan bertemu pengundi supaya mereka lebih memahami aspirasi kerajaan BN.

Beliau juga optimis semua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di Pahang akan dimenangi BN pada pilihan raya umum itu nanti.

"Momentum sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin meningkat berikutan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang membawa transformasi," kata Adnan.

DUN Pahang akan terbubar secara automatik pada 8 April ini jika tidak dibubarkan lebih awal daripada tarikh berkenaan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang di bawah perkara 26 Fasal 3, yang menyatakan Dewan Negeri hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh persidangan yang pertama dan hendaklah terbubar pada hujung tempoh itu kecuali jika dibubarkan terlebih dahulu.

Pada pilihan raya umum 2008, BN memenangi 37 kerusi, dua dimenangi DAP, dua PAS, manakala satu Bebas.

Calon Bebas, Ho Yip Kap kemudiannya menyertai parti Gerakan. - BERNAMA
-

Malaysia Perlu Kerajaan Kuat Bagi Percepat Proses Transformasi


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan proses transformasi di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak mampu mempunyai sebuah kerajaan yang lemah kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

"Kerajaan yang kuat adalah wajar bagi mempercepatkan proses transformasi di Malaysia. Kerajaan lemah bermakna ketidakstabilan dan ketidaktentuan, Sesuatu yang kita tidak mampu," katanya dalam tweet terbarunya, Khamis.

Selepas proses transformasi pelbagai bidang termasuk ekonomi diperkenalkan tiga tahun lepas, kerajaan pimpinan Najib telah mula menampakkan tanda positif dalam membantu visi Malaysia ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Baru-baru ini, bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memuji dan menyakini kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri yang telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik.

Sambil menyifatkan Najib telah melakukan kerja dengan baik, Daim berkata perdana menteri itu perlu diberi mandat untuk meneruskan dasar dan program transformasinya. - BERNAMA
-

Monday 25 March 2013

PM Umum Berita Gembira Untuk Kakitangan Tujuh Agensi Badan Berkanun


Perdana Menteri pada Isnin mengumumkan empat berita gembira kepada 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) pada Perhimpunan Perdana yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan dana pencen kepada kakitangan BBDS, memberi imbuhan tetap perumahan, pemberian saguhati kepada mereka yang telah tamat perkhidmatan dan mencadangkan agar caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diselaraskan.

Tujuh badan berkanun terbabit ialah Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasiona (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib berkata, pendapatan negara berkembang dengan baik, justeru itu hasilnya harus dikongsi dengan pekerja dan rakyat.

"Inilah ramuan dan formula di mana kita dapat memakmurkan ekonomi, pekerja dan rakyat.

"Dengan ini kerajaan bersetuju menubuhkan dana pencen bagi tujuh kakitangan BBDS di mana potongan KWSP setiap bulan dibahagi kepada dua, iaitu sebahagian dicarum ke dalam KWSP manakala sebahagian lagi dicarum ke dana pencen," katanya.

Menurut Najib, sekiranya pekerja dijaga dengan baik, mereka turut akan memberi respons yang baik sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

"Memakmurkan ekonomi dahulu dan mensejahterakan rakyat adalah ramuan yang dipegang sejak mengambil alih tampuk kerajaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan BBDS, Tuan Azman Tuan Yaacob berkata, berita gembira tersebut semenangnya ditunggu-tunggu oleh mereka selama ini.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan empat tuntutan tersebut. Ternyata kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menepati janji," katanya.

Beliau berkata, keempat-empat tuntutan itu telah diperjuangkan sejak 2009.

Azman turut memberitahu satu jawatankuasa pemandu telah dibentuk untuk membincangkan keempat-empat pengumuman tersebut.

"Mesyuarat antara pegawai-pegawai tujuh agensi terbabit akan dibuat setiap minggu. Saya percaya perkara ini dapat dilaksanakan pada tahun ini juga," katanya.

mStar
-

Sunday 24 March 2013

PANAS! Ajak PM Berdebat- Agenda Jahat Pembangkang #rempuh243 #jomsokongbn

Beberapa hari lepas, kecoh ada kumpulan kecil mahasiswa ditangkap polis kerana merempuh masuk bangunan Angkasapuri RTM Kuala Lumpur. Tersebar gambar-gambar tiga anak muda ditangkap dan digari. Ada juga gambar anak muda yang memakai gari bergambar dengan riak wajah bangga menayangkan tangan yang digari. Anda boleh nampak agenda sebenar perlakuan tersebut?

Pasti ada yang tidak terfikir bahawa semua kejadian telah diatur sempurna untuk memastikan keputusan di akhir rancangan, kerajaan yang salah dan kejam. Agenda terancang tersebut sudah beberapa kali dibuat oleh pembangkang termasuk demonstrasi BERSIH yang telah berlaku.

Agendanya mudah sahaja, bermula dengan demonstrasi hadapan RTM, kemudian membuat provokasi untuk memasuki RTM dan dihalang oleh pengawal keselamatan. Akhirnya mereka ditangkap oleh polis kerana tidak mengikut arahan. Agenda tersebut berjaya dan akhirnya keluar di media-media pembangkang isu “double standard” di mana demonstrasi anjuran kerajaan tidak ada tangkapan dan demonstrasi pembangkang ada tangkapan.

Itu sahaja agenda sebenar kejadian yang berlaku tempoh hari. Namun rakyat tidak bodoh untuk menilai perkara sebenar yang berlaku. Oleh itu, rakyat harus tahu juga apa agenda sebenar ajakan pembangkang untuk mengajak Perdana Menteri berdebat secara umum. Pasti ada agenda buruk yang dirancang untuk menjatuhkan kerjaan.

Ianya juga boleh satu dikatakan perancangan yang mudah. Sekiranya PM menerima ajakan untuk berdebat, sudah pasti pihak pembangkang akan mengutuk dan sentiasa mencari salah kerajaan di mana dalam debat hanya suara yang berkumandang. namun fakta suara tersebut masih dicurigai. Adakah Fakta tersebut fakta sebenar atau direka-reka?

Penyokong pembangkang yang hanya akan bersorak seperti yang sudah berlaku di dalam debat-debat anjuran pembangkang. Namun, di akhir perdebatan, tiada apa-apa keputusan dapat dibuat. Sudah pasti dalam debat umum tidak akan menyelesaikan sebarang masalah dan hanya mencari salah.

Agenda busuk pembangkang sudah lama dihidu kerajaan. Seperti pengalaman penulis yang telah banyak meghadiri debat-debat umum, terasa seperti menghadiri sebuah majlis yang membuang masa dengan melihat ke dua-dua parti hanya menunding jari menyalahkan pihak lawan. Tiada faedah atau penyelesaian masalah yang diperolehi di akhir majlis debat.

Oleh itu, anda sebagai rakyat harus sedar agenda sebenar pembangkang tidak habis-habis bersuara mengajak Perdana Menteri berdebat. Jadi lah rakyat yang bijak berfikir dan jangan terlalu taksub dengan parti politik yang hanya memperjuangkan sesuatu yang tidak jelas.

-

Saturday 23 March 2013

Tukar slogan "I Love PM" kepada "I Love BN" #rempuh243 #jomsokongbn #ilovebn


Datuk Seri Najib Tun Razak berharap slogan "I Love PM" yang sering dilaungkan oleh rakyat ditukar kepada "I Love BN" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Perdana Menteri berkata, kerajaan dibawah Barisan Nasional (BN) dari dulu sehingga kini telah membawa perubahan serta kemajuan kepada rakyat dan negara.

Menurut beliau, rakyat tidak boleh mengharapkan pembangkang kerana mereka hanya pandai mengkritik dan membuat fitnah tetapi tidak membuat apa-apa.

"Rakyat perlu memberikan sokongan kepada BN bagi meneruskan kesinambungan program tranformasi yang dirancang oleh kerajaan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Rimbunan Kasih di Tanjung Besar di sini hari ini. - UTUSAN
-

Wednesday 20 March 2013

KIRAM JANGAN NAK MENYIBUK! Sabah Selama-Lamanya Sebahagian Daripada Persekutuan Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

Untuk itu, beliau berkata rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan.

"Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di sini, Selasa.

Beliau berkata insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan.

"Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.

"Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," katanya.

Perdana menteri berkata pengorbanan pahlawan-pahlawan negara itu bukan kecil dan bukan untuk diperlekeh, sebaliknya hasil pengorbanan mereka sepertimana pada era darurat dan insurgensi membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemajuan dan kemakmuran sehingga hari ini.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memperkecilkan sumbangan anggota keselamatan agar belajar mengenang budi dan berterima kasih atas jasa dan bakti mereka yang telah berjuang demi tanah air tercinta.

"Kenanglah ibu bapa yang meniti hari tua tanpa mereka lagi di sisi, kenangilah isteri-isteri yang menjadi balu serta anak-anak yang kehilangan belai manja bapanya.

"Kepada mereka kita berjanji bahawa negara ini akan sentiasa memuliakan bakti serta pengorbanan itu," katanya. - BERNAMA
-

Matlamat Transformasi Kerajaan Berjaya Dicapai


Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa membentangkan kepada rakyat Malaysia bahawa sebahagian besar matlamat transformasi kerajaan yang dirancang telah berjaya dicapai dengan keadaan taraf hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

Perdana Menteri berkata perancangan dan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.

"GTP, ETP, NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) dan EPP (Projek Permulaan), semuanya dirangka serta digubal bagi meningkatkan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia secara terancang.

"Sesungguhnya lagi, semua prakarsa ini, tidak lain dan tidak bukan, ialah langkah kerajaan untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan.

"Pekerjaan dengan pendapatan yang setimpal di mana, semakin tinggi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki, semakin tinggi pula ganjarannya," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam Selasa, yang disiarkan secara langsung di RTM.

Najib berkata hasil perancangan teliti dan rapi serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan berkesan, Malaysia telah berubah daripada status negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

"Kita amat bersyukur bahawa Malaysia hari ini ialah manifestasi sebuah negara yang berjaya," katanya.

Katanya Malaysia juga ternyata bukti dan contoh sebagai sebuah negara yang amat progresif.

"Sejak kemerdekaan dan pada dekad-dekad awal, kerajaan telah menjadikan agenda membasmi kemiskinan, reformasi tanah, keadilan sosial, meningkatkan akses kepada setiap tahap pendidikan, perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional sebagai agenda negara," katanya.

Beliau berkata selepas tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), antaranya NKRA menangani Kos Sara Hidup Rakyat telah berjaya membawa manfaat kepada kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah.
-

Wednesday 13 March 2013

BREAKING NEWS 1.00 PM 13 Mac: Perdana Menteri Mengadap Yang Dipertuan Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen Hari Ini?


Teman tak pasti bilakah pembubaran Parlimen tetapi gambar diatas adalah gambar terbaru yang teman dapat dari seorang rakan facebook. Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.50 tengahari tadi. Teman menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mohon perkenan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini. Ini bermakna Pilihanraya Umum yang ke 13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman tersebut. Kemungkinan hari ini atau esok pengumuman pembubaran Parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Sama-sama kita nantikan siren akan berbunyi. BERJUANG!!!!

-

Senarai Calon BN Hampir Siap


Senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir siap dengan sedikit sebanyak perubahan mungkin dilakukan sebelum diumumkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, perubahan mungkin dibuat untuk memastikan calon yang dipilih itu adalah yang terbaik dan boleh menang.

"Senarai calon ini bila tiap-tiap kali kita tengok, kita nak buat perubahan tetapi mungkin tiada masa lagi... kita semak, belek-belek dan terfikir mungkin ada calon yang lebih baik.

"Saya rasa proses itu sampai saat kita umum nanti mungkin ada sedikit sebanyak perubahan, tetapi asasnya sudah ada, kebanyakan kawasan telah kita putuskan, sesiapa yang dikategorikan sebagai winnable candidate (calon boleh menang) akan kita calonkan sebagai calon," katanya dalam program Conversation With The PM yang disiarkan di TV3 di sini Selasa malam.

Najib berkata BN juga akan menentukan pembahagian calon yang sebaik mungkin di kalangan parti komponennya agar calon tersebut diterima oleh masyarakat tempatan dan mencerminkan kehendak rakyat.

"Kita juga ada pertimbangan berdasarkan kepada parti komponen kita sebab kita keluarga besar, 13 buah parti jadi kita kena tentukan pembahagian yang difikirkan mencerminkan komposisi keluarga BN.

"Maka, tidak semestinya kita dapat memenuhi harapan dan tuntutan semua pihak di peringkat kawasan tetapi kita akan cuba menentukan calon yang sebaik mungkin," katanya.

Menjawab soalan daripada seorang pembaca akhbar The New Straits Times mengenai pembaharuan proses pilihan raya, Najib berkata kerajaan komited untuk mengukuhkan proses pilihan raya dan menegaskan bahawa pilihan raya di Malaysia sentiasa dijalankan secara adil dan bebas.

"Jika pilihan raya tidak dijalankan sedemikian rupa, kita mungkin tidak hilang dua pertiga majoriti dan hilang lima negeri pada pilihan raya umum 2008.

Kelantan tidak akan diperintah pembangkang lebih daripada 20 tahun," katanya.

Najib berkata kerajaan juga mempertimbang beberapa tuntutan daripada pelbagai kumpulan seperti Bersih dan kebanyakan daripada tuntutan itu telahpun dipenuhi.

"Buat pertama kali, kita akan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan datang dan buat pertama kali juga, rakyat Malaysia yang tinggal di seberang laut juga dibenarkan untuk mengundi," katanya. BERNAMA
-

Saturday 9 March 2013

Malaysia Pertahan Hak Wanita


Malaysia akan sentiasa mempertahan hak wanita di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bersempana sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 pada Jumaat, Najib mengambil peluang untuk menyatakan harapan dan rasa syukur terhadap wanita, menerusi tweet terbarunya.

"Hari ini, kita merayakan yang kukuh, ehsan dan membelai. Saya bangga mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah pejuang hak mereka (wanita)," kata Najib.

Hari Wanita Antarabangsa disambut bagi merayakan pencapaian wanita di bidang ekonomi, politik dan sosial pada masa lampau, kini dan akan datang. BERNAMA
-

Thursday 7 March 2013

KRISIS LAHAD DATU : Timur Sabah Sebagai 'Kawasan Keselamatan Khas'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai 'kawasan keselamatan khas' bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.

Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

"Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini, Khamis.

Najib berkata pecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian.

"Pada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area. Ini untuk memberikan keyakinan kepada rakyat timur Sabah bahawa meskipun operasi ini akan berakhir tetapi keselamatan (mereka) dan kedaulatan (negeri) mereka akan terus dipertahankan," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan beberapa lagi anggota kabinet.

mStar
-

Berani Betul Najib Turun Kat Sini!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan berada di Sabah pada Khamis untuk meninjau sendiri perjalanan Op Daulat di pantai timur negeri itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata perdana menteri akan ke lapangan Op Daulat dalam operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.
Hishammuddin berkata beliau yakin kehadiran Najib akan memberi semangat baharu kepada semua anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam Op Daulat, terutama setelah apa yang dilalui sepanjang operasi itu.
"Kalau diikutkan kehendak perdana menteri sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pukul 10 pagi di sini.
Hishammuddin berkata Najib dijadual memantau perjalanan dan akan diberi taklimat perkembangan terkini operasi.
"Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan," katanya.
Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata selain bertujuan memantau perjalanan operasi dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan, kedatangan Najib adalah untuk melihat kelengkapan logistik dan kebajikan anggota bertugas.
"Empat faktor ini yang menjadi latar belakang lawatan perdana menteri ke lapangan," katanya.
Beliau berkata ini bukan kali pertama Najib turun ke 'ground zero' kerana beliau yang pernah menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun, telah ke Bosnia and Herzegovina, Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza.
Pada sidang media itu Ahmad Zahid turut mengedarkan beberapa keping gambar berhubung operasi susulan dan penggeledahan yang dijalankan anggota keselamatan di Kampung Tanduo kepada media. - BERNAMA

-

UPDATED 11.00 PM: PM tinjau operasi di Lahad Datu


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meninjau dengan lebih dekat Op Daulat yang dilaksanakan di sini oleh pihak keselamatan ekoran pencerobohan Pengganas Sulu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin dalam sidang akhbar bersama berkata, Perdana Menteri mahu melihat sendiri operasi itu serta memantau keadaan pasukan keselamatan yang bertugas.

"Kunjungan beliau akan memberi semangat kepada anggota polis dan tentera yang terlibat. Beliau juga akan bersua muka dengan pasukan keselamatan yang bertugas," katanya.


Utusan
-

Thursday 28 February 2013

Esok PM Jumpa Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen?



Desas-desus bertiup kencang sama ada dari penyokong kerajaan BN mahu pun pembangkang yang esok hari adalah "The DDay" PM akan mengumumkan secara rasmi pembubaran Parlimen bagi membolehkan dijalankan satu pilihanraya di negara kita. 

Apa yang dimaklumkan kepada KN esok hari hanyalah mesyuarat antara PM dengan Agong sama seperti mesyuarat di hari-hari sebelum ini. Cuma yang menarik perhatian KN dan seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah parlimen akan dibubarkan PM dan bilakah tarikh PRU13. 

KN juga sama seperti rakyat lain dah penat dah menunggu tarikh PRU13 seperti yang digembar-gemburkan akan diadakan pada bulan Mac12, Jun12, Sept12 hingga Dis12. Sekarang ini adalah penghujung tempoh tamat penggal kali ini yang KN rasa paling panjang tempohnya sepanjang pengetahuan KN. 

Marilah kita sama-sama nantikan dengan penuh debaran esok hari sama ada peristiwa keramat pengumuman pembubaran Parlimen akan berlaku atau kita terpaksa menanti lagi entah bila tarikh sebenar.

Sumber
-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...