SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label A-IM. Show all posts
Showing posts with label A-IM. Show all posts

Friday, February 17, 2012

TANJUNG PIAI...

Entry tertunggak. Harap maklum.

20 Januari 2012... (Amekaw! Dah almost sebulan terperam kot. Hu3...)

Aku on leave sebab nak ke Pontian, Johor. A-im nak nikah, derrr..! Nikah ngan bersanding kat rumah belah pompuannya hari Sabtu. Tapi, bukankah Perak dengan Johor tu samadengan jauh?! So, harus la pergi awal sikit, hari Jumaat.

Dari Perak, kami konvoi 2 bijik kereta. My 'sayang', aku & mertua 1 kereta, Juan, Mak Ngah, Nenek Seksi & Abang Udit pulak 1 kereta. Kami ke rumah Awa dulu. Berkumpul kat situ sebab dari sana ada 2 bijik kereta lagik nak join.

Sampai rumah Awa dalam pukul 1 p.m macam tu la... Kasik chance kat kaum Adam semayang Jumaat dulu. Then, pukul 3 p.m baru bertolak secara berjemaah ke Pontian, Johor.

~ Traffic masa keluar dari kawasan rumah Awa je clear. Lepas tu tak clear dah! Jemm sangat! Maybe sebab ramai warga kota yang dah sibuk nak balik kampung. Cuti Tahun Baru Cina kata ko!

~ Walaupun jemm, ah kak cool je... Siap camwhore lagik! La3...

~ My 'sayang' ada sedikit kemeroyananlah. Biasa la kaum Adam kan... asal jemm je meroyan! Asal meroyan je jemm! Heh3...

Lama jugak kami tersangkut kat dalam jemm tuh. Sampai my 'sayang' tukar haluan la... Amik jalan alternatif lain. Jangan ditanya kat ah kak jalan yang mana, ye?! Sebab memang fail sangat2! Hu3...

Sepanjang perjalanan, banyak kali jugak la dok berhenti kat R&R. R&R Pagoh la... Simpang Renggam la... Perjalanan jauh katanya kan... Setiap R&R penuh dengan manusia! Nak semayang pun aci chop2 tempat, hokay! Fuh!

Dasat betul kat Malaysia ni kalau ada public holiday especially perayaan. Tak kira bangsa apa, semua pun amik kesempatan balik kampung/jalan2. Singaporean pun banyak tau! Ziarah sedara-mara kat Malaysia kot.

Dipendekkan cerita, setelah berhempas-pulas mendrive, akhirnya sampai jugak kami semua ke Pontian. My 'sayang' roger2 A-im, tanya nak jumpa di mana?! A-im pun kasik la direction & kami follow je.

~ Last2, sampai kat Tanjung Piai. Giler besor tempat menjamu seleranya. Perut memang dah lapor. Apa lagik?!! Serbulah!!! Ha3...

~ Sejuk, dowh..! Kami pulak gediks amik port yang betul2 tepi pantai. Terus bayu laut menusuk ke tulang. Adeh3... Qistina pun kene paksa pakai sweater.

~ Makan, makan jugak... camwhore, camwhore jugak... Hiks...

1st time kot sampai kat Tanjung Piai. Banyak homestay kat sini. Lepas makan, terus terjah homestay yang A-im sewakan untuk kami. 

Walaupun kaki lenguh, badan berlengas tapi, bila namanya berjalan2 menengok negeri orang, terus macam hilang je tahap kepenatan tu kan? Betul tak? ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 16, 2011

SELAMAT BERTUNANG CIK A-IM & CIK ANI...

Layan gambar ngan captions jer la, ek? Sebab takde idea bernas nak buh mukadimah apa?! Ngeh3...

~ Nama tunang A-im nie Rohani. Adik2 ipar aku sume dah siap2 panggil Cik Ani. Aku follow jer... Hiks...

~ Tersarungnya cincin di jari Cik Ani...

~ Makanya, tunangan A-im lah beliau secara officially...

~ Peluk cium dengan bakal mak mertua.

~ & pose..! ;P

~ Deretan hantaran daripada pihak lelaki. Kalau tak silap aku, ada 13 dulang sumenya.

~ Berbalas berapa daripada pihak pompuan, takde la plak aku ingat... Sampai rumah tempat istirehat, tak sempat nak kira, dah kena 'langsaikan' dengan adik2 ipar. Rakus betul diorang tau! Ha3...

~ Paling tak buleh blah halwa betik nih. Sume pun dah tak tau nak deco2 macam mana?! Aci wrap2 & buh dalam bekas begitu jer... Buh la sket coklat bar Cadbury sebagai hiasan... Kira jadiklah tuh! ;P

Sesi peminangan berlaku dengan pantas! Sap2 soi dah settle! Takde maknanya nak berpantun2 bagai... Aci straight to the point jer. 

Sangat bagus sebab perut pun dah lapor tahap gabanz! Buleh la terjah meja santapan plak. Lauk best, noks..! Ada ikan masak pedas, sambal goreng, gulai ayam kampung, ikan goreng, gulai nangka & ulam2-an. Kuih-muih pun ado. Ikan masak pedas tu memang superb! Rasa macam nak mintak tapau lak. Ha3... Melampau! ;P

Akhir kata, Selamat Bertunang kepada Cik A-im & Cik Ani... Jaga2! Darah tengah manis tuh! Tak pecaya? Cer rasa... Cer rasa... Ha3...


Wednesday, June 15, 2011

TO JOHOR WITH LOVE...

Pagi Sabtu tu, pukul 6 a.m aku dah bangun. Nak mengcop bilik air gitu... Ye la kan... ramai yang lepaking kat rumah Awa. Kalau lambat kang, harus la berebutkan 2 buah bilik air tuh.

Sib baik baju aku & my 'sayang' aku dah siap2 iron belah malam lepas balik makan kat D'Lala Seafood. Takde la kelam-kabut sangat.

~ Hokay! Dah siap! Kiut tak? Ahaks3...

~ Pukul 8.30 p.m kitorang start gerak. Mendung2 jer masa tu. Masuk jer highway, dah start hujan renyai2. 

~ Mr. Driver yang super cool. Ececeh..! Hubby sendirik, harus puji lebih2, hokay..! He3...

Kitorang stop kat R&R Nilai untuk breakfast. Lapor, dowh..! Aku amik mee goreng yang nampak macam santek menarik tertarik komemangthebomb tapi, rasa dia hampeh! Indah khabar dari rupa. So, tak abis! My 'sayang' amik nasik goreng. Simple tapi, sodaplah. Rugi plak rasanya tak amik nasik goreng jugak. Hu3...

~ Sepanjang perjalanan aku adalah mentido. Jaga sekejap, lepas tu tido balik. Begitulah... Kat Pontian, A-im dah sediakan  rumah untuk kitorang rehat2. Di situ jugaklah kitorang especially Udda merepair hantaran2 yang tersenget-benget. 

Sib baik dari rumah tu ke rumah bakal tunang A-im tak jauh. Pukul 1 p.m, sampai sana. Dah berdangdut dah perut aku time tuh. Control2... sebab sesi peminangan baru nak bermula... Adeh3...

Tuesday, June 14, 2011

FULL VERSION OF BAULU IKAN

Jumaat lepas, aku ada janji nak jaja gambar hantaran baulu ikan yang aku ngan mak buat untuk majlis pertunangan A-im kan... Ingat tak? Ingat tak?

Hmmm... tak kesah la korang ingat ke tak?! Yang penting, skang nie masa untuk tunaikan janji tuh. Tak baik mungkir janji kata ko..! ;P

~ Kan memula tu, macam gini jer rupa paras hantaran tu kan... Tapi, nie tak finalize lagik. Ada a few tokok-tambah yang mak aku buat.

~ My 'sayang' tukang pasangkan kotak. Sebab tu harus jaja jugak gambar beliau. Tapi, aci pasang kotak dari atas tilam mak yang super empuk & menjadik rebutan antara anak2 & menantu2 mak tuh. Ha3...

~ Hokay! Nie dia full version of hantaran baulu ikan. Mak tokok tambah yang munge2 kecik kaler silver tu, ha..! Munge tu made of kertas kaler silver. Dalam dia ada coklat. Macam mana mak aku dapat inspirasi buat munge kecik2 tu pun aku tak tau?! Sebab mak nie memang penuh dengan idea2 suspen lagik spontan!

Amacam? Santek tak? Santek tak? ;P

Friday, June 10, 2011

DARI PERAK KE NEGERI JOHOR... EWAH..! ;P

Weekend nie, aku jadik orang Johor sekejap. Wah..! Tetiba kan... Hiks...

Actually, sok nak ke Johor, menyertai rombongan meminang. Nak menyunting dara pujaan A-im katanya kan... Ecewah..! ;P

Petang kang, nak berdesup ke KL. Stand by kat rumah Awa. Sok pagi2 senang, terus jer berdesup ke Johor.

~ Malam tadi, aku ngan mak bertungkus-lumus buat mende alah nih untuk dijoinkan sekali dengan hantaran A-im. Tema adalah silver + hitam + gold. Hah! Amik ko! 3 in 1 tuh! Ha3...

~ Yang tadi tu base. Tu, ha..! Nampak tak kat bawah kotak tuh base tadi? Nampak kan? ;P Base untuk kotak baulu ikan. Nie masih dalam keadaan cincai2 lagik. Baru siap 80 %. Plus, baulu ikan pun tak buh lagik kan... Mak kata nak modified2 sket. Nak add-on coklat2 sket. Tak kesah la kan... Asal mak aku puas hati, sudah..!

Pukul 1 a.m wooo... baru mentido malam tadi sebab nak membina sekotak hantaran. Mabuk laut aku bangun pagi tadi tau! Hadoi la...Tapi, tu sume hal kecik jer sebab bila tengok yang 80 % siap tuh, rasa puas hati lak! Ececeh..! ;P 

Kalau dah siap 100 % kang, aku jaja kat sini, ek? Jangan risau, you ols..! Lepas tu, korang wajib puji ia santek, hokay! ;P

Kalau ikut perancangan awal, hari Ahad baru balik. Sebab lepas merisik2 & meminang2, mungkin akan ada sesi jalan2 carik pasal! Owh..! Best, noks..! Ah kak like..! La3...

Doakan kami selamat pergi & kembali, ek?! ;)

Sunday, April 18, 2010

1 HARI DI IPOH...

Pada 1 hari Sabtu, A-im mintak tolong my 'sayang' anta beliau ke ILP Ipoh coz beliau nak amik exam under S.P.A. Pagi2 we ols dah menuju ke Ipoh. Nak berenti breakfast kat mane2 pon tak dan sebab takut tak sempat sampai before 9 a.m. Just beli kuih-muih & makan dalam keta jer.

A-im amik exam tu untuk jawatan Pegawai Kastam. Bapak la ramai manusia yang datang. Sampai parking pon tak cukup. Sib baik la we ols just dropped by A-im jer. Ye la kan... takkan nak tunggu sampai petang kot! Giler banyak paper yang dia kene amik. Mati kutu kitorang if tunggu kat situ.


~ After dropped by A-im, we ols terus gi breakfast kat Restoran D Naina.


~ Ntah mimpi hape... my 'sayang' order chapati lak hari tu. Selalu, memang jarang2 sangat la nak order chapati. Teringin kot..!


~ Aku makan roti telur. Not bad la...


~ Sambil makan, sambil calling2 mak aku. Well... gua kan anak yang sentiasa hengat kat bonda tersayang gua tuh! Heh3...

Pas breakfast, we ols gi workshop sebab my 'sayang' nak repair something kat Wirasleez. Ntah hape ntah?! Aku pun tak paham! Plus, banyak mase lagik. & kitorang pun cam dah tak tau nak gi mane dah?! Dalam 1/2 jam gak la dok lepaking kat workshop. Sib baik la workshop tu ade ruang menunggu kat dalam opis. Buleh gak duduk2 sambil baca paper. If ade air kopi secawen pun cantik, tertarik, menarik, ko memang da bomb... gak nih! Owhhh... tetibe... ;P

Once Wirasleez dah ready, we ols terus ke Greentown Mall (GM). Takde la sopping hape sangat pun... Just TERbeli shawl jer sehelai. Pastu, we ols ke Padang Polo lak. Dah tak tau nak gi mane dah?! Hu3...

Sampai2, terus beli cendol. Nyampah betul aku kat ah kak yang jual cendol tuh! Nak meniaga, buat la cara nak meniaga! Nie siap buat muka cam cipan & takmo layan customer! Time nak tanye, nak cendol hape pun nak marah2! Nak kata ko penat sebab customer banyak, tak jugak sebab kitorang la customer yang ado kat situ. Tu pun nak beli 1, tapau jer pun! Ko senggugut ke hape ke kan?!! Agak2 la woiii!!! Huh! Sempat gak la aku sound dia, 'Nak meniaga ke tak nak?' Aku skang memang mulut laser! Tak kose ah kak nak sopan-santun ngan orang2 yang sedemikian rupa!


~ Malaslah nak pikir sangat pasal pompuan senggugut jual cendol tuh! (Ha! Amik ko! Kan dah dapat spesel title dari aku! Ha3...) Lebih baik aku teman my 'sayang' layan laksa Tepeng kat another stall. Kenyang gak perut...


~ Layan rojak sekali... Sodap gak but, banyak mempelamlah! Masam tak hengat! Terpejam2 mata aku makan tau!


~ Terrorlah my 'sayang' makan laksa skang... Kagum2... ;P


~ Tengah dok syiok2 lepaking, tetibe aku nampak kelibat pompuan senggugut jual cendol tadi. Alaaa... yang pakai baju pink wif apron tu, ha..! Cisss! Sakit mata aku tengok dia melenggang-kangkung!


~ Dia gi beli goreng pisang kot. If aku jadik tauke goreng pisang tu, tobat aku nak jual kat pompuan senggugut nih! Shuh2! Gi main jauh2 la woiii!


~ Padang nie luas, cam taman rekreasi la... Ade playground... jadik tempat orang ramai berjogging...


~ Kesian my 'sayang'... Mase kecik2 dolu, tak penah jumpe buaian... Tu yang jakun sket tuh! Muahaha... Larikkksss...!!!


~ Amboi3..! Riangnye mereka berdua nih..! ;P


~ Peace, bebeh..! He3...


~ Sib baik tak runtuh buaian tuh! Kang tak pasal2 kene tuduh vandalisme lak kang. Ha3...


~ 'Hape di atas, yo..!' ;P


~ Laki sapa la nie..??? Tettt...!


~ Candid la konon..! Hiks...


~ Senyum puas sebab dah lepas gian main buaian. Ahaks3...


~ Hoo yeahhh..!


~ Ooppsss...!


~ Bini sapa la nie..??? ;P


~ Aksi manja my 'sayang' lak. Tersangat la manja kan? Ahaks3...

Gigih main buai laju2, sampai perut dah lapor balik. My 'sayang' kata nak try 1 restoran kat Greentown.


~ Restoran Simpang 3 namenye... Menyediakan masakan minang.


~ Most of the staff & waiter/waitress maybe imported from Indon sebab sume pun speaking Indon. Putih2 melepak sume tau! Cute2 jer. Buleh jadik pelakon sinetron, gitu..! Ahaks3...


~ Pinggan aku... Lauk2 nie adalah lauk2 'terpaksa' sebab ayam sume adalah ayam kampung. Aku tak sker ayam kampung. Sib baik la ade ikan masin yang cam keropok nih. Penyelamat anak tekak aku... Huuu...


~ Pinggan my 'sayang'...


~ Sambal kicap dia kira terbaik gaklah.

Total makan: RM 22.90. Reasonable la... Environment bersih, deco pun cantik, makanan pun marvellous... 1 jer yang tak syiok iaitu ayam sume adalah ayam kampung. Owhhh... sob3...

Lepas makan, we ols pusing2 Ipoh 1 more time sebab still ade mase sebelum fetch A-im. Pukul 6.30 p.m baru sampai umah. Giler penat ko, seharian kat Ipoh. Adeh3..!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google