SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label A_BERN. Show all posts
Showing posts with label A_BERN. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

BERJUTA3 TAHNIAH!

2 Mac 2015...

Mak 'senak perut' bagai... 2 Mac dah call aku, tanya kenapa Kakak / A_bern tak call bagitau result A_bern?! Hadoi! Macam mana la nak call, Mak oiii..! 2 Mac tu result STPM  yang keluar, bukannya SPM! Mak konpius! Lepas tu, aku gelakkan Mak, Mak pulak gelakkan diri sendirik. Ha3...

3 Mac 2015...

Result SPM keluar. Fuh, neves bagi pihak A_bern! Gedebak gedebuk jantung nih! Tapi, still under control. Takde la nampak over sangat kan... ;P

Berkira2 jugak nak call Kakak / A_bern. Sebab tak nak ianya jadik 1 tekanan pulak kat A_bern. Ye lah... dia dah buat sehabis baik & semampu yang dia boleh, apa2 result yang keluar, terima je dengan redha & hati terbuka. ;)

Pukul 10 ++ pagi, Kakak call...

"... Adik... tsk3... Kakak tak dapat cakap ni... Tsk3... Atien... tsk3... Kakak... tak tau nak cakap apa... tsk3..."

Cenggitu la sampai ke sudah. Aku pun konpius! Bertia baik ke... berita buruk nih? Hu3...

Aku suruh Kakak cool down dulu. Plus, ada call in, Mak pulak call. Mak bagitau berita gumbira yang bagi jawapan, kenapa Kakak nangis?!

~ A_bern dapat 9A's (straight A's). Alhamdulillah... Touching, gumbira, terkesima, rasa nak melompat mintang... semua ada la..!

Berjuta3 tahniah untuk A_bern. Syukur. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, December 20, 2012

SEJAMBAK TAHNIAH!

Semalam, hari yang mendebarkan kot untuk calon2 PMR sebab semalam result keluar. Musti ada yang menggigil nak mandi pagi. Ha3...

Teringat pulak kenangan masa aku dapat result PMR dulu. Tahun 1998. Aku kan sekolah kat boarding school, kat KL nun..! Masa tu, aci je kalau nak tau result main calling2 Pembantu Tadbir (PT) opis sekolah. Sebab rumah memasing mostly jauh2 kan...

Aku macam ngeri la... takmo call! Takmo tau sampai bila2 kot. Hu3... Asal capai gagang telefon je tangan menggeletar tak hengat! Macam diserang parkinson je kekdahnya... Adeh3...

Family kasik support, suruh aku call jugak. Hokay2, fine3!!! (macam Shuib Sepahtu cakap) Aku call jugak akhirnya...

Nak sebut nombor ic punya la neves! Macam kena kancing gigi je tau! Aiyakkk!!!

Tetiba, ah kak PT tu cakap...

'Adik dapat 7A 1B. B tu Sejarah.'

Fuh, lega! Lepas hazab! Walaupun tak dapat straight A's tapi, bila dengor B tu adalah Sejarah, aku dah rasa bahagia sangat2. Sebab masa zaman tu, sesiapa yang dapat selain A untuk subjek Math & Sains, bakal ditendang keluar dari sekolah tuh. Means, balik kampung la ko kan... Owh... nehi3!!!

Sebab tu aku bangga habis bila aku dapat B untuk Sejarah. Tak payah nak usung beg balik kampung macam students Akademi Fantasia yang dapat undian terendah. Owh... tetiba kan... Ha3...

Kenangan betul kan... Hmmm... ;)

~ & semalam, turn A_bern pulak nak rasa gedebuk-gedebak tuh. Alhamdulillah... A_bern dapat straight A's! ;D

A bouquet of congrats untuk A_bern... 

Semoga kejayaan ni akan jadik motivasi untuk A_bern lebih berjaya di masa depan di samping kejayaan ukhrawi. Insyaallah.. Aminnn... ;)


p/s: Bila Kakak nak 'open table', ek? La3... ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, May 16, 2011

AKSI CANDID TERLAMPAU #9

Slot Hiburan Semata2: Aksi Candid Terlampau (ACT)

Memandangkan dah masuk bulan Mei makanya, ACT akan diteruskan lagik. Mari kita tengok sapa yang kena..?!! Ho3!!!

~ Dia selalu kata muka dia, gaya dia, pesen rambut dia... sumenya dia kata macam Adira AF. Tapi kan, kalau merujuk kepada gambar nie, tang celah mananya yang macam Adira AF? Cer citer... Cer citer... Ha3... Sila larikksss sebelum A_bern kejor..!!! Woo hooo..!!!

Malas nak cakap banyak, korang bagi jerlah mintang2 seberapa manyak yang korang nak kat Adira AF celup nih! ;P

Tuesday, March 22, 2011

POSING ADALAH WAJIB!

Ni part last kesah besday bash A_bern & Odah. Seperti bese la kan... walau di mana jua berada... walau apa jua functionnya... kami sume adalah sawan camera! Memang berposing sesadolah! Pantang ada yang tala camera, mula la memasing tergediks nak show-off pose maut vogue da vass! Ha3...

Jadik, sila la layan pemposingan kitorang, ek! ;P


~ A_bern dapat hadiah dari ibu & ayahnya. Bapak besor! Siap pakai kotak A4 cap Doube A, ko! Isi kandungan adalah beg. Cun wooo... beg dia..! Jenuh aku pujuk rayu A_bern mintak dia sedekah beg tu kat aku. Tapi, haub jer. A_bern tak makan saman pun! Tsk3...

Takpe2... Ade lori, ada bas! Ada bas, ada lori! Hah! Korang sambung la plak pantun nih! ;P


~ Cik Odah dapat baju kaler lite pink.


~ Lip2 pun dapat jugak. Pink kaler also. Muka ketat tapi, peace tetap peace, bebeh! Hiks...


~ Sopan jer cara Lip2 duduk. Ecewah! ;P


~ Hah! Ni la latest version of Qistina. Dia pakai baju yang aku beli kat Melaka. Sedang2 elok jer kat badan dia. Orang buat peace 2 jari jerk. Tapi, Qistina sampai 5 jari terus! Ha3... Dasat2...


~ Sape lagik chubby? He3...


~ Cer bayangkan tiga2 ni anak2 kitorang. Wah! Giler rapat, ko! ;P


~ Qistina still shame2 cat, gitu..!


~ Mak Anjang dia lak yang over sawan! Ha3...

Kesimpulannya, hari tu memang best & meriah. Instead of meraikan besday A_bern & Odah, kitorang jugak dapat berkumpul 1 family. Makan2... posing2... memang terbaik dari ladang.

Terima kasih mak sebab masak lontong yang super sodap. Thanks nenek sebab buatkan agar2 pandan bersantan. Thanks jugak kat abang ngan kakak aku sebab sponsor kek & sate. & terima kasihlah kepada sume... ;)


*Tamat...

A_BERN'S & ODAH'S BESDAY BASH

Wa tengah layan citer Asmara 2. 1st time layan. Not bad la... Tak tau lah akan jadik tontonan mingguan wa ke tak?! Sebab wa ada stigma pasal film/drama yang ada sequel nih iaitu sequel musti story boardnya meleret2 sampai tak tau kesudahan. Normally la kan... Eh2! Tetiba lak nak ber'wa2' kan... Perasan rock kapak la tuh! Muahaha...

Hokaylah! Aku nak sambung kesah majlis yang berlangsung kat umah mak aku. Amacam? Buleh teka tak majlis apa? Hiks... Over tau buat teka-teki, teka-tekuk. Story jer la kan...

Ye la... nak story la nih. Actually, majlis tu adalah majlis besday bash A_bern & Odah. Dua2 punya tarikh lahir jatuh dalam bulan Mac. So, buat sekali harung. Mak aku la mastermind di sebalik majlis nih. Sayang cucu katanya kan... Harap2, besday bash aku nanti, mak aku buat lagik grand2 tahap gaban sampai kakak ngan abang aku menjeles! Ha3...


~ Kek sponsor in da house..! Abang & kakak aku yang sponsor. Ye la kan... dah besday anak diorang, harus la diorang yang sponsor kek. Tak gitu..?! ;P


~ Nyum2!!!


~ Sodap! Dua2 pun adalah kek coklat.


~ Walaupun besday Lip2 nun jauh di bulan Jun tapi, dia tetap gigih nak potong kek jugak. He3...


~ Muka ketat Lip2 sebab sume orang dok bagi perhatian kat A_bern ngan Odah jerk. Alooloolooo...


~ Terpaksa la Ibu main peranan. Kasik pujuk2 bagi kata2 manis sket kat Lip2 dengan harapan muka ketat tu jadik longgar sket. Hiks...


~ Cik Odah yang poyos! ;P


~ Sesuai tak kalau abang aku replace tempat Mat Kacau Astro Ceria tuh? Ha3... Larikksss..!!!


~ Alooloolooo... tomeinya lah hai! Especially yang kanan sekali pakai baju pink tu kan? Sekali pandang cam Fazura. 2 kali pandang cam Maya Karin ko..! Ahaks3...


~ A_bern & parents...


~ Odah, Lip2 & parents...


~ Cik Odah yang dah tak sabor2 nak ngap kek tuh! Sampai terjilat2 kat pisau kek. Ha3...


~ Dah besor rupanya A_bern... Sweet 14, dowh..!


~ 'Sayang anak Ibu... Mmuahhs3..!' Ecewah! ;P


~ Mak wif cucu2nya... Tak lama lagik akan bertambah lagik 1 sebab Kak Aneem tengah preggie. Baby boy katanya... Alhamdulillah... Bertambahlah kaum Adam dalam family kecik aku nanti...


~ Lip2 tak abis2 dok jaga kek. Ha3...

Happy besdaylah to A_bern & Odah... Semoga menjadik anak yang berguna & solehah. Amin... Hadiah aku dah kasik awal2, masa balik dari Melaka tuh. Untuk A_bern aku kasik shawl kaler purple. Untuk Odah lak, aku kasik baju yang ada cop Melaka. Untuk Lip2 pun ada jugak, pun baju cop Melaka. Untuk Qistina pun ada.

Eh2! Nak tengok Qistina yang paling latest tak? Semakin chubby, dowh..! Geram betul aku tengok! Rasa nak geget! Heh3...


*Bersambungan...

Monday, March 21, 2011

TERIMA KASIH WAHAI TETAMU...

Hari Sabtu, umah mak aku menjadik meriah dengan kehadiran tetamu yang datang untuk memeriahkan 1 majlis. Majlis bese2 jer... Takde la besor2-an ke... grand2 ke kan...


~ Rombongan terawal yang sampai. Cik Ros & Cik Wah. Dua2 pun sepupu mak aku.


~ Memandangkan konsep majlis adalah 1st come 1st serve & self-service, makanya diorang menjamu selera dolulah.


~ Tak lama lepas tu, rombongan ke-2 plak sampai. Most of them adalah geng bas sekolah mak & nenek aku.


~ My MIL tergolong dalam kategori rombongan terakhir sampai. My MIL kata, Qistina tido. Pukul 4 p.m baru bangun. Tu yang lambat sket sampai tuh.


~ Happy jer mak aku... Bila mak aku happy, aku pun happy jugak. ;)


~ Tetiba, terselit lak muka diorang berdua nih. Hmmm... layankan jer la... He3...

Terima kasih wahai tetamu... ;)

Kalau korang terror kan, cer teka... majlis apa la yang berlangsung kat umah mak aku nih? Kalau korang teka betul, korang memang terror tahap gaban la kiranya kan... Hiks...


*Bersambungan...

Friday, November 12, 2010

UPSR

Keputusan UPSR dah pun diumumkan semalam. Pencapaian tahun 2010 adalah pencapaian paling memberangsangkan dalam tempoh 4 tahun. Peratusan pun meningkat. Alhamdulillah... Bijak2 budak zaman skang kan?

Tahniah diucapkan kepada yang dapat straight A's. Usaha kamu sume selama nie memang berbaloi2. Penat-lelah mak ayah keje keras untuk bagi pendidikan terbaik pun membuahkan hasil. Musti mak ayah bangga dengan kamu sume. Tahniah sekali lagik...

Kepada yang kureng berjaya plak, jangan jadikkan kegagalan nie 1 titik noktah. Amik dari sudut positif. Jadikkannye sebagai pembakar semangat untuk bangkit di mase hadapan. Insyaallah... kejayaan akan berada dalam genggaman jugak 1 hari nanti. Just don't give up, hokay!

Anak penyanyi, Hattan pun dapat 5A. Tahniah jugak... Anak Encik Sukeri (opismate aku) dapat 4A & 1B. Adik Ros dapat 3A & 2B. Congrats2... Tahun nie, rase2nye takde kot sedara-mara terdekat yang amik UPSR. Last year, ade la. A_bern amik. Alhamdulillah... dia dapat 4A & 1B. Congrats A_bern! Semalam, sekolah lame dia jemput untuk amik hadiah sebab dapat result kategori cemerlang last year. Dapat duit katanye... Wah! Buleh pau nih! Ahaks3...

Wednesday, November 10, 2010

TAK SODAP KONON..!

Hari Ahad, lepas breakfast, mak call. Mak bagitau yang dia nak ke Darus Syifa', nak bawak anak Cik Siah berubat. Ade semacam ketulan kat breast dia katanye... Dah gi spital tapi, bese la kan... spital musti nak buat macam2 test lagik kan... Doktor syorkan untuk buat operation. Tapi, tarikh tak set up lagik. Kene queue kot. So, sementara nak tunggu next appointment, dia nak trylah perubatan alternatif kat Darus Syifa' dolu. Ikhtiar kan...

So, mak suh aku amik A_bern. Sebab kalau dok sorang2 kang, kebulur lak dia tak makan. My 'sayang' keje. So, aku la yang amik dia. Aku sampai, dia buleh baik punye mentido lagik! Aku kejut kata nak ajak dia gi TF, nak shopping sket. Sepantas kilat dia bangun! A_bern nie pantang dengor perkataan shopping! Bersilat terus dia nak ikut! Ha3...

Tapi, aku tak terus bawak dia shopping. Aku bawak balik umah aku dolu. Pastu, aku kemas2 umah, cuci2 ayam yang my 'sayang' siap2 belikan pagi tuh. Aku cadang nak masak tom yam. Bahan2 macam carrot ngan kuib tom yam lak nan ado. Tu yang terpaksa ke TF tuh. Balik2 TF, terus bersilat kat dapur sebab dah lewat, noks! Dah pukul 1 p.m dah mase tuh. Sib baik masak yang simple2 jer & bahan2 pun sume aku dah siapkan. Tinggal campak2 jer.


~ Mak cik nie sedang mengetest tom yam yang aku masak.


~ Aku tanye sodap ke tak?! Dia kata, 'Tak sodap!' Elleh! Tak sodap konon! Kalau tak sodap, apsal tambah 2 mangkuk? Chait!

A_bern nie bukan hape... dia ngeri nak puji aku. Sebab aku kalau kene puji especially bab2 masak nih, sure sampai minggu depan pun aku dok canang pempujian tersebut! (Tatabahasa baru ye, you ols..! 'Pempujian'. Hiks...) Bese la ah kak kan... Ha3...

Monday, November 8, 2010

MAKE-OVER

Aku kan tengah berjinak2 dengan make-up skang nih. So, pada suatu hari tu, aku jadikkan A_bern sebagai mangsa aku. Konon2, aku nak make-overkan dia la kan... secara paksarela! Ha3...

Tak sampai sejam pun dah siap dah sesi make-over tuh. Alaaa... bukannye aku poyos nak buat shading bagai... Just nak mahirkan tangan pengkar aku nie jer... Buat yang basic2 jer pun.


~ & hasilnye... inilah dia budak gediks yang dah dimake-overkan! Badan kurus tapi, chubby owh... mak cik nih! Aku sker kutuk dia kata dia mok2. Pastu, mula la dia kempis2kan pipi ngan perut. Siap nak control makan lagik! Muahaha...

Kejamkah mak sedara dia nih? Ha3...

Monday, November 1, 2010

DRIFTER TERPOYOS DI ABAD INI..!

Pada suatu petang yang damai... (Ecewah! Macam lagu XPDC la plak. Hiks...)

Aku: A_bern! Amik kunci keta, bukak keta & tolong masukkan barang2 dalam keta. (Wah! Macam tuan director plak ah kak kan... He3...)

A_bern: Wokeh!

Tetibe kan...

'Vrroommm2..!!! Vrroommm2..!!!'

Makanye, terkocoh2 la ah kak mengusha2 hapekah mendenye yang mengeluarkan sound effect yang maha dasat tuh..!


~ Laaa... Rupe2nye, makcik nie tengah berangan jadik drifter la pulok! Dia start enjin pastu, press pedal minyak secara tak hengat!


~ Lihatlah kepoyos-an A_bern! Nampak sangat propa tau! Ha3...

Perasan nak jadik drifter Malaya la tuh! Well... agak2 korang, ade chance tak? ;P

AKSI CANDID TERLAMPAU #3

Slot Hiburan Semata2: Aksi Candid Terlampau (ACT)

Kembali lagik dengan wajah yang akan dipertontonkan dalam ACT untuk bulan nie..! Mari kite same2 suspen2kan diri..! Kite tengok sape yang kena..??! Ho3!!!


~ Tarat tat taraaa... Muka A_bern lagik..! Matik la aku kene dush3 ngan beliau! Adeh3... Tapi, tak buleh la nak blame aku jerk sebab dah dia jer yang gigih buat pelbagai aksi candid, aku snap jer... He3... Nama Aksi: Sleeping Tak Beauty. Ha3... Larikksss...!!!

Well... you ols... rating, please..! ;)


Truly, Madly, Deeply by AreLeez Adnan

Monday, September 20, 2010

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI...


~ Ini adalah A_bern, anak sedara aku yang pertama merangkap anak kakak aku. Aku rase, korang pun dah quite familiar kot dengan dia nih sebab banyak jugak wajah2 dia yang aku jaja kat sini.

Well... walaupun A_bern nie kadang2 brutal, moody, nakal & bla3... tapi, dialah jugak teman sepergaduhan aku. Sebab aku sker sakat dia. Kadang2 sampai dia nangis2, siap report2 kat ibu dia (kakak aku la tu...) Puas jer hati aku kalau dapat sakat dia sampai menangis! Ha3... Mak ngan kakak aku memang geleng kepala jerlah... ;P Tapi, tak la all the time aku asik nak sakat2 & gaduh2 ngan dia kan... Sebab A_bern nie merangkap teman sepermainan aku jugak. Even aku dah kahwin nie pun, aku dok main ngan dia. Masuk bilik dia, baring same2 atas katil, pastu nyanyi2 tak hengat, memekak2. Bile dah penat menyanyi sakan, kitorang create game lain plak sampai la bosan! Aku ngan A_bern telus. Takde maknanye nak cakap bermunge2, kias2 bagai... Kalau hape yang dia buat aku nampak tak elok/tak bagus, aku sound jer terus! Kalau aku cam terover ke kan... aku pujuk la dia balik. Aku buat camtu pun sebab aku sayang kat dia gak. Gitu la kekdahnye...

Tapi, next year, maybe aku dah tak buleh sakat/gurau2 ngan dia dah sebab kakak aku nak bawak dia dok Kajang. Means, transfer sekolah la. Skang nie, dia dok ngan mak aku. Mak aku musti windu kat dia punye..! Hmmm... bukan hape, setelah ditimbang-tara, rase2nye better dia dok kat Kajang ngan kakak aku merangkap ibu dia. Decision nie pun dibuat atas pertimbangan bersama. Bukanlah bermakna mak ngan kami sume kat sini tak sayangkan dia tapi, nie sume untuk kebaikan dia. At least, kakak aku buleh pantau segala2nya pasal A_bern. Sakit, pening pun ibu dia ade.

Walaupun A_bern jauh di mata tapi, dekat di hati kami sume... Aku sentiasa doakan A_bern jadik anak yang baik, cucu yang membanggakan, anak sedara yang hebat & manusia yang berguna... Insyaallah... Amin...

Wednesday, September 1, 2010

AKSI CANDID TERLAMPAU

Aku nak buat sebaran am nih. Hmmm... pepagi dah buat sebaran am kan... He3... Macam nie kekdahnye... Aku akan buat 1 lagik slot untuk dipaparkan dalam blog purple aku nih iaitu Slot Aksi Candid Terlampau! (ACT) berkuatkuasa 1 September 2010. Tujuan slot nie bukanlah untuk memburuk2kan orang tapi, just for fun! Kadang2 kite stress, tekanan bagai... macam aku la kan... So, kalau aku tengok gambar2 ACT nie, maybe buleh buat aku senyum2 ke... gelak2 ke... Hilang jugak la sket2 stress tu kan... Hopefully la...

Untuk permulaan, aku show-off gambar kat bawah nie dolu...


~ Tajuk Aksi: Menguaplah Engkau Sepuas Hati. Diaksikan secara tak sengaja oleh A_bern. Nie kalau dia tau aku jaja gambar dia yang tak semenggah nie, confirm aku kene sumpah jadik puteri raja nih! Ha3... 'Puteri Raja..?' Hapekah..??? Erkkk! ;P

Sekali lagik nak ditegaskan di sini bahawa, Slot ACT nie adalah untuk hiburan semata2. Takde niat nak mengekspoitasi mane2 pihak. Harap maklum...

Errr... korang tolong bagi rate, ek? Antara 1-10, berapa agak2nye korang nak bagi? Silakan juri awam... Ececehhh..! ;D


Truly, Madly, Deeply: AreLeez Adnan

Monday, August 23, 2010

RAJINNYE SI BAJU HIJAU...

'Si baju hijau... Sedang bertugas... Di perbatasan... La3...' Ewah2..! Siap nyanyi2 la pulok kan... Hiks... Errr... amacam, you ols? Merdu tak suara ah kak? Agak2 la kan... kalau masuk OIAM musim baru, buleh jadik champion tak? Ha3... (Sudah2 la berangan Mat Jenin tu woi! Hiks...)

Actually, saje jer kasik intro secara nyanyi2 karaoke. Nak kasik meriah di situ... (Meriah la sangat... Chait!)


~ Yang sebenor2nye nak citer pasal mak cik kat atas nih! Pakai baju hijau... kusyen pun kaler hijau. Sekayu kot! Ha3... Larikksss...!!! ;P A_bern tengah gigih buat homework. Serius jer muka beliau. Tu la... sape suh buat homework malam2... Kan dah tak buleh nak bersker-ria ngan kitorang kat depan tv... Ha3...

Table cloth tu mak aku recycle tudung Turki lame. Mak aku tak pakai dah tudung tuh. Dah old fashion. Plus, skang kan tudung lycra tengah in... Tak koselah mak aku nak pakai tudung Turki lagik. Mak aku pun nak up to date gak what..?! Heh3... Dari biar Encik Tikus geget tudung tuh, better buat something yang berbaloi2 kan... Hmmm... amacam? Kreatif tak mak aku? Kalau guna tudung Turki yang kaler hijau, musti lagik naik seri sudut nie kan? Betul tak, you ols?


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

Tuesday, July 20, 2010

CONGRATS TO HER...

Di kesempatan ini... (ecewah! Macam ayat kad raye la plak! Hiks...) aku nak ucapkan tahniah kat anak sedara aku, A_bern sebab baru2 nie dapat anugerah best student. Nie of cos la kan... ikut cara berpikir acu dia yang cute-miut nih sebab acu dia nie pun hebat kebabom gak! Plus, aku dah wariskan dah sume ilmu2 pusaka aku tu kat A_bern. Wah! Giler, ko! Puji diri sendirik tahap tak hengat punye..! Kah3... Larikkksss....!!! ;P


~ A_bern dapat 2 hadiah, 1 untuk tempat kedua dalam kelas & 1 lagik sebab dapat no. 2 jugak dalam tingkatan.


~ Gumbira la tuh!


~ Actually, time UPSR, A_bern dapat 4A 1B. Ikutkan, memang berharap dia dapat masuk boarding school. Ade gak la apply. Tapi, takde rejekilah. Plus, of cos la kene fight dengan bebudak lain yang dapat 5A kan... Walaupun skang nie dia masuk daily school tapi, alhamdulillah la... sebab dia still buleh perform. Cuma kene pantau sket la sebab dia nie minah tv!


~ Yang kat sebelah tu, mungkin kawan dia... Ye! Aku sangat pasti! Sebab budak tu pun pakai baju sekolah macam dia. Siap senyum2 plak tuh! Macam friendly jer... Musti la kawan dia kan? ;P


~ Ha! Kan betul! Musti kawan dia punye..! Sebab muka dia lagik! Bestfren kot...


~ Congrats to her...

Sok nak bawak A_bern ke spital sebab dia demam. Maybe, my 'sayang' jer yang bawak dengan mak sebab aku keje. Hopefully, she'll recover soon... Aminnn...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google