SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BENANG HIJAU COLLECTIONS. Show all posts
Showing posts with label BENANG HIJAU COLLECTIONS. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

OCEAN BLUE

Sejenis birthday gift. Daripada kakak kesayangan... yang cantik, jelita, sweet, muslimah, hebat, thorrbahekkk... sangat tu. Haaa... nampak tak pujian melambung2 sampai ke bintang? Ha3...

Kakak bagi on time. Aku je yang baru publish entry. Biasa lettew kan... Ngeh3...

Konsep dia, Kakak kasik peruntukan, aku yang manage order & pilih warna + jenis. Sebab kalau dia pilih nanti, takut tak menepati citarasa aku. Owh... takde masalah. Bernas sangat idea tuh! Sepantas kilat ah kak stalk instagram Benang Hijau! Heh3...

~ Ocean Blue
Menawan sangat, you ols..! Ahaks...

Terima kasih, Kakak kesayangan... Semoga murah rezeki. Tahun depan & seterusnya, boleh kasik hadiah birthday lagik. Aminnn... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::





Monday, October 31, 2016

CANTIK, GORGEOUS, MELETOP KEBABOMMM..!!!

Lama nau2 tak shopping shawl Benang Hijau. Tak ingat bila last shopping. Uiks, lama la tu kot kekdahnya..! Sampai tak ingat! Hu3...

Oppa ada kasik peruntukan untuk beli shawl. Merangkap tunggakan birthday gift katanya... He3... Cantekkk... lah! Senyum lebar sampai telinga, noks! Ahaks...

Beli online je... Senang. Sebab kat Teluk Intan nan indah permai ni, mana la ada Butik Benang Hijau. 

~ Instant Shawl Glitter Lily in navy blue, coral & fuschia. Puas hati. ;D

Semuanya, aku dah try. Dah pakai pergi opis. Dah pakai pergi kenduri. Hokay... cantik, gorgeous, comel, meletop kebabommm..!!! #Chiaaa3 Ha3...

Terima kasih, Oppa... 
Terima kasih, Benang Hijau...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, March 2, 2016

WORDLESS WEDNESDAY #100: LILY

~ Lily (mustard) by Benang Hijau.


Hmmm... lama dah tak shopping shawl. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, November 11, 2015

YANG PENTING... PINLESS

Dulu, pakai spesis bawal. 

Sekarang, tidak lagi... Sebab sekarang, pakai spesis instant shawl pulak. 

Tapi, dua2 datang dari brand yang sama. Masih setia dengan si Benang Hijau. ;)

~ Cherry 

Simple. Pinless. 

Aci sarung2 je... tinggg... dah siap dengan gorgeousnya..! Ah kak dah malas dah nak pakai shawl / tudung yang kena pakai sebabun kerongsang / pin. & ah kak jugak bukanlah jenis manusia yang kreatif mahu pun inovatif, nak belit2 shawl, pusing2, tup2... tetiba jadik cantik terletak. Memang bukan!

Sebab tu kena carik yang instant + pinless. Lepas cuci, gantung, iron sikit2 je. Kalau travel, lepas iron sikit2, boleh lipat, sumbat dalam beg. Bila nak pakai, gantung sekejap, kemudian dah boleh sarung. Maknanya, kalau setakat ada garis sikit2 tu, kita boleh redha sebab masih boleh kelihatan gorgeous. Anggar je garis2 tu sebagai art. ;P

You ols pulak, prefer spesis hijab yang mana? 'Geng' ke tak dengan I ols? Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, December 31, 2014

WORDLESS WEDNESDAY #72: PINK + GREY

~ Bawal Maira 2.0 (Pink + Grey). 1 tudung tapi, boleh matching2 dengan multiple warna baju. 2 in 1.

Terima kasih, benanghijau. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, July 16, 2014

BAWAL NAURA (MAROON)

Sekarang ni, trend hijab dah macam2! Nak yang mudah, ringkas & tak payah susah2 nak iron, pakai aje tudung ekspress yang ada awning tu. Kalau rasa nak bergaya sakan & feeling2 teenagers, pakailah shawl. Bukak youtube & belajarlah cara nak membelit2nya. Asal tak terbelit leher, sudah... He3...

Kalau sukakan penampilan yang lebih urban, boleh pilih turban. Urban... turban... hah, nampak tak kesinambungannya tuh? He3... Hmmm... turban untuk aku? Memang tak la kot..! Sebab aku rasa pelik bila ada turban yang berbonggol & buat kepala jadik lonjong macam kepala alien. Not my type lah!

Kalau sukakan yang santai & bersederhana, pilihlah untuk pakai bawal. Bawal sekarang dah tak macam dulu sebab dulu2 agak konservatif & kurang berani. Tapi yang sekarang, bawal dah melalui proses improvisation. Warna pun meriah! Cara pakai pun boleh dipelbagaikan. Kalau pandai belit, boleh nampak macam shawl tau! Cantek, owh..!

Aku bermula dengan bawal. Masuk je alam pekerjaan, dah mula berjinak2 dengan tudung ekspress. Motip..??! Tak payah iron. Sarung je, dah siap terletak. Sampai la bawal diimprovisekan... 1 hari tu, godek2 Facebook, nampak page BenangHijau. Cantik betul model2 tu pakai Bawal Maira & Naura. Tutorial belit2nya pun simple. 

Aku beranikan diri, nekad untuk try 2 helai.

~ Ini Bawal Naura, bidang 55, kaler maroon. Sumpah, best! Teruja nak pakai pergi opis. Rasa macam weekend pun nak kerja sebab nak pakai Bawal Naura ni. Best sangat! Ha3... Over!

Harga tahap mampu milik. Jangan risau! Bawal Naura bidang 55 ni 19 hengget je! Murah bukan?! ;)

Kalau berminat, bolehlah terjah page BenangHijau ni atau pun official website Benang Hijau. Ini bukan iklan berbayar tau! Sekadar nak share apa yang aku rasa best je. 

Sejak tu, bawal from BenangHijau jadik pilihan hati. ;) Errr... nampak tak keremajaan ah kak? Ha3... Peace, yo! ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google