SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label GETAWAY. Show all posts
Showing posts with label GETAWAY. Show all posts

Thursday, April 9, 2020

3.00 PAGI

#Throwback

**Penafian / Disclaimer: Tarikh kejadian dalam entry ini adalah pada sebelum 18 Mac 2020 iaitu sebelum #MovementControlOrder dikuatkuasakan. Penulis terus menyokong usaha kerajaan dan bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid 19 dengan cara akur serta patuh terhadap arahan iaitu #StayatHome, #SocialDistancing dan #KitaJagaKita. Semoga misi #FlattenTheCurve dan #BreakingTheChainofInfection dapat dicapai. Sekian, untuk makluman. 

Lega bila Mother, My MIL & A-im dah selamat boarding. Tak putus berdoa semoga perjalanan umrah mereka dipermudahkan... 

Pukul 3.00 pagi kami check-in hotel. Kau hado..?! Ha3...

Aci walk-in pulak tu. Mata dah rabak. Tak mampu nak survey2 di Booking.com. 

Asal jumpa.
Asal tak terpencil.
Asal muat untuk kami berdua.
Onz!

~ City View Hotel, Kota Warisan, Sepang, Selangor. Ini dah nak check-out. Perlu explain. Kang ada plak yang kecam, 'Kata check-in jam 3.00 pagi tapi, nampak cerah. Kau kat negara mana,actually?!' Hu3...

Kami lapor. Level bawah sikit dari tahap gaban. Gigih mencarik Nasi Kak Wok yang paling berhampiran. Jumpa 1. Kat mana ntah. Tapi, tahap kebersihan tak menepati piawaian. Heh3... So, cancel. 

~ Finally, jumpa yang ni. Area Bangi. Sedap jugak. Kanda heart sangat. Tapi, aku tetap setia dengan Kedai Nasi JJ Kak Wok, Shah Alam.

Hajat nak lepak kat Tasik Titiwangsa, sebelum balik. Terpaksa cancel. Sebab kesihatan Sis tak mengizinkan. 

Dalam kereta pun pindah kat seat belakang. Kanda suruh baring & tido. Dinda menurut perintah. Tapi, baring je la... Tokleh tido. Dok pikirkan Mother. Dah touch down ke... Dah check-in hotel ke... Bla3... Macam2lah. Selagik tak dapat berita terkini daripada Mother, selagi tulah serba tak kena.

Finally, sebelum kami sampai Teluk Intan, Mother sent WhatsApp + gambar, dah selamat touch down di Jeddah Airport. Alhamdulillah...

~ Sis pulak, akhirnya down with fever. 

Mother pulak bebel2 dalam WhatsApp group, pesan makan ubat. Tak cukup kat situ, Mother PM tepi pulak. Anak bongsu kekdahnya... He3...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, January 28, 2020

WAZE KAN AJE

Saja je nak share port makan...

Eryna Sup Darat.

Kawan Kanda yang recommend. Uniknya, specialty kat sini adalah menu berasaskan sup. Macam2 sup ada. 

~ Sup Daging Bakar x Sup Urat Keting

~ Menu tambahan: Taugeh Goreng

Makan dengan nasik putih, panas2. Cuaca mendung / hujan adalah bonus untuk anda. Sedar2 dah licin pinggan & mangkuk. Heh3...

~ Cendol Pulut Durian. Review: Kalau durian & santan tu yang kaw2 fresh, pasti lebih memikat hati. Aaaa gitchew..!

~ Apa2 pun, Sis & Kanda masih berpuas hati dengan sup2 tersebut. Mampu menggumbirakan perut2 kami. Ha3...

Restoran Eryna Sup Darat,
35000 Tapah, Perak.

Simple bukan alamatnya?! Tak familiar dengan kawasan Tapah?! Eh, takpe..! Bukan masalah besar. Waze kan aje. Pasti jumpa. ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 21, 2019

TINGGIIIIII......

#Throwback

Inilah yang aku maksudkan dengan 'berpoya2 menggeli2kan' tapak kaki di tempat tinggi... Yeahhh..!


~ KL Tower

Menapak dari parking lot ke KL Tower membuatkan kami sempot sekejap. Hnnsss2..!!! Rasa macam buat larian amal pulak. Haish, tak fit betul Kanda & Dinda ni tau! Tapi, tu pun tak insap2! Masih jugak gigih ber-food hunting. Hu3...

Kami amik pakej Observation Deck (Sky Deck + Kuala Lumpur Skyline View) + Blue Coral Aquarium. Harga tiket RM 70++/pax. Yang '++' tu tak ingat berapa exact rate nya. Sangat berbaloi.

Kau takkan sesat-barat. Kalau kau sejenis yang buta jalan tahap tokleh bawak bincang macam aku pun still in shaa Allah... tak sesat. Sebab staff akan guide dari lobby, masuk lift, sampailah kau cecah 300 meters above ground level (Sky Deck) & 276 meters above ground level (Kuala Lumpur Skyline View). 

Kami naik ke Sky Deck dulu. 

Sebab:- 

1. Nak elak queue panjang amik turn nak masuk dalam KL Tower Sky Box.
2. Nak elak dahi berkerut + sunburn sebab matahari of course mencanak kat langit kalau lambat naik.

~ Acah2 maintain je tu..! 

~ Dalam hati, dia punya debor, hanya Allah yang tau..! Ngeeeeeeeee.........

~ Tapi, kepuasannya maksima!

~ Walaupun tapak kaki masih geli2 bila tengok balik gambar2 ni. Ha3...

Ada 2 Sky Box. Rupa paras box tu sama je. Feel geli2 tapak kaki tu pun lebih kurang je. Yang membezakan adalah view kot...

~ Sementara queue tu, bolehlah selfie & wefie kat ledge yang dibenarkan. 

~ Aku syak, kalau malam lagik cun! Musti nampak lampu2 melimpah-ruah di sini sana.

~ Agak2 tapak kaki tak hilang geli lagik, boleh la try lepak kat Sky Cafe. 

~ Tengok view sambil layan Sky Cafe Blueberry Cheese Cake sambil berchinta. Eceh! Tapi, jangan lupa untuk layankan jugak 'harga2 yang ditawarkan'. Pastinya 'wow & terkesima'!!! Ha3...

~ Cantik

Kemudian, kami turun bawah sikit ke Kuala Lumpur Skyline View. Kat sini sejuk sebab air conditioned, berbumbung & berdinding kaca. 

Penat berjalan, boleh duduk kat bench yang disediakan sambil layan view & kerenah manusia. 

Tak pun, boleh shopping. Sebab banyak kiosk2 yang jual macam2 souvenir. Yang besar, yang kecik, yang cute, yang mahal, yang affordable... macam2 hado..!

~ Tak pun, kau boleh tiru aksi & aktiviti Kanda. Dia gigih meneropong kota metropolitan. Ha3...

~ Replika & info World Tallest Towers. Bacalah sampai lebam. Nak hafal pun aci je. Silakan... ;P

~ Pemandangan memukau dari Kuala Lumpur Skyline View.

~ Dinda tak nak kalah. Ha3...



Masa kau kat Sky Box, akan ada official photographer yang gigih snap gambar kau. Masa tu, kompom kau perasan yang kau artis fofular ngalahkan Justin Bieber. Tak pun, #KandaRemyIshak. Ha3... Nak jugak petik nama dia kan... ;D

Mohon control lah sikit keperasanan tu, ye. Sebab photographer tu nak jual gambar kau je kekdahnya... Dia edit kasik cun, jerawat batu & blackhead semua hilang sekelip mata. 

RM 100++, kau akan dapat gambar saiz 8R (kalau tak silap aku) sebanyak 2 keping (kau boleh pilih gambar mana yang nak dicetak), book frame yang ada lambang KL Tower & kad untuk akses semua gambar2 kau. 

Kad akses tu ada validity period. So, sebelum expired, kau download lah semua gambar2 kau tu & save untuk kenangan. Sebab lepas validity period expired, diorang akan delete gambar2 tu. Masa tu, kalau kau menangis melutut terjelepok pun diorang tak kose nak layan dah.

Kami terjebak. Sebab rasa macam berbaloi dengan RM 100++ yang kau 'invest'. Poket rabak tapi, macam aku cakap tadi, 'kepuasannya maksima'. Eceh! #SedapkanHati Ha3...

~ Misi berpoya2 menggeli2kan tapak kaki berjaya. Yeahhh...

Misi seterusnya adalah mendekati hidupan laut. ;D


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



MISI KATIL & TILAM EMPUK

#Throwback

Sambungan perjalanan mencarik katil & bantal empuk... Hiks...

~ Hotel Six Seasons. Extra 2 seasons dari kebiasaan. He3...

~ Bilik nice, sedang2 helok je. Takde apa yang nak dipertikai. Yang penting, misi katil & tilam empuk accomplished. ;D

~ Macam pakai cucuk sanggul. He3...

Alhamdulillah... 

Dapatlah berehat sekejap. Tak boleh lama2 berehat. Sebab ada 'mision' lain.

Jenggg3...... ;P

~ Mission mengexplore KL Sentral, naik MRT & layan busking.

~ Dua2 tersengih bangga sebab tak pernah jejak KL Sentral, weh..! Apatah lagik guna blue token tu. Bila berjaya harung & adapt, tetibe je rasa bangga yakmat! Ha3...

~ Orang lain dalam train renung handphone, duduk diam2, layan social media. Kitorang wefie..! Yaariibaaa2..! Ha3...

Syiok tau layan busking. Macam2 lagu diperdendangkan. Sessambil tengok gelagat manusia yang hidup di kota metropolitan. Perrgghhh! Dah macam ayat reporter travelog pulak ayat Sis. He3...

Tapi, tak larat lepak layan busking lama2. Sebab badan flat. 

So, kitorang kembali ke KL Sentral, amik kereta & JJCM di Kampung Baru. 

~ Dah siap2 google Rosdet Tomyam ni masa dalam kereta. Review memuaskan. Dan dengan pantas kami terpengaruh. ;D

~ Hokay la... Kategori memuaskan seperti yang di review.

Perut dah sendat. Mata dah mengantuk. Katil & tilam empuk melambai2 dari kejauhan... 

~ Breakfast esok paginya...

~ Konsep hotel ni, kau order, chef masak. Bukan buffet. Nak elak pembaziran kot...

~ Takpe... Kitorang onz je. Asalkan kenyang.

~ Lobby yang cantik yang mengundang #KakiSelfie seperti aku. Heh3...

Check-out.

Nak berpoya2 'menggeli2kan' kaki di tempat tinggi pulak. ;D

Kat manakah..??! 

Hmmm... tungguuuuuuuuu......... ;P


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.EN.D.Y ::



Thursday, May 9, 2019

MAKAN-TIDO-SEMBANG

#Throwback

Getaway bersama Kanda. Destinasi: KL

Semua persinggahan adalah walk in. Takde perancangan awal mahupun perincian rapi. Redah. Hadap. Asalkan berdua. Bersatu kita teguh! Eceh! Optimis sangat..! Ha3...

Check in di Sun Inns Hotel, PJ, pukul 1.00 pagi. Kerja giler! Tapi, kami buat jugak. Ha3...

~ Bilik ni je yang available. Redha. Yang penting, bilik & toilet agak luas (read: Dapat lebih dari apa yang kau bayar). Fungsi air cond cengginiii... (read: Thumbs up). ;D Gambar ni masa nak check out.

~ Senyuman check out. ;) 

Lunch kat Kedai Nasi JJ Kak Wok Seksyen 24, Shah Alam. Dalam perjalanan pun dah terbayang2. Maklumlah... perut dah berdondang sayang. Hu3...

~ Tak pikir banyak. Sebab kompom sodap.

Lepas tu ke Bukit Jalil. Ada urusan sikit. 

~ Singgah lepak kejap kat Hentian Rehat Awan Besar. Dapat air kelapa ni, perrgghhh... heaven betul perasaan!

Sesambil tu, jari-jemari laju menggoogle hotel. Booking online untuk Six Seasons Hotel, Bedford Business Park, KL. Kanda nak rest, tido. 

Walaupun bukan aku yang drive & kerja aku makan-tido-sembang, makan-tido-sembang je di sepanjang perjalanan tapi, aku pun letih gak la. Perlukan katil & bantal yang empuk. Sebab makan-tido-sembang pun sejenis aktiviti fizikal bagi aku. Ha3...  

Disclaimer: Ini bukan kejadian live. Maksudnya, bukan di bulan Romadhon yang mulia penuh barokah ni. Kau giler nak lunch siang2 buta lagik terang2-an di Kedai Nasi JJ Kak Wok di bulan Romadhon??! Dah habis pikir ke hape... nak naik kereta jenazah?! Owh... nom3... Iman kami masih kukuh di landasan, ye you ols..! Makanya diisytiharkan, kejadian ini berlaku sebelum bulan Romadhon. ;)


*Bersambung... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Wednesday, October 17, 2018

ANAK MALAYSIA YANG BERBANGGA

#Throwback

Tahun ni, berkesempatan tengok SUKMA. Kat Perak kan... Anak jati Perak harus la support. ;D

Sebenarnya, bukan setakat tengok SUKMA. Tapi, sekali harung celebrate birthday 'Anak Malaysia' ni. Owh... bangga... Eceh! He3...

~ Sejenis kejutan! Eceh!

~ Breakfast di Kampar. 

Perjalanan ke Ipoh ok, smooth la... Walaupun kadang2 ada tempat yang traffic nya banyak. Tapi, kadang2 je... Bisa diatur.

~ Layan lawn bowl @ Arena Lawn Bowls Perak, Kompleks Sukan MBI. 

'Jejak kaseh' dengan kawan lama kat sini. Classmate @ Sains Selangor. Nor Muhammad a.k.a Mat Limpa a.k.a Tooak. Hebat bukan nama dia?! He3...

Biasalah... Zaman sekolah. Macam2 nama yang hebat ada! Ha3...

Kepada Nor Muhammad a.k.a Mat Limpa a.k.a Tooak... Terima kasih sebab masih perasankan & shout out nama aku. ;)

~ Lawn bowls tengah on. 
~ Pencinta sukan yang gebu. Ha3...

~ Wow! Kita sama tinggi! Ha3...

~ Dapat amik gambar stadium hoki je sebab game over. Takpe. Layan...

~ Tanda sokongan untuk SUKMA 2018.

~ Model bas.

~ Layan rugby pulak.

~ Sado2 diorang ni. 


~ 'Standing' in the eyes of the world. Eceh!

~ Beralih ke badminton.


~ Pasangan duet pada hari tersebut. Ha3...


~ Kaki dah lenguh menapak. Tapi, selfie tetap gigih! Ha3...

Kesimpulannya, semua sukan yang ada di situ kami terjah. Tanpa was2. Tanpa prejudis.

Lepas tu, letih giler! Perut pun lapar. Kelam-kabut mencarik makanan. Berkejaran manja2 kata ko..! Ahaks...


*Bersambung...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google