SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label OFFICE. Show all posts
Showing posts with label OFFICE. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

BIASAKAN YANG BETUL

#Throwback

Audit ISO.

Pendek je nama ia. Ringkas. Short & simple.

Tapi, ia punya penangan... perrgghhh..! Boleh buat jiwa kacau, dowh..! 7 hari 7 malam tak lena tido. Untung la kalau tido lepas tu, dikurniakan mimpi. Masalahnya, mimpi pun pasal ISO, PK-URUS, AK-URUS, PK-PINJAM, PK-ADUAN, PK-AUDIT, bla3... & seumpamanya. Sedeh betol! Hu3...

Dipendekkan cerita, hari kejadian pun tiba...

~ Jejaka2 idaman Malaya... Rajin! Tapi, mahaplah. Not available. Tak boleh buat calon menantu mahupun calon boyfriend. Ha3...

~ 1 hari team internal auditor datang buat checking.

ISO ni memanglah jiwa kacau. Tapi, tetap ada benefitsnya.

1. Staff baru lapor diri kompom ternganga2 sambil ligat pikir, apakejadahnya ISO nih?! Dengan adanya audit ISO, dapatlah pendedahan awal sementara nak tunggu induksi. 

2. Staff otai pulak, jangan ko pikir ko dah kerja lama, bertahun2, ko konpiden yakin je kerja kau semuanya tip top. Tak semestinya, hokay..! Sebab ada je yang dah kerja lama tapi, bila tanya ada berapa PK & AK, melopong. Kantoi! Dengan adanya audit ISO, segala teguran / ketakakuran minor / ketakakuran major dapat dikenal pasti. 

Moral of the story: Betulkan yang biasa & biasakan yang betul.


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, December 29, 2016

EKSA KHAS

Opis perlu suntikan keceriaan. Encik Boss perkenankan untuk buat gotong-royong EKSA.

Laju2 buat notis. Hari pelaksanaan berubah dari hari kebiasaan. Bukan lagik hari Jumaat. Sebab Encik Boss sangat busy hujung2 tahun ni. Staff pun ada yang cuti. Rombak ke hari Isnin. Waktu sama, tetap 3.30 petang.

Tak kesahlah. Takde masalah. Bisa diatur. Anggaplah ini EKSA Khas sebelum 2016 melabuhkan tirai. Eceh! 

~ Memasing dah paham, dah sangat arif. Buat kerja ikut pembahagian tugas. Kalau dapat kerja simple & dah setel, pandai2lah tolong kengkawan yang masih berlengas berhempas-pulas.

~ Hang Toilet. Adeh3... Habis semua apa kejadah barang2 yang tak pakai ah kak buang. Tiada kompromi. I'm in charge! Ah kak berkuasa..!!! Ha3...

~ Tugas Encik Boss kat dalam opis sebenarnya. Tapi, beliau nak jugak merasa bahang mentari kat luar. Takpe la... Aci jerrr... Putih sama2, kita tan sama2. He3...

Menu jamuan ringan: Pizza Hut + kuih-muih + air 100 Plus

Terima kasih, Encik Boss & opismate sekalian... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, October 8, 2016

LAKSA NGIEEGHORR + ABC

EKSA diteruskan. Atas arahan Encik Boss. 

~ Kerja2 persediaan awal menghadapi banjir.

~ Hang Mop serba ungu.

~ Hang Sapu serba warna-warni.

~ Hang Sapu #2 serba grey.

~ Good job, Hazrie..!

Jamuan ringan: Laksa Ngieeghorr + ABC. 

Tekak tak berapa sihat. Tapi, gigih jugak telan ABC yang sesejuk rasa tu. Nikmat! Hu3...

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga opis kita sentiasa kemas, bersih, cantik & wangiiiiiiiiiii.......... He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, May 15, 2016

NINJA GIGIRL

Ah kak jadik Ninja Gigirl buat ke sekian kalinya... Untuk EKSA lah, untuk apa lagik kan...

Ah kak bertugas di seksyen menyapu2 di dalam opis. Sebab tu lah kena kembali menjadik Ninja Gigirl yang awesome. Ok, tang 'yang awesome' tu saja tambah. Nak bagi nampak vogue lagik hebat melampau. Errr... tumpang lalu, Boss... Eceh! Tetiba je nak up nama Encik Boss. Motip..??! Ha3...

~ Ninja Gigirl is ready to rock on, bebeh! ;D

~ Tugas mengemop kita serahkan kat Eika.

~ Menyapu porch & parkir kat Cik Nad.

~ Don't mess with Ninja Gigirl! Ha3...

Penat Ninja Gigirl & friends hari tu. Berpoluh2, berlengas. Fuh!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, May 14, 2016

TERIMA KASIH SEMUA...

Exercise secara tak langsung lagik. Semata2 untuk EKSA. K-monnn, Zon Ikhlas..! Ikhlaskan diri anda..! Ha3... ;)

Pukul 3.30 petang, sharp, kita start. Sebelum pukul 5 petang dah siap. Bagus! Sangat menepati masa. Heh3...

~ Seksyen Cik Nad.

~ Seksyen Encik Selvam.

~ Seksyen Encik Fadzil.

~ Seksyen Eika.

Seksyen ah kak kat luar. Sapu porch & parkir. Berpoluh ah kak, noks..! Terasa mengkurus sangat..! Ahaks...

Terima kasih semua...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y :: 



Thursday, May 5, 2016

SUPERHEROES & SUPERHEROINS

Kembali ke dunia EKSA... Eceh! ;P

Perjuangan EKSA harus diteruskan! Eceh lagik! Ha3...

Semua dah bijak, arif & used to it. Pukul 3.30 petang je, terus meluru ke seksyen memasing. Tak payah nak buat call time bagai... dah. Bagus! Ah kak like..! ;D

~ Hazrie The Dustman

~ Encik Boss The Encikbosman. Nama dikekalkan. Tak berani nak 're-branding'. Tumpang lalu, Boss... Ahaks...

~ Encik Selvam The Basketman. Nak bubuh 'Garbageman', macam tak sampai hati pulak. Hu3...

~ Eika The Sweepwoman

Setel on time. 
Makan on time. 
Balik on time.

Tahniah & clap3 untuk semua superheroes & superheroins..! Apa yang penting... kerjasama..! ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



2 VENUES

Encik Amir bersara. Kak Ja pulak transfer ke KL. Kami pakat2 buat majlis farewell untuk diorang. Sebagai tanda perhargaan & persahabatan.

Venue ada 2. Memula kat opis untuk acara ucapan & bagi cenderahati. Props paling wajib ada adalah sekotak tisu. Khas untuk Kak Ja. Untuk lap ayaq mata & 'ayaq hidung'. Ha3...

~ Opening speech daripada Encik Boss.

~ Speech daripada otai ekonomi koperasi yang nak bersara. Happy betul, Encik Amir! Dah boleh relax2 kat rumah, chill2 dengan family. Kepala dah tak semak dengan urusan kerja.

~ Turn Kak Ja. Cer Waze kotak tisu. Cer Waze... Ha3...

~ Cenderahati daripada sekalian staff.


~ Say, 'Cheeseeeeeee...........' He3...

Kemudian, ke Restoran Sutera Bayu untuk acara yang amat dinanti2kan... acara makan2 menternak lemak. Wee hooo..! ;D

Aku & Hazrie buat reservation sehari sebelum majlis. Siap sekali dengan pakej menu. Senang cenggitu. Tak kelam-kabut, tak payah nak tunggu lama2, kang tak pasal2 meroyan kalau makanan lambat sampai. Lagik parah, kalau ada yang berubah jadik 'Hulk'. Fuh, neves!

~ Ni makan diaaa......!!! Boleh sangat kalau nak melompat bintang. Ha3...

~ Sementara menunggu yang lain2 sampai...

~ Kami reserve port makan tingkat atas restoran. Nak privacy sikit.

~ Tak boleh makan lagik sebab yang diraikan belum kunjung tiba.

~ Selepas kenyang...


~ 'Inilah... barisan kita... Yang ikhlas... berjuang... Jeng3...' Eh2, salah lagu! Ha3...

~ Semuanya sedang 'melenggang perut'. Kasik lemak2 turun sebab kekenyangan. ;D






~ Hai, Oppa..! ;)

~ Cobaan merebut lauk. He3...


~ #SongJiHyo ada di mana2... Ahaks...

Majlis farewell berjalan lancar. Alhamdulillah...

Selamat bersara untuk Encik Amir...
Selamat berkhidmat di opis baru untuk Kak Ja...

Jaga diri, hiasi peribadi... Ecewah! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, April 1, 2016

EKSA DATANG LAGI...

Hari membersihkan opis...

Jangan malas, jangan bosan! Sebab hasilnya adalah untuk kepentingan bersama. Opis bersih, penjawat awam hebat! Ecewah! Slogan tak hagak2! Ha3...

~ Ada yang buang sampah...

~ Ada yang sapu & mop lantai...

~ Yang siram pokok munge... Comel betul dia nih! Ahaks...

~ Yang lap cermin partition...

~ & ada jugak yang gigih berselfie. Owh... gasaklah!

Moral of the story: EKSA datang lagi... Peace! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, March 26, 2016

'HANG2'

EKSA diteruskan lagi... Ewah, skema sangat ayat tu, baq hang! Ha3...

Konsep jadual tugas adalah rotation. Kalau minggu lepas ko dapat kerja menyapu2 parking tengah panas membahang sampai peluh menitik... tik3... minggu ni ko akan dapat kerja #WatLekWatPeace seperti lap2 cermin partition dengan ber-air-cond bagai... nyamannn...

Cenggitu...

~ 'Hang Mop'. Selipar dia memang sebelah oren, sebelah hitam. Pesen. Stylo katanya... Sila jangan pertikaikan. ;P

~ 'Hang Kebun'

~ 'Hang Cuci'

~ 'Hang Sapu'

~ 'Hang Encik Boss'. Eh! He3... Bosss...... #TanganDiDahi ;D

Semua 'Hang2' dijamu dengan jamuan ringan... Alhamdulillah...

Anggaplah ia sebagai hadiah setelah penat bekerja mebersihkan opis & jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha gigih pada minggu2 seterusnya. #KiPiDap #DonGiBap He3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google