SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PORT DICKSON. Show all posts
Showing posts with label PORT DICKSON. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

8/10

Kursus Pengukuhan dan Kesedaran MS ISO 9001: 2008 Siri 1/2014 katanya...

Hmmm... berat betul segala anggota badan ni nak packing2, tinggalkan My 'Jebat' untuk 3 hari 2 malam. Rasa macam 3 tahun 2 bulan pulak. Isk... coiii..!!! Tsk3...

Tapi, 'Saya yang menurut perintah,' kan... redah je la... Hadapi dengan senyuman... walaupon...

Wakil SKM, Perak ada 5 orang termasuk ah kak. My 'Jebat' hantar sampai ke R&R Tapah je. Dari situ, naik Innova Jabatan dengan yang lain2. Kursus kat Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam perjalanan, aku banyak tido. Perkara biasa sangat tu..! Ha3...

Sesat-barat jugak sekejap nak mencarik Golden Straits Villas tuh. Terlajak sampai ke Sunshine Bay Resort nun..! Mengucap panjang kami bila tengok Sunshine Bay Resort! Kusss... semangat! Takkan kat ceruk tu kot..! Apartment dia giler weird! Perrgghhh..!!! Ngeri, noks..!

Nasib baik itu adalah sesat. Golden Straits Villas tu kat depan2 sikit. Fuh, lega..!

Tapi, lega2 pun... indah khabar dari rupa jugaklah. Cumanya, kalau ada 5 mintang, Sunshine Bay Resort dapat 1, Golden Straits Villas dapat 3. Haaa... cenggitu perbezaanya... Boleh la...

1st session start petang tu jugak, PK URUS by Encik Mohd Lutfi Muhajir. Dapat jugaklah mengrefresh ilmu yang ada & serap mana yang baru tau.

Hari ke-2, ada spesel ala2 consultant dari AJA EQS Certification (M) Sdn. Bhd. Habis segala mak nenek terms ISO didedahkan. Kena hafal lak tuh! Sebab ada test di hari terakhir. Siapa fail, kena repeat! Owh3...

~ Ini day 2, belah malam, ada bbq nite.

~ Tema sukahati. Sebab tu ada macam2 kaler.

~ Gambar sebelum turun ke tempat bbq, tepi pool. Tengok perut pun dah tau & tak syak lagik ini gambar sebelum. Ha3...

~ Gambar selepas... tak berani nak tunjuk. Perut menggelembung dengan hebak! Huuuuuu......

Ke........ gambar sebelum pun dah menggelembung? Ha3...

~ Final day... memasing dah tak sabor nak balik, rindukan yang tersayang... Eceh! 

Soklan test ada 10. Aku & the gang dapat 8/10. Duduk dekat2, markah pun sama. Nampak tak 'permainannya' kat situ? Ha3...

Shhh...!!! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, February 25, 2014

KRONOLOGI PERCUTIAN SPONTAN

Petang Khamis ke KL (HUKM) ziarah Mak Kerol. Balik Teluk Intan pagi Jumaat (esoknya). Kessahnya ada kat entry sebelum2 ni.

Petang Jumaat sampai pagi Sabtu dapatlah berehat. Sempat jugak mengemas rumah. Vacuum2, laundry & kasik clear habuk2. Sebab tengahari Sabtu nak ke Sungai Buluh pulak, ke rumah Uda. Tujuan utama: Mak nak ziarah cousin Mak yang sakit jantung. So, transit kat rumah Uda lah. 

Nama cousin Mak tu Nanang. Tak tau la Nanang ni pangkat ke apa ke kan... Aku syak ianya adalah pangkat macam Pak Long / Abang Ngah / Tok Su begitu... tapi, versi Jawa. Dah Mak aku suruh panggil Nanang makanya, panggil je lah. Tak baik derhaka. Ecewah! Hiks...

Kronologi #1 (Sabtu) 
Teluk Intan > Rumah Uda (Sungai Buluh) > Ziarah Nanang > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

~ Traffic alhamdulillah... clear. Nampak apa yang aku spot?

~ Aku dok spot Gen-2 shocking green ni lah! Macam menyerlah sangat di bawah terik2 mentari tu kan... Silau we ols tau! He3...

Kagum dengan orang2 yang sanggup cat kereta diorang dengan kaler2 yang sebegini. Syabas! Anda berani mencurik perhatian! ;)

Hokay... selingan je tu. Back to cerita asal. ;P

~ Singgah RNR Ulu Bernam sebab lapor. Aku makan bakso. 

My 'sayang' dah terjebak dengan asam pedas kat sini. Sodap katanya... Means, sodap untuk kategori 'RNR'. Paham2 je la, ek! ;P

Kronologi #2 (Ahad)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Kemang, Port Dickson (picnic) > Nilai 3 (shopping) > Bermalam kat rumah Uda (Sungai Buluh)

Sebenarnya, tak plan pun nak ke Port Dickson (PD). Kessahnya... Andak & Mak Yang ada kat Melaka. Diorang roger2 Uda. Uda roger2 Mak. Mak tanya my 'sayang'. My 'sayang' on. Maka terjadiklah percutian spontan. 

Crowded PD hari tu! Macam dah tak nampak port nak berpicnic. Andak roger2, kasik direction sebab diorang dah jumpa 1 port, dekat dengan pantai.

~ Pisang goreng pun bollehhh..! He3...

Port / khemah tu kena bayar tau! 1 khemah = 50 hengget. Ada khemah, a few kerusi & 1 meja kecik untuk letak barang2. Wah, pandai betul diorang bikin bisnes! Hu3...

~ Mak dengan mini jubah & tudung barunya. Mini jubah tu beli semata2 nak ke PD sebab Mak tak bawak baju bersesuaian nak berpicnic. Yang ada semua jubah blink2. Kang orang ingat artis singgah di PD pulak kan... He3...

Aku, my 'sayang' & Mak tak berkubang. Lepak kat khemah sambil chit-chat, makan & tengok orang mandi-manda je. Malaslah! Dah boleh bayangkan betapa crowdednya bila nak bilas badan dengan air bersih kat bilik air nanti. Tak sanggup!

Pukul 3 petang gerak ke Nilai 3 pulak. Ini pun tak plan. Semuanya aci spontan je. Mak Yang kot yang buat usul. My 'sayang' kata ok, aku pun kata yabedabeduuu... lah! Ha3...

Tak kose nak shopping baju / tudung kat Nilai 3. Banyak sangat kedai sampai pitam! Window shopping sikit2 je sebab lutut macam nak tercabut. 'Skru' longgar. Tapi, sempat jugaklah shopping pinggan-mangkuk talam bagai... Buat kenangan... Eceh! Kalau dah namanya pompuan kan... mana tahan tak shopping! Ha3...

Sampai rumah Uda almost 8 malam. Lapor! Uda masak ikan tuna masak kicap. Perrgghhh..!!! Laju2 carik nasik. Buatlah macam rumah sendirik. Ha3...

Kronologi #3 (Isnin)
Rumah Uda (Sungai Buluh) > Teluk Intan

Esok pagi balik. Tak plan jugak sebab plan asal nak balik hari Ahad. Dah terjebak ke PD & Nilai 3, of course la flat! My 'sayang' kata balik hari Isnin je la... We ols menurut perintah je. Hiks...

Nanti nak suruh Mak plan betul2 dengan adik-beradiknya. Boleh la bercuti best2 sikit. Tak terkejut2! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 6, 2012

COWBOY PLACE... YEE... HAAA..!!!

Lepas bermandi-manda, harus la rasa lapor kan... Lapor yang teramat sangat, hokay..! Macam2 sound effect yang perut aku keluarkan. Adeh3...

Kitorang leading. Secara tak langsung, kitorang ditugaskan meneropong tempat makan. Renungan makrifat kena tajam! Ha3...

Tengah khusyuk2 dok merenung tuh, tetiba terteropong 1 tempat makan yang macam happening! Siap berasap2 bagai... Kitorang teruja betul nak mengtry. So, singgahlah!

~ Ketibaan kami disambut dengan tanduk kerbau & topi cowboy. Yee haaa..!!! Yee haa..!!!

Kitorang singgah makan lunch kat Cowboy Place. Konsep adalah open air. Cowboy katanya kan... He3...

Specialty kat sini adalah set ayam panggang. Ada banyak jenis set. Means, berbeza dari segi portion ayam. Harga ikut set yang kita amik. Ikan bakar pun ada.

~ Set tu disertakan dengan sos kicap & sup kosong.

~ Macam ni la lebih kurang cara makannya... Ada nasik kukus, ayam panggang, sos kicap, sup kosong & ulam timun. Kitorang order jugak ikan cencaru bakar. Tapi, aku kan tak minat ikan bakar. Sebab tu dalam pinggan aku ni takde ikan cencaru bakar tuh. 

~ Jangan neves! Sebab tu bukan kepala orang yang original, ye! Sekadar interior design kat Cowboy Place nih.

~ Banyak kali kitorang mintak tambah ayam ngan nasik ngan sos kicap. Sodap kot..! Ke lapor sesangat??! He3...

~ Licin!!!

Air pulak ada 2 jenis je. Air kelapa ngan air bandung soda kot.

~ Kami dah singgah makan kat Cowboy Place. Anda bila lagik? Ecewah! ;P

Walaupun menu dia simple tapi, aku rasa boleh layan jugak. Plus, kitorang singgah tu time lapor giler! Confirm2 la boleh layan! He3...

Lagik 1 keunikan dia adalah dari segi waiternya. Semua waiter pakai outfit ala2 cowboy. Pakai topi cowboy & siap ada bandana lagik kat leher. Cer imagine cowboy muka Melayu. Heh3...

Masa nak tambah order, Abang try la panggil mamat2 waiter tuh tapi, diorang tak pandang pun. Pelik! Abang kata, cer try panggil 'Cowboy'... Bila try sekali panggil, terus diorang pandang! Owh...

So, kami syak kalau nak panggil waiter, kena panggil 'Cowboy'. Lepas tu, asal nak mintak tambah order je, kitorang akan jerit, 'Cowboy!' He3...

Kalau nak rasa pengalaman jadik cowboy lapor macam kami, boleh la singgah ke alamat kat bawah nih:-

Cowboy Place (Watie Beach Cafe)
Lot 1360, Jalan Pantai
Batu 6
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan


*Bersambung lagik...


:: Like3, ek! ::



TIARA WATER THEME PARK (TWTP)

Semua pun dah siap dengan baju mandi. Malas nak tukar2 baju. Kang sampai je kat pool tuh, terus je terjun. ;P

Eh, lupa nak bagitau! Kitorang sebenornya nak bermandi-manda kat Tiara Water Theme Park (TWTP). Nasib baik hujan dah reda. Kalau tak, mau cancel bermandi-manda. Maka, muncung sedepalah anak2 Abang. He3...

Isi perut dulu, kasik kenyang. Kang terjun pool, tak payah pakai pelampung sebab perut boyot dah boleh jadik pelampung. Ha3...

~ Cadangnya nak breakfast kat Pak.e Corner nih sebab nampak macam ok kan... Plus, nama pun macam unik. ;P

~ Tapi, tak jadik menyantap kat situ sebab servis ke laut! Kesian aku ngan Kak Yong... dah over2 berposing, tup2... tak jadik makan pulak. Adeh3...

Sebenornya, kami dah order air & makanan. Tetiba, ada geng mokcik2 yang dok kat meja belakang kitorang membebel2 kat si waiter sebab apa yang diorang order tak sampai2! Dengor dia membebel tu macam dah lama jugak kot dia order. 

Bila kami tengok meja2 lain, memang banyak lagik yang tak dapat order. Air pun banyak yang takde lagik. So, sebelum mamat tu buat air, kitorang cancel semua order dululah. Kang tak pasal2, lambat pulak masuk TWTP. Nak2 pulak cuaca tak menentu. Lebih baik kurangkan risiko. Carik je la tempat makan lain.

Jumpa Restoran Asam Pedas. Diorang ada serve breakfast. Aci je lah kan... 

Review makanan: biasa2 je... atau omputih kata so-so je... Hu3...

~ Hokay! Dah masuk TWTP dah. 

Jauh jugak TWTP ni. Dia macam masuk2 ke dalam sikit & bukan kat kawasan pantai. TWTP ni hak milik Tiara Beach Resort (TBR). Means, diorang ada jugak sediakan apartment untuk disewa. Boleh call directly TBR untuk booking atau google je apartment persendirian. 

Let say, korang book dengan orang persendirian kan... korang still boleh guna segala kemudahan yang ada kat TBR. Bezanya cuma kalau yang persendirian ni takde room service lah. 

Macam TWTP ni pulak, semua boleh masuk. Means, kalau korang tak menginap kat TBR / unit persendirian kat TBR ni pun korang still boleh masuk. Asalkan beli wristband kat kaunter tiket. Harga tiket macam kat bawah nih:-

Weekday

Dewasa: RM 18
Student (7 - 17 tahun): RM 15
Kanak2 (6 tahun ke bawah): RM 4

Weekend / Public Holiday

Dewasa: RM 30
Student / Kanak2 (7 - 17 tahun): RM 15
Kanak2 (bawah 90 cm): RM 5
Warga Emas (55 tahun ke atas): RM 10

~ Abang dah tak terkawal dah! Bebudak tu pun ngeri tengok Abang. Musti diorang confuse! Adeh3...

~ Tahap lupa diri dah nih! Ha3...

~ Gedebushhh!!!

~ My 'sayang' pun nak jugak... Terpengaruh! Ha3...

~ Aku tak try pun slides2 tuh. Tak berapa beranilah. Pernah try masa kat Lost World of Tambun. Try tube raider yang kena duduk atas pelampung & dia berpusing2 tuh. Naik dengan my 'sayang'. Neves, noks! Tu la pengalaman 1st & maybe the last kot. Ngeeeeee.....

~ Dua2 pun kiut kan? Ahaks3...

Kak Ngah lagik dasat. Memula, macam malu2 kucing. Lama2 sikit, dia boleh naik slide bebudak tu secara terbalik!!! Means, menjunam kepala dulu, kaki kemudian. Siap bisik kat Nenek dia, 'Nenek, Kak Ngah nak jadik Otomen! Nenek tengok, ye!'

Mak ingat apekejadahnya Otomen tuh kan... Rupa2nya, aksi dia yang terjun slide secara terbalik tu yang dia panggil Otomen! Haish!

Cayalah Kak Ngah..! ;P

Tapi, awas! Apa2 pun yang anak2 buat masa kat TWTP tu, mustilah di bawah pemerhatian parents / orang dewasanya, ye! Jangan aci biar je. Malang tu kan tak berbau...

TWTP ni ada 2 sesi. Sesi pagi (8 pagi - 12 tengahari) & sesi petang (12.30 tengahari - 7 malam). Kami masuk yang sesi pagi. Pukul 11.15 pagi cepat2 naik, salin baju kat changing room sebab dah dekat2 pukul 12 tengahari kang pak guard akan tiup whistle, suruh semua keluar dari kolam. 

Kesimpulannya, best jugak la bermandi-manda kat TWTP nih. Kawasannya besor & ada 5 kolam semuanya kot. Ada kolam untuk dewasa & kanak2. Nak main slide pun boleh, nak berendam sambil tunggu tong besor memuntahkan air pun boleh & nak berendam sesaje pun aci jugak. 

Kalau rasa teringin nak terjah, sila ke alamat di bawah, ye:-

Tiara Water Theme Park
Tiara Beach Resort
PD Tiara, Batu 13
Jalan Pantai, Pasir Panjang
71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

No. Telefon: 06-6628888

Paling best, pakaian renang yang dibolehkan adalah flexible. Ye la kan... selalunya, pool2 kan ada dress code macam just boleh pakai bikini / burqini & swimming trunk je. Agak tak selesalah untuk orang2 yang bertudung kan... Tapi, kat TWTP ni ko pakai la apa2 pun... aci je. ;)

Hmmm... siapa setuju dress code untuk mandi-manda di pool dimansuhkan? Means, boleh je pakai outfit yang bersesuaian. Asal jangan pakai jubah / yang sewaktu dengannya la kan...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, December 5, 2012

BARAKAT TOMYAM SEAFOOD YANG MEMANG BARAKAT!

Baru2 ni, kitorang mengenjoycekan diri pergi family vacay belah aku. Kalau ikut plan asal, kitorang nak ke Cameron Highlands sebab Mak addicted nak petik2 + gunting strawberry fresh dari ladang. Tapi, plan ke laut atas sebab2 yang tak dapat dielakkan... Hu3...

Sebagai AJK hospitality, memula aku dah give up jugak. Hey! Ingat senang ke nak survey2, google2 where to stay & where to go bagai tuh! Ya amponnn... hokay! Siap stay up bersengkang mata tau! Esok tau2 mata dah jadik mata kungfu panda. Uhuks3... Mencik!

Amik masa jugak nak carik mood balik, nak tukar ke plan B. Aku kasik suggestion either pergi Port Dickson or Melaka. Majoriti kata nak ke Port Dickson. Hokay, no objection! Maka bermulalah episod ah kak nak menggoogle2 apa2 yang patut especially where to stay. Kung fu panda lagik... Hu3...

Akhirnya, dapat 1 homestay nih, D'Bayu Homestay namanya. Hmmm... so-so je kot... Sebabnya apa yang digambarkan tak seperti keadaan sebenar. 180 hengget/night. Ruang dapur kecik & TAK DIBENARKAN MEMASAK kecuali masak air & nasik. Ada a few kawasan yang dusty. Tapi, ownernya ok la... Soft spoken. Kalau nak tengok jugak rupa homestay, boleh la terjah sini, ek! 

Kami check-in pukul 4 petang. Agak lewat sebab pagi tu aku ngan my 'sayang' ada appointment dengan doktor. Rehat2 kejap, mandi bagai... then, kami meninjau2 Teluk Kemang. Hujan lebat! Aku tak sempat grab apa2 pun. Mak je beli topi, harga samadengan 10 hengget, nak pakai ke kebun belakang rumah katanya... He3... 

~ Perut dah berkeroncong. Carik2 port makan, last2 jumpa Barakat Tomyam.

~ Menu pilihan adalah tomyam campur.

~ Sotong masak kicap. Yang tak sempat nak amik gambar adalah telur dadar, kailan ikan masin & daging black pepper. Nasik putih, of course la ada kan...

Semua pun thumbs up! Sodap! Kecuali daging black pepper tu sebab pelik semacam. Kalau kat sini daging black pepper tu ditumis dengan bahan2 perasanya kan. Tapi, yang edisi Barakat Tomyam nih daging tu adalah daging salai yang digoreng & ditaburkan denga bawang merah & bawang putih yang digoreng. Rasa pahit bawang putih tu terserlah. Agak ke laut di situ...

Servis oklah. Takde la berjanggut nak tunggu kan... 

Total makan menu2 kat atas tuh untuk 6 orang makan adalah 80 hengget. Murah ke mahal tu, ek? Hmmm... tak kesah la kan... janji perut kenyang & makanan tak mengfrustkan. 

Kalau nak try terjah, boleh la ke alamat kat bawah nih:-

Barakat Tomyam Seafood
Jalan Pantai
71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

~ Dah kenyang, kitorang bersenang-lenang pulak di tepian pantai. Membawak perut yang memboyot. Ha3...

~ Oranje..! Heh!

~ Port Dickson kan banyak pantai. Yang kitorang terjah ni pantai apa ntah. Aci terjah je sebab nampak macam happening.

~ Malam2 pun ada yang mandi kat pantai nih. Tak takut kena geget buayakah? Kan dulu kecoh pasal ada orang kena geget buaya masa mandi kat Port Dickson. Tak percaya... cer baca artikel nih.

~ Rifqi mengexplore. Teruja tahap gaban kot! He3...

~ Perut boyot si suami jugak yang jadik idaman. He3...

Lepak kat pantai dalam 20 minit je. Amik2 gambar lepas tu, terjah booth2 di seberang jalan. Nampak macam happening. Ececehhh..! Asal nampak happening je nak singgah. Asal nak singgah je happening. Ha3...

~ 'Buaya' Port Dickson yang ah kak berani nak geng. Ha3...

Booth2 tu jual pakaian, makanan hasil laut & aksesori/alatan nak mandi laut macam pelampung, bola... Aku tak shopping pun... Menggediks2 bercamwhore dengan my 'sayang' je. Kak Aneem je yang membeli-belah. Beli pelampung & bola untuk anak2.

~ Topi sekadar untuk berposing. Nasib baik tauke booth tak marah. Siap cakap, 'Takpe2. Boleh je amik2 gambar. Sila2...' Pelawa ke perli, ek? Ha3...

~ Cowboy sesat. Ha3...

Pukul 12 malam baru sampai homestay. Penat berjalan + kekenyangan = ubat mujarab untuk cepat tido nyenyak. 

Malam tu hujan. Ditambah dengan sejuk air-cond, perrgghhh... memang liat nak bangun pagi tuh! Diorang aci jerit2 kat aku, suruh mandi sebab nak berkubang kat pool pulak, baru aku hegeh2 bukak mata.

Heh3...


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google