~ #TetapSayangWalauLamaMenghilang |
SiNgGaH Lg, Ek! ;)
Wednesday, October 2, 2019
WORDLESS WEDNESDAY #125: #TETAPSAYANGWALAULAMAMENGHILANG
Saturday, February 14, 2015
TENGOK #1, LAYAN #2
~ Jadiknya... mata tengok #1 & mulut layan #2. Heh3... |
Wednesday, December 17, 2014
WORDLESS WEDNESDAY #71: ENTREPRENEUR TO BE...
~ Aril, cousin My 'Jebat'. |
~ Panel juri yang menghakimi proposal Aril. |
~ Presentation |
~ Confident yakin! ;P |
~ Rural Business Challenge (RBC). 3 bakal usahawan untuk 1 episod. Tapi, rezeki tak berpihak pada mereka... |
Wednesday, November 23, 2011
DHIA VS CINTA ELYSA
Wednesday, November 9, 2011
'HILANG' SOFFIYA... 'DATANG' TENTANG DHIA...
Thursday, October 20, 2011
STRESSNYA SOFFIYA!!!
Monday, May 30, 2011
TAHNIAH SALMA-ERRA!
*Credit to: beautifulnara
Wednesday, April 27, 2011
JUVANA
Memula, aku layan cam ala2 ya ado jer kan... Lama2 cam best lak. Sebab citer dia lain sket kan... Ye la... skang nie kan berlumba2 produser2 & pengarah2 nak buat citer hantu. Naik bosan la plak kan... So, bila Khabir Bhatia sebagai produser bergandingan dengan Faizal Ishak sebagai pengarah makanya, terhasillah Juvana yang aku rasa macam best nih.
~ Sila la tengok, ek? Setiap Isnin jam 9 p.m di TV3.
1st episod, aku tak dapat tengok sampai abis sebab pukul 9.30 p.m aku & my 'sayang' gerak balik ke umah mak. Singgah tapau makanan la... beli barang2 la... dah pukul 10 p.m. Sampai umah mak pun dah pukul 10.30 p.m. Dah abis dah citer tuh. Sib baik mak aku pun layan. So, mak story mory morning glory la kat aku. Ngeh3...
Sinopis Juvana:
Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.
Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana. Namun begitu,, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.
Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
*Sumber: budiey
Sinopsis dia macam best tak?
Sunday, February 13, 2011
AWIN HULU LANGAT???
Ada la sorang mamat ni, orang Hulu Langat, datang audition jugak. Nama dia Awin. Tapi, belum masuk bilik audition dah poyos nak tunjuk bakat kat tempat pendaftaran. Nyanyi depan urusetia ko! Ha3...
Mintak ic, dia bagi tapi, ic merah. Loh! Bukan warganegara rupanya! Terus la disqualified! Tapi, si Awin ni tak puas hati. Siap maki2 urusetia sume. Paling tak buleh blah bila dia kata dia adalah pengganti Awie. Orang2 Hulu Langat pun kata dia buleh jadik pengganti Awie. Adeh3... Aku nak gelak tak hengat tapi, macam terkagum2 pun ado gak! Sebab 1st time tengok manusia camnie datang audition. Kalau setakat nangis2, pujuk rayu kata nak ubah nasib keluarga tu, dah selalu sangat dah aku tengok. Normal la kiranya kan... Yang ni memang betul2 abnormal! Luar biasa, noks..! Ha3...
Last2, kena halau ngan security. Kasehan betul! ;P
Sampai aku terpikir, kalau aku ni berhajat nak gi audition, musti aku cermin diri aku dolu. Means, sebelum orang nilai bakat kita, kita nilai dolu. Memang buleh nyanyi ke aku ni/setakat nyanyi kat bilik air jer la kau?! Tapi, orang2 yang macam Awin ni, apa agaknya yang dia pikir, ek? Haish!
p/s: Tak sabor nak tunggu next week punye audition. Ada Awin 2 tak? Hiks...
MENTOR
Eh! Mentor dah start. Aku tengah layan la ni. Macam2 ragam manusia yang nak jadik penyanyi datang audition. Ada yang try buat gimik, pakai topeng bagai... Ada jugak yang dok pujuk rayu kat Ajai & Adam AF, suara pitching ke laut tapi, nak jugak masuk Mentor. Nangis2 tu, toksah citer la... Memang wajib ada dalam mana2 reality show. Yang over confident pun ada... Yang tak ingat nama mentor pun ada! Buleh plak nak jadik protege Siti Nurhaliza! Ha3...
Buleh release tensen la jugak kot tengok audition Mentor ni... Ke makin migrain? Ha3...
Thursday, December 16, 2010
ANUGERAH SKRIN 2010
Yang paling dekat skang nie adalah Anugerah Skrin 2010 lah. Akan diadakan pada 24 Disember 2010 di PWTC. Harap2, time tu aku freelah. Buleh terpacak depan tv! He3...
Jom tengok senarai calon & kategori yang dipertandingkan! ;)
KATEGORI DRAMA
1. Drama Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
3. Pelakon Wanita Terbaik Drama
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
6. Pengarah Terbaik Drama
7. Lakon TV Terbaik
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Drama Komedi Terbaik
10. Videografi Terbaik
KATEGORI FILEM
1. Filem Terbaik
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
6. Pengarah Terbaik Filem
7. Lakon Layar Terbaik Filem
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik
3. Rancangan Hiburan Terbaik
4. Rancangan Muzikal Terbaik
5. Rancangan Realiti Terbaik
6. Laporan Khas/Berita Terbaik
ANUGERAH KHAS JURI
SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010
KATEGORI DRAMA – Telemovie
1. Cerekarama – Taubat Nasuha
2. Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
3. Cerekarama – Sebelum Akhirat
4. Cerekarama – Miah Oh Miah
5. Cerekarama – Masyitah
6. Cerekarama – Dalil Cinta
7. Panggung Seri – Kaki
8. Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
9. Citra – Dendam Seorang Isteri
10. Pangung Sabtu: Perempuan
11. Kepok & Nisan
12. Lillahi Ta’ala
13. 60Km
14. Datang Bulan
15. Antara Garisan
16. Fatimah Juling
17. Selipar Jepun Suria
KATEGORI DRAMA – Drama Berantai
1. Nur Kasih
2. Adamaya
3. Nenek Kebaya
4. Tari Tirana
5. Jangan Pandang Belakang
6. Si Capik
7. Skuad Polis: Gerakan Marin
8. Ghost
9. Blogger Boy
10. Awan Dania Siri 2
11. Kau Dan Aku
12. Halimah Jongang The Series
KATEGORI DRAMA – Drama Komedi
1. Senario
2. Teres Kembar 4
3. Londeh
4. Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)
KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)
1. Skrip 7707
2. Setem
3. Momok The Movie
4. Jin Notti
5. Papadom
6. Pisau Cukur
7. Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
8. My Spy
9. Santau
10. Pulau Asmara
11. Muallaf
12. Duhai Si Pari Pari
13. Adnan Sempit
14. 2 Hati Satu Jiwa
15. Niyang Rapik
16. V3 Samseng Jalanan
17. Evolusi Kl Drift 2
18. Semerah Cinta Stilleto
19. Hooperz
20. Belukar
21. Andartu Terlampau Mencari Suami
22. Kecoh Betul
23. Lagenda Budak Setan
24. Kapoww
25. Zoo
*Sumber: budiey
Fuh! Banyak giler, owh..! Kalau aku jadik juri, musti confuse tahap gaban! Pastu, lapanploh hari lapanploh malam tak buleh tido! Ha3... Tapi, kalau aku jadik juri tak bertauliah, pilihan aku adalah seperti di bawah:-
KATEGORI DRAMA - Telemovie
Taubat Nasuha
KATEGORI DRAMA - Drama Berantai
Nur Kasih
KATEGORI DRAMA - Drama Komedi
Fikirlah Sendiri Nabil (Siri 2)
KATEGORI FILEM CEREKA
Papadom
Hape2 pun, same2 la kite tunggu 24 Disember nie... Mari kite tengok sape yang kene!!! ;P Hmmm... pilihan korang yang mane plak?
Friday, November 12, 2010
WA TAMMAT...
Lepas nie, dah takde la nak terpacak depan tv, tunggu Chinta on air. Dah ganti citer lain plak. Tak tau la best ke tak?! Wait & see jerlah.
Tapi, citer Chinta nie pun dah ujung2 macam ke laut jugak! Sebab kejap2 nak kawen... kejap2 tak jadik... kejap2 pinangan diterima... kejap2 ditolak cara baik... Isk3... Naik fed-up ah kak tau! Sampai aku siap buat conclusion sendirik lagik tau!
'Ooo... nanti Chinta kawen ngan Rasul Iman kot... Jadik wifey no. 2. Pastu, Chinta preggie. Mase nak deliver, Chinta mati sebab komplikasi brain tumor tuh. Then, Rasul Iman ngan Saada la yang jaga anak Chinta tuh...'
Hah! Sampai ke situ imaginasi ah kak, hokay! Dasat tak dasat tuh! Tapi, sume salah! Memang la Chinta jadik wifey no. 2 tapi, tak sempat preggie dah mati. Si Saada plak yang preggie. Twins lak tuh! Best2..! Ermmm... ade ke, ek pompuan semulia hati Saadatul Saadiah di zaman skang yang serba canggih nih? 1 in a million kot... Wallahualam...
Tuesday, November 9, 2010
SEMI FINAL MUZIK2
~ Semalam, aku layan semi final Muzik2. Macam boring lak sebab banyak lagu2 yang macam tak berapa nak masyuk ngan halwa telinga aku. Banyak yang tak familiar ngan aku. Artis2 lak mostly artis baru & indie. Yang aku familiar pun macam Shahir, Yuna & Ana Rafali. Tapi, tak kesah la kan?! Plus, aku teruja nak tengok Shahir & Yuna jer pun... Yang lain2 tu aku tengok sipi2 jer. Buleh gitu..! Hiks...
Starting last year kalau tak silap aku, AJL dah tak pakai sistem kategori. Kalau dolu ade 3 kategori macam etnik kreatif, pop rock ngan balada, tapi skang, dah takde. Diorang aci sekali harung jer. Pastu, pilih a few songs yang akan dishortlistedkan ke malam AJL 25. Ade 6 lagu sumenye daripada 6 artis iaitu:-
1) Noktah Cinta-Hafiz AF 7
2) Mencari Konklusi-Hujan
3) Cinta Sempurna-Yuna
4) Sejujur Hatimu-Adibah Noor
5) Hanyut-Faizal Tahir
6) Kebahagiaan Dalam Perpisahan- Shahir
Kalau aku jadik juri yang tukang pilih2 lagu, aku musti pilih Noktah Cinta, Cinta Sempurna & Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Wah..! Tetibe feeling juri la plak kan... Ha3...
~ Harap2 Yuna menang lagik dalam Anugerah Juara Lagu tahun nie. Tak kesah la kategori hape?! Janji menang! Yuna3..!!! ;D
Korang lak supporter sape?
Monday, October 18, 2010
BERDOSAKAH AKU?
Kesah sorang gadis, Yani (Noorkhiriah) yang dibesarkan oleh Tok Wan (Normah Damanhuri) dia dari kecik sampai la Tok Wan dia meninggal. Pastu, ayah Yani (Khairil Anwar) ajak la Yani tinggal ngan dia, sekali ngan mak (Shiela Rusly), abang dia, Zahid (Qazem Nor) & adik dia, Dayah (Amanda Misbun). Tapi, mak dia layan Yani macam maid. Zahid plak macam terjatuh cinta dengan Yani walhal diorang muhrim sampaikan Zahid nak rogol Yani. Sib baik tak sempat! Dayah plak nampak baik depan mak tapi, kat belakang dia buat hubungan sulit dengan Johari sampai terpreggie. Mak dia sangat kecewa dengan Dayah. 1 hari, tengah kendong bakul pakaian, mak dia jatuh terjelepuk kat tangga & kaki bengkak. Si Yani la yang jaga mak dia siang malam. 1 hari tu, mak dia citerkan hal sebenar kat Yani which is apsal mak dia bagi Yani kat Tok Wan & apsal mak dia tak sker sangat kat Yani. Rupe2nye, mase preggiekan Yani, ayah dia ade affair & kene tangkap basah ngan pompuan lain. So, mak dia sangat tekanan! Asik nak bergaduh jer ngan ayah dia sampaikan dia rase Yani tu macam bawak sial la. Walaupun mak ngan ayah Yani tak divorce tapi, sampai ke tua, hidup diorang tak penah aman. Asik nak bertekak jer! Sampai anak2 tak betah dok kat umah.
Ditakdirkan, mak Yani kene stroke yang membawa kepada kematiannye. Sebelum tu, mak dia ade pesan kat Yani yang kalau dia mati, dia haramkan Dayah sentuh dia & dia teringin sangat nak dengor Yani panggil dia as 'mak'. Tapi, Yani nie macam berdendam jugak la kat mak dia. So, dia takde pun nak panggil2 'mak'. Dia cakap ngan mak dia without using any kata ganti name pun! Yani menyesal sangat2! Dayah, Zahid & ayah dia pun menyesal jugak bile mak dia meninggal donia.
~ Scene nie paling sedih. Scene Yani mandikan jenazah mak dia. Giler touching, babe..! My 'sayang' lak siap kata...
'Sayang... umah mak banjir malam nie. Mak musti dah nangis2 layan citer nih.'
Well... mak aku kan ratu air mata... He3...
*Credit to: zuriey86
Wednesday, October 13, 2010
CHINTA CHANDURI..???
Tapi, sume tu pada zahirnye jer... Di sebalik yang tersurat, pasti ade yang tersirat. Bak kata Chinta Chanduri, 'Orang hanya tau menghukum dengan menilai pada hape yang tersurat tapi, tak penah nak memahami hape yang tersirat.' Perrgghhh..! Dalam maksud tu..! Silap haribulan, kene bukak segala kamus dewan, kosa kata, wacana bagai... baru buleh paham. He3...
Actually, Chinta Chanduri nie bukanlah kawan aku mahupun bestfren atau jugak opismate aku. Memang takde kaitan langsung ngan aku. Tapi, dia adalah 1 karakter yang dicipta oleh Azlina Pa'wan & dizahirkan oleh Muhammad Feroz Abd Kadir atas sokongan Ahmad Puad Onah di bawah empayarnye iaitu Grand Brilliance Sdn. Bhd. Wah! Bahasa kelas atasan dah ah kak guna nih! Korang paham ke tak agaknye? He3...
Kekdahnye, Chinta Chanduri nie watak utama dalam drama bersiri slot Akasia kat tv3 yang tengah hot & spicy skang nih. Memang aku follow citer nih sebab best! Walaupun aku tak berapa berkenan ngan Fasha Sandha di alam realiti tapi, bile ade drama yang dia berlakon memang aku tengok punye..! Tak kesah la drama/filem seram ke... sedih pilu ke... lawak jenaka ke... sume aku nak tengok sebab dia berlakon best! Kalau buat scene keguguran macam dalam Rasukan Ablasa/Perigi Kontang tu, memang betul2 punye terasa kat kite yang menonton nih! Sampai aku pun rase cam, 'Hadoi! Sakit2..! Tsk3...' Kalau scene isteri curang dapat pembalasan lak, lagik dasat! Macam dalam Kehangatan Lantana, macam real jerk. Tu yang best tuh!
~ Starring dalam drama Chinta. Actually, ade banyak lagik pelakonnye. Nie di antaranyelah. Baik plak Faradhiya dalam drama nih. Siap berhijab lagik ko! Selalu kan dia asik antagonis jerk. Tapi, watak dia tak kuar lagik. Tak tau la jadik hape?!
*Credit to: TV3
Ade 1 petang tu, time tengok Chinta, mase tu tengah iklan, aku borak2 la ngan my 'sayang'...
Aku: B, nanti kalau kite dapat babygal, kite buh name depan dia 'Chinta' nak tak? Cantiklah name tu. Klasik!
My 'sayang': Takmolah! Nanti perangai buruk cam Chinta Chanduri!
Aku: Erkkk!
Dasat tak dasat penangan Chinta Chanduri! Ha3...
Saturday, August 28, 2010
WAJIB TONTON SEBAB KALAU TAK TONTON TERUS MEROYAN!
~ Epilog Syurga Cinta nie pun drama bersiri macam Syurgamu Ramadhan jugak. 1 Slot Samarinda & 1 lagik Slot Akasia. Citer nie sebenarnye diadaptasi dari filem Syurga Cinta. Tapi, pelakon sume tukar la... Kalau filem dengan Awal Ashaari, Heliza Helmi & Adik Haziq, dramanye plak mempertaruhkan Zizan Nin, Fida & Adik Miasara Nasuha. Disebabkan si Miasara Nasuha nie jugaklah aku gigih nak tengok drama nie every week. Sejuk jer mata bile tengok si Mia nih! Comey sangat!
Kiranye skang nie, pukul 6.30 p.m tu aku dah siap terpacak depan tv la... Heh3...
Truly, Madly, Deeply: AreLeez Adnan
Tuesday, April 20, 2010
PENANGAN ADAMAYA...
My 'sayang' pun layanz citer nie gak, hokay..! Adamaya nie memang memberi impak yang besor to our marriage life. Contoh: Adegan dalam episod semalam di mane Adam buat candle lite dinner untuk Maya. Eventhough just buat kat umah & makanan lak just tapau mee goreng mamak but, sumenye jadik 1 moment yang sangat2 indah bile dilakukan dengan hati yang sungguh2 ikhlas. Wah! Jadik dokter cinta lak ah kak. Ha3... Seriously, memang touching abislah scene semalam. Impaknye kat we ols adalah skang nie my 'sayang' cuba mencontohi hape yang Adam buat kat Maya. Menambahkan keharmonian rumahtangga, gitu..! Ecewah..! Pastu plak, dan2 tu tekak we ols teringin nak pekena mee goreng mamak. Malam tu gak kuar gi terjah restoran mamak, Fazari Maju kat Taman Cicely. Muahaha... Impak paling hebat nih! ;P
~ Mee goreng mamak yang we ols belasah malam tadi. Tak berapa sodaplah! Kat Nikmat lagik sodap. But, Nikmat tak bukak malam2. Siang jer... Hu3...
Petang tadi pon dok layanz Adamaya lagik. Takmo ketinggalan walau seminit! Scene hari nie pon best2. Paling best bile Maya dah buleh terima Adam. Dah buleh hidup as hubby & wifey without ade 'sempadan2'. Hiks... & the good news is Maya dah break-off dengan Dani. Plus, Maya pregnant! Sker sangat tengok Maya lentok2 kat bahu Adam mase kat balcony after diorang dapat tau yang Maya preggie. Dan2 tu gak aku lentok2 kat my 'sayang'. Muahaha...
Tapi kan, normally, if di pertengahan citer tu cam happy2 + best2, kat ujung2/ending mesti cam tak best. Ade dugaan mendatang la... Ade mende buruk jadik la... hape la... Tu yang tak berkenan tuh! Hu3... Mintak2 la happy ending... Fuh3! ;P
::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::
Monday, April 19, 2010
ADAMAYA...
Na-O-Mei aku tak minat. Lembab semacam jer... Bile dah ganti ngan Adamaya nih, balik keje pon on time. Pukul 5 p.m, sharp, aku dah siap2 shut down pc. Tunggu machine punch card bunyik jer... He3... Hari nie terkecuali la... sebab hari nie public holiday untuk sume rakyat Perak. So, awal2 lagik aku dah terpacak kat depan tv. Hmmm... tengah ujan skang nie. Ujan lite2. Mintak2 la jangan lebat sangat. Kang, 'Service is currently not available lak.' Hu3...
~ Aku rase, Adamaya lagik best dari I'm Not Single walaupun diinspirasikan dari I'm Not Single. & aku sker tengok Sein dengan Lisa Surihani. Faizal Yusop pon lagik best daripada Awal... to me la... Lain orang, lainlah pendapatnye. Korang camne? Mane lagik best? I'm Not Single/Adamaya?
*Credit to: blogmohdisa
::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::
Thursday, January 14, 2010
AJL 24
~ Cunlah Yuna malam tuh! Siap pakai shawl kaler purple lagik tuuu...! Caya, dowhhh..! Bangga mak, noks..! Ahaks3...
~ Sempoi jer Yuna nyanyi. Santai abislah! Tak perlu nak teran2 suara pastu wat posteur badan ala2 nak terberak cam M*sh* Om*r tuh! Ooppsss! Ha3...
Aizat menang besor malam tuh! Tak kesah la... Janji Yuna pon menang! Yippie2! Faizal Tahir pon menang gak. Dah jadik cam Jacko pon ade aku tengok penampilan beliau. He3...
Hape2 pon, congrats to all winners! ;)
*Credit to: Gua
::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::
Friday, December 4, 2009
'OoO...... nUr KaSiH......'
Bkn hape, u ols... penangan drama Nur Kasih la nih! Meninggalkan impak yg besor gak la kat rakyat M'sia. Cam citer Cinderella yg Haliza Misbun ngan Ahmad Idham b'lakon dolu la... Aku hengat lagik, time tu aku sekolah lagik kat SMSS. *Wah! Nak gak enterframe name sekolah! Ha3...* Mmg ditunggu2 la citer nih. Boardin' school, ptg2 *weekdays*, around 5 p.m kene turun, xbley dok hostel b'hulla hup cam org len coz ade main ptg la kononnye... Walhal, xde pon main ptg. T'pulang... sesape yg rase dia active-5, gi main la... Aku xactive-5 la... So, dok lepakin' kat tepi2 longkang sambil gelak2 xhengat! Owhhh... kenangan... Uiksss! Larik tajuk lak! He3...
Nur Kasih nie dah abis dah pon... Aku bkn la loyal follower drama nih. Ikut mood & ikut dan nak tgk. Tp, aku tau la serba sket pasal jln citernye sbb mak aku jadik story teller. Minat abis mak aku tuh kat Nur Kasih. Sesape pon xbley tukar chanel len di hari Jumaat, kul 9 p.m kat TV3. Mak aku conquer siap2 dah. Pastu, kalo ade scene yg agak2 xmenepati kehendak naluri mak aku, mula la mak aku pong pang pong pang, marahkan Kabir Bhatia. Dasat2... Muahaha...
~ Aku dah lame minat Tiz Zaqyah, since dia b'lakon as supportin' actress in Impian Ilyana lagik. Mase zaman2 Lydia Ibtisam (Ilyana) jadik starrin'. Tiz jadik senior kat UiTM Shah Alam. Pon pakai tudung. Cute jer aku rase... ;P Tiz nie kan... kalo pakai tudung senget-benget pon tetap cun! Cuba kalo aku yg pakai tudung senget-benget, hmmm... mesti... LAGIK CUN! Ahaks2... Awwsss!
~ Tiz versi free hair. Personally, aku prefer dia b'tudung sbb lagik cute aku rase & sgt sesuwai dgn suara dia yg lembut2 tuh. Kalo free hair pon cun gak tp, nampak cam ganaz2 sket la...
~ Starrin' of Nur Kasih...
~ Nie mase tgk last episode kat umah mak aku. Mase mlm wat bbq tuh. Ramai wooo yg jadik tuan director xb'tauliah time nih esp mase Adam balik kampong dlm keadaan kusut-masai tu, ha..! Dah cam bangla jual carpet lak aku tgk. He3... Asik2 ade jer mende yg m'halang diorang dari b'temu kembali. Mase Adam dengor pasal Nur & Aidil dari org2 kampong yg gigih b'gossip, pastu dia cam xjadik nak jumpe Nur, jenuh wooo Kabir Bhatia kene kutuk ngan seantero family aku. Ha3... Pastu, mase scene Sarah xcident kene hempap cermin, family aku sume terase sakitnye. Siap cakap, 'Adus! Dus2!' lagik, ko..! Feelin' tul! Hiks... Sib baik mlm tu xde org dtg beraye. Kalo x, mesti kene sumpah-seranah punyelah! Dlm hati la... Kui3...
::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::