Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

KANSER PANGKAL RAHIM



KANSER PANGKAL RAHIM atau lebih dikenali sebagai KANSER SERVIK adalah barah yg mencatat angka paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ia merupakan kanser yg biasa melanda wanita dalam usia reproduktif.
:::
:::
Salah satu faktor risiko kanser pangkal rahim adalah antibodi pada human papillota virus atau HPV (kmpln virus sama yg mnyebabkan ketuat kelamin). Walaupun x berbahaya, virus ini boleh menyebabkan perkembangan sel kanser.
:::
:::
Dan kerana itu, ia mudah terjadi pada wanita yg kerap bertukar pasangan (berisiko lgi tinggi utk mndaptnya), ia juga boleh dijangkiti pada mereka2 yg melakukan hubungan seks pada usia yg terlalu muda dan mereka yg mengamalkan tabiat merokok.
:::
:::
Kanser pangkal rahim mengambil masa bertahun-thun utk berkembang.Sblm ia berkembang, perubahan awal akan berlaku di dlm sel pada permukaan pangkal rahim. Ia disebut sebagai peringkat pra-kanser.
:::
:::

Gejala/tanda barah pangkal rahim :-

* lelehan faraj yg berair dan berbau busuk.

* Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks.

* Pendarahan pada faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.

* Sebarang pendarahan pada faraj selepas putus haid.

Secara amnya, setiap wanita perlu menjalani 3 jenis pemeriksaan kesihatan iaitu, Ujian kanser payudara, ultra bunyi, dan 'pap-smear' sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Juga disarankan utk melakukan ujian 'pap-smear' bagi memeriksa sel2 barah atau sebarang perubahan dan kelainan yg berlaku.

Seandainya barah ini dapat dikesan lebih awal, ia boleh dirawat segera dan seterusnya dapat mengelakkan gangguan kesuburan kepada organ pembiakan wanita.


SUMBER: MAJALAH RAPI MAC 2009.

PENYUSUAN SUSU IBU


Pengenalan


Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.


Kebaikan


UNTUK BAYI :

Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.

-------> Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.

------->Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar

Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.

-----> Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.

Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu:

membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :

Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak

**Happy breastfeed...^_^**

BARAH PAYUDARA

Penyakit Barah payudara adalah barah tisu payudara/buah dada.Di dunia....ia merupakan barah paling popular dikalangan kaum wanita.
Risiko mendapat penyakit barah meningkat mengikut usia.Bagi wanita yg hidup sehingga usia 90thun, kemiungkianan mendapat barah payudara sepangjang usianya sekitar 12.5% atau 1 dari 8 orng.Risiko ini bergantung kepada faktor2 yg berlainan.
Antara risiko2 yg dikenalpasti penyumbang kepada barah ini antaranya :-
  • tidak mempunyai anak
  • anak pertama lambat
  • tidak menyusukan anak
  • haid pertama awal
  • menopause lewat
  • pengambilan rawatan penggantian hormon (hormone replacement therapy)

TANDA2 BARAH PAYUDARA

  1. Ketulan dlm payudara (tanda ini paling lazim), ketulan x mendtngkan kesakitan, biasanya x disedari secara sengaja semasa mandi atau masa pemeriksaan payudara.
  2. Terdapat ketulan kelenjar yg membesar dibahagian ketiak.
  3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yg keluar drpd puting payudara.
  4. Terdapat perubahan pada kulit payudara. perubahan yg perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (yg berlubang kecil), keadaan ini menandakan barah telah merebak.

Semua wanita digalakkan mengenali bentuk dan saiz payudara supaya perubahan yg berlaku dpt dikesan dgn cepat. Jika terdapat perubahan2 seperti di atas, dinasihatkan anda supaya berjumpa doktor utk pemeriksaan selanjutnya....

dan PREMIUM BEAUTIFUL mempunyai kelebihannya utk mengelak drpd kanser ini terjadi, penjelasan lanjut klik SINI pada para no.1...

**info ini adalah sekadar info yg diambil dri bacaan saya...untuk maklumat yg lebih tepat...sila rujuk doktor anda...**

Sayangi Jantung Kita



SISTEM JANTUNG


Jantung merupakan organ yg berfungsi untuk mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yg sekata dan berulang-ulang.Ia seumpama sebuah mesin dalam badan kita.

Saiz jantung yg normal adalah kira2 besar sedikit drpd buku ruas kita dan kadar denyutan jantung yg normal ialah 100,000 kali sehari.

Ia bertanggungjawab utk menghantar darah ke bhgian2 badan serta membekalkan oksigen dan nutrien yg diperlukanoleh badan, pada masa yg sama ia mengepam darah yg mengandungi karbon dioksida ke paru2 untuk dihembus keluar dari badan.----> ini kitaran yg berulang.

dan kerana itu...adalah tdk mudah kan bagi seseorng utk mengekalkan fungsi jantung yg sihat sepanjang hayatnya.

Pada zaman sains dan teknologi sekarang ini, satu penyakit yg kerap menyerang adalah PENYAKIT KARDIOVASKULAR....

Walaupun x terdapat sebarang kesimpulan mengenai punca2 penyakit jantung dari bidang perubatan , namun 6 punca berikut adalah mungkin faktor utamya..



PUNCA-PUNCA


1. Tahap kolestrol yg tinggi

Apabila kolestrol buruk dikenali sebagai Low density Lipoprotein (LDL) berkumpul dalam saluran darah, ia akan mempercepatkan pembentukan ketulan darah, menyebabkan saluran darah tersekat dan seterusnya menghalang pengaliran darah ke seluruh badan.

2. Tekanan darah tinggi

keadaan ini akan meningkatkan beban jantung di mana ia memerlukan lebih tenaga untuk mengepam darah keseluruh badan.


3. Diabetis

Kebarangkalian bagi pesakit diabetes utk menghidap penyakit jantung adalah lebih tinggi.


4. Berat badan yang berlebihan
mereka yg mengalami masalah obesiti lebih mudah untuk menghidap penyakit jantung. berdasarkan kajian yg telah dijalankan, seseorng dapat mengawal berat badan dgn mengamalkan pemakanan yg sihat dan senaman yg bersesuaian sptri berjalan-jln di taman atau menaikin tangga.



5. Amalan merokok dan pengambilan minuman beralkohol.

Merokok membahayakan jantung dimana nikotin dan bahan2 beracun akan merosakkan saluran darah dan menyebabkan retak.ia mengakibatkan kolestrol mudah terkumpul dalam darah.
----> pengambilan miniman beralkohol menyebabkan tekanan darah meningkat malahan boleh menyebabkan cardiac arrhythmia (keadaan yg berkaitan dengan kadar denyutan jantung).






~~oleh itu...sayangi jantung anda~~
tapi....semua ini..insyallah boleh diatasi sekiranya anda menggunakan PREMIUM BEAUTIFUL, secara berdisiplin...bermulalah kepada kehidupan yg lebih sihat...untuk anda dan keluarga tentunya....

DAPATKAN PREMIUM BEAUTIFUL ANDA SEKARANG !!!!

call/sms : 0136693984




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...