Salam A’laik. Alohaaa~~
Lama betul dari part 1
nak sambung cerita pasal part 2. Heheheh Teman busy bebenor ler kome oii..
Maka, terperap jela draf cerita pasal Bandung trip ni.
Sebaik sahaja sampai
di hotel, kami berehat sebentar. Dalam erti kata lain TIDUR. Aku memang tak
cukup tidur. Balik kerja lewat, sampai rumah pun hampir jam 11 malam. Tidur tak
sampai 2 jam, pukul 3 pagi dah bangun. Baru teringat barang belum selesai
packing and checking. Senarai barang telah dibuat, Cuma nak pastikan semua dah
masuk dalam beg je.
Kami menginap di Hotel
Gino Ferruci Kebonjati. Hotel ini terletak tidak sampai 5km daripada airport
Bandung. Kawasannya memang strategik. Terletak berhampiran dengan gedung
membeli belah yang paling disukai oleh pelancong-pelancong wanita dari Malaysia
– Pasar Baru Trade Centre (Pusat Dagangan Trade Centre).
Kalau berjalan kaki mengikut laluan utama, cuma 10-15 minit sahaja dari hotel ke Pasar Baru. Bagi orang berjiwa lasak yang suka jelajah tempat orang, kita boleh ikut laluan belakang hotel melalui kawasan perumahan menuju ke Pasar Baru. Perjalananan lebih singkat terutamanya jika anda borong banyak barang dari PASAR BARU. Sambil berjalan boleh juga melihat cara hidup dan persekitaran masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.
Persekitaran hotel ini bersih, kemas dengan dekorasi yang sederhana. Terdapat ruang menunggu dengan sofa yang selesa. Juga terdapat kemudahan wifi di ruang lobi hotel. Cuaca di Bandung agak dingin dan berangin. Rasa nyaman sepanjang hari. Panas pun tidak keterlaluan. Memang seronok.
Kalau berjalan kaki mengikut laluan utama, cuma 10-15 minit sahaja dari hotel ke Pasar Baru. Bagi orang berjiwa lasak yang suka jelajah tempat orang, kita boleh ikut laluan belakang hotel melalui kawasan perumahan menuju ke Pasar Baru. Perjalananan lebih singkat terutamanya jika anda borong banyak barang dari PASAR BARU. Sambil berjalan boleh juga melihat cara hidup dan persekitaran masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.
Persekitaran hotel ini bersih, kemas dengan dekorasi yang sederhana. Terdapat ruang menunggu dengan sofa yang selesa. Juga terdapat kemudahan wifi di ruang lobi hotel. Cuaca di Bandung agak dingin dan berangin. Rasa nyaman sepanjang hari. Panas pun tidak keterlaluan. Memang seronok.

Hotel Gino Ferruci
Kebonjati juga tidak jauh dari kawasan Paskal Square. Kira-kira 10-15 minit
berjalan kaki. Di Paskal Square ini lah terletaknya Paskal Food Market yang dikatakan
mempunyai 1001 satu pilihan makanan daripada menu tempatan hinggalah menu
western and eastern. Di
depan hotel ini juga senang untuk kami dapatkan perkhidmatan beca atau pun
teksi.
Bayaran satu malam
untuk bilik superior king di Gino Ferruci Kebonjati ialah IDR532,000 atau dalam
ringgit Malaysia lebih kurang RM150. Total harga 3 malam di hotel ini ialah IDR
1478,000 ~ RM418. Harga adalah termasuk buffet breakfast.
Bilik superior king bersaiz
sederhana luas. Setakat gegurl nak share 2-3 orang memang takde masalah.
Biliknya kemas dan bersih serta dilengkapi dengan kemudahan hair dryer, cerek
elektrik dan peti sejuk. Tapi sayang dalam
bilik tiada internet connection. Hotel ini masih baru jadi menurut pengurusnya
kemudahan wifi dalam setiap bilik masih dalam proses penyediaan.
Bilik anak-anak dara. Sampai bilik je terus lompat atas katil & tidur. iskh3x..
Buffet breakfast di sini bagus. Ada banyak pilihan makanan menu tempatan dan juga antarabangsa. Persekitaran café juga bersih, cantik, santai dan selesa. Memang kami makan sungguh-sungguh masa breakfast. Sebab nak sediakan tenaga untuk aktiviti shopping dan seightseeing di sekitar Bandung.
Alhamdulillah, aku bersyukur
sangat kami pilih hotel ini yang menyediakan buffet breakfast. Sebabnya…sepanjang
di Bandung, tekak aku tak berapa nak serasi dengan menu masakan padang ataupun
sunda.
Di tepi hotel ini
terdapat sebuah café bernama Bangi Kopitiam. Dengar nama pun boleh agak dari
Malaysia. Hihihi Apa kes datang Bandung tapi makan masakan Malaysia kann??
Memanglah…tapi apa yang aku nak emphasize kan ialah kopitiam ni cantik dan
selesa untuk aktiviti borak-borak gossip girls. Huhuhuhu Menu pun ada pelbagai.
Paling menarik di Kopitiam ni yang aku minum ialah air the gaharu. Kebun teh gaharu
tue terletak dekat Gopeng je. Selama nie tak pernah tahu pun pasal teh gaharu. Waktu petang hingga malam ada live band lagi.
Seronok..tak perlu nak lepak bar untuk lepak santai sambil dengar nyanyian dari
live band.
Pekerja –pekerja di
hotel ini juga sangat ramah, sopan, suka senyum dan helpful. Sampai sahaja di
entrance hotel mereka sudah menyapa kita sambil tersenyum. Sebaik sahaja
kenderaan berhenti di depan kereta mereka sudah bersedia membantu bukakan pintu
kereta. Kalau dilihatnya kita membawa bagasi atau barangan, pasti mereka
mempelawa untuk membantu membawa barangan tersebut ke bilik kita.
Tetamu Hotel Gino
Ferruci juga diberikan kupon voucher shopping di factory outlet terpilih dan
juga kupon voucher untuk menggunakan kemudahan bilik karaoke di hotel tersebut.
Best kann???? Bertambah-tambah semangat nk membeli belah di factory outlet.
With love from Gino Feruci
Kebonjati,
aurikel