Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Rare Cases

Kucing Berbulu Hijau Cetuskan Kegemparan

Kelibat seekor kucing berwarna hijau yang muncul di kawasan pantai Bulgaria mencetuskan tanda tanya kepada peminat haiwan peliharaan.

Mengapa Kalendar 2014 Sama Dengan Kalendar 1997? Ini Alasannya..

Satu hal yang menarik, namun ramai yang tak perasan adalah tentang kemiripan kalendar tahun 1997 dan 2014. Ambil contoh, tanggal 1 Januari pada tahun tersebut sama-sama jatuh pada hari Rabu. Sementara akhir tahun juga jatuh pada hari Rabu. Bulan Februari juga sama-sama mempunyai 28 hari. Apa sebab kemiripan tersebut? Apakah hanya kebetulan atau memang ada latar belakang ilmiahnya, sebagai contoh dari segi astronomi?

Spesies Buah Durian Tanpa Duri Yang Jarang Kita Lihat

Inilah dia buah durian tanpa duri, ia dikenali dengan nama Durian gondol, berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian lain pada umumnya sehingga dapat mempermudah anda untuk mengupas dan memakannya.

Satu-Satunya Negara di Asia Tenggara Yang Dituruni Salji - Vietnam Dilanda Salji Tebal

Ianya adalah cukup aneh bahawa hujan lebat telah menimpa Vietnam semasa musim kering. Lebih aneh lagi apabila  suhu di utara negara itu telah jatuh di bawah takat beku dan menyelimuti   rantau ini dalam salji .

Lelaki Terkejut Doktor Beritahu Dia Sebenarnya Wanita

Seorang lelaki yang berusia 66 tahun dan hidup sebagai seorang lelaki sepanjang hidupnya telah dikejutkan dengan satu pemeriksaan perubatan yang mendakwa dia sebenarnya seorang wanita. Lelaki tersebut menerima berita yang mengejutkan itu selepas dia berjumpa seorang doktor di Hong Kong kerana mengalami masalah sakit perut.

Keluarga Albino Terbesar di Dunia

Semua 8 orang ahli keluarga Pullan dari Delhi, India mengalami gangguan genetik yang jarang berlaku yang dipanggil albinism. Albinism dicirikan oleh ketiadaan lengkap atau pigmen melanin  separa   pada kulit dan rambut. 

Mayat Wanita Soleh Yang Masih Elok dan Berbau Harum Walau Sudah 19 Tahun Dikebumikan

Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam rangka perluasan masjid.

Aneh, 3 Remaja Lelaki Ini Mempunyai Payudara Seperti Wanita

Tiga remaja lelaki adik beradik yang tidak disebutkan namanya dari Republik Dominika ini tidak pernah menginginkan mereka dilahirkan seperti ini. Namun ketidakseimbangan hormon dalam tubuh menyebabkan mereka mempunyai payudara seperti perempuan.

Aneh! Lebah Hasilkan Madu Berwarna Biru

Pernahkah anda melihat madu berwarna biru, hijau atau malah terlihat seperti coklat cair? Warna madu yang lain daripada yang lain ini bukanlah madu yang berasal dari dunia dongeng di negeri khayalan, namun ia benar-benar wujud di dunia nyata. Laman web National Geographic baru-baru ini menyiarkan berita mengenai penternak lebah di Timur Laut  Perancis mulai menemui keanehan pada sarang-sarang lebah di ladang mereka.

Fenomena Hujan Salji Melanda Arab Saudi - Petanda Jelas Akhir Zaman?

Sesuatu yang janggal terjadi pada Rabu lalu (9/1/2013) di Arab Saudi. Worldbulletin menyiarkan berita bahawa Tabuk—salah satu lokasi perang yang terjadi pada zaman Rasulullah—dilanda salji yang sangat lebat, setelah beberapa jam lamanya dihantam ribut yang sangat dahsyat.

Fenomena Menakjubkan Pantai Berwarna Merah di Siang Hari dan Bertukar Biru di Malam Hari

Beberapa pantai popular di Sydney, Australia ditutup kerana fenomena pertumbuhan organisma alga merah. Kehadiran organisma itu menyebabkan air bertukar menjadi merah seakan darah.

Gadis Paling Berbulu di Dunia

Dia adalah gadis remaja 11 tahun berasal dari Thailand bernama Supatra Sasuphan, mengatakan bahawa dia tidak berasa malu apabila telah secara rasmi diiktiraf sebagai gadis paling berbulu di dunia. Supatra Sasuphan, seorang pelajar di sekolah Ratchabophit Bangkok, menjadi sangat popular disekolahnya setelah dianugrahkan Guinness World Record untuk rambut lebatnya. 

Lelaki Ini Punya Ekor Depan dan Belakang

Lelaki pemilik ekor depan dan belakang yang tidak disebutkan identitinya ini tampil dalam sebuah rancangan TV di Jepun beberapa tahun yang lalu. Rakaman tersebut masih dapat disaksikan di Youtube. Beberapa pihak meyakini ekor ini bukanlah ekor yang sebenar, melainkan kelainan bawaan yang disebut spina bifida atau sumbing tulang belakang. Keadaan ini terjadi kerana ada celah pada tulang belakang yang tidak menutup sejak lahir, lalu ada bahagian yang tumbuh keluar.

Pelik, Wanita Ini 'Diperangkap' Memori Silam 20 Tahun

Perkara terakhir yang diingati Kay Delaney ialah menidurkan dua anaknya - masing-masing berusia enam dan dua tahun. Dua dekad berlalu dan kedua-dua anaknya membesar serta menamatkan pengajian di universiti, tetapi Kay tidak dapat mengingat satu pun apa yang berlaku sepanjang tempoh itu. Selepas terjatuh dan kepalanya terhantuk, memori selama lebih 20 tahun dalam ingatan Kay terpadam langsung, menyebabkan dia gagal menyedari apa yang berlaku kini.

Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing

Pakar perubatan di China telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan. Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Ayam Beranak dan Bukan Bertelur di Sri Lanka

Pelbagai kejadian yang berlaku kebelakangan ini , menunjukkan bahawa dunia ini semakin pelik. Di Sri Lanka, seekor ayam betina dilaporkan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas. Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayake mengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur. Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.

Ini Bukan Cicak Tokek, Ini Cicak Spiderman

Sepasang suami isteri berjaya merakamkan cicak Spideman atau nama saintifiknya, Mwanza Flat Headed Agama ketika menghadiri bengkel fotografi di Taman Negara Masai Mara di Kenya, baru-baru ini. Cassio Lopes bersama isterinya Alessandra hampir tidak percaya apabila spesies cicak yang berasal dari Afrika itu muncul mendekati mereka. Menurut Lopes, cicak itu hanya pernah dilihat di dalam komik popular Spiderman. “Cicak itu mempunyai warna di dada, lengan dan kaki, ia menyerupai cicak dalam animasi Spiderman dan hanya melekat pada batu berhampiran sungai,” katanya.

(GAMBAR) Durian Dalam Durian

'Durian Mengandung!' sumber: gempak.org

Lembu Berkaki 6 Di Switzerland

Seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama. Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas media tempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup.

Air Liur Bayi Bertukar Jadi Kristal

Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur heboh selepas tersebar berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal. Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal. Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.