Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday 19 January 2021

The Shore Hotel. Bilik tak siap, saya boleh bagi kalau encik nak masuk ada 4 bilik ni, tapi..(alamak, berhantu kah??)

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ok hari tu janji nak review hotel The Shore Hotel and Residence (Shore) kan..

Kira tak payah kita rate bintang sebab saya pun tak kisah pasal bintang hotel kecuali, dia claim 5 star tapi service tak selari baru lah kita highlight bab bintang ni.

Bangunan Shore ni sekelompok  atau bersebelahan Swiss Garden. Malahan lobby pun sama

Kaunter check in pun sama. Kiranya dua hotel ni , Swiss Garden dan Shore ni operator nya sama.

Aku tempah melalui Agoda, rate dalam RM150 per room. Ambil 4 bilik.

2 hari sebelum check in, call untuk request early check in. Perancangannya, gerak dari rumah pepagi, cari breakfast atau brunch atau early lunch dalam perjalanan, dan sampai hotel pukul satu gitu. Rehat dan petang jalan-jalan ajar sejarah kat anak-anak sekitar Melaka.

Betul, kita amik for granted sejarah jatuhnya Kota Melaka dan kemungkinan jika kita alpa, kita jatuh lagi. Bila tunjuk kota A farmosa , gitu gini, baru lah depa paham. Tapi itu cerita lain. Nanti panjang pulak coretan ini

Balik pasal hotel. Bila call tak dilayan sangat. Waima utk amik note  atau catat ke.  Cakap la ok ..saya ambil maklum. Bukannya aku tau pun..

Simply said, encik datang nanti kita bagitau boleh ke tak. Letak phone. ( ringkasannya tau , bukan sebijik macam tu, nanti kira fitnah..just anggap gitu je kaedahnya,, tak yah detail,)

Wahh ,..Mungkin bz.

Ok sesampai nya.. pegi cari parking forth floor. Macam, hotel ni campur dengan residence/owner. Apakah operator lease dari owner dan bahagilan profit kepada onwer. Atau hotel ni beli few floor untuk sewakan as hospitality bisness? Mungkin..
Anyway, banyak konsep macam ni sekarang..dan menarik.

"Check in"

Turun ke lobby, dengan harapan dapat bilik awai..Dalam pukul 1 macam. memang susah la kan nak check in awal. Oleh kerana ambil 4 bilik, dapat 1 bilik pun ok dah sebb boleh hantar barang dulu sementara 3 bilik lagi siap. Boleh la landing sat kemudian keluar pergi bandar.
Dilayan oleh penyambut tetamu yang sempoi dan bagus la..

Dia usaha cari bilik mana kosong then katanya belum ready, tapi, ada satu floor ni..ada empat empat bilik kalau nak masuk boleh sekarang. cuma,,aduyai cuma la pulak. Berhantu ke??

Cuma, fius untuk cabel tv terbakar.. so channel tv tak bagus/cantik. 
Oh ..ingat  tingkat tu berhantu. Suspen saja.
Satu bilik pun tak de siaran ke.
Jap, dia amik walkie talkie..check technician.

Ya encik, satu floor. dan sambung, macam ni lah...saya bagi voucher untuk 8 org breakfast kalau on na masuk bilik ni.

TV?
Breakfast?

Memang sebelum tu tak amik room sekali dengan bfast pun. 
Sbb Melaka kan..mesti mau jalan jalan cari makan. Or bayar je breakfast hotel kat situ, 

So on lah..Asal bukan berhantu. Boleh check awal dan dapat breakfast complementary.

tak silap Rm28 per person kot. kena check balik.

So naik ke bilik dan lepak dulu. Ermm anak2 la ni bukan nya tengok  tv, yg penting, yang talian hayat depa ialah internet.
Netflix semua ada kat gadget. Youtube bla bla. So no problem.

Bilik.

Bilik ok.Just nice. No issue. Bilik air frosted glass. Kalau berdiri tepi dinding nampak figure..
Nak tease partner boleh la hotel hotel cenggini. Ahaks

Oh ya , dalam 4 bilik tu ada 1 yang bilik besar "bagak". Kat corner. Yang ni bilik air pun besar dan ada bathtub. So bagi yang bujang lelaki 3 orang share bilik ni. Ada sofa bed lagi

..lagi 3 tu kira bilik standard. 

Breakfast.

Breakfast macam mana pulak? 

Superb!
Tu ja nak habaq.
Dengan pelbagai makanan dan sedap.

Anak-anak suka yogurt. Dari dulu memang ulang amik benda ni ja kalau ada.

So, berbaloi dok bilik yang tak dak TV..hahahahah.

Yang lain lain lif agak terhad, Tapi memang dijangka. Sebab kalau hujung minggu dan ramai orang travel, memang ada kesesakan. Tak sesak tak best la kan.. Takkan tetiba lengang je lif padahal org ramai. Macam cerita hantu la kan.Ha haha,

Kita ni travel yang syoknya org ramai. masa org tak ramai tak syok travel kan. Sebab tu masa bukan peak tu, hotel kosong.

Adat la..masa kita boleh berjalan orang lain pun macam tu. Tu yang ada peak season dan non peak. Lumrah! Hadap dan take positive.  

So itu saja.. so far hotel ni ok.. no issue. Thanks for reading!!!


gambar sat ya nak upload.

Saturday 31 October 2020

Putraya Makan kat Mana? Warung Mengopi Ayer8

Assalamualaikum bloggers and readers..


Petang hari Sabtu. Agak malas nak jogging, suasana pun hujan, sofa memanggil manggil untuk aku rebahkan badan. Tapi takkan nak memerap kat rumah ja kan. Ajak Lurvy pergi mengopi lah.

Sesambil meronda Ayer 8. Hendak "menapau" Nasi Royal Kedah, yeahhh , pulun Kedah pulun,..erm lama tak balik kampung. 
Agak lama tak kena Nasi Royal ni. Ada beberapa orang kat rumah satu taste dgn abah..
 Lurvy? Kari kari dia kureng..hahahah.

Oh, ada tempat baru, agaknye lah. Atau dah lama , cuma aku tak pi ke sana agak lama, Nama restoran ni Warung Mengopi.(Gambar depan kedai tak ambil)

Wahh agak menarik konsep kedai ni. Ambient yang menarik untuk kami teroka. Lurvy ok ja, nak teman aku makan rungan-ringan sambil dating. Ye lah awal lagi kot untuk dinner. Sat lagi nak pekena nasi royal lagi.

 So kami terjah!!

Oleh kerana nak santai2 saja dan tak berapa lapar, kami nak order kudap-kudapan ringan. Walaupun teringin nak makan mee bandung johor, kami memilih Cucur Udang (RM6.00) dan tauhu bergedil.(RM4.50)

Itu makanan yg di order,, yang utama nak mengopi, so tempat ni sesuai nak mengopi. Dicadangkan oleh waiteress,, kopi Muar 434 dan kopi Vietnam.(Harga RM 5.40 setiap satu)
Sambil menunggu tgk la pintu2 dan tingkap lama yang dilekat di dinding.



...ketika lagu Shidee berkumandang , kopi


pun sampai. Meminum kopi Vietnam, ternostalgia pulak masa dok ulang beli kopi Vietnam kat HCM city. Mungkin sama sedap kot , entahlah, tapi memang ada rasa kopi vietnam la..

Kopi Muar 434 Lurvy order pun sedap...!!!

Hmm dengan suasana yang sebegitu, sempoi juga restoran ni , hati teruja nak tunggu makanan sampai

..menunggu cucur udang dan bergedil agak lama, mungkin akan dimasak setelah di order kot. Ok lah, perut pun tak lapar jadi boleh lah menunggu.

Ketika melayan lagu Gadis dan Bunga, makanan pun sampai.
Tetapi, ermm tetapi cucur udangnya kurang menarik,. Kuahnya bukan kuah kacang dan biasa2 ja. 
Tang cucur udang yang tebal, tepung tak rangup dan rasa so so.  Bergedil Lurvy ok la. Boleh la.

Cucur udang mengecewakan. Mungkin bukan signature dish depa, so kena bagi benefit of doubt. Sangka baik

= : "Tak pa nanti kita mai order Mee Bandung( RM13+) , mungkin sedap" aku tengok Lurvy kureng teruja dengan cucur ydang aku..hahaha

+: "Entah lah. Tak kot... Tak tentu nak mai lagi" balas Lurvy.

=: "Oklah Yang, kita mai minum kopi je lah next time. Kopi dia ok kan"

+:" Tengoklah."

Nota:  kekadang bila kita lapar, nasi dengan telur dadar pun sedap. Bila kenyang lain reaksi nya kan. So mungkin aku kenyang tadi. ..nak minum ja.

So that's wrap my experience today. Really wish aku order something yang sedap untuk membuat aku tersenyum , namun may be aku tersalah order. 

Ps. Man city lawan malam harap boleh membuatkan aku tersenyum.
Update: Man City menang!! Yezza..

Monday 31 December 2018

Penang Makan Di Mana ? : Restoran Lans Ikan Bakar Tanjung Bunga (LANS CORNER)

Assalamualaikum bloggers and readers..


Okay kali ni nak story tempat makan di Penang. Berbanding tempat viral, aku lebih suka merujuk atau bertanyakan orang tempatan. 

Yess.. local knows better!!

On the way nak ke misi  "jalan jalan cari makan", anak-anak mulalah google tempat  makan  yang best kat Penang.

Maka kat pakcik google keluaqla.


  • Nasi kandaq beratoq,
  • Hameediayah,
  •  Mee udang
  • Sg Dua..etc...Usual suspect..


Uish..tempat tu ramai orang ..yang rasanya  may be sama je dengan tempat lain.. Tak pa Tak pa.
Bukan tak mo try.,, tapi i am enough with Nasi Kandar,  Kat kl pun sedap ja. Lagipun viral punya penangan ni kekadang banyak sudu dari kuah.


Nak beratur panjang tu yang tak larat, nak-nak anak pun bukannya suka sangat, buat stress saja tunggu lama..

(Minggu lepas berkunjung dan bercuti di Pulau Pinang bersama family . Kami stay di Batu Ferringhi. Lama dah aku tak ke sana.. Entry ni  pula tempat aku pi makan kat Penang especially berdekatan  Batu Feringghi.)

 (BACA: CUTI DI PULAU MUTIARA : Double Tree Resort)


Cut  long story mory short..actually nak cut intro short...,

Aku kena  bercerita tentang Restoran ni. Rasanya bila di"google" oleh anak aku tak kelaur pun. Maybe sebab tempatnya di Tanjung Bungah, atau agak jauh dari bandar, entahlah.

Nama restoran ni ialah Lans Ikan Bakar
Di alamat Jalan Tanjung Bunga, Tanjung Bungah , Pulau Pinang.

Dekat Pejabat Pos.


Aku tanyakan akak dekat dekat situ,  kalau kat sini tempat makan mana yang best. Terus dia sebut nama kedai ni. tapi pikitr panjang. Hmm sure best ni.. sebab bila orang kampung confiden mesti takde was was, Eh kampung ke ni.. pinggir bandar kot..

Sampai saja tengok nala punya panjang meja yang dicantum yang ditelah ditempah. Meja lain lain banyak yang kosong kecuali ada satu meja yang mana pelanggan tengah makan.

Hah sudah!! ,, meja ni kalau baru orang nak order ( yang reserve meja panjang tu), tentu lambat la kita nak makan. Tambahan pula setelah kepenatan di Ecsape Park, makan mestilah menjadi saat ditunggu-tunggu.

Tapi pasrah je, tunggu je lah.
Maka kami pun order..Uik sepantas tu juga makan sampai..( ok ok exegerate). Nak habaq pi, kira cepat la order sampai. Sebabnya yang order eserve bebanyak tadi dah siap. Yang kesiannya orang yang reserve taksampai sampai hinggalah kami habis makan. Tentu nanti sejuk udang goreng tepung  tu..

Ok sambung cerita kami..

Dan uniknya bekas ayaq dia.
Loh sib baik aku tak tanya meja sebelah depa order ayaq apa dalam botol macam tu. Teringan bangat..

Rupanya semua air yang dipesan,  dihidangkan dalam botol macam tu.

Harganya pulak berpatutan. Nak kata murah tak, mahal pun tak. Kami order set B yang mana untuk 5 orang dan 4 orang nak yang goreng-goreng amik a-la card je. Memacam perangai kan.. ada nak nasi putih, ade nak nasi goreng. nak ladna la..kungfu semua ada..

best gak. boleh rasa memacam menu.
Ini set B ..untuk 5 orang tapi lauknya macam banyak juga sebenarnya.. Pari bakar tak nampak dalam frame..meja  tak muat

Mihun tomyam..Along punya order..tomyam best rasanya..rich and creamy

Rangup,, si udang goreng tepung.


Sotong Goreng Tepung,,



Ni ha, bekas botol air yang aku maksud kan..sib baik tak tanya meja sebelah air apa tu. Presentation penting rupanya, semua air dlm bekas cam gini








Wednesday 5 December 2018

Bangi Makan di Mana??: Xinjiang Mee Tarik.

Assalamualaikum bloggers and readers..



Hari ini aku terpempan dengan berita CNN menyenaraikan  makanan/minuman pencuci mulut (dessert)  di mana mengatakan Cendol, dan merujuk kepada Singapura.  Ermm, tak perlu komen banyak pasal ignorance sebegitu dan taktahu lah orang Singapura malu-malu alah untuk mengakui cendol itu asal dari Singapura.

Cuma nak sertakan komen yang “win” dari twitter seorang mamat ni:

"Dear CNN, if Cendol is from Singapore, then Pasta is from Belgium, Tom Yam is from Vietnam and Dim Sum is from India," tweeted @SidLatif, signing off as "A Malaysian".

My komen, huh mau komen juga,??? tadi tak nak tulis panjang pasal ni.. Arghh aku punya blog aku nak juga.

My komen: “ Ala bukan saja cendol dari Malaysia, Singapura tu pun asalnya dari Malaysia”  Mesti win K-O terus..

     Okay catatan seterusnya juga pasal makanan. Aku tak tau asalnya dari mana .,wohahaha. Rasanya dari China kot, nama pun XINJIANG MEE TARIK.
Takkan Malaysia nak mengaku pulak...

Kebetulan pergi shopping kasut futsal utk Danish dan Danial. Cuti sekolah , mesti nak bagi buat aktiviti luaran kan. Takkan nak dok memerap dalam rumah dengan tv dan hp ja.



Sebelah, selang beberapa kedai Lurvy nampak ,, Mee tarikk!!!
Sensitive benor dengan mee mee ni. Mee Tarik memang kesukaan kot..
Ok kita cuba…

Seperti mee-mee tarik yang lain, tekturnya memang lembut. Dan mee Tarik Xinjiang seolah memberi persepsi baru tentang kelembutan sebab ada kekenyalan yang enak.  Seolah mencair dalam mulut dengan kuahnya yang kaya dengan perisa.
Ianya sup yang tak pekat, sama seperti sup restoran Chinese Muslim yang lainnya,namun mungkin resipi dan campuran bahan yang membezakan.

Harga bermula RM7.80 hinggalah belas– belas RM dan air diberi percuma, Dimana pilihan airnya adalah air bikarbonat, teh ( seperti air kelapa laut pun ada, lupa nama cina dia) dan asam boi.  

Air asam boi adalah air cordial yang membuatkan aku teringat masa berbuka puasa kecik kecik dulu di kampong. Tapi masa kat kampong lagi sedap kot, ianya mengembalikan noltagia tapi tidak keenakkan. Sebab agak cair dan kurang manis..ermm atau pun kordialnya kurang.

Kita tengok contoh sajian makanannya dalam gambar-gambar berikut:


Mushroom Chic Soup Noodle RM8.80. Simple yet rich with flavour

Sau Zi Minced Beef Noodle RM10.80 pilihan Danish. Ada rasa pedas berbanding menu lain, tapi tak lah pedas sangat

Hot Plate Sau Zi Noodle RM11.80
Aisya order yang ni.. ingat macam sizling tapi agak berkuah dan sedap. Portionnya agak banyak untuk kanak-kanak.

Lain-lain mee yang dipilih adalah Mushroom Braised Beef Noodle RM 10.80


Oh ya, sebab nak kelainan kami order juga nasi kari kambing, dan tentulah menu aku kan. Orang kedah mesti cari nasik punya. Mee aku biasa-biasa ja minatnya.

Mutton Curry Rice RM11.80

 

 Tetapi untuk maklumat pembaca, kalau ke restoran mee, elok lah order dan rasa mee. Sebab speciality adalah mee tarik. Yang gatal order nasi dah kenapa..??
 Nasinya ok . Cuma karinya agak cair dan kurang pedas. Ya lah tentu beza kari cina dengan kari Melayu kan..




Jaa Mata... see u next write up


Saturday 30 June 2018

Jade Restaurant Hotel Perdana Kota Bharu







Assalamualaikum bloggers and readers..

Melihatkan harga di menu, tempat ni memang terbaekk, dari segi kesedapan dan harga. Kami ambil set C untuk 6 orang, makanan memang mencukupi dan yummy..

Sunday 17 December 2017

Fantasia AquaPark Bandar Darulaman Jitra

Assalamualaikum bloggers and readers..





Melayani anak anak yang kepingin ke kolam. Sementelah pula iklan Fantasia AquaPark merata rata di sekitar Alor Setar ni.

Terletak di Bandar Darulaman, di tepi tasik yang "township"nya dibangunkan oleh BDB Berhad, taman tema air yang pertama di utara Kedah ini amat bersesuaian untuk anak anak kecil.











Dengan keluasannya yang "mini" dan kedalaman nya yang selamat , aku tak perlu risau dengan nak menjaga anak anak.











Surau dan keperluan lain lain adalah memadai dan kemas.





Cafe menyediakan hidangan seadanya dan harga sememanglah lebih mahal dari biasa. Biasalah, business model taman tema..F&B mestilah agak mahal sebab pengunjung tiada pilihan.






Jadi, memang sesuai untuk dikunjungi .

Harga tiket:
Dewasa RM15.00

Kanak-kanak RM12.00

Namun perlu diingat mereka telah letakkan notis bermula 1 January 2018 harga tiket memasing RM18 dan RM15.
Adakah agak gopoh strategi depa.?

Mungkin "price sensitiviti" memainkan peranan utama bagi pengunjung.

Adakah akan ada repeat customer. ?
Bagi aku terlalu cepat mereka ubah pricing kearah yang lebih mahal.

Kita tunggu dan lihat...









Sunday 30 April 2017

Ipoh makan di mana? Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung.

Walaupun pernah bermastautin di Ipoh selama 5 tahun aku tak pasti mana tempat yang jadi tumpuan kecuali yang tersohor yang dah viral seperti Nasi Vangge atau nasi ganja.
Selalu Lurvy tanya atau ajak makan kat tempat yang best di Ipoh, aku pun tak pasti. 
Kekadang Mee rebus atau mana je sempat

Nak ajak Vangge bukannya dia suka mamaks ni.. Tapi pasti dia temankan aku punya.  Wohahah.. 

Pasal nasi Vangge,?  Itu cerita esok.. 

Tadi setelah bertanya owner homestay,  kata dia cuba ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. 

Dengar nasi lemak ni,  terus soal;  Buka ke memalam ni? 

Ye lah ingat jual nasi lemak.. 

Rupanya semua ada..
Lihat gambar makanan kami order ni.



nasi goreng kampung ayam kampung

Manggo juice

Chicken chop

fish n chip


sirloin steak
Sudah.  Mana  nasi lemaknya. ??

Ada cuma tak de gambar.  Order pun sbb Lurvy punya nasi goreng yang di order tak sampai



Maka aku pun order nasi lemaknya. Sbb nama restoran nasi lemak kan..
Lagipun pasti cepat disediakan.

Nasi lemaknya sedap, nasi yang tak lembut atau keras.. Sedang sedang saja.  Sambalnya ok.  Yang bestnya ayam kampung.well cooked and juicy dan liat liat menyelerakan.. . Superb! 

Harga pulak agak subjectif, secara am melebihi 2 atau 3 ringgit dari yg kami expect.  
Overall dari segi harga, okla, value for money.. 


Cuma malang sikit bagi Lurvy,  bila order diambil,  pelayan lupa tulis agaknya  Nasi Goreng Ikan Rebus.  Pesanannya tak kunjung sampai.

Bila tanya kata mereka kata tak di order. Nak kata lupa, ditulis.

Maybe next time pelayan tu kena repeat order..  Basic tu..  

Nak nak bila keluarga 8 org punya order.




Tuesday 28 March 2017

Segamat makan di mana? Mee Tarik Warisan @ OS

Assalamualaikum bloggers and readers..


Ke Segamat lagi..

Cuma tak pasti nak jalan jalan makan makan kat mana..
Ye lah Segamat ni agak terasing bagi kami.
Cuma, semenjak dua menjak ni je selalu ke sana.

Tempat makan? Kami kena refer kat Angah..

Jadinya, Angah cadangkan One Segamat ada nasi ayam best.

O.S singkatan untuk One Segamat.. O.S pun O.S lah Angah.. Lagipun kami belum pernah sampai situ.


Setelah sampai, naik dari parking, masuk ke Mall tersebut.
 Lalu je depan kedai/ restoran ni Lurvy kata " Eh mee tarik, nak makan sini lah. Sini je lah"

Bersungguh-sungguh ngajak. Terus ignore option yang lain...wohahaha..
Bila Lurvy react macam tu kena paham,,jarang dia teruja mcm ni..she wants this.
Tak perlu survey option lain.
Sementelah dia peminat mee.
Kena layan la ..


Dan seperti biasa tempat atau menu yang tak biasa mesti kami tanya pelayan.
Jawapannya pun sama " Semua sedap"

"Ok kita split...jangan order sama. Boleh rasa memacam.."
 Lagipun kan family...


Mee dia,,ermmm ..memang lembut.. sebab tu boleh ditarik tarik..panjangggg.

Soup meletop2 dlm mulut..bukan kepedasan tapi kesedapan..yummy.






Ni Aisya punya order..
Sup with slice beef RM10,80

Angah's

Ingat kuah kicap ke aper,,Tapi ni la signature dishnya ..Sedap.
Mee soup with Brased Beef RM12.80




Memang best..

Teka siapa punya.. Tak lain tak bukan..Mine..org kedah, kata Lurvy mesti nak nasik..wohahah
Rice with Fried Mushroom Beef RM 12.80




  




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...