Showing posts with label Persatuan Thalesemia Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Persatuan Thalesemia Malaysia. Show all posts

Tuesday, December 15, 2009

dan kini tinggal kenangan..



hmm.. tak payah cerita panjang2.. semua dah tahu Dira dan suami, Ash, tersingkir sudah dari lantai sehati berdansa. Macam mana boleh jadi macam tu?.. Entah lah.. anggap sudah tiada rezeki kami untuk meneruskan gerak tari kami dilantai sehati. Cukup setakat minggu ke-8. Kalau entry sebelum Dira lebih bercerita tentang perasaan bila ada yang lain yang terkeluar, kali ini biar Dira cerita tentang perasaan sendiri bila sudah terkeluar.

SEEEEEEDDDDDIIIHHHH...!!

Bukan sedih sebab tidak menang, tapi sedih bila memikirkan yang kami tidak lagi akan seperti biasa. Tidak ada lagi sesi latihan dengan cikgu kami yang cool, Ezrey. Tiada lagi sesi bercakaran dengan suamiku tentang gerak tari masing-masing. Tiada lagi sesi latihan rehearsal dengan rakan - rakan yang lain. Tiada lagi kedengaran pekikan dan laungan meriah dari peminat tatkala kami sedang berperang dengan gerak tari masing - masing. Tiada lagi sesi melepak curik tulang ketika berlatih dengan Ezrey.. Aduh, sedih nyaaaa!!!

Mohon sebelum fikir lanjut, jangan salahkan mana - mana pihak tentang penyingkiran kami. Tiada konspirasi sedang berlangsung dalam lantai tari ini. Masing - masing punya yang diminati dan masing - masing punya kekuatan tersendiri.

Kalau dulu Dira mem'ptui'kan program realiti di kaca tv, tapi kali ini 'ptui' itu berlepek jatuh ke muka sendiri.. ahahahahah.. padan muka. Air mata mengalir setiap kali menyaksikan ulangan persembahan kami yang terakhir di malam Broadway yang lepas. Lebih teruk hidung tersumbat menahan sebak bila menyaksikan gerak tari lagu tema Sehati Berdansa. Semua yang kami lalui bersama rakan - rakan yang lain terulang tayang semula, bikin hati jadi sayu sangat. Minggu ini, Dira benci tengok Astro Ria. Jangan kau ulang lagi..!! Bikin hati aku sebak lagi..!

Ah, tak mau cerita lebih, nanti aku tersayu lagi..
Ini antara corat coret yang sempat dirakan oleh beberapa lensa kamera (yang penting bukan kamera sendiri..hahaha)
keluarga SB3 yang best!!
dengan dia, kami tempuh segala.. Ezrey, lu cayyah dowh!!
Aduh.. aku rindu moment ini..
dia penguat semangat aku.

Antara yang terbaik tentang SB3 ni adalah proses yang kami lalui bersama ketika mahu menuju ke malam persembahan setiap minggu.

Apa pun ,tahniah kami ucapkan kepada rakan - rakan yang masih didalam lantai Sehati. Teruskan yah.. Dira sayang kamu semua.

Untuk kamu yang menyokong, terima kaseh dan mohon maaf kerana hanya setakat ini sahaja yang kami mampu. Apa yang Dira nak kamu semua tahu adalah setiap minggu kami berusaha untuk buat yang terbaik dan kami persembahkan segala gerak dengan ikhlas.. Kerana kamu semua kami berjaya hingga minggu ke-8 ini.

Buat Ezrey, lu memang cayyaahhh dowh!!
Terus terang, kitorang ghindukan setiap moment kita bersama. Datang training, lepak bersama, makan lepas training, cari baju sama - sama, air milo kotak, air 100plus,cokelat, kasut, ahh.. semuanya masih segar dalam akal aku ini. Kami sayang kau dowh..!

Ouh, kepada Persatuan Thalasemia Malaysia, Mama Zarina, Dira dan Ash takkan mampu hingga ke minggu 8 ini kalau tiada semangat dari kamu semua. Dira percaya kita semua dah buat yang terbaik untuk diri masing - masing. Maaf jika ada salah dan silap dari kami. Apa pun kita maseh bersaudara.. (zanel, kami doakan kesihatan zanel baik selalu yah..)

dah tak mahu sambung, nanti menitik lagi yang bergenang ini..

TERIMA KASEH DARI HATI INI...






Wednesday, November 25, 2009

Terus Sehati untuk Berdansa

Hari - hari dengan putaran hidup yang sama,
Minggu - minggu dengan debaran yang sama,
Bulan - bulan dengan tugasan yang sama,

Masuk minggu ini, sudah 6minggu kami bertungkus - lumus berperah bermandi peluh dan disimbah lagi dengan tekanan demi menjayakan setiap pementasan.
Pertama kali berkecimpung dengan dunia program realiti, mula - mula Dira sakit hati,
Bila sudah lama dalam rancangan, lama - lama jatuh hati,

Yang lepas, dengan pelbagai kontroversi, caci maki dan tidak kurang juga yang memuji, kami laluinya dengan tabah... bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk yang lebih memerlukan.

Tak perlu cerita lebih, sebab dah ramai yang lebih 'tahu' ceritanya, dan pandai juga 'bercerita'.
Minggu sudah, dengan tugasan yang paling susah, kami menebus caci maki yang membenci (bagai nak gila punya benci..) dengan setiap titik usaha kami sendiri.

Minggu baru, tugasan baru.
Kali ini kami berBollywood.
Impian kami ingin mereka tahu.
Yang kami tidaklah seteruk itu.

Aduh, sedih memang sedih. Keluarga Sehati makin kecil. Bulatan semangat kami sebelum Malam Sehati pun makin kecil. Seperti yang sudah tahu, saudara kami, Oshin dan suaminya, Firdaus terpaksa mengundur diri, akur... (Ah benci perasaan ini..).Kalau nak tahu, suami isteri yang comel ini sangat menghiburkan kami sekeluarga dengan 'perangai' comel mereka.
Ah, entahlah... kami yang masih di lantai.. makin kebosanan bila ada yang meninggalkan kami.

Apa pun, kami masih teruskan juga apa yang telah dimulakan sehingga sehabis mungkin.
Kepada yang masih sudi menyokong kami, TERIMA KASEH... kamu adalah semangat kami.

Untuk Persatuan Thalesemia Malaysia, Dira dan Ash akan terus bekerja keras untuk mengumpul seberapa banyak dana yang kami mampu..

Harap sokongan kamu tidak terhenti selagi kami masih dilantai ini.

ps: Kalau 1minggu Persatuan ni semua boleh dapat RM2k, kan lagi best... harap musim akan datang, terima cadangan yang tak seberapa ini.. :)

Thursday, November 19, 2009

sesak nafasnya, sesak juga nafasku

Pagi tadi, sedang bersiap untuk ke sesi latihan Sehati Berdansa, kami dikejutkan dengan perkhabaran yang agak kurang senang kami dibuatnya. Zaniel, salah seorang pesakit Thalesemia major, yang juga merupakan orang kuat Persatuan Thalesemia Malaysia, yang juga banyak menyokong kami berdua.... mengalami sesak nafas. Beliau telah ditahan di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Tatkala menerima perkhabaran yang sedemikian, hati Dira terus jadi sayu memandangkan Zaniel antara yang banyak menyokong kami dan dia antara punca yang membuatkan Dira dan suami masih kuat untuk terus berdansa. Berusia 23 tahun, dengan segala kesukaran untuk menyambung nyawa sehingga hari ini, Dira nampak dari matanya, yang dia mempunyai cita - cita yang sangat tinggi dan semangat yang sangat kuat. Sebab, Dira boleh rasa semangatnya itu.
Setiap minggu, tak kira apa, beliau akan datang menyaksikan konsert Malam Sehati Berdansa3. Tidak lengkap tarian kami tanpa menyaksikan lambaian tangan beliau dari sudut penonton didepan kami.

Selepas selesai sesi latihan, Dira dan suami terus bergegas ke Hospital Ampang, melawat Zaniel. Tatkala mata terpaku melihat beliau, hati ini jadi sayu. Seorang budak lelaki yang tanpa jemu menyokong saya dalam lantai SB3, kini terlantar lemah di katil hospital.. Kami sering berbual melalui telefon.. Dalam kesakitan beliau, saya sedar dia juga ingin hidup seperti remaja biasa, walaupun hakikinya, setiap 2 minggu beliau terpaksa bersangkang nyawa mengisi darah. Mamanya, yang juga kami dah anggap seperti mama kami sendiri, akur dengan kehendak Illahi sekiranya apa - apa berlaku keatasnya sekarang. Dalam hati saya, Ya Allah, macam mana kau boleh setenang ini???... Mungkin inilah kekuatan yang Dira perlu ada dalam diri tika menempuh segala rintangan yang mendatang. Terus Dira terdetik, kalau nyawa dihujung tanduk boleh dihadapi dengan tenang, kenapa tidak aku hadapi segala caci cerca manusia sekeliling dengan tenang juga??..

Untuk Zaniel, Dira dan Ash akan lakukan yang terbaik lagi dalam Sehati Berdansa3 ini.
dan waimah apa keputusan yang mendatang, kita akan tetap terus bersaudara.






Baru aku sedar, aku sayang dengan budak ni.. sebab aku tahu dia sayang aku jugak.
Dira mendoakan semua yang baik untuk kesihatan Zaniel..

Ya Penciptaku, kuatkan semangat budak ini.


Tuesday, October 6, 2009

Jarum itu mainan dia

Bertempat di Hospital Ampuan Rahimah, Klang, Dira menyaksikan satu lagi kejadian dalam kehidupan yang Dira sangka macam cibai ni.. Bukan kemalangan yang menimpa diri, bukan mainan wayang perangai manusia (ini benda hari - hari dah berlaku dalam hidup, tak heran dahhh), tapi... entah lah.. nak kategorikan sebagai apa pun tak tahu.

Mereka ini sedang merana, mereka ini sedang meraung kesakitan, mereka sedang penat, tapi mereka redha dengan ketentuanNya sahaja.

Dicucuk jarum dan dimasukkan darah manusia lain yang tak dikenali memang dah menjadi rutin hayat nyawa mereka ini. Dalam mata nampak perkataan 'terima kaseh' kepada penderma darah itu. Dari mana datangnya darah itu tidak pernah dipersoalkan. Mereka hanya terima sahaja.

Dari kaki mereka sebesar telapak tangan ibunya sehingga umur mencecah layak untuk berkahwin dan sampailah nafasnya terhenti jantungnya mampos, ini adalah rutin dan makanan mereka setiap minggu, bulan, tahun. (bergantung kepada tahap keperluan setiap individu).

Yang paling tak tahan hati ini dibuatnya, bila ada kanak - kanak perempuan sebesar anak Dira sendiri. Bila Dira dirumah sedang riuh melayan pekikan tangisan dan rengekan anggun deandra, anak kecil ini meraung tanda tak tahan sakitnya bila tiap kali jarum dicucuk ditanganya. Ya Allah... sakitnya!
Sampai satu detik Dira terfikir, kalau benar ini dugaanNya kepada ibu bapa anak ini, kenapa perlu diberikan anak ini sebagai bahannya?... Kenapa perlu Kau jadikan anak ini sebagai penebus dosa ibu bapanya?

Dira tak sanggup. Kalau boleh di pekakkan telinga ini,kalau boleh dibutakan saja mata ini, saat ini Dira dah tak kesah.. Asalkan jangan aku dengar budak ini meraung sakit,asalkan jangan aku lihat airmatanya berderai - derai..!

Ini bukan cerita untuk menagih simpati, tapi sekadar berkongsi.
Ini bukan rekaan, tapi apa yang telah disaksikan.
Ini benda umpama 'waris' buat pesakit Thalesemia Major.

* fuh, terima kaseh Ya Penciptaku, aku hanya pesakit Thalesemia Minor. Masih mampu hidup dengan cergas kalau pun tak sesehat mana.

+ada gambar untuk dikongsi tapi nanti Dira uploadkan ehh..tak sempat, kene lari buat kerja +