Posts

Showing posts with the label Islamic City

Proses Sembelihan Ayam

Image
Assalamualaikum :) Baru-baru ni maCy dan suami ke sebuah premis di Selangor untuk membeli ayam. Biasanya orang bandar selalu membeli ayam frozen di pasaraya seperti Giant dan Mydin. Tapi, maCy kurang selesa kerana terbiasa dengan ayam fresh di pasar biasa. Jadi, maCy pun mengajak suami untuk mencari premis Islam lain. Gambar Hiasan Di situ, semuanya bermula dari proses sembelihan sehinggalah ke proses memotong ayam. Suatu pengalaman baru buat maCy yang tidak pernah melihat proses penyembelihan ayam. 1. Ayam hidup ditimbang. 2. Pelanggan boleh memilih sama ada mahu mencabut bulu ayam secara kering atau menggunakan air panas. 3. Ayam disembelih pada masa itu juga.  4. Ayam yang telah disembelih diletakkan di dalam bakul sehingga ayam benar-benar mati. 5. Setelah ayam mati, ayam tersebut diletakkan di dalam air panas. 6. Ayam dimasukkan ke dalam mesin mencabut bulu ayam. 7. Ayam dipotong mengikut kehendak pelanggan. Jika memilih untuk menggunakan a...

:: Fussilat : 51

Image
Assalamualaikum. Maka, usah bersedih dengan dugaan. Kerana barangkali Allah menarik nikmat yang telah dikurniakan kerana mahu mendapatkan kembali cinta dari hamba-hambaNya. Dan maka usah lupa apabila nikmat dipinjamkan atau dipulangkan semula, kerana semuanya itu milikNya. quotes dan ayatNya di'alih ke bentuk gambar untuk dibuat wallpaper. dan alhamdulillah, nikmatnya bercuti di rumah :)

Mengumpat, Dosa yang Tidak Diampunkan Allah

Assalamualaikum. Lama tak buat entri dengan tag 'Islamic City'. Kebetulan semalam maCy terbaca dari komen seseorang di Facebook, "realiti yang sentiasa ada di sekeliling kita, telinga rasa nak dengar, mulut rasa nak beritahu, hati rasa nak menambah.." --> merujuk pada mengumpat lah kan? Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis Riwayat Abu Daud) Mengumpat diertikan dengan menceritakan keburukan seseorang meskipun ianya benar ATAUPUN menceritakan mengenai seseorang mengenai sesuatu yang sekiranya didengari olehnya, akan menimbulkan kemarahan atau rasa sakit hati . Fitnah pula diertikan sebagai menceritakan keburukan seseorang pad...

renungan

Image
Assalamualaikum Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa, "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram. Renung-renungkanlah dah selamat menuntut ilmu serta mengamalkannya! :) -->

Perlukah subjek Pend. Islam diwujudkan di universiti?

Image
Assalamualaikum. Subjek Pendidikan Islam. Bunyinya seperti sering didengar, kelihatannya seperti tidak penting sahaja, bukan? Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan telah membelakangkan aspek rohani. Sehinggakan seringkali disebut singkatan JERIS berbanding IRESJ iaitu keutamaan pada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial berbanding membawa aspek rohani ke hadapan.  Benar, masing-masing sudah mulai meningkat dewasa maka santapan rohani boleh diusahakan oleh individu itu sendiri berlandaskan kesedaran kendiri. Namun, selantang mana kita membuah bicara, masih tidak dapat menafikan tegarnya gejala keruntuhan akhlak yang kita hadapi era ini. Jika di universiti boleh diwujudkan subjek untuk membekalkan kemahiran komunikasi kepada para siswazah demi menghadapi temuduga juga alam pekerjaan, mengapa tidak boleh diwujudkan satu waktu untuk Pendidikan Islam bagi membekalkan peringatan buat bekalan se...

legging with tudung

Image
Assalamualaikum. Legging with tudung. What's that? It is not trendy at all. You doesn't look pretty at all. You won't be called fashionista (by me). You look terrible of course.  Dear sister, what's the purpose of wearing tudung in the first place? Think! Isu ni dah lama, I couldn't stand anymore.

diari ramadhan ke 26

Assalamualaikum. Ramadhan ke 26. Bunyi kipas menyentuh gegendang telinga. Halus sahaja.  Sebentar lagi Imam  akan melafazkan niat solat tarawih rakaat ke-9. Beransur hilang suara anak-anak kecil berlari. Suara anak dara serta mak dara bergurau senda juga hilang akhirnya.  Mata meliar sebentar ke kiri kanan hadapan serta belakang. Kiri kanan dipenuhi wanita-wanita berusia yang sudah berkedut kulit wajah mahupun tangannya. Di hujung kiri ada seorang wanita tua duduk di atas kerusi sahaja. Meliar pula mata ke hadapan. Di tengah saf kedua lelaki barangkali, seorang lelaki bertubuh melidi juga di atas kerusi. Sakit pasti. Tapi tetap menggagahkan diri menyahut seruan malam-malam terakhir Ramadhan. Dikilas badan ke belakang. Mencari raut wajah tegang, wajah gagah serikandi ummah. Ada. Melunjur kaki di sisi dinding sambil menekan punat telefon bimbit. Ada nya aku pada hari ini di sini, sekali dalam jarang-jarang, sesekali dalam sekali-sekala. Di mana aku pada saat ini pada ha...

yang mudah dirasa susah

Image
Assalamualaikum. Telefon bimbit. Awalnya tidak pandai untuk mengoperasikan model terbaru, akhirnya menjadi cekap kerana sering menggunakannya.  Memandikan mayat. Memandikan mayat itu lebih mudah berbanding memandikan budak kecil. Mayat statik tanpa gerak, kanak-kanak melompat adakalanya sukar dikawal. Tetapi kita merasa susah kerana tidak mahu mencuba,  tidak mahu belajar, menganggapnya sukar dan mengkomplekskan yang sunat seperti ianya wajib. Agama itu mudah. Tetapi menjadi susah kerana tidak mengamalkannya. p/s : selamat beribadah semua. maaf atas kesibukan. tidak berpeluang menjenguk dan berkongsi ilmu. Gambar atas tu tak ada kena mengena, sekarang tengah mode assignment siapkan video guna kartun cicak dengan siput tu. huhu

ikhlas - kisah Nabi s.a.w

Image
Assalamualaikum. maCy sedang menyiapkan floor plan sebenarnya, mencuri sedetik waktu untuk berkongsi komen Encik Shameel Iskandar pada entri masuk Imam Muda itu riak? yang dikongsi sebelum ini. maCy tertarik dengan komen beliau yang menyelitkan kisah pada zaman Rasulullah s.a.w. Mari kongsikan bersama :) "Kita hanya menghukum pada zahir dan apa yang tersembunyi dalam hati itu urusan Allah. Pernah dalam satu peperangan, seorang sahabat berjaya menewaskan musuhnya seorang tentera kafir quraisy dan ketika ingin dibunuh, tentera kafir quraisy itu melafazkan dua kalimah syahadah. Namun sahabat ini tetap membunuh musuhnya itu, ini kerana baginya kalimah syahadah yang dilafazkan hanyalah pura-pura semata-mata untuk menyelamatkan diri. Bila diketahui oleh Nabi SAW, sahabat itu ditegur dan kata Nabi adakah kamu telah belah dadanya dan lihat hatinya untuk mngetahui dia ikhlas atau tidak? Mesej dari kisah ini ialah, kita jangan persoalkan keikhlasan orang dan yang penting ...

dunia

Image
Assalamualaikum. buka mata ingat dunia tutup mata dunia di akhir bicara tidur dibuai indah dunia bangun masih mendukung dunia juga dunia jadi harapan dunia jadi sandaran dunia platfom ke syurga syurga. syurga yang menjadi idaman tapi di dunia aurat menjadi tatapan video porno jadi hiburan bahasa kesat itu kelaziman solat? *senyum* sejadah ada, entah di mana quran ada, perhiasan semata semoga diri ini tidak lupa. p/s : crappy. p/s ii : get well soon Encik Psychopat h , dengue. Will be waiting for ur update :)

kematian itu tak dijangka

Image
Assalamualaikum. Bila kita rasa dugaan kita besar, sebenarnya ada yang menanggung dugaan lebih besar dari kita. maCy baru sampai dari kampung. Semalam saudara maCy meninggal. Hebatnya dugaan. Si isteri kehilangan suami tiba-tiba, baru sahaja berpisah sebentar, sudah te rlibat dalam kemalangan. Saat jenazah ingin dibawa pulang untuk dikebumikan, anaknya pula dua orang cedera dan dimasukkan ke hospital. Mahu pergi yang mana? Si suami mahu dikebumikan, anak-anaknya masih belum keluar wad kecemasan. Seorang patah pinggang, seorang lagi patah kaki. Tapi pastinya yang utama diutamakan. Rumahnya masih lagi terkapar, terkapar kerana baru sahaja selesai mengadakan tahlil untuk ibunya yang baru pegi 5 hari sebelum itu. Siapa sangka malam seterusnya menjadi tahlil untuk dirinya pula? Kematian itu tidak menunggu. Andai diberi tanda, yang bertuah akan sedar, yang tidak akan terasa pemergiannya tiba-tiba. Saat ini, maCy yang menulis, saat ini pembaca yang membaca, entah bila hadir aja...

Kisah Lina dan Jaja

Image
Assalamualaikum, Di suatu petang yang hening.. Lina : Jaja.. tengok rambut aku ni cantik kan.. Jaja senyum sahaja.. Lina : Jaja, kenapa kau pakai tudung. Tengok aku, semua puji kata rambut aku cantik, lurus. Dapat pulak pakai shampoo yang ada Macy Humaira yang tengah hot tu. Memang wangi lah. Tak kisah la even model shampoo tu bertudung pun, aku nak cerita pasal produk dia je. Rugi tau kau pakai tudung. Tak boleh buat style rambut itu ini. Style aku sekarang ni memang trend tau. Baik kau cuba. Jaja : Tak apalah Jaja, aku selesa macam ni.. Lina : Tak cantiklah Cik Jaja oi, tak cantik. Taknak aku pakai, nanti orang kata aku hodoh. You should try Jaja. Aku sanggup sponsor kalau kau nak rebond ke ape.. Ok? Jaja : Tak apalah Lina, biar tak cantik di mata manusia asal aku cantik di mata-Nya. Cut! Entry kali ini sebenarnya menyahut seruan tag cik Dya Adriza sempena Kempen : Mari Menutup Aurat . Kali ini maCy tidak mahu menulis panjang tetapi maCy mahu rakan-rakan blogger dan bukan blogger u...

pengalaman di wad

Image
Assalamualaikum, Perkongsian kali ini merupakan sorotan idea dari entry Iqbal Syarie mengenai pengalamannya dimasukkan ke dalam wad akibat denggi baru-baru ini. Perkongsian maCy tidak lah sehebat perkongsian beliau. Cuma, maCy mahu berkongsi sedikit pengalaman maCy semasa dimasukkan ke wad pada bulan Jun 2008 dan 2009. Pada tahun 2008 maCy dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang tumor di telapak tangan manakala pada tahun 2009 maCy dikejarkan ke wad akibat appendix. Naik ambulan nenoneno itu juga satu pengalaman. huhu Apa pun, selama 2 kali maCy dimasukkan ke hospital itu, dilihat senario sama yang berlaku. Si sakit mahupun si kurang sakit jarang sekali melakukan solat 5 waktu. Solat itu tiang agama, tiada tiang maka runtuhlah agama. Diakui, untuk pembedahan pertama pada 2008, sepanjang hari setelah keluar dari bilik pembedahan, maCy tidak mendirikan solat. maCy mabuk sungguh-sungguh dengan bius yang diberikan. Rasa puluhan bintang terbang di depan mata. Pembedahan...

malam pertama

Assalamualaikum.. Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan. Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik? Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan,...

kisah khunsa

Assalamualaikum, maCy godek-godek folder 'Kearah Kebaikan' yang terletak dalam 'd maCy. Lalu terjumpalah kisah ini. ISTERINYA SEORANG KHUNSA ======================== Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya.Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alatjantina ). Si suami juga menghadiahkan seorang jariah kepada isterinya. Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu melahirkan anak. Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya. Akhirnya jariah inipun melahirkan anak juga. Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya. Ternyata wanita khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya. Dia boleh dijimak oleh suaminya serta dapat pula menji...

jemputan

Image
Assalamualaikum, Di sini maCy ada satu jemputan buat semua blogger.. Kenduri Arwah Pabila maCy Telah Pergi Masa : InsyaAllah selepas maghrib Tempat : Rumah kedua ibu bapa Tarikh : Tarikh ajal sudah ditentukan, tarikh kenduri mungkin lepas 7 hari lah Jika tidak dapat hadir pun, semoga dapat mendoakan yang terbaik buat Mathila Binti Haji Mansor aka Mathila Binti Siti Zaharah kelak. Oh suka-suka maCy jemput, sebarang perubahan bergantung kepada mereka yang masih hidup. Masing-masing sibuk dengan jodoh dunia, tetapi masing-masing lupa dengan jodoh kekal yang menanti yakni mati. Cinta manusia itu urusan Dia dan cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita. p/s : maCy rasa ada yg marah maCy buat entry camni. huu~ autopost.

usah mengahwini wanita yang enam

Image
Assalamualaikum, Hari ini mood baik macam biasa. Cuma kaki maCy yang pernah retak itu terasa berdenyut-denyut hari ini. Barangkali kerana semalam terlalu sibuk semasa TPM datang, banyak berjalan dengan heels. Jadi hari ini sudah rasa sakit-sakit sedikit. ihsan Mr. G aka Mr. Google Lupakan tentang itu, pernah dengar mengenai wanita yang enam? maCy baru semester ini terdengar mengenainya, tetapi kebanyakan sumber yang maCy temui, semua penerangannya agak kompleks dan panjang. Tapi tadi maCy berziarah ke satu blog kerana tertarik dengan tinggalan jejaknya di shoutbox. dan maCy menemui penerangan ringkas mengenai wanita yang enam ini. "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah" -Imam Ghazali- wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini men...

jangan sombong

Assalamualaikum, Berhentilah berkata dengan sombong, "itu urusan aku dengan Allah" apabila ditegur~ Adakah kau lupa? [103 : 3] p/s : Maaf, langsung tidak bw, teramat sibuk. Kelas dari 8.00 pagi-4.30 petang included amali, balik buat sandwich untuk open room, 5.30 petang game bola baling, 8.30 open room bersama classmates, 12.00 siapkan dokumentasi BIG. Esok pack juga. ~Menglist kerana ada yang kata maCy buat-buat busy saja. huhu. Tidur dulu, jangan rindu-rindu ;D

hati dan akal bicara cinta

Image
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba.. Akal : Assalamualaikum, sahabat. Hati : Waalaikumussalam.. Akal : Apa khabar iman anda? Hati terdiam.. Akal bertanya sekali lagi Akal : Apa khabar iman anda? Hati : Kurang sihat mungkin.. Akal : Mengapa? Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku.. Akal : Dia yang mana, sahabatku? Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya.. Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.. Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa.. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.. Akal : Cintamu padanya, juga cintaMu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.. Hati : Tapi.. Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia.. Aku mencintainya kerana Allah.. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.. Akal : Apa makna cinta? Hati : Kasih dan sayang.. Akal : Bagiku cinta itu gila. Hati : Mengapa pula? Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita...