Salam petang yg ceria kekawan :)
Bak kata blogger Kak Noor... yg busuk-busuk macam ni .. orang tua jer yg suka hahaha.. Ye lah kak noor saya ni pun dah kilauan emas juga .. jadi lauk-lauk macam ni lah pembuka selera.. teringat kata arwah mak.. bila kita dah berusia ni selera makan ni tak di tanya lagi.. nanti korang tahu lah.. ini adalah salah satu lauk kegemaran arwah mak.. dapat lauk ni satu pun cukup.. berselera dia makan.. sekarang menjangkit kat saya , suka makan yg macam ni.. lauk ayam dan ikan makin kurang.. sebenarnya ada hikmahnya.. supaya kita lebih banyak berpuasa kan.. insha Allah nak cuba istiqomah berpuasa isnin khamis tu.. selalu culas jer saya ni..
Saya buat tak banyak pun cuma sepapan petai jer.. makan berdua dengan en suami.. dalam pada sikit-sikit tu bertambah juga nasi dua laki bini kih kih kih..
Cara ikut cara mak saya masak, rangup petai tu bila digoreng krup kruk bila dikunyah bersama ikan bilis rangup tu..
Meh lah tengok resepi mudah saya ni, warisan turun omak den :D
RESEPI SAMBAL GORENG PETAI IKAN BILIS
Bahan:-
- 1 papan petai
- 1 mangkuk ikan bilis
- 4 sudu besar cili merah kisar (saya ni siap2 kisar senang)
- minyak utk menggoreng.
Caranya :-
1. Kikis kulit hijau petai dan potong nipis (lihat gambar). Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat. Toskan.
2. Lepas tu goreng ikan bilis sehingga rangup, jangan hangus sudahlah ye kekawan :). Angkat dan toskan.
3. Kemudian tumis pula cili kisar tadi sehingga naik bau wangi dan letak sikit garam.
4. Bila dah elok masak cili kisar tu , tutup api, baru masukan ikan bilis dan petai goreng, gaulkan mesra cili dan bahan goreng tu.
5. Siap untuk di hidang.
Tak sangka kak Nabilah pun suka goreng sambal petai ikan bilis ni.. sedap katanya.. saya kata makan sikit jer.. nanti satu madrasah bau.. dia kata tak apa.. kan mama kata nak hilang baunya minum kopi .. hehehe pandai pulak dia tu.. Ini lah lauk kampung saya dulu-dulu.. mahal juga petai sekarang .. 3 papan dah RM6.00.. ada lagi sepapan.. nanti buat sambal tempoyak pulak ... hihi :D