Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

09 September 2014

TM Fan Run 2014



Kejadian Ahad lepas.

I ran 15km. Don't ask me timing ke makming ke haper.. aku mmg sgt slow.

Tapi yang penting habis ok?

Nak mengata aku slow, at least aku lari. Korang lari ke dak?

Ok PMS, agak emosi. Abaikan.


Sblm terlupa nak share pasal sakit lutut aku. I have been consuming supplement utk joint consistently for few mths now.



Glucosamine & Chondroitin. Tapi bukan la brand ni aku ambik. Ntah apa brand pun tak ingat.


Nak kata bagus sgt sampai x sakit langsung, idak ler. Cuma yang aku rasa beza, kalau dulu lepas 2 km je aku dah start sakit lutut. Then lepas lari tu, berhari2 sakit lutut yang hazab sampai nak jalan pun susah.

But now, masih sakit lagi but kalau long distance cam almost 10km tu baru start rasa. Then the next day tu alhamdulillah dah tak sakit dah lutut. 

Lutut je la.. tapi my hamstring and whatevs muscle kat kaki ni masih sakit hazabedah.


Well anyway, this run I think so far yang paling challenging in terms of the route. 

Bukit bukau uols.

Rasanya seluruh ceruk Bukit Tunku tu aku dah masuk. Masa Energizer run tu lalu jugak Bukit Tunku tapi sebab malam jadi tak nampak sgt area tu.

Kali ni siang, terang benderang. Nampak segala rumah2 kat situ. Rasanya tak de rumah yang tak de guard. Semua rumah orang ader-ader..besar2 cam istana. Ish mana korang dapat duit byk2 ni ha?

Eh rumah aku pun ada guard gak aper?? Tapi share dgn 15tingkat x 8 bijik rumah x 2 blok


Tapi in terms of air, memang meriah boleh buat mandi. Bagus lah, unlike Energizer dulu. In fact aku siap bawak 1 botol mineral kecik masa lari takut jadi cam dulu lagi.


Aku habis lari, as usual mr p dah duduk2 bersenang lenang. Nothing new..

Aku pegi ambik medal, tgh2 panas sakit kaki ni.. pas tu mr p tunjuk henfon dia..


"Eh ehhh meh tengok sini!!!"

"Menda?"



Gambar dia SELFIE dgn KJ tahu!!!

*ok gambar dia tak de, dia tak mo whatsapp kat aku hmph*


Selfie ok!!!! 


Dah la sakit kaki, tambah sakit hati lagi ader la. Tak cukup dgn KJ, dgn wife KJ pun mr p sempat ambik gambar.


Urut dada akak menahan jeles.


"U nak ambik gambar dgn dia (KJ) pegi la.. dia ada lagi kat sana"

"Mana?"

"Yg ramai2 org kerumun dgn monopod tu la dia. Ttapi cam kesian la tgk dia, dah la lari 10km, erobik lagi, pas tu tak habis2 org kerumun nak ambik gambar"



Aku nak jugak!!! I donch care!!

So aku heret mr p pegi jugak.

Memang betul seperti yang dikata, mmg ramai sungguh org. 

Almost impossible la nak ambik gambar.

Satu sebab ramai sgt org, mana kau nak menyelit?
Dua sebab bodyguard dia kiri kanan muka dah mcm nak marah suruh org ketepi.
Tiga sbb aku ni kemetot sgt so nak panggil KJ bergambar tu rasa cam kena lompat2 bagi dia nampak aku.

He is tall ok. Mmg fits the criteria Tall Dark and Oh So Handsome!


Tried to selfie tapi kalut sgt dgn henfon blom ready. Tapi nasib la mr p yang oh so lagi hensem (kena up sket) tolong ambik gambar.




Sila nangis ramai2 hakahkahkhakhaka


Ok sila abaikan muka aku yang terlebih excited. 

Gila tak excited jumpa hero malaya???


Nak buat sign peace pun dah jadi cam terencat jari aku.
Sengih pun tak tercontrol lalu menyerlahkan ketembaman aku.

Lantokkkkk.

Yang penting dia pandang kamera aku okeh!
And dia buat peace jugak auuuwwwww suka ai tau!


Terubat sakit kaki :)






























20 February 2014

TM Fan Run 2013

Assalamualaikum,


Lama tak update citer basi :)


This was my last run tahun 2013. Patut ada Cyberjaya run end of December kot but my father was admitted  masa tuh.





TM - Team Malaysia, aku sebelum ni dok ingat Telekom Malaysia..


hakhakhakhakha..



Total distance 15km. Sbb 2 weeks before that dah lari half marathon kat Penang Bridge kan... so idak ler berdebar sangat... puih!


Tapi pagi sebelum lari tetapppp kena pegi toilet 


Sampai mr p sempat lah warm up sementara tunggu aku


-____-



I think so far ni la run aku yang paling ok and konsistent. Selalu mesti la ada berenti2 and jalan and sesi sumpahan diri sendiri.

But this one I ran non stop (except berenti  minum air) and even kat bukit pun aku tak stop lari. No matter how slow aku mmg tak stop lari.


*tepuk bahu sendiri kuat2*



Time aku tak de la laju mana, 2 jam 12 menet kot. Jadik la.. janji tak last! :p





Bangga oiii tak sampai last!






Dengan Rina yang bangun lambat pas tu lari 10km jek.. miahhahaha

Jangan mare.. ailebiu!


Tapi 10km pun tetap semangat lari. Kalau aku la bangun lambat.. sambung tido la jawabnyer!




Sebab dah lama sangat tak masuk apa2 event, and in less than a month I got another half marathon, so mmg tak de cara lain melainkan training sendiri jek.


Skang ni every alternate days my personal trainer aka mr p akan teman aku lari kat area rumah ni. Tapi dia kata aku ni slow sangat la.. dia nak ikut pace aku pun penat.


hmmphh... mencik! ai penat tahu!



So dia akan lari dulu..... sampai simpang, dia patah balik jumpa aku, lepas simpang, dia lari lagi...


So end up total distance dia lari lagi banyak dari aku.



Eh sapa yang nak masuk half marathon ni?





U pakai tudung, lari utk I, bleh tak eh? 









05 December 2013

Penang Bridge International Marathon

Assalamualaikum,


Sebelum cukup sebulan event ni, marilah kita bercerita :)




This event, again, like my Untukmu Gaza 10k run, I did not register at all. Cuma mr p jek yang register for half marathon (21km). Plannyer sebab masa tu tatau la sapa boleh jaga bebudak, so pk biar ler mr p je yang lari dgn kawan2 dia. (eceh, ekceli penakut and pemalas nak lari kannnnnn)


In fact, nak pegi penang pun blom konfem mcm mana. Either mr p pegi sorang (with his frens) or pegi semua satu family.


Then a week before, few of his friends x jadi lari. Macam2 alasan.. itu la, ini la.

So he said, "Nanti i tanya my mother, kalau dia boleh ikut skali, u nak lari tak 10km?"

I said "10km ok je kot"


Then mak mertua aku pun konfem boleh ikut. Ok fine.


Pas tu out of the blue, hari Selasa (or Isnin kot) mr p watsapp aku

"U nak lari 21km tak?"

Tanpa berfikir even for 3 seconds aku jawab 


TAK MO
TAKOT
BLOM READY


Tapi dia terus dok pujuk2 aku. 

Alasan pertama, 10km punya bib yg available adalah laki punya. Kang nampak sgt kot sbb number laki dgn pompuan lain kan? 21km punya bib ada yg pompuan available.

Alasan kedua and paling kukuh, 10km dgn 21km punya tempat start/finish lain2. Agak jauh jugak la and bukan walking distance. 

So kalau nak, masuk 21km. Selamber badak.


Maka selamber badak la aku. Tanpa training. Tanpa any preparation. 


Redah jerrrrrrrrrrr...





The night  before, we slept right after balik dinner, about 8pm kot. Sebab lari kol 3 pagi!!


Yes, 3 AM. PUKUL TIGA PAGI (bak kata lagu P. Ramlee)


Around 11pm bangun. Kena gerak by 12 midnight sebab by 1am jalan dah start tutup.


Aku ni, as usual, ada masalah berry. Yeah.. just read the story of my previous runs and you will notice a pattern.

-_____-



Now I am in dilema. How to make sure tak ter sakit perut time lari? Can I force the berry since I have like 3-4 hours lagik. Kang aku force2 time kol 3 pagi tu jugak dia nak keluar.. haru!


So kol 11 tu aku minum ephyra. (Like my usual morning routine). 

Nothing.


Then at 1 am masa sampai kat situ, mr p suruh aku makan pisang sikit nak kasik energy. Aku makan lah. dengan harapan can induce the sakit perut.

Finished one big fat pisang.


Still nothing!!!



Fine. Ko tanak kuar sudah! Jgn buat hal tengah2 Penang Bridge nanti! Aku hempuk kang!


*eh cakap dgn perut sendiri plak*



So anyway.. banyak pulak terbabas cerita iye? hikhik.



Women start running at 3am, and laki at 3.30am. So mr p menghantar aku dulu kat the starting line. Aku mmg tak de set target time nak habis. Target aku, asalkan HABIS DAN TAK LAST!

Kalau last, aku dah plan, baik la buat2 pengsan. :)



Si tembam.



Start lari, the 1st km tu dlm 7 minit lebih. Slow and steady, tapi a bit kelam kabut, pasal aku first time pakai pouch yang ikat kat pinggang tuh. Gatal nak bawak air, henfon segala. Little that I know, pakai menatang tu memang menyusahkan!




Gambar blur sbb lighting ntah apa2. Tapi aku nak tunjuk pouch yang aku pakai tuh. Good bye la pouch I will never use you again. Sib baik beli murah :)



Terangkat2 baju aku, jenuh aku nak betulkan. Rasa mcm nak buang jek botol air kat tengah jalan. Tapi memikirkan ada lagi 20km to go, sabo je la :p



2km, dah 8 minit lebih. Aikkk..apesal slow sgt konot?


Tapi aku malas nak push lebih2. Jauhhhhh lagi perjalanan! So rilek2 jeww...


Then all the way I ran dlm average 8 - 9 minit. Sampai half way kot, kat tengah2 bridge tu. Adala jalan sket2 especially kat middle of the bridge.

Lepas cross the midpoint kat bridge, masa lari aku perati runner kat seberang (yang belum cross) kot2 nampak mr p. Sekali nampak!! Terus aku jerit babai dia.

Happynya aku.. sebab knowing dia belum potong aku.. kah kahkahkhahhhh



Sampai 11 km , ke 12, tak ingat, I ran. Then I kaki sakit. Hamstring sakit. Ankle (yang sebelum ni memang bengkak) sakit.


Nak nangis. 


Masa tu pun dah slow gila dekat 10 minit pun ada.


Teringat mr p kata "worst case, jalan je la.. 10minit per km, 210 minit, 3 jam lebih.. ok la tu"


Masalahnya.. bila kaki dah sakit.. jalan pun sakit!!!


So jalan adalah tahap slow.. ada dekat 11-12 minit aku jalan


-_____-


Ini macam.. ada harapan nak sampai last. Masa tu, dah nampak ramai runner laki dah sampai. Nak tambah salt to the wound, kawan mr p (laki) dah sampai belakang aku and tegur aku


Ohhhhhh tidakkkk!!!!


Dia pun dah lari dulu potong aku. Nehi!!!!!!!!!!!


Tapi nak sedapkan hati, dia mmg dah otai lari half marathon. While kak ton ni, baru terkedek2 nak berlari.



So from there onwards, memang aku lari-jalan-lari-jalan. Kaki memang dah sakit tahap sikit lagi nak cramp. Air mata mmg nak terkeluar dah. Kalau ada option to quit, memang aku quit. Tinggal tak de option jek. And aku tengok tak de pulak org injured. Mengenangkan maruah diri dah keluarga *ecewah*, aku gagahkan jugak berlari sampai finishing line.


Lagi 2 km nak sampai finishing line, mr p call aku


"U kat mana"

"Lagi 2 km, u dah sampai ke?"

"Dah.. i tunggu u kat roundabout ni"



AAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!


BILA MASA DIA POTONG AKU!!!!!!!




My finishing time was 3 hours 33 minutes kot. 3 minit terlebih from the cutoff time. Kecewa jugak la tak dapat finish within the qualifying time. Tapi tak pe la. Next time kita try lagik. Its my first time and next time kita make sure train elok2.

Nasib dapat medal. Tak dapat medal kalau aku runtuhkan bridge tuh!



Sampai jek memang tak sempat nak ambik gambar bagai sbb rushing nak solat Subuh. Tumpang apartment kawan2 mr p nearby, sempat la mandi and salin baju.



Dah siap baru boleh ambik gambar!




Tu lah kisahnya my first experience running half marathon. Would I do it again? Definitely YES. 


In fact, ada Malayia Women Marathon on 16 March 2014.


Register jom?








22 November 2013

Standard Chartered KL Marathon 2013

Assalamualaikum,


Another tertunggak entry.. tapi dah terer sket.. sebab dah sampai bulan September...tehehhe


Date : 29 September 2013


Aku masuk 10km run category cruise. Category ni cutoff time 1 jam 30 minit. Ada category Speed (1:15) and Leisure (2 hours)

Flag off time jam 7.15 pagi.



Sebelum subuh dah sampai. Harus ngantuk hazabedah.


Mr p solat subuh kat masjid bukit aman. Aku dok tunggu mr p kat luar mesjid tu sbb nak jaga kasut. Sekalikkk perut aku buat hal nak berry. 


Rasa nak hempuk perut sendiri. Time2 mcm ni la kau buat hal kan???


Terpaksa lah tunggu mr p solat. Jemaah. And masa ni la imam tu baca slooooowwwww annnddddd steaadyyyyyyyyyy.....


Rasa nak nangis. Tak pe konot.. ni dugaan. Sabarrrrr.. tarik napasssss... hembus kentut napasss.


Nampak je mr p kuar, tanpa berlengah aku terus berlari carik toilet. Fuh, ibaratnya, kalau aku lari mcm tu masa 10km nanti, memang konfem la juara!


Ok tu mukadimah... keskeskessss




Tak de motip. Saja jaja muka. Sekian. -____-



Setel menunaikan hajat, marilah beramai2 tunggu kat starting line. 

Berdebar ekceli nak lari ni. Sebab, since raya, mmg aku tak de lari langsung. Lebih sebulan jugak la tak berlari. Ni mmg btul2 tawakal kekdahnyer.

Borak2 dengan few ppl kat situ, ada yang kata water station every 2km. So okay, I can handle 2 km without water. Tak de hal, Insya Allah.




Maka aku pun start la berlari.

1st km ok.

2nd km ok.

Tercari2 mana water station???

3rd km pun x de water station.


Hoi!


4th km pun TAK DE!!!


Aku ni, ada masalah mindset sket. Kalau mind aku dah set every 2km ada water station, mmg otomatik aku terus nak minum lepas 2km tuh. Padahal sblm tu boleh jek lari jauh2 tak de air pun.

Ni 4 km dah takde air, dan dan tu la aku rasa haus nak mati, rasa dehydrated kemain, rasa pening nak pitam pun ader. Drama habis i tell you!


Masa ni, kalau aku jumpa org yg cakap kat aku water station every 2 km tu, mmg aku pukul!


At 4.5km baru ada water station. Masa ni mmg aku dah mentally out. Dah start jalan banyak, lari terhegeh2. Sakit itu ini.


Ish.

 Lepas the 1st water station tu byk la plak berderet2 water station. Ngoks. 


Lagi satu, mind aku dah set 10km. Bila dah nampak signboard 9km tuh, hati aku dah berbunga2 nak sampai. 


Sekalik, dah nampak signboard 10km, tapi tak nampak finishing line.


Waaaaaaaaaaaa!!!! nak nangis!!!!!



Ikut endomondo aku pun, dah habis 10km at 1:23:05



Actually, lebih kurang 10.98km and my actual finishing time kat endomondo is 1:31:20


Terlebih cutoff time la plak.


Ikutkan medal utk finisher yg qualify cutoff time. Ni kalau aku tak dpt medal ni, siap! Aku robohkan kemah medal korang tau! Penat tau lari!!!




Nasib dapat gak medal.. hikhik.


Balik, mandi manda, pas tu sambung marathon kat IKEA plak.




Boleh makan tanpa rasa bersalah! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...