Showing posts with label Waffle. Show all posts
Showing posts with label Waffle. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Yoghurt Waffle

 
 
Projek waffle ni dibuat minggu lepas di rumah member. Seronok main masak2 dengan kanak2 ribena. Kali ni cheq sue cuba buat waffle menggunakan resepi dari Joyofbaking. Ternyata tidak mengecewakan, tapi dengan syarat harus dimakan semasa panas2, barulah terasa rangupnya. Jadi, bila masak tu cheq sue biarkan dulu beberapa ketika dalam wafflemaker sebelum dikeluarkan. Memang enak juga dimakan bersama peanut butter strawberry dan aiskrim vanila.

Untuk resepi ni, cheq sue tambahkan sedikit plain yogurt, ada la rasa masam manis gitu. Untuk sape yang suka nak makan waffer tu boleh la cuba resepi ni. X la pulak cheq sue rajin nak translate... mudah je cara nak faham. Cuba tau... Wassalam...

Mode : Blurr



 
YOGHURT WAFFLE
Recepi : Joy Of Baking
 
1 cup (130 grams) all-purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1 1/2 tablespoons granulated white sugar
1 large egg , lightly beaten
1 cup (240 ml) milk
2 tablespoons (28 grams) unsalted butter, melted
im added 3 tbs of plain yogurt

 In a large bowl whisk together the flour, baking powder, salt and sugar.  In a separate bowl whisk together the egg and milk.  Add the egg mixture to the flour mixture, all at once, and stir just until combined. Stir in the melted butter.
Depending on your machine's instructions, you may need to lightly spray the grids with a non stick vegetable spray. Spoon about a 1/4 to 1/2 cup of batter (or amount that is recommended in your waffle iron's instruction book) onto one side of the hot iron. Take a knife or small metal spatula and smooth out the batter. Close the lid of the iron and bake until brown and crisp. It is best to serve the waffles immediately along with butter and maple syrup. These are also wonderful when served with fresh berries and whipped cream as a dessert.
Makes about 6 - four inch (10 cm) square waffles. Preparation time 15 minutes.

Monday, December 12, 2011

Fluffy Vanilla Waffle

 
 
 Akhirnya tercapai jugak hasrat di hati hendak memiliki waffle maker. Semalam ada ke kedai baking di Kota Bharu, memang banyak stok waffle maker brand Takada. Terus cheq sue amik satu. Harganya pun xde la mahal sangat dalam RM70. Kalau brand Cosway tu boleh buat 3 bende dan harganya lebih mahal. Tapi bila memikirkan tempoh nak dapat tu malas nak nunggu. Kupon pun tak cukup2 lagi...



 Jangan marah ya...Maya Karin siap jadi model lagi kat Takada kiteeee...

 
Haritu ada nampak CT tayang waffle coklat, so cheq sue cuba la resepi tu tapi diolah sedikit menjadi plain aje dan diletakkan vanilla. Rasanya agak sedap cuma kerangupan tu x berapa nak tahan walaupun dibiarkan seketika di dalam acuannya. Takpelah, pasni boleh cuba dengan resepi lain pulak.
 
Hari ni jugak, bersempena dengan tamatnya tempoh pemerintahan YDP Agong yang akan kembali ke Terengganu, cuaca mendung aje, ingatkan masih pagi rupanya dah dekat pukul 2. Begitulah sinonimnya alam dengan berkat Raja-raja. Semoga Tuanku Mizan & Permaisuri Nur Zahirah akan selamat sampai ke Terengganu.  Wassalam...

FLUFFY VANILLA WAFFLE
Olahan dari resipi : FLUFFY PANCAKE
Sumber : Ct Zaliedana
 
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence cheq sue ganti dengan esen vanilla
4 sudu besar butter ~ dicairkan
*Aku add 1sdb serbuk koko utk half adunan yg aku wat
Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati.
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat. Tukar kaedah ni dan masukkan ke dala waffle maker
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. cheq sue makan dengan inti kacang merah