Showing posts with label suka suki. Show all posts
Showing posts with label suka suki. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Pinky



Rasa gegirl sangat bila berpinky pinky nih. Sebenarnya dari hari tu lagi aku nak cari Quran tafsir. Memula tengok rainbow Quran macam somel je, macam somel je. 

Tapi masa tu sengkek lah pulok, konon nak save bajet. Aku pun install lah apps dekat tepon. Godek -godek tapi yang aku install tu semua tak memuaskan hati.

Tafsir dah cun tapi huruf hijaiyah tu macam terputus-putus. Sepatutnya bersambung tapi tidak bersambung. Macam susah je aku nak baca. Yang tu pulok hijaiyah dah cun tapi tafsir omputih lah. Mana aku reti. Huhu.

So, hari tu pergi jenguk-jenguk kedai buku kat bawah ni. Lepas tu terus bekenan ngan Quran tafsir ni. Alang-alang dah lama cari terus aku rembat. Aku suka Quran kecik camni. Kat umah dah ada satu, tapi kaler koko.





RM 44 hengget sahaja.

 Masa muda mudi ni bolehlah hadap Quran kecik camni, seksok bila dah tua baru kita cari Quran yang sedepa pulok yer.





Bila baca Quran sambil baca tafsir terus rasa sejuk hati kejap ekekeke. 


Tapi seeloknya bacalah Quran yang  bertafsir. Baca ilmu yang kita akan dapat dari dalam tu. Satu halaman sehari pun dah cukup. Nanti lelama khatam lah :)


Okbai

Monday, December 2, 2013

kawan kawen



Seperti biasalah, asal penghujung tahun, cuti sekolah, berderet deret jemputan kawen sana sini.
Ni sabtu lepas punya cerita. Kawan setempat kerja yang kawen.




We ollss bersama pengantin baru dan our big boss.
Hari tu aku just bawak henpon cap ayam je, tak dapek lah nak snap pic.
Ni pun pic ehsan dari tab Tecer Is, hihi.

Okbai

Friday, November 29, 2013

Pagi yang hening

Hamboi heninglah sangat, yelah pagi tadi kan ujan renyai-renyai. Tang ujan renyai je aku sedar, ujan lebat aku tengan syok membuta. Nasib baik pagi tadi tersedar awal untuk solat subuh. 6.20 dah sedar alhamdulillah. 

Lepas subuh, sambung tidur jap. Tapi tak lena, so wake up untuk siapkan mendobi semalam. Sempat terlelap jap nak tunggu mendobi siap. Lepas siap punggah letak lam bakul, sambung tido seminit dua *pemalas betul ekekek* 

Bangun tido baru sambung sidai, hihi

Okbai, nak cerita tu je.


Monday, November 18, 2013

Nama dah cun tapi...


Hari ni kecoh pasal berapa orang ntah yang ilang kat Villa Nabilla. Aku memula dengar macam ek ek ek ek? Sekarang ni banyak berita palsu berbanding cerita benar. Gitulah pulok kalau line tenet laju sangat, main kopipes, taip-taip enter. 

 Lepas tu bila sedar yang cerita tu palsu baru terkehel bahu. Sama macam kes Nasi Vanggey, tak pepasal pompuan tu kena mohon maaf secara terbuka sebab sebarkan cerita yang Restoren Nasi Vanggey tu simpan najis manusia dalam peti ais. Walhal dia main kopipes je, tapi orang print screen part dia punya, so tak pepesal lah dia dapat nahas.

Yang pasal Villa Nabilla ni aku pernah baca pasal cerita ni kat tenet. Macam-macam versi ada. Tapi yang aku ingat dorang cakap asalnya tuan empunya rumah tu omputih yang kawen dengan orang sini. Dapat anak, anak meninggal. Dorang memang sedih and dorang tak pergi memana pun, just habiskan sisa hidup dalam rumah tu je. Thats y rumah tu berhantoooo. Lebih kurang macam tu lah. Villa tu besar giler, sayang giler terbiar camtu jer kan. Gitulah pulok kalau kaya sangat, ekekekek.

Yang pasal budak ilang kat Villa tu tak tahu lah sejauh mana kesahihannya. Kalau andai kata tu cerita benar, kita doakan yang bebaik jelah ek. Mintak-mintak dijauhkan perkara yang bebukan.

Tapi cun lak pulok nama tempat tu, Villa Nabilla. Bila orang cakap tempat tu berhantu, terus aku terbayang mesti hantu yang cun-cun duk lepak kat situ. Pontianak awal-awal lagi kene rejek, penanggal apatah lagi, hantu gwiyomi maybe. Ok larikkkkkkk.


Sunday, November 17, 2013

Borak-borak petang


Takde point sangat nak cerita petang ni, santai-santai sudah. Sebenarnya boring, tak tahu nak buat apa. Kat bawah tu bihun goreng pagi tadi, taruk ayam bakar, keropok sikit. Time pagi makan lepas tu tengahari sambung makan plak. Tak mampu ai nak perabiskan dalam satu masa. Banyak sangat kot, ker tangki aku yang kecik?



Nampak macam tak best je, tak best je?
Realitinya  best, memang licin aku bedal, hikhokhikhok.

Okbai.

Friday, November 15, 2013

Jadi orang


Dengan rasminya semalam last day bebudak sekolah. Amboiii suka letteww. Tapi aku masa sekolah dedulu pun suka gak bila sampai time cuti panjang camnih. Tak yah gi sekolah, tak payah nak bangun pagi, tak payah nak buat keje sekolah. Pendek kata semua tak payah buat lah. Dasar pemalas cam ginih lah, ekekeke

Tapi time cuti sekolah duk rumah je, bukan cam bebudak zaman sekarang. Asal cuti jer terbang sana sini bercuti. Hebak! Hebak! 

Zaman kekecik dulu time cuti sekolah duk umah main congkak tapi tak guna lubang congkak yang dah siap tu tapi korek sendiri lubang tu kat tanah. Gigih tak gigih. Dah lah guna sudu ma aku, membebel kejap ma aku. Bila dah siap main, biarkan je lubang congkak tu kat situ, nanti besok nak main lagi. Sekali hujan turun, lenyap sudah congkak tu semua, kena gali balik. T___T


Kenangan semua tu, kalau aku kutip semua permainan zaman kecik, sampai besok tak habis lagi. Main guli, main getah, main buoh getah, mandi sungai, mandi tali air, hoih banyak giler. 




Walaupun masa kecik aku lasak, kekadang macam jantan pun ado. Yelah asik duk ikut abang ngan adik aku, dengan rambut pendek, suar pendek, nasib baik bila besar jadi orang jugak, hahaha. 

Masa kecik-kecik kalau kitorang malas malas mesti ayah aku akan cakap

"Nok jadi ore (orang) ko gapo??"

Bila aku besar, baru aku tahu apa itu maksud orang, bukan someone tapi biarlah jadi manusia yang berguna, yang cerdik pandai ilmu dunia ilmu agama, yang hidup dia boleh meyenangkan orang lain jugek, bukannya menyusahkan orang lain, haaa gitttewwww


okbai!

Monday, November 11, 2013

Aktiviti cuti #Senin


Hamboiii mentang-mentang asik cuti jer, entry pun pasal aktiviti masa cuti? Aku sebenarnya takde menda sangat nak buat, berblog lah salah satu cara aku nak ilangkan boring dan aku rasa satu kepuasan bila berblog. 

Sekarang aku kat Mache, balik lagipun kalau cuti boring kot asik duk kat kedai je. Bila balik kampung boleh ler ambik angin kampung sikit. Hari ni dah plan ngan akak aku nak gi Pasar Sena, nak gi beli baju. Dah lama rasanya aku tak membeli baju ekekkee.

Aku rembat kemeja 3 lai, Rm70 hengget jer uollsss. Murah giler!






Kesian kat dak Hakim ni kena tinggal eekekek,
Hmmm macam poyo je muka anak sedara aku lam pic ni, poke sebijik baru tahu, hihihi!





Petang tadi ada orang mai jual eskrim pulok doh. Ape lagi, terus beli eskrim roti, vanilla + keladi. 
Nyumssss, menjadik sungguh time panas-panas pulok kan.


Okbai

Sunday, November 10, 2013

Aktiviti cuti #Ahad

Assalamualaikum

Minggu lepas cuti derek jugak ahad senin selasa, rabu baru masuk kerje. Minggu ni pun camtu jugek ekekeke. Harini cuti peristiwa sebab semalam ihtifal, besok ngan lusa cuti keputeraan Sultan Kelate. Bajet semalam lagi nak balik Mache, abang aku sampai semalam dalam pukul 11 lebih, laki aku naik kejut tanya nak balik ker tak, takde maknanya aku nak bangun, ngantukkkk huhu.

So pagi ni kemain lagi siap awal-awal. Semalam laki aku dah cakap nak gi bekpes nasi kerabu. Jomlah kita ke Su Warong Nasi Kerabu. Kalau sesape yang duk Kelate comfirm tahu tentang pemesnya nasi kerabu ni. Aku panggil nasi kerabu Kadok je. Dekat je ngan kedai aku. Tak sampai 10minit dah sampai. 






Dalam 10 lebih kitorang pergi, nasib baik tak ramai orang sangat sebab hari bekerja kan. Harap-harap ayam bakar still ada sebab kalau pergi wiken mesti ayam bakar asik habis jewwww. Kalau pergi wiken memang penuhhhh orang. Kekadang kena tunggu turn meja. Tapi sekarang aku tengok dorang macam dalam process nak renovate kedai, nak perbesarkan. Eloklah tu, nanti takde lah nak tunggu lelama sangat nak makan.





Nasib baik ayam bakar still ada.
Ayam bakar + solok lada aku punya. Yang kat sebelah sana laki den punyo.





Tengok ada pauh lemok, even takde colek pun takpe sebab kat Mache ada colek buah yan aku beli kat kawan aku still tak bukak-bukak lagi. Balik lepas ni boleh cicah ngan colek tuh, nyummmssss.

Okbai


Saturday, November 9, 2013

Dah boleh bernafas

Alhamdulillah, usai sudah majlis ihtifal anak-anak petang td. Lega weh, lega gilerrrrr! Next week parents meet  lepas tu awal bulan 12 kursus lagi. Balik dari kursus boleh la tarik napas lega sebelum bermulanya sesi 2014. Nasib baik aku akan mengajar students aku untuk tahun ni jugak . So, takde la nebes sangat nak handle dorang, kalau dapat students baru susah jugak nak jangka kan. 

Aku ni sebenarnya penat, nak makan takde selera, nak tido tak lena, nak taip panjang2 laki pulok ada sebelah, sibukkkkk je nak baca apa aku tulis, very the kacau daunnnn ekekekeke

Okbai!

Friday, November 8, 2013

Jumaat dah




Pejam celik pejam celik, hari ni dah jumaat, esok SABTU dupdapdupdap. 
Nebes giler, yang tu aku cerita next entry yer. 

Godek-godek hp tadi, ada la beberapa gambar yang aku snap, so terus upload via bloggeroid kita karang buat entry. Aku macam biasa, pic makanan jelah ada, kata #foodlover sangat kan, haahaha.


Yang ni nasi kerabu, sepinggan ni RM4. Ayam bakar dia best, tumis best, tapi tang kerabu aku kureng sikit sebab banyak sangat spesis dedaun. Aku kalau ulam dedaun cicah budu on jer tapi kalau yang dihiris2 dalam nasi kerabu ni rasa kureng lah pulok. 

Bekpes aku pepagi kalau bukan nasi kerabu, bihun goreng, tak pun nasi lemak hingus meleleh (pedas giler)




Yang ni pulok duku, sekilo3hengget, murah giler, sedap pulok tu, manis!! Padahal malam tu laki aku dah beli kat Wakaf Che Yeh tapi masam. Lastly habis yang ni dulu. Aku rembat cukupakn 10 hengget terus. Pastu aku siap rikues lagi 

Bini- 'Abang bowok keto slow slow deh, sy nok makey duku dalam keto'
Laki- 'Takpolah, kito kelik kok guo musey lah gitu gak'
Bini -  T_______T



Macam biasa, laksa telo tapi aku memang awal-awal takmo telo.
 Kennot telan telo ngan laksam kelate.
Sepinggan ni 3 hengget saje, sedap, banyak, puas hati !
Seperti biasa, sambal lebih baru mabeles!





Balik Mache haritu tengok pauh kemain lebat depan umah, terus suh laki aku kait nanti boleh jeruk. Padahal pokok tu aku tengok macam hidup segan, mati takmo dah tapi buah amboiii kemain lebat, bergugus gugusss


Ganding bahu ngan kak ipar aku



Rendam air garam 1 malam, esok hari baru kita letak air gula. 




Okbaiiii

Tuesday, May 21, 2013

Mengila habis


Assalamualaikum

Ada ker kat sini yang meroyan dengan candy crush? Kalau ada gimme five! Aku pun dah lupa camne ek aku boleh terjebak dengan game ni. Kalau diikutkan aku ni bukannya kaki game.

Eh, retis pun main game ni. Umie Aida memang dah habis main game ni. Lepas tu dorang cakap ada lagi sambungan dia, install yang baru punya. Aku pun xsure sampai ke berapa ratus levelnya.

Sekarang aku kat level #165. Paling lama kot aku laki bini stuck. Seminggu camtu. Aku ngan laki aku sama naik, laki aku kan spesis tido lewat, kekadang tersedar tengok dio duk layan game kat sebelah. Kiranya kitorang share la game ni, tapi kebanyakkannya laki aku la yang berjaya melepasi level yang susah-susah. Bini dia setelkan yang senang-senang je kikiki.

Semalam hampir berjaya dah, seketul lagi tinggal kaler biru yg harus dihancuskan tapi aku jugak ada 1 je lagi peluang untuk gerak tapi malangnya tak berjaya huwaaa.

Okey,tamat pasal game. Sesapa yang berminat dengan bawal plain tapi bersulam comel-comel boleh tengok kat pesbuk aku kat side bar tu yer. RM26 exc post. Bawal kelantan memang tiptop.
okbai.





Friday, April 19, 2013

Jerawat tumbuh dengan meriahnya


Assalamualaikum

Fuh, sekarang jerawat tumbah dengan suburnya. Bak kata pepatah, umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Haa,giteww ler.

Aku ni ada resdung la jugak tatpi tidoklah keterlaluan sampai meleleh air hidung. Kalau balik umah ma aku, suka sangat makan budu. Lepas tu muka terasa gatal-gatal, maka naiklah jerawat seketul. Gitu lah ceritanya.

Kalau makan sambal belacan pun sama jugak. Ni penangan sambal belacan yang mertua aku beli lah. Sedap sangat aihhh. Boleh katakan  7hari turut-turut aku makan. Sudahnya berketul, eh so scary lah pulok guna perkataan ketul. Guna perkataan biji la ek.


Adalah dalam 4 biji. Antara kening sebijik, Atas hidung sebijik, kat pipi sebijik, bawah bibir sebijik. Curlasss uolls, orang lain tanam tebu tepi bibir tapi aku tanam jerawat.

Sekarang kena stop dulu, nanti kang makin parah. Kalau aku balik umah ma aku,kompem potpet potpet tanya bakpo muka aku naik jerawat situ sini. - -"

okbai

Tuesday, April 16, 2013

Yang mana satu?


Assalamualaikum

On monday haritu teman my laki appointment ngan doc.
Sejam lebih jugaklah tunggu, tapi takpe. Kitorang relaks je, layan game candy crush haha

Lepas siap tu terus belasah nasi kat cafe hospital

Agak-agak korang, yang belah kanan or kiri aku punya nasi???


sape bagi jawapan betul kira dia hebak arrr hihi

okbai

Sunday, April 14, 2013

Kekadang dapat suprise best jugak kan kan kan kan?

Assalamualaikum

Ni cerita tahun lepas lagi.
Godek-godek folder lama terjumpa lah pic ni



sape yang tak suka suprise?
habak mai habak mai.
bila dapat suprise tetiba rasa diri ini dihargai, disayangi, dikasihi, chewahhhh!

eh, weekend camnih blog sunyi je kan?

okbai

Tuesday, April 9, 2013

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #2


Assalamualaikum

Aku bangga menjadi surirumah separuh masa #1

Okey sambungan dari part 1. Masa tu pukul 12 lebih. Hospital memang sedikit sunyi. Aku ambik keputusan nak tunggu dekat ward lah. Bilik OT tingkat 1, ward laki aku tingkat 2. Aku dah duk depan lif dah masa tu tapi aku rasa macam tak sedap hati, takut sebenarnya. Terus fikir bukan-bukan. Aku pun turun guna tangga ke ground floor. Hajat dihati nak ambik angin kat bawah tapi aku tengok jantans je semua. aku pun memberanikan diri naik lif ke tingkat 2 dan tunggu suami aku kat ward.

pukul 2.20 pagi macam tu laki aku siap operate, alhamdulillah.



Masa ni belum operate lg, geng doktor datang. Hamboooi doktor semua sempoi-sempoi., suka aku tengok, yang bawa beg tu pun doktor jugak.

to be continue...

# Nak bersiap nak gi ambik stock tudung dengan mertua,kihkih.
Nasib baik ada mertua yang baik hati kihkih.
Ntah bila laki aku boleh drive, cepat-cepatlah sembuh, aminnnn

Thursday, April 4, 2013

Cerita cuti sekolah haritu


Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah berkampung 4hari kat sepital, laki aku dah boleh balik yuhuuu.
semalam dah boleh tidur lena kat umah sendiri. Takpe, pasal sakitlah, naik ambulance lah, operate lah, semua tuh aku cite lain kali yer.

Aku memang ketinggalan, cuti sekolah dah lama habis, aku baru nak update pasal cerita cuti sekolah haritu. 



Katanya tema biru lautannnn pasifik. Aku hentam je pakai baju yang dah ada. Memula tu memang plan nak beli baju baru, lepas tu fikir2 macam mebazir la plak. Hihi
Pakai je yang mana ada, Laki aku laki ler, pakai baju kedai je, curlasss uolsss. Sabar jelah ken. Dah la lari tema, putih hahaha.

Ni lah pengantinnya. Yang kawin tu pak sedara kepada laki aku. Bertemu jodoh dengan orang Kampung Laut Tumpat. 

Lepas tu terus terbayang  serunding daging, sedap wehhh makan dengan nasi. Masa majlis hantar menantu tuh, pihak perempuan bawak serunding daging, esok malamnya aku laki bini try makan ngan nasi, sedap rupanya. Sebelum ni aku xpernah makan ngan nasi, selalu makan karipap kecik tuh kan.



Ni plak majlis kawin sepupu aku. Ya Allah serius aku suka giler ngan pelamin dia.
Cantik!



Muda lagi rasanya sepupu aku ni. Takpe, kawin muda bagus untuk kesihatan, ngeh ngeh ngeh.
Mak dia kalau datang umah aku sokmo duk kato muka aku mirip anak dia,hihi. Tang mana sama aku pun tak tahu, kalau tang kurus tu memang sama lah.

Katanya mak dia, sama-sama jie. Maksudnya anak dia pun nama ji jugak, aku pun ji, haaa gitulah.

okbai.

Sunday, March 31, 2013

the end of march

Assalamualaikum

Fuh, lamany ku tinggalkan blog. Baru habis aktiviti kenduri kendara kan. Boleh bernapas sekejap. Lepas tu my laki plak tak berapa nak sihat. Aku kalau laki tak sihat macam patah sebelah kaki lah jadinya. Gitu lah kalau bangsa ada lesen tapi takut nak drive sendiri kan.
okbai.

Saturday, March 9, 2013

Yahoo yahoo

Assalamualaikum

Email yahoo aku dah boleh buka dah.yahoo. Aku main hentam saja bila dia tanya part animun dengan pets tuh.

Nasib lepas. Yahoo mmg suka cari pasal kan. Harap2 lepas ni takde dah berona rona macam tuh.

Berona rona means buat hal



posted from Bloggeroid

Friday, March 8, 2013

Saya disini. Awak dimana?

Assalamualaikum.

Hamboi tajuk kemain padahal isi biasa biasa je pun. Baru je create insta untuk biz ni. Sebelum ni ada yg personal je. So,skrg yg personal dah yilekkk. Pakai yg ni 1 je. Senang cite. Jemputlah.

*thanks pd mereka yg sudi wish beday. Mashehhh :)



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...