Ibu nak buang gambar dari hp
Copy ke external
Tengok gambar mandi manda di BMLR
Teringat nak buat entry xterbuat2 lagi
Sayang lak gambar2 tu
So meh la kita grid dan buat post
Sebelum ni ibu dah teaser la konon dalam entry ni
Teaser la sangat
Hamekaw, sebulan setengah kemudian baru nak stori mori naik lori hewhewhew
Ini pun ibu curi2 masa in between keje
Buat kejap
Save draft
Pastu ada masa and idea kang
Sambung semula
Update: ini pun draf duduk berabuk dah 3 hari gara2 hazab pulak nak haplod gambar T__T
So entry ni banyak gak gambar
Senang sket penceritaannya hehehe
Gambar bawah ni, kanak2 bergembira dengan mainan yang rosak, tak leh gerak yer =p
Gambar bawah ni, kanak2 bergembira dengan mainan yang rosak, tak leh gerak yer =p
Hari pertama
Ok, hari pertama yer ---> sedang mengingat balik....hahahaha
Ok, hari pertama yer ---> sedang mengingat balik....hahahaha
Sampai dah la petang kala baru sampai BMLR sebab time kami pergi tu cuti panjang Hari Malaysia
Kami gerak Sabtu pagi tengahari ppfffttt aptb hahaha =p
Jem jem jem stroberi jeruk oren betul hahahaha
Bila sampai lewat tu memang berasap la semua orang coz lebih 6 jam dalam kete
Lenguh2 badan
Lenguh2 badan
Ibu macam ngan gila tobat takmo lagi dah choti choti time rakyat mesia dapat cuti panjang tapi masa tu jer lah choti sekolah nyer
Memang choti di kala orang bekerja tu dulu satu kenangan yang indah yang tak dapat kulupakan kahkahkah
Malam makan kat luar BMLR tu je
Gerai2 makan depan simpang tol bukit merah tuh
Ada dua buah kedai kalau tak silap
2 malam memang makan kat situ je
Nama kedai tak ingat
Gambar makanan ada ni jer hah
Itu pun ni gambar makan malam ke-2
Hahaha
Macam ni la ye kalu bukan blog jjcm
Tak ada gambar makanan sangat
Time ingat ada lah
Itu pun lebih kurang
Next morning
Mandi time!!
Muhaimin dapat penembak air
Maka asek menembak orang jer la keje nya ppffttt
Ain dapat pelampung =D
Ibu n ayah dapat waterproof handphone casing-thingy-gantung kat leher-thingy hahaha hakutaktaunamadiahahaha
Tapi yang penting, ianya adalah casing plastik henpon yang waterproof yang memang dijamin tak masuk air, harga rm10 satu, yang mana menyesal tak cari sebelum g redang dulu hahaha
Jumpa kat satu sahaja gerai dalam banyak2 gerai jual barang depan entrance water park tuh
Siap mintak tolong dengan amoi kedai tu pasangkan lagi coz takut pasang sendiri nanti tak waterproof kahkahkah
Ibu pink, ayah blue =D
Ibu pink, ayah blue =D
Gambar close up casing tu xde
Yang ada hanyalah gambar orang yang henpon tumbuh di tangan dia, ooppsss dengan henpon di dalam casing in action
Soooooo kusyuk kan?
T__T
Anyway
Selamat la dapat gak tangkap2 gambar and less worrying about henpon yang simpan dalam lemari
Ok nanti satgi kita citer pasal things I love about BMLR
Now nak cakap pasal aktiviti mandi manda mandu wuwuwuw
Abang Min is obviously enjoying himself to the max
Adik masa awal2 dia kat air pancut yang lite lite tu pun masih ok
Bila di ajak ke air pancut ganazs ganaz tu terus menggelupur
Hadoi la anak
Dia ni tatau kenapa lemah semangat sangat
Memang la sebab dia girl
Tapi takut kat benda yang tak logik tau
Nanti ibu ceriti lagi
As I was saying, ni hah, abang dah turun naik slides yang lite2 ni berapa kali dah pun xmo ikut
Dok hek hek hek je
Memang ibu ayah kena tabah sangattttttttt time ni
Kesian kat dia pun ada coz she's not enjoying the moment macam si abang tu
Kalu slides macam ni abang leh turun naik turun naik sendiri dia berapa kali
Memang most of the time berdokong macam ni la
Even dalam air pun
Ibu harap adik dah besar sikit nanti, adik leh overcome all ur fears lah dik and enjoy life haha
Tapi of course ibu tak kisah adik nak berkepit je dengan ibu sampai dah besar panjang pun haha
Asal jangan melampau2 udoh lerrrr....
See
Berdokong dalam air
'Pences' la katakan
Hahahah
Masa ni ayah dah tak larat melayan adik nak berdokong
Ibu memang lepak tepi je kat kolam berombak ni
Lek lek kena pukul dengan ombak sambil layan mek kecik yang starting to warm up nih ;p
Abang yang dapat rambut style naruto sebab asik kena pukul dengan air
Dan adik yang telah warm up sikit, setelah orang lain semua kebas sejuk kecut sebadan hahaha
Ditakdirkan masa otw nak ke kolam lain, terjumpa lak maskot dua ketol ni
Konon nak bergambar tapi mek kecik tatuit tu pasal bergambar jauhhhh jerrr
Hahaha
Maaf maskot
Bukan ku tak sudi
Hehehe
Kisah adik yang takut dengan bende2 tak logik
Adik rupanya takut kat ----> jalan berbatu yang tak rata, takut nak jalan atas penutup longkang, takut nak jalan atas besi longkang, takut nak jalan atas kayu atau titi kayu, takut kotor, takut itu takut ini, takut tasik, takut sungai, and the list goes on, and maybe some other ketakutan yang we have yet to discover nih!!
Ya Rabbi!!
Harap tak panjang dah lagi list ni pfffttt
Meh ibu nak doa sikit
Kau kuatkanlah semangat anakku Ya Allah
Semua benda dia takut sekarang ni
Tariklah rasa takut/seriau yang tak logik ni dari dia
Tinggalkan lah rasa takut/seriau yang logik, yang perlu je
Aaamiinnn
Fuhh
Doa ibu mesti mustajab kan?
Hehehehe
Well itu je gambar dalam hp ibu
Gambar dalam hp ayah banyakkkkkkk
Tapi den tak koser lah heh nak amek nak grid bagai
Jangan ayah buang tak transfer simpan udoh lerrr
Anyway, ibu suka sangat BMLR ni berbanding tempat lain sebab, tempat dia tak crowded sangat
Harga tiket pakej dia tu mahal gak kot eh?
Ke so so lah banding tempat lain
Tapi sebab kita tido hotel dia so, ada activity yang leh extend 2 hari sepanjang stay contoh tak sempat gi animal park coz seharian mandi tu so can go esoknya tu, like that
Dalam waterpark, tempat simpan barang canggih, toilet luas, banyak, xgaduh nak berebut
Pelampung sewa
Sewa-wise.... i feel like mahal la... tapi maybe banding dengan tempat lain, i dunno? Lebih murah kot?
Tempat simpan barang RM 20, pelampung dua orang (yg macam no 8 tu) rm30 incl deposit macam tu kot; or was it the other way around
Obviously, ibu ni pun seems to enjoy herself terlebih apa pun xperasan gagagaga
Semua ayah yang uruskan
Haku keje kepung anak2 je, bepeluh macam bukan dalam kolam air hahahah
Kalau katakan boring mandi (boring mandi??? wadder??), leh amik yang sky-cycle-thingy-i-lupa-the-name-oso-;p kayuh lajulaju ke animal park sebelum dia tutup pintu
Ada pulau orang utan yang kitorg tak pegi
Tak sempat
Yang penting tempat nak mandi dia best
Yer, slides-wise macam gambang ke tempat lain ke lagi best lar kan
Tapi, family with small kids-wise ---> i vote for BMLR lah
Rilex, takde hingar bingar, huru hara, kecoh2
Kooooollllll jer dalam tuh
Heheheh
We did the Animal Park ronda the next day
That is another stori altogether dengan cik adik ku sayang yang bergayut kalah anak kanggaru
Gambaq tadak so I malas nak creta yer
Otw nak balik ni, ayah gagah bawak kami g cari Restoren JS Muara, kat Kuala Gula nak makan ketam lembut
Nice setting
Ataih ayaq
Ada effect goye goye bila bot lalu, air berombak2 tu
Tapiiiiii
Ketam lembut, yilekpocik sebab dah petang hahahagagagahahaha
Makan kari ikan sembilang, udang tepung, sotong tepung
Hmmmm
Verdictnya ialah we may come back to try the KETAM LEMBUT (and hopefully ada available bila kami lalu lagi)
Not what we had that day
Bukan tak sedap tau
Tapi 'tak masuk'
Paham dok?
Hahahahaha
Si cantik manis ibu yang takmo tido otw balik huhuhu
Ni gambar kami makan malam dulu di Pelita Cyber sebab bila balik2 je, masuk2 jer dlm rumah, nak jumpa dgn katil, bantal, selimut je, nak membuterzzzz je terus, hahaha
So that wraps up choti2 BMLR kami
Gaya penulisan malas dan lupa apa yang dah dibuat semasa perchotian wagagagaga =D
No comments:
Post a Comment