Pages

Sekilas pandang ...

Para pembaca budiman

Showing posts with label Irdina. Show all posts
Showing posts with label Irdina. Show all posts

Thursday, March 25, 2010

Ujibakat

Salam

Saya Dina.
Saya peserta bernombor *toot* *toot* *toot* *toot* ...
Saya berasal dari Selangor ...






Sedia saya nak nyanyi ya ...

'Sepohon kayu daunnya rimbun'
Lalalalalala ...

Sekian


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Balik keja hari tu, Dina terus sambut ibu dia sambil cakap, 'Dina nak pegi ujibakat nih' sambil tayang kertas kat aku .. Lepas tu, dia pi tempek kertas tu kat baju dia and pakat nyanyi lagu Mila depan aku ... Ohhh anakku !!

P/p/s - Ni mesti pembantu aku layan tengok Ujibakat AF kat Astro Ria ni masa aku gi keja ... Adeehhhh ... Kah kah kah kah kah

Thursday, March 18, 2010

Scooter

Salam,



Ah sudahhhh ....
Sekarang ni Dina ngan Daus dah ketagih main scooter ni semenjak diperkenalkan oleh sepupu-sepupunya ...


Tengok je la gambar2 ni ...


Dina seronok meng'conquer' scooter Kak Sarahnya ...



Daus pun begitu khusyu' bermain scooter Abang Danishnya...



Riang ria gelak tawa ...
Ni la dia sepupu2 Dina, Daus n Fawwaz - Kak Sarah, Abang Danish, Kak Nabila ...





Fawwaz di mana???





Fawwaz dengan ibu je la ye nak ... Beso2 sikit nanti bole join kakak2 dan abang2mu ya ... hehehehe ...


'Ibu, nanti ibu tolong belikan Dina satu scooter pink. Dina suka main scooter'


'Ibu, nanti ibu tolong belikan Daus shkooter hijau... Daus suka main shkooter'



Kalau ayat2 cinta di atas diulang2 sebanyak 10 kali sehari oleh dua orang budak yang comel lote lagi petah berkata-kata, masakan sampai hati ibu ni untuk mengatakan TIDAK ...



Owhhh ... lupak !! Poket Ibu agak rabak ini bulan !!
Gaji lama lagi lak tu ...


To abah Dina, Daus and Fawwaz - You what what to do kan sayang kan kan kan kaaannn ;P


Senyum selalu ...
Take care dan Wassalam


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Norley, ko la ni punya pasal ... Aku dah gian nak makan lagi meatballs kat Ikea tu ... terbayang2 gravy dia yang pekat ngan cranberry sauce tu ... Waduhhh!!! (Err, rakan2, mak tau mak memang peghakk ... mak baru first time rasa meatballs ikea tu sebenarnya ...kah kah kah)

Friday, February 12, 2010

Pesanan penaja

Salam,

Mak nak sampaikan pesanan dari Dina kepada semua orang ...

Sedia semua???




Speak no evil




See no evil




Hear no evil




Sekian pesanan dari Dina untuk hari ini



Senyum selalu dan selamat bercuti panjang ya...
Take care :)
Wassalam


Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Anak dara mak yang sorang ni memang suka berposing depan kamera ...

P/p/s - Nurun sape la tu gamaknya ya??

Monday, February 8, 2010

Demam

Salam,


Hari ni adalah hari ulang tahun Firdaus ke 3.
Tapi tak dapat nak celebrate sangat.
Sebabnya,
Fawwaz ngan Firdaus demam balik...
Ni dah kali kedua dalam tempoh masa 2 minggu.
Isk ... risau aku weh ...
Maka, aku wat decision utk stay di rumah utk monitor diorang.


Semalam, aku dah mula satu course of Augmentin utk dua2 hero kecilku itu.
Alhamdulillah, depa nak minum ...
(Ubat tu adalah tersangatlah wangi dan manis - kalau bagi kat ibu dia pun, ibu dia sanggup minum, haha)


Kawan baikku sekarang adalah :
1. Paracetamol syrup / supp (kalau malam2)
2. Cloth wipes hadiah Norley yang dibasahkan ... (utk wat tepid sponging)


Jaga kesihatan anakanda2 kita semua di musim2 banyak penyakit ni ye ..
Doa2 mereka terpelihara daripada penyakit2 yang serious ..
Semoga Firdaus dan Fawwaz baik dari demam dengan seberapa segeranya, amiin 44x


Firdaus sayang ... Nanti dah baik nanti kita celebrate birthday firdaus ye...
Daus cakap daus nak makan kat mana besday daus nanti??
Mek Dones (Read:McDonald's) kan???
Atau kat Ki If Si (Read: KFC)???


Daus dah baik nanti, Insya Allah kita celebrate satu family ye sayang :)
Kalau kita combine celebrate ngan besday fawwaz 25/02/10 nanti pun ok gak kan ...
(Jimat sikit ... hahahaha, maklumlah lepas dapat gaji nanti nak kena tunggu 45 hari before gaji bulan Mac) ... Kah kah kah ...





Errr ....
Case write up??
Esok je la aku sambung balik kat opis, Insya Allah ...
(Provided budak2 ni dah baik demam hari ni, amiin)


Wassalam


Image Hosted by ImageShack.us

p/s - Macam mana ibu depa ni tau ubat tu manis ek??? Sebenarnya, ibu diorang dah rasa sikit dah ... kah kah kah kah kah ...

p/p/s - Irdina pulak batuk2 jer .. Hari ni ada school trip .. Gi kilang coklat beryl's. excited tahap dewa dewi si irdina ... hehehehe ...

Sunday, October 11, 2009

Muslimah Cilik

Salam,

Aku baru lepas buat spring cleaning untuk lappyku ini.
Banyak betul gambar budak-budak ni yang aku jumpa.
Aku tak sempat nak print gambar-gambar mereka.
Oleh yang demikian,
periodically, aku akan letak gambar-gambar mereka di blog ini buat kenang-kenangan.

Ni gambar-gambar Dina bertudung. Manis gitu.

Baju ni hadiah dari Tok ngan Mbah.


Baju ni kami beli semasa di Tulungagung.

Sejuk mata (dan hati) ibu tengok gambar-gambar Dina ni la.

Image Hosted by ImageShack.us

Saturday, October 10, 2009

Serupa tapi tak sama

Salam,

Di bawah ni adalah gambar-gambar Dina yang diambil waktu Raya Aidilfitri 2009 bersama-sama dengan sepupu-sepupunya.


Dari kiri - Sarah, Dina, Nabila


Lebih kurang sama, bukan?

Anak-anak, apakah yang kita semua perlukan di dunia sekarang ni???

Ya Benarrrrrr ... WORLD PEACE !!!




Image Hosted by ImageShack.us
P/S - Sarah dan Nabila adalah anak-anak abang iparku. Tapi bila mereka berdua dan Dina berjumpa, ramai yang cakap diorang adalah adik-beradik. Hehehehe ...

Thursday, October 8, 2009

Cikebum dearie ...

Salam,

Hello Adam aka Cikebum,

Selamat berkenalan ya. Nama saya Irdina. Panggil saja kita Dina. Kita ada adik-adik yang bernama Firdaus dan Fawwaz. Ibu kita cakap, awak peminat ULTRAMAN ya? Ibu kita cakap, mommy awak yang bernama Isabelle yang bagitau dalam blog dia. Awak nak tau tak? Kami semua pun merupakan peminat setia ULTRAMAN. Hehehehe ...

Awak suka ULTRAMAN yang mana, Adam? Kita ngan Firdaus suka ngan ULTRAMAN TIGA dan ULTRAMAN GAIA. Kita kalau boleh hari-hari nak tengok ULTRAMAN kat saluran Astro Ceria. Tapi kita sedih tau. Sekarang dah takde dah ULTRAMAN kat Ceria. Ibu kita cakap, ULTRAMAN dah balik planet dia untuk bercuti panjang. ULTRAMAN penat dah, hari hari asyik lawan raksasa. Kami sungguh sedih.

Tapi takpe la. Kita bagi dia rehat puas-puas dulu. Nanti bila dia dah cukup rehat dan dah segar balik, nanti dia datang lagi untuk lawan raksasa, kan kan kan. Sementara tu, ibu kita cakap, kalau kita ngan Firdaus baik dan dengar cakap ibu ngan abah, dia nak bagi kita dengar lagu ULTRAMAN GAIA ngan ULTRAMAN TIGA kat laptop dia. Kita suka sangat-sangat tau.

Masa ULTRAMAN ada kat Ceria dulu, kita ngan Daus tak pernah miss tau nyanyi lagu tema dia. Tapi kita sebenarnya tak paham pun apa yang kita nyanyi. Ibu kita cakap tu Bahasa Jepun. Ibu kita cakap, dia pun tak paham. Ibu kita ada cari lirik lagu tu. Dia carik kat internet. Tapi kita kan baru nak masuk 4 tahun bulan 11 ni. Kita belum pandai baca lagi. Jadinya, kita selalu suruh ibu kita bacakan. Kalau ibu pergi kerja, kita nyanyi je lagu tu ikut apa yang kita dengar. Yang penting, kita semua happy kan.

Ibu kita cakap, dia ada ajak awak nyanyi ngan kita ya?? Dia cakap, dia ajak awak karaoke ngan kita masa dia melawat blog mommy awak di entry yang ini. Bestnya. The more the merrier. Ni ibu suruh kita tulis lirik lagu ULTRAMAN GAIA yang dia dapat dari site ni dan bagi kat awak. Sebenarnya ni ibu kita yang taip ni. Kita tukang cakap je. Hehehehe ... Nanti awak mintak tolong mommy awak (Auntie Isabelle) bacakan ya. Pastu awak hafal la. Pastu bole kita nyanyi sama - sama ... Yeayyyyy ... Kita suka!!!

Girigiri Made Ganbatte
Girigiri Made Fumbatte
Pinchi No Pinchi No
Pinchi No Renzoku Sonna Toki
Urutoraman Ga Hoshih!

Jibun No Pawah O Shinjite Tobikomeba
Kitto Tsukameru Sa Yuhki No Hikari
Unuboreruna Yo Jaaku No Negai
Saigo No Chikara Ga Karerumade
Koko Kara Ippo Mo Sagaranai

Girigiri Made Ganbatte
Girigiri Made Fumbatte
Doh Ni Mo Koh Ni Mo
Doh Ni Mo Naranai Konna Toki Ni
Urutoraman Ga Hoshii!
Urutoraman Gaia!

Ai Sae Shirazu Ni Sodatta Monsutah
Sakebi Wa Omae No Namida Nanoka
Chikara Makase No Jaaku No Negai
Taisetsu Na Mono O Mamoru Tame
Koko Kara Ippo Mo Tohsanai

Girigiri Made Ganbatte
Girigiri Made Fumbatte
Mazui Ze Yabai Ze
Pinchi No Renzoku Sonna Toki
Urutoraman Ga Hoshih!
Urutoraman Gaia!

Girigiri Made Ganbatte [kamon Kamon Gaia]
Girigiri Made Fumbatte [faiton Gaia]
Girigiri Made Ganbatte [kamon Kamon Gaia]
Girigiri Made Fumbatte [faiton Gaia]
Doh Ni Mo Koh Ni Mo
Doh Ni Mo Naranai Konna Toki Ni
Urutoraman Ga Hoshii!
Urutoraman Gaia!



OK la awak,kita dah penat bercakap. Kita nak minum susu pulak sambil tengok cerita Geng Bas Sekolah. Awak suka tak tengok cerita tu? Kita suka sangat-sangat tau. Tolong sampaikan salam kita kat Auntie Isabelle ye. Awak jaga diri ye. Take care, wassalam.

Yang benar,

Irdina Aisyah (dan Firdaus jugak)

P/s - Ini kita yang sedang cuba menirukan gaya ultraman meng'fire' raksasa.

Image Hosted by ImageShack.us merangkap tukang taip surat ni.
p/s - Adam, sori la auntie lambat sket bagi lirik lagu ni. Hope u like it!

Wednesday, October 7, 2009

Walk with Fawwaz

Salam,


YESSSSSS !!!!

SUCCESSSSSS !!!!


Akhirnya berjaya memujuk che abang ytc untuk mengeluarkan kotak ini dari stor ...



HAHAHAHAHAHA ...

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, Fawwaz Alhamdulillah dah bole merangkak. Tapi takdelah laju sangat. Ibu fawwaz rasa fawwaz ni berpegang kepada prinsip 'Slow and steady wins the race' la, hehehehe


Yang ibu dia musykil, Fawwaz tak berapa suka nak duduk la.
Kalau duduk dalam Bumbo, lagi la ... meronta-ronta dia nak turun.
Pastu, kalau kita pegang dua-dua tangan dia, memang dia terus nak berdiri sokmo.
Bila berdiri tu, steady jer dia ... Lama pulak tu ..
Bila dia tengah berdiri tu, kita wat nak dudukkan dia, dia takmo.
Dia lebih rela berdiri.

Lantas, ibu fawwaz telah mengeluarkan cadangan kepada abah fawwaz agar bagi fawwaz duduk dalam walker. Ini untuk melatih Fawwaz berdiri sekaligus berjalan laju macam ibu dia Abahnya agak kurang bersetuju memandangkan fawwaz baru menginjak usia 7 bulan 25 september lepas.

Sebaliknya, ibu fawwaz yakin yang anak dia mampu berbuat apa-apa sahaja given the right tools. Maka, dia secara halus terus cuba untuk mengubah fikiran abah fawwaz.

Setelah beberapa kali cadangan itu diutarakan oleh ibu Fawwaz yang keras kepala, tak reti-reti nak give up ni, maka pada 061009 jam 745 malam sesudah berbuka puasa, lembut juga hati abah. Terus dia gi selongkar stor carik kotak keramat seperti dalam gambar di atas itu.

Walker ni sebenarnya kami belikan untuk Dina dulu. Lepas tu diturunkan kepada Daus dan sekarang, kepada Fawwaz. Semoga ia terus kukuh agar kami dapat turunkan lagi kepada adik(-adik) mereka nanti ... Hahaha

Seperti biasa, mari kita layan gambar-gambar berikut ...


Comel kan Fawwaz dalam walker.


Dina dan Daus yang terlebih excited nampaknya ...


Habis Fawwaz kena tolak ke sana ke mari oleh kakak dan abangnya. Kata Fawwaz - 'Gugu Gaga Gugu Gaga Gugu Gaga' Atau dalam bahasa Melayunya - 'Kak Dina, Abang Daus, bagi can la Fawwaz belajar berjalan dengan walker ni ... Tak sabar ni nak main bola sama-sama'


Eh eh eh ... abang ngan kakak plak yang syok main segala permainan kat walker ni ...


Fawwaz pasrah ...

Hehehehe ... habis kisah bergambar.

Alhamdulillah, masuk jer Fawwaz dalam walker dia dah boleh jalan sikit-sikit. Mula-mula asyik masuk gear reverse je. Setelah diajar (Read:ditolak dan didorong) oleh kakak dan abangnya, dia berjaya menjumpai gear satu dan mula berjalan ke hadapan beberapa langkah. Langkahnya menjadi bertambah laju bila ibu ada di depan. Hehehehe ...

Atta boy !! Ibu's so proud of you dearest Fawwaz !! Teruskan perjalananmu wahai anakku ...

Image Hosted by ImageShack.us

Pop Pop Pop, Bunyi Mercun Pop Pop ..

Salam semua,

Berikut adalah laporan khas projek mega Dina, Daus dan Fawwaz bersama sepupu-sepupu mereka di hujung minggu lepas.

Venue : Pak Long's house
Occasion : Rumah terbuka Aidilfitri
Date : 3/10/09
Time : 850 pm
Participants (ikut umur) : Sarah (Ketua Darjah), Danish, Nabila, Afiq, Dina, Daus, Iman, Fawwaz (hanya bisa memandang dari dalam pouch).
Cheerleaders : Ibu dan abah kepada DinaDausFawwaz, Mama AfiqIman, Abah Sarah,Danish,Nabila dan juga Aki dan Wan kepada peserta-peserta di atas ...



Jom Layannnnnn ...


Ketua darjah sedang gigih mengagih-agihkan bunga api kepada semua ...


Afiq, Dina dan Daus sedang khusyuk menanti saat-saat bunga api mula terbakar


FINALLY!!! SAKSESSSSSS .... (Jerit Firdaus kegembiraan)


Saya pun berjaya gak !!! (Kata Irdina dalam hati)


Saya jugak !!!! (Balas Iman)


Kanak-kanak (dan ibu kanak-kanak yang gigih menggendong Fawwaz) sedang bermain bunga api


Abah kanak-kanak pun turut tidak ketinggalan untuk enter frame bermain bunga api


Aki sedang memerhatikan cucu-cucu dan ibu cucu cucu bermain bunga api sambil berbuai santai di buaian ...



Aku bila tengok mereka seronok bermain,
Terus aku terkenang zaman kecik-kecik dulu ...
Aku tak minat mercun. Satu jenis je yang aku suka i.e. mercun pop pop.
Tapi bunga api ??? I'm a big fan ..


Masa dulu, adik-adik lelaki aku cukup suka main mercun Moonlighter ...
Ala, yang warna warni tu la ...
Aku jadi tukang sorak (ayu) je la ...
Mercun yang paling aku menyampah adalah ...
Mercun katak puru yang lompat lompat tu ..
Terjerit-jerit aku melompat si katak lompat bersama-sama dengan mercun itu ...

Hahahaha

PESANAN PENAJA
Pastikan ANDA mengawasi anak-anak anda bermain bunga api sepanjang masa bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini daripada berlaku ...



Image Hosted by ImageShack.us
P/s - Terima kasih kepada Encik Abang Ipar dan Che Abang ytc selaku penaja bunga api dan mercun pop pop ...

Tuesday, September 15, 2009

Anakanda-anakandaku berposing

Salam semua ...

Saya memang sangat2 suka ambil gambar anak-anak ...
Entry ini saya tujukan khas untuk tentera2 kecilku ...


Dina, Daus, Fawwaz - Comel kan kalian kan kan kan kan ... Jangan nakal2 ye sayang. Dengar cakap ibu, abah, tok, mbah, aki, wan ... Nanti dah besar jadi orang yang berguna dan beramal ye ...

Ibu sayang kalian semua ...


















Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Di saat2 genting ini, saya dengan gigihnya sedang bertungkus lumus menyiapkan beberapa perkara agar saya dapat bercuti panjang dengan hati yang aman damai di hari raya nanti ... Hehehehe ... Senyum sokmo ye rakan2 sekalian ... wassalam

Thursday, September 3, 2009

SOGO ADA SALE PREVIEW ESOK DAN LUSA !!!

Salam ...

Rakan-rakan sekalian, arakian dimaklumkan bahawa :

SOGO SALE !!!

SALE PREVIEW

4 & 5 September 2009 (Friday and Saturday)
Store opens : 9 am - 11 pm

Exclusive invitation to KL SOGO S card members
and Maybankard cardmembers

Each KL SOGO S card member or Maybankard
member may bring along 2 friends ...


Pastu, petang semalam ku dapat sms ...

Enjoy exclusive SOGO presales at SK2 SOGO on 4th and 5th of Sept,
With every RM100 purchase you will get RM20 SOGO voucher.


So, kepada semua pengguna SK2, sila amik peluang ini utk beli mana-mana yang dah nak abis tu ..
Diriku??? Ku telah beli last weekend ...
Melepasssss ...
Hahahaha ...

Amaran
Keep in mind ye, there will be NO point accumulation on KL SOGO S card for all purchases made during the two-day sale preview ...


Aku ngan geng2 chempath, Insya Allah akan dengan gigihnya akan menuju ke arah sana lunch hour esok ...
Tapi bukan ke SOGO ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian ...
Tetapi, ke arah jalan TAR ...
Ku nak carik baju melayu Johor untuk tentera-tentera kecilku yang dua orang itu ...
Dan, baju kurung cotton kiut miut untuk anak daraku ...
Hihihihihihi ...

See you there ...




Image Hosted by ImageShack.us
p/s - Apa nak masak untuk berbuka ye?? Hmmm ... rasa macam nak makan bergedel ngan ayam masak merah la pulak ... Fid - ko la ni, letak gambar ayam masak merah berbuka ko tu semalam .. Hahaha ...

Wednesday, August 19, 2009

Anakanda-anakandaku

Salam
Gambar terbaru anakanda2 ...

Agak julung2 kali jugak la berjaya snap quite a decent picture of the three of them together .. Biasanya kalau amik gambar tu, haru biru beb - fawwaz pandang sana, firdaus pandang sini and yang si anak dara Dina pulak akan posing tak ingat punya depan kamera ... hehehehe ...






Bawah ni pulak adalah contoh gambar yang tak jadik ... Hehehe




Dapat kita saksikan kat gambar di atas betapa ganaz nyer firdaus main ngan adik dia fawwaz ... Sampai nak naik atas badan tu ...

Doa-doa diorang ni besar esok jgn la gaduh - gaduh teruk sangat ye ...

Okay .. nak sambung wat keja ...

Tata, wassalam
Image Hosted by ImageShack.us

Blog Widget by LinkWithin