Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Kita dan Cinta :)



Ya Allah Ya Ilahi 
Ajarkanlah kami untuk menjadi orang selembut Abu Bakar As-Siddiq , 
Seteguh Umar Bin Al-Khattab ,
Sepemurah Uthman Bin Affan , 
Sepintar Ali Bin Abi Thalib . 

Kerana di usia ini , 
Dengan dunia yang Engkau ciptakan di akhir zaman , 
Kami sentiasa didedahkan dengan pelbagai perkara , 
Segala yang baik dan buruk telah dicampur-adukkan , 
Teguhkan lah kami , agar JannahMu tempat terakhir kami di Sana ,
Amiin Ya Rabbal A'lamin



ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah hari ni kita masih bernafas , dapat stay depan laptop / komputer bukak macam-macam laman web . Semoga barakah Allah sentiasa ada dengan kita , Amiin :')

Oke lah , hari ni kita akan cakap tentang CINTA . Kita start dengan Story morry dulu oke ? :D


Nur : Assalamualaikum ustazah . Nak jumpa saya ?
Ustazah : Ya , memang saya nak jumpa kamu ! Jangan duduk , berdiri sahaja ! Kamu tahu kenapa saya nak jumpa kamu harini ?
Nur : Maaf ustazah , saya taktahu .
Ustazah : Couple kamu tahu , tapi kamu buad taktahu . Kamu tu pelajar harapan sekolah , pakai tudung labuh tapi kenapa kamu buad perkara tak senonoh !? Kamu dah BERZINA , tahu ? 
Nur : * Terdiam .. :'(
Ustazah : Kamu ni memang memalukan ! Harap saja pakai tudung labuh , perangai mengalahkan syaitan ! 
Nur : Allah .. :'( 


Exclusive buad Pengajar 

Ain pernah jadi ustazah .. Kepada adik ain , kawan-kawan ain . Kami semua saling kongsi pendapat tentang situasi yang sering berlaku di kalangan remaja seusia . Tak dinafikan , couple dah jadi benda biasa di kalangan kita semua . Di mana-mana pun , kita akan jumpa pasangan sebegini .

Salah seorang Ulama' terkenal * ain tak ingat nama dia , maaf :( * dia pernah berkata , bercinta selepas berkahwin itu lebih indah . Ya , memang betul ! Tapi dia juga berkata , nak kenal sebelum kahwin boleh . Tapi ada BATASAN ! Ingat , kita ada penjaga . Allah , yang sentiasa memerhati !

Ramai pengajar , bila berdepan dengan situasi seperti di atas , mereka sangat marah . Sangat kecewa , begitu juga ibu bapa . Mereka dengan serta merta melepaskan kemarahan itu , masyaAllah .. Islam itu lembut dan indah . Ada banyak cara untuk menegur tapi kenapa mengunakan cara yang keras .. :'(

Teringat kisah Nabi Musa , ketika berdebat dengan Firaun . Tiada langsung penghinaan , cuma kelembutan . Ingat , Rasulullah pernah bersabda : Sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat , bukan penglaknat !

Nampak ? Betapa Indahnya Islam ! Cuma kelembutan , bukan kekerasan :')

Exclusive buad Pelajar

Ain cuba paham apa yang kawan-kawan ain pernah alami . Bukan mudah untuk memahami mereka , memerlukan keyakinan , dan keteguhan agar mereka boleh percayakan ain sendiri . Sekolah ain cuma sekolah biasa , bukan sekolah agama . Jadi gejala seperti ni , memang banyak .

Apa yang ain nampak , mereka memberontak , hati mereka jadi sukar untuk dikawal . Jika hendakkan kelembutan , berikanlah kelembutan , bukan kekerasan ataupun penghinaan ! Apabila ibu bapa mereka menghina , guru mencaci , kelembutan dalam diri mereka bagaikan hampir-hampir hilang .

Kawan .. Pintu Syurga itu sentiasa terbuka untuk kita selagi masih bernafas :') Gunakan peluang yang ada untuk kembali ke pangkal jalan . Pedulikan apa yang orang kata , asalkan kita sentiasa tanam dalam hati . Bahawa , Allah itu sentiasa ada untuk kita . Mendengar rintihan , tangisan kita .. :')



Teguhkan hati dan perasan ! Sentiasa dekadkan diri kepada Allah . Dia Maha Penolong , segalanya akan kembali kepada Dia . Hadirkan Allah dalam setiap perlakuan kita , insyaAllah rahmatNya sentiasa ada :') Elakkan pemberontakan , teruskan dengan kelembutan . Minta lah doa kepada yang Esa :') 

Semoga kita sentiasa kuat dalam setiap dugaan , kerana .. 


See ? How awesome He is , right ? :D 

Without Allah on your side , nothing you can do ! But , with Allah on your side , there's nothing impossible .

So , how do you feel right now ?
Remember , Remaja Pemangkin Ummah ! Yeaahh ! :D


INI BUKAN ENTRY UNTUK GALAKKAN ZINA !


Nota * Jangan jerumuskan diri anda ke lembah zina , bawa orang yang tersayang ke jalan yang benar . Baru Awesome ! ^^









MINTA PERHATIAN !

Bismillahirrahmanirrahim .. 
Assalamualaikum & Peace be with you

Ain takmau cakap panjang-panjang , nak teros straight forward . Kepada mana-mana pihak yang terasa , sila ambek perhatian dan segera ambil tindakan ! 

First of all , sekarang hot news kata Shila Amzah ada masalah dengan parents dia . Digembar-gemburkan ia berkaitan dengan kekasihnya , Sharnaaz Ahmad . Berita tu memang dah buad ain hot , ditambah pulak dengan sorang hamba Allah ni . 

Kan dah elok Shila Amzah tu dah bertudung , jadi apa masalahnya !? Perlu ke nak tunjuk gambar-gambar dia yang dahulunya tak bertudung . Dah elok , comel lagi dia bertudung . Tak perlulah nak tunjuk gambar dia tak bertudung tu . Awak menjatuhkan maruah seorang wanita yang bertudung . 

Tolong buang / delete gambar -gambar dia yang tak bertudung dalam media massa awak tu . Ain tahu media massa awak tu bertujuan untuk menyiarkan story-story tentang para artis Malaysia . Tapi hadkan lah jalan cerita awak tentang mereka . Ceritakan yang baik sahaja ! Mean yang buruk , jangan tunjuk . 

Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat ( Hadith Riwayat Muslim )

Diharapkan pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya . Aurat itu aib bagi seorang wanita , of course Shila Amzah pun seorang wanita . Jadi jangan dedahkan masa lampau dia ! 

Nota * Ain mintak maaf sangat kalau ada mana-mana pihak yang menganggap Ain sengaja nak cari publisiti , What the ? Ain mintak maaf sangat , seorang saudara perlu menjaga saudaranya yang lain . AllahuAkbar , jagalah kami Ya Allah .. Hanya kepadaMu kami memohon dan meminta dari segala keaiban di duniaMu ini . Amiin :'(

Wallahua'lam , wassalamualaikum :'(

Muslim Merawat Syaitan

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum & Peace be with you :)

Alhamdulillah masih bernafas kan ? :D 

Sebenarnya dah lama nak tulis entry ni , cuma baru sekarang hajat tercapai -.- Dan lagi satu sebenarnya entry ini berkait jugak dengan entry Stop Melahirkan Syaitan tapi beza sikit . 

Mungkin di kalangan korang , ada yang dah tahu tentang cara nak rawat syaitan laknatullah ni . Bagi yang tak tahu , sebenarnya syaitan dirawat melalui kaedah : 

 Fakta bukan Auta ! :

   Bila kencing sambil berdiri .
- Rasulullah S.A.W bersabda : Bersucilah kamu semua dari kencing , kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu berpunca dari air kencing -

  Bila buad sesuatu yang Allah larang . 
- Sebenarnya apabila kita melakukan sebarang amalan kebaikan , kita akan ' mencacatkan ' syaitan . Begitulah sebaliknya , apabila kita akan ' memulihkan ' syaitan bila kita melakukan kejahatan -

Tidak HARAM kencing berdiri - Ustaz Azhar Idrus . Cuma menjijikkan !

Tentang kencing berdiri


Explanation : Syaitan akan duduk bawah alat sulit korang dan min*m najis korang tu . Tak kiralah laki ke perempuan . Nak kencing tolong duduk ! Boleh bayang tak ? Ada syaitan bawah alat sulit kita time tengah buang hajat . Yukkk >_<

Cer korang tengok , zaman sekarang tandas-tandas awam . Kebanyakkannya tandas lelaki , bila buka bilik air dekad shopping mall mesti kita akan nampak mangkuk tandas yang melekat dekad dinding tu . Bukan maksudnya ain pernah masuk tandas laki oke ^^ 

First impression ain tentang lelaki yang guna menatang tu , menjijikkan . Kalau guna benda tu , bukan ada paip nak basuh , right ? Hentikan lah .. Pengotor tau dak , fikir dulu kalau nak guna menatang yang takdak faedah tu :( Impression korang pulak macam mana ? Mesti sama macam ain kan ? :(

Kebersihan itu kan separuh daripada Iman 

Kepada kaum lelaki dan kaum hawa , elakkan diri anda menggunakan tandas yang macam tu . Jika anda pernah guna , hentikan ! Tolong jaga kebersihan anda . Dan tolong jangan jadi nurse untuk syaitan-syaitan Laknatullah tu ! >_< 

Note * Ain mintak maaf sangat sekiranya terkasar bahasa , cuma ingin menyampaikan maklumat demi kebaikan bersama . Hope bermanfaat ! Wassalamualaikum :)

Ya Rasulullah - 12 Rabiul Awal 1434 :')

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum , Peace be with you :)

Ya Allah , Ya Ilahi 
Ajarkan kami cinta padaMu , 
Ajarkan juga kepada kami cinta kepada kekasihMu , 
Jangan lah Engkau biarkan cinta kami kepada hambaMu yang lain melebihinya , 
Kerana kelak kami tahu , it's the second thing . Doesn't important at all . 

Kami tidak mahu ingat padanya hanya pada hari ini , 
Berikanlah hidayahMu agar kami sentiasa dapat mengingati all of his struggle , 
Jauhkan kami dari lupa akanMu dan juga dia , 
Sesungguhnya terlalu banyak pengorbanannya yang perlu kami sanjungi . 

Semarakkan juga rasa cinta kami pada kekasihMu itu Ya Allah , 
Bukan pada tanggal 12 Rabiul Awal sahaja , 
But , in everytime , every second and every minute , 
We want it always , and always Ya Allah .



Abang-abang , Kakak-kakak , 
Sudah lupakah kita pada Rasulullah S.A.W , 
Dia lah yang telah menyelamatkan kita dari kekafiran dengan berkatNya , 
Sudah lupakah kita pada Rasulullah S.A.W , 
Yang banyak berkorban untuk kita . 

Sanggup dibaling najis , 
Berdarah sana , berdarah sini , 
Kerana apa ? Kerana cintanya pada kita semua , 
Ummati .. Ummati .. Ummati .

Jadi , please ! 
Behave yourself ! Cover your aurat , jaga percakapan , 
And , please ! 
Don't say I Love Rasulullah S.A.W , but show it ! 

Prove it to the others , 
We Love Rasulullah S.A.W , 
We are the teenagers ! 
And We really really love the Prophet S.A.W !

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W itu contoh yang paling terbaik buat kita semua .
Credit * Abang Google , Akak MelAmaliana .
Salam Maulidur Rasul Semua ! :'D



Tolong Jangan Tunjuk Al-Quran !

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :) 

Gila dah ain ni ! Tajuk merapu , Haha -.- 



Ain nak tanya , korang pernah nampak hantu tak ? Ohh mistake , hantu tu kan syaitan . Jadi sepatutnya ain tanya , korang pernah nampak syaitan tak ? 

Masa ain form1 dulu , ada kakak-kakak senior ain cerita - 

Satu hari , ada sorang laki tu dia nak balik kampung dia . Suddenly , kereta dia berhenti mengejut . Dah lah jalan nak masuk kampung dia tu GELAP , SUNYI pulak tu . Dia pun takpalah , rileks ja . Dia keluar dari kereta nak pi tengok kod-kod kereta dia tu ada problem . Then dia dapat tahu sebenarnya kereta dia takdak minyak . Dia ni jenis yang penakut , jadi dia dok dalam kereta , pasang lagu deras-deras . Al-Quran dekad tempat duduk belakang dia ambek lepas tu peluk . Tak lepas wehh ! Tiba-tiba dia nampak macam ada orang lalu dekad belakang kereta dia , dia keluar tengok-tengok ada BENDA . Al-Quran yang dia pegang tu dia tunjuk dekad BENDA tu . Benda tu datang lagi dekad dan gelak dekad dia bakhang ^0^

Moral : Al-Quran bukan benda yang perlu ditunjuk ! Al-Quran perlu dibaca . Kita tunjuk pi lah dekad BENDA tu . Letak atas kepala dia ka , dia takdaknya lari . Dia lagi datang dekad dengan kita adalah :3 Jadi , baca lah Al-Quran kalau rasa tak sedap badan , or rasa something wrong . Tapi , bukan time susah ja baca . Sentiasa baca , kalau boleh hafal , hafal oke ^^ 

Surat cinta boleh baca , tak kan Al-Quran tak boleh baca . 

Maaf lah kalau cerita tu menakutkan * bagi sesetengah orang :')  
Just wanna share the truth about the moral of story . Kebenaran cerita tu taktau lah pulak -.- Yang pasti , moral dia sangat memberi kesan kepada kami . 
SMKA Al-Irshad , Ummu Unays . Miss it :'D 
Semoga bermanfaat , wassalamualaikum :)


STOP MELAHIRKAN SYAITAN !

Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

- Kenapa tajuknya pelik ain ? Bukan kita yang melahirkan syaitan .__. 
- Tu lah korang .. Syaitan tu bukan terlahir sendiri ! Tapi kita yang melahirkan :'( 



Macam mana pulak ain boleh kata yang kita melahirkan syaitan ? Oke , sebenarnya syaitan ini akan terlahir bila kita tepuk tangan . Bukannya keluar dari rahim kita , what the smart . Hoho ^0^ 

Situasi 1 - Amy Search buad konsert dekad Putrajaya . Kebetulan pulak , tiket nak masuk murah . Jadi kita pun pi lah tengok konsert tu * ain tak pernah tahu pun tiket masuk konsert murah . Bukan semua mahal ke ? .__. * Bila Amy Search nyanyi , perggghhh suara dia beb ! Mantapp * Kita pun tepuk tangan .

Situasi 2 - Ada 8 orang yang dapat 8A's dalam PMR dekad sekolah . Cikgu pun dengan bagga dan terujanya , panggil lah budak-budak tu ke atas pentas . Cikgu bagi penghargaan tu , ha lah dapat 8A :D Yang lain-lain tu , tepuk tangan . Yang tak tepuk tangan pun cikgu paksa tepuk jugak :P 

Jadi bagi korang , mana satu situasi yang melahirkan syaitan ? Kalau korang fikir secara mendalam , situasi 1 tu lah yang melahirkan syaitan ! * Kenapa pulak ain ? 

Simple , kalau korang tepuk tangan untuk benda berunsurkan kebaikan , penghargaan yang baik untuk orang - TAKPA . Kalau korang tepuk tangan untuk benda yang membawa kepada keburukan , kemaksiatan - KORANG MEMANG TAK NORMAL . Dah tahu cerita ?  

Jadi , STOP MELAHIRKAN SYAITAN

Diberi 1 , dapat 10 !


Assalamualaikum , Salam Sejahtera :) 

SEDEKAH


Saidatina Fatimah , puteri kepada Rasulullah S.A.W telah berkahwin dengan khalifah ke-empat iaitu Saidina Ali . Betul tak ? :D 




Okelah , kita straight forward teros . Suatu hari tu , Saidatina Fatimah telah mengandung . Dan seperti kebiasaannya , seperti wanita-wanita mengandung yang lain , Saidatina Fatimah mengidam nak makan buah Epal . 


Untuk pengetahuan korang , pada zaman Rasulullah S.A.W epal tu dianggap sebagai makanan yang sangat enak , susah nak jumpa . Jadi , Saidina Ali ini seorang suami yang sangat berdedikasi , sangat penyayang , and very charming :D 


Beliau pun pergi ke pasar , nak pergi beli buah Epal yang dingidamkan oleh isteri tersayang , Saidatina Fatimah . Lepas dah selesai berjual beli , Saidina Ali pun pulang . Dalam perjalanan pulang , dengan izin Allah datang seorang pengemis berjumpa dengan Saidina Ali . Korang rasa apa pengemis tu nak cakap ? :) 


Pengemis pun cakap , Wahai Ali .. Aku dah lama tak makan , aku lapar sangat . Siapa tak kenal , Saidina Ali ? Beliau seorang yang sangat baik hati . Beliau pun potong buah Epal tu separuh untuk pengemis tersebut . Lagi separuh digenggam kuat , nak bagi dekad isterinya . Tapi pengemis tu tak kenyang lagi . Dia pun kejar Saidina Ali , nak minta makanan untuk kali keduanya . Saidina Ali pun bagi buah Epal yang separuh tu dekad pengemis tersebut . 

Saidina Ali risau , macam mana lah reaksi Saidatina Fatimah . Tapi dia percaya , isterinya itu pasti paham kalau diceritakan perkara sebenar . Setiba di rumah , Saidina Ali pun cerita dekad isterinya tentang pengemis tu . Saidatina Fatimah , dengan kerendahan hati berkata , Takpa lah abang , mungkin bukan rezeki kita :') 

Petang tu pula , datang beberapa sahabat Saidina Ali nak melawat keadaan mereka berdua . Tahu tak ? Mereka membawa 10 biji buah Epal ! Subahanallah , hebatnya kuasa Allah . 1 = 10 . See ? ^^

Hadith Ting3 , Amalan Mukmin Cemerlang (UN)

Di Sebalik Alhamdulillah :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , 
Bissmillahirrahmanirrahim ..


Selalu orang kata , Alhamdulillah aku masih hidup hari ini . Kalau jumpa orang kurang upaya , Alhamdulillah aku dijadikan sempurna . Alhamdulillah dapat makan dan sebagainya . Tapi hari ini ! Ain dapat tahu bilamana kita ucapkan Alhamdulillah , malaikat-malaikat dekad langit semua turun berluma-lumba nak sambut ucapan Alhamdulillah kita tu . Sambut bawa pergi mana ain ? Pergi bawa kepada Allah :') 

Siapa tahu , ucapan Alhamdulillah yang terasa ringan tetapi berat dari segi ganjarannya . Sampai malaikat berlumba-lumba bawa pergi jumpa Allah . Jadi , ringan-ringankan lah mulut korang berzikir . Sebut Alhamdulillah , Subhanallah , Allahuakbar . Bukan orang lain untung , kita untung sebab Allah sayang :D

Hadith Ting3 , Amalan Mukmin Cemerlang (Ustazah Noraini)

Muslimah itu Dijaga :')


ASSALAMUALAIKUM 


Satu hari nanti , * ibu ayah * mama abah * ummi abi akan pergi tinggalkan kita . Dan kita tidak akan mempunyai apa-apa pertolongan dari sesiapapun . Tapi percayalah ! Allah itu sentiasa ada dengan kita , tatkala kita sedih , kita senang , kita susah . 

Dia sentiasa memerhatikan kita , jadi jagalah solatmu wahai sahabatku . Jaga adabmu ! Tak mungkin kita nak minta pertolongan dari seseorang tanpa mengikut arahanNya :') 

Kerana dengan Solat dan Adab , ia mencerminkan bagaimana perwatakan seseorang Muslimah itu . Dan semestinya , ia akan membuatkan Muslimah itu bertambah kuat dan tabah , insyaAllah :')

Rasulullah Kalah :'(


ASSALAMUALAIKUM 

Hello Readers :D Macam mana korang hari ini ? Sehad ? Selsema ? Allahu , sakit itu kan Penggugur Dosa . Bersyukurlah ! ^^


Oke lah , cuti-cuti macam ni mesti banyak GA kan ? Korang sure join kan , menang tak ? Alhamdulillah , tahniah kepada yang menang . Kepada yang kurang berjaya , try lagi tau . Banyak lagi GA boleh join , oke :D 

Hari ini , ain nak kongsi satu story dengan korang . Tajuk dia , 
Kekalahan Rasulullah S.A.W ! Sebenarnya story ini sangat berkait rapat dengan kita , para blogger yang menyertai pelbagai GA pada musim cuti ini :)

Jom kita start story kita , moh le kite . Hehe ^^ 



 Ada satu hari tu , Rasulullah berjalan-jalan di padang pasir bersama dengan para sahabat , bawak unta sekali . Kemudian datang seorang pemuda bersama dengan untanya , mendekati Rasulullah lalu berkata : 

' Wahai Rasulullah , sudikah kamu jika aku ajak untamu dengan untaku berlumba ? ' 

Rasulullah pun kata , oke aku setuju * Yang tu ayat ain , bukan ayat Rasulullah tau * Jadi , unta Rasulullah dengan unta pemuda tu pun berlumba . Para sahabat bersemangat menyokong unta Rasulullah , supaya menang . 

Tapi , tahu tak ? Unta Rasulullah kalah dalam perlumbaan tu . Para sahabat yang bersemangat tadi , jadi sedih . Ha lha , unta Rasulullah kalah :'( 

Lantas , Rasulullah berkata : 

' Wahai sahabatku , janganlah risau . Allah itu berkuasa menjadikan seseorang itu kadang-kadang berada di bawah , dan kadang-kadang di atas . '  

Kemudian , Rasulullah pun mengucapkan tahniah kepada pemuda itu atas kemenangan untanya itu . See ? Allahuakbar , hebatnya percaturan Allah untuk kita . Segalanya telah diaturkan dengan baik sekali ^^ 



Jadi , korang takpayah lah sedih kalau kalah apa-apa GA . Mungkin kalau kita menang , kita riak . Jadi , Allah nak pelihara kita dari sifat tu . So Sweet kan ? ^^  Dan lagi satu , menang kalah tu kan adat pertandingan * kenyit mata dekad korang ;)


Note * Kalau ada apa-apa yang salah , tolong perbetulkan ye . Semoga kita sentiasa bermuhasabah diri , dan tekun menjadi muslim dan muslimah yang disayangi Allah ! Semoga Barakah Allah sentiasa bersama kita , Amiin :') Wassalam :)


Hensemnya One Direction :D


ASSALAMUALAIKUM 

Hari ni , kita akan santai-santai sikit ! Boleh ? Hehe :D 
Korang sure kenal ahli-ahli One Direction , bohong kalau tak kenal ! ^^ 

See ? Kenal tak ? :O

Semua hensem-hensem , kan ? Korang suka yang mana , nanti share lah dengan ain tau . Janji tak curi korang punya . Haha :D

Oke lah , korang mesti tertanya-tanya . Kenapa ain buad Entry pasal diorang ? Meh nak story morry dengan korang :D

Adala , satu blog tu , perempuan tau ! Time ain tengah Blogwalking , ain terjumpa blog dia ! So Exclusive and so Fanatic :O Can you imagine , from header to the footer , full dengan gambar group One Direction ja . Series cakap , ain terpegun sangat :O

Ain investigate lah tentang dia , alhamdulillah dia tak lah fanatik sangat . Biasa-biasa ja ;) tapi yang paling ain best sembang dengan dia , dia Peramah sangat . Btw , dia cerita habes tentang group One Direction ! Bertambah ilmu ain , alhamdulillah . Haha -.-

Cakap tentang fanatik , group apa lagi yang korang suka ? Shareshare lah dengan ain :D
Fanatik , fanatik jugak . Jangan sampai Melalaikan , oke ;) 

Ketakjuban itu Wajib bagi Allah serta utusanNya , Rasulullah S.A.W 

Tak kesahlah korang suka mana-mana person or group , makesure Allah tu tetap nombor SATU dalam hati . Sekarang ni , Malaysia dilanda wabak K-Pop :O Ain tak berapa minat yang tu , warna rambut diorang macam-macam . Pening ain tengok -.- Tapi ada lah jugak yang cute , hehe ^^


Dia kata yang ni paling CUTEST , bagi ain .. boleh lah -.-
Ada orang kata , nama dia Kim Kibum . Betul ke ? :D

Ehh korang ! Jangan fanatik sangat tau , nanti membawa Maut :P Yang penting , jangan sampai semua kecomelan tu menyebabkan keruntuhan akhlak :) Kita masih ada agama , Islam dan pelihara lah agama tu sampai Mati . Ingat , Syurga itu untuk orang yang beragama Islam sahaja !

Dan lagi satu , jangan jadikan Islam anda hanya di dalam IC / Kad Pengenalan ^^

Akhir kata , Allah Didahulukan , Rasulullah Diutamakan :D

Note * Ain mintak maaf sangat kalau ain ada tersalah cakap , hope korang faham apa sebenarnya maksud entry kali ni * macam pasrah ja ain ni , hehe :') Kalau ada masalah , IM ain dekad facebook ain . Ehh bukan yang tu , yang ni - Ain - Semoga barakah Allah sentiasa bersama kita , Amiin :) 







Tutorial : Mencintai Allah ! :D


ASSALAMUALAIKUM

Ni entry ke berapa ? Ke-7 ! Alhamdulillah ain masih panjang umur nak menulis :D
Ehh jap ! Korang jangan salah sangka , entry kali ni bukan tentang tutorial Blog ! Tapi tutorial Hati , masing masing antara kita mencari redha Ilahi . Jadi tak salah kan ain buad Tutorial Hati ? Heee :D

Sebenarnya , tajuk ni ain tak terpikir nak tulis pun . Tapi alhamdulillah ain dapat idea nak tulis dari kawan kita , nama dia Annie . Big claps to her , bagi tajuk . Thanks awok :D



Oke , berbalik kepada tajuk utama entry kita iaitu : CARA MENCINTAI ALLAH :)

Ada seorang kawan ain , nama dia ? Secret lha ! :P 
Dia beritahu ain , cinta Allah itu cinta yang paling Agung ! Cinta yang berbalas tau ! Tapi , macam mana kita nak mencintai Allah ? 

First) Solat ! Kita kena jaga solat kita tau . Maksud ain bukan protect dia dari orang Jahat , satgi korang pikir pelik pelik pulak :P Maksud ain , lakukan yang Wajib ! Dan kalau ada free time , yang Sunat tu amalkan ye . Pahamkan maksud ayat dalam solat , dan hayati ! Yang penting , Niat :)

Second) Baca Al-Quran . Satu satunya buku yang segala macam ada dalam Al-Quran , takpayah cari tempat lain , search dalam Al-Quran ja ! Tapi sebelum search , korang kena paham dulu maksud dia , pahamkan betul betul dan hayati . Al-Quran tu kan Surat Cinta dari Allah :)

Third) Zikrullah ! Oke , berapa banyak zikrullah yang korang tahu ? Banyak kan ? Jadi , tak kesah lah korang nak berzikir yang jenis macam mana . Tapi ain suka Hafiz Hamidun punya , suara dia merdu jaa :D

Fourth) Mendahulukan cinta Allah . Ain nak tanya , korang ada Boyfriend , boyfie atau apa apa ja lah ? Ada ? Good , korang Jujur :D Tapi kita kena ingat , Allah yang memberi kita cinta manusia ! Jadi , bersyukur lah . Dan jangan sesekali mengabaikan hukum hakam agama semata kerana cinta lain :')

Fifth) Kenali kebesaran nama dan sifat Allah . Nama Allah ada berapa ? Oke , 99 . Pandai ! :D Sifat Allah pulak ? 10 , 20 , 30 ? Sapa nak jawab , angkat kening :P Oke , sifat Allah ada 20 tau kawan :) Pahamkan maksud nama dan sifat Allah , insyaAllah kita akan tahu bahawa hebatnya Allah itu :D

Sixth) Alam Semulajadi . Oke , kalau korang pergi melancong , mesti banyak benda cantik korang tengok kan ? Lagi lagi dekat Jepun . Pokok Sakura dekad sana cantik kan :D Korang try renung , perhati kecantikkan tu semua . Daripada mana datangnya , macam mana boleh tumbuh . Then , korang akan rasa benda tu something yang Superb Awesome :)

Seventh) Bersahabat dengan orang yang mencintai Allah . Soalan , kita boleh observe seseorang tu berdasarkan perilaku dia , betul ? Jadi , tengok kawan korang . Samada diorang tu Decent ataupun Nonsence . Kadang kadang , kesalahan orang lain boleh dijadikan tauladan tau ;)

Lastly) Menjauhi laranganNya . Apa saja benda yang membawa Dosa , itu lah perkara yang dilarang oleh Allah . Jadi senang kan ? Orang tua tua kata : Hang toksah buad perangai tak Senonoh , heee :P

Extra : Doa Mencintai Allah
Ya Allah , kurniakanlah rasa cintaku padaMu , dan cinta pada insan yang mencintaiMu , dan beramal dengan amalan yang membawa pada cintaMu . Amiin .

Yang tu serba sedikit penjelasan tentang cara mencintai Allah oke . * Serba sedikit apa Ain ni , panjang berjela ! Hadoih sorie sangat , hope korang tak bosan baca :')


' Apabila Dia mendekatiku dengan jarak sejengkal , nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta . Apabila dia mendekatiku dengan jarak sehasta , nescaya Aku mendekatinya sedepa . Dan jika dia mendekatiku dengan keadaan berjalan , nescaya Aku mendekatinya dengan berlari lari anak ' ( Riwayat Muslim )

Nota * Allah tu Superb Hebat kan ? :D Semoga kta bersama dapat mencintai Allah :) Semoga bermanfaat ! Jika ada pertanyaan , jangan segan silu nak tanya tau . Assalamualaikum :)


Sayang Dia ! :D


Assalamualaikum . 

Hari ni ain terperasan satu benda , ain masih hidup ! Alhamdulillah :')
Maksudnya , ain masih ada banyak khilaf sepanjang ain hidup dan Allah dengan penuh Maha Pengasih memanjangkan umur ain untuk terus ain beribadah kepada Dia . Hanya Dia ! Iaitu Allah .. Semoga entry kali ni diterima Dia sebagai satu ibadah , Amiin :')

Oke lah , itu mukadimah ja tau . Entry kali ni ain nak cerita tentang Boyfriend ain ! Wuuu mesti korang dah excited kan ? Ha lha , budak ni pun ada boyfriend . Gatalnya , harap blog ja // Being Muslim tapi .. rupanya ada boyfriend . Korang nak tahu sebab apa ain ada boyfriend ? Budak zaman sekarang kan dah MAJU ! Heee :D 

Sebenarnya ain dah lama berkasih sayang , bermesra dengan Dia . Hari ni baru ada keberanian nak tonjolkan lagi si Dia tu . Maklumlah , boyfriend ain ni terlalu Comel ! Kalau orang lain tahu tentang Dia , sure orang lain pun akan suka dekad Dia . Nanti ain jeles , tak boleh tak boleh . 

Tapi kini , ain baru sedar . Dia tu milik semua orang , sesiapa pun berhak memiliki Dia * macam ayat pasrah kan ? Hehe :') Ain tak pernah jumpa Dia , tak pernah bertentang mata dengan Dia . Memang sedih , tak macam kebanyakkan pasangan Couple hari ni . Masing-masing boleh berjumpa , bersembang , buad segalanya bersama . 

Tapi Dia dah janji dengan Ain , suatu hari nanti ain mesti dapat jumpa dengan Dia . Tapi bersyarat ! * Alamak ada syarat lah pulak , takpa takpa . Demi yang Tercinta , insyaAllah apa pun ain sanggup lakukan . Korang nak tahu apa syarat Dia ? 

First) Kena buad something yang Dia suruh .
Second) Tinggalkan larangan Dia samada zahir ataupun batin .
Third) Mencintai orang yang dicintai Dia .
Fourth) Benci kepada apa yang Dia benci . 

Sebenarnya , syarat Dia terlalu Berat . Tapi itu lah syarat sebelum ain dapat jumpa dengan Dia . InsyaAllah ain akan buad semua syarat tu hanya kerana Dia . Cuma Dia !

Korang nak tahu sapa Dia tu ? Jeng Jeng Jeng ..

Allah Subhanallahu Ta'ala 

 * Eh ain ni , tak rock lah ! Ingatkan boyfriend betul . Haha , maaf lah . Saja buad korang Saspen :P Inilah Dia yang ain sayang , ain cinta InsyaAllah . Ain nak jumpa Dia , korang doakan ain dapat jumpa Dia tau ! :') 

Jika Allah mencintai seseorang , Dia akan berkata ' Wahai Jibril , aku mencintai si Fulan ! Maka cintailah si Fulan tersebut ' Kemudian , Jibril akan menyeru kepada seluruh penghuni langit , bahawa - Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan , maka cintailah dia !
( Riwayat Ahmad )

Subhanallah ! Indahnya Cinta Allah :') 


Nota * Allah itu berhak dicintai , cintailah Dia hanya kerana Dia ! Semoga entry kali ni memberi manfaat :D maaf jika ain ada terkasar bahasa , bersama meraih cinta Ilahi ! :D Klik sini sekejap , tenkiu ! :D 

Jap jap , lupa nak bagi salam . Assalamualaikum semua ! :)


Tutup Aurat itu Perang ?


Selama ni berangan nak start blog dengan mukadimah teantang aurat , tapi tak kesampaian .
Alhamdulillah sekarang baru ada idea nak susun ayat nak karang title ni , hehe .

Macam mana ain boleh kata tutup aurat tu perang ? Meh nak explain !

Pernah dengar tak lagu ni , 


Allah sedihnya dengar lagu ni ! Bagi pendapat ain , lagu ni serba sdikit mencalarkan imej kaum Hawa . Lagipun rakan-rakan ain terus jadi lemah semangat nak bertudung lepas dengar lagu ni . 

Budak laki kelas ain kata , lagu ni pengajaran lah ! 

Seriously ain kurang setuju ! Macam mengejek pun ada .

Tapi , lain people , lain opinion ! Kan ? 

* Apalah ain ni , tadi kata nak explain ! Tak explain pun lagi , Hehe *

HIJRAH ! Berubah dari buruk ke baik , dan berubah dari baik yang ke lebih baik . Sapa setuju ? Angkat tangan kanan ^^

Setiap apa yang kita nak HIJRAH kan , setiap itulah yang dipanggil PERANG ! Namanya perang NAFSU ! Tapi , kena ingat , perang untuk ke arah kebaikan ja yang dipanggil hijrah . * Kejahatan macam mana ain ? Ohh ! No way ! Mana boleh berhijrah ke arah kejahatan ! 

Jadi , anda paham ? Tutup aurat itu perang ! 
* Ganjaran dia apa ain ? SYURGA ! InsyaAllah :) 

Apa anda tunggu lagi ? Adik-adik , kawan-kawan , kakak -kakak ! Jom kita perang tutup aurat , kerana Allah tau . InsyaAllah selamat dunia akhirat . 

* Maaf lah ye , entry ni terlebih rock . Malunya , hehe . Semoga segalanya dimanfaatkan , sikit pun jadi lah . Pastikan kerana Allah . Kalau ada yang salah , tolong perbetulkan . Dan kalau ada yang terasa , please IM ain dekad Facebook Ain . Tolong ye ! Salam hijrah ! 

Islam Itu Mudah Kawan ! :D


Terkadang ramai yang tersalah sangka , Islam tu sukar . Namun penjelasan kepada sesiapa yang ingin mendalaminya akan mengetahui bahawa Islam itu tersangat mudah . Bahkan ia indah di mata sesiapa sahaja yang mengamalkannya .


يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر

Maksudnya :
' Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan , dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran .. '



Jangan Bersedih :')



Ramai orang tersalah sangka tentang ketenangan dalam hidupnya . Seringkali mengaitkan ketenangan itu atas dasar adanya harta , kekayaan dan rupa paras . Walaupun kesemua itu boleh menjadi penyumbangnya , ia bukan segala-galanya ! 

Betapa ramai orang yang memiliki rumah yang besar . Tidur di atas katil yang empuk ! Tetapi , dia tidak selesa dengan semua itu dan sudah tentu lenanya tidak nyenyak . Namun ada juga yang tinggal di pondok yang buruk ataupun usang , dan kadang-kadang mereka lebih selesa berbanding kita .

Adapun orang yang di hadapannya terdapat makanan dan lauk pauk yang serba lazat , tetapi lidahnya tidak merasainya kelazatan makanan tersebut ! Lebih enak bagi orang-orang yang kadang-kadang makannya hanya mempunyai satu dua lauk pauk , namun mereka dapat menikmati keenakkan makanan itu . 

Kata Hamka : 

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat 

Semua orang menyangka sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .

Belum tentu ! 

Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua ! 

Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka akan tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan memberikan keuntungan ! Yang mana jalan tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupannya . 

Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang dia kehilangan segala-galanya .

Berapa banyak dalam kehidupan kita , telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !

Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita , 
dan kita sekarang berada dalam keadaan baik ! 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '

Tetapi usia kita telah berjalan dan 
kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !

Ketika kita kata : ' Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '

Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup
 yang telah Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu nikmat yang terlalu besar ! 

Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah harapan kita '

Tetapi insan , bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada ! 

Sebab itu , sebahagian dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar ! 
Ramai orang terpaksa sabar , namun  belum tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .

' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '


Subhanallah ! 

Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya ! 

Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur , ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :

' Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita ! '